 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Formula satu lambang Barisan Alternatif
Dilulus terbit pada Sunday, February 03 @ 08:45:52 PST oleh SongkokPutih
|
|
Oleh AMMN Malaysia
 Isu ini acapkali dibangkitkan dikalangan pendokong-pendokong Barisan Alternatif (BA) setiapkali pilihanraya mengunjung tiba. Sengaja ingin saya menyinggung cadangan ini kerana bagi saya ia telahpun diperhalusi oleh seluruh pimpinan BA tentang kebaikannya. Disini tidaklah ingin saya menjelaskan tentang kebaikan mahupun keburukan penggunaan satu lambang bagi BA dalam pilihanraya akan datang kerana telahpun diulas oleh pimpinan BA, yang telah jelas menerima idea ini sehinggakan usul ini telahpun dipersetujui oleh Majlis Presiden BA satu ketika dahulu dan seterusnya dibawa ke Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Memang kita sediamaklum bahawa cadangan tersebut terpaksa dibakulsampahkan dek kerana peraturan SPR yang menetapkan tujuh buah parti dalam sesuatu gabungan (yang merujuk kepada BA). Kita sediamaklum bahawa terdapat hanya dua parti komponen barisan alternatif iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS). Ini bermakna kita kekurangan lima buah parti dalam usaha membentuk pakatan rasmi yang diiktiraf oleh SPR dan seterusnya melayakkan penggunaan satu lambang bagi seluruh parti dalam BA.
Sebagai penyelesaian terhadap masalah ini saya mencadangankan dua formula yang bisa diaplikasi dalam menterjemahkan usaha "mensatulambangkan" BA dalam pilihanraya akan datang bagi mengelakkan kekeliruan, pembaziran tenaga, kewangan dan jentera terutamanya melibatkan urusan publisiti juga perang poster.
Cadangan yang pertama ialah BA yang kini terdiri daripada PKR dan PAS perlu memujuk Parti Tindakan Demokratik (DAP), untuk kembali bersama BA, sememangnya usaha ini amat sukar walaubagaimanapun saya percaya seandainya Dato' Seri Hadi Awang dapat menggunakan budibicara sepertimana yang dilakukan oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato' Fadhil Noor tidak mustahil DAP akan kembali berpayung dibawah BA. Seandainya masih gagal, pakatan BA sewajarnya memujuk Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang baru dihidupkan semula, Parti Demokratik Malaysia (MDP) disamping dua buah parti pembangkang Borneo iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan beberapa parti yang mungkin saya terlepas pandang tentang kewujudannya antaranya Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) untuk bersama-sama menyertai BA. Dengan ini secara tidak langsung bisa menjumlahkan sekurang-kurangnya tujuh parti dalam komponen BA dan seterusnya melayakkan penubuhan BA secara rasmi dan diiktiraf oleh SPR untuk bertanding dalam satu lambang.
Formula yang kedua, BA yang kini hanya terdiri daripada PAS dan PKR, mungkin perlu bertolakansur dimana hanya satu lambang daripada dua parti ini sahaja akan digunakan untuk mewakili BA dalam pilihanraya akan datang atau dengan kata lain, salahsatu parti perlu berkorban lambang untuk sementara waktu semata-mata dalam pilihanraya akan datang. Berikutan sifat PKR yang agak "Malaysia". Saya mencadangkan lambang PKR digunakan untuk mewakili BA. Ini bermakna semua calon BA sama ada daripada PAS, PKR mahupun proksi-proksi BA yang gagal mendapat kelulusan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Reformasi Insan Malaysia (PRIM) perlu menggunakan lambang PKR dalam pilihanraya akan datang bagi membuktikan kesatuan dan perpaduan dalam BA itu sendiri.
Kedua-dua formula ini adalah amat sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk tindakan, walaubagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang mustahil dengan syarat kesemua parti-parti pembangkang atau parti komponen BA perlu mengorbankan keegoaan dan prinsip asas masing-masing dan meletakkan matlamat kemenangan dalam pilihanraya akan datang sebagai keutamaan dalam usaha membentuk Malaysia yang Baru sepertimana yang didambakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Penggunaan satu lambang ini amat penting dan bisa memperlihatkan perpaduan dikalangan komponen BA dan seterusnya melonjakkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Alternatif yang bakal dibentuk oleh BA kelak.
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Formula satu lambang Barisan Alternatif (Score: 1) by mfr_studio2 on Sunday, February 03 @ 09:20:55 PST (User Info | Send a Message) | menarik.. cadangan kedua tentang lambang supaya pas berkorban lambang dan guna lambang pkr yang didakwa lebih "malaysia" yang terpacul dari minda mahasiswa melayu nasional menunjukkan ramai orang muda jahil daulah islam.
dalam semua orang dah faham pendirian anwar dan pendokong reformis dan pendokong demokratik liberal dalam pkr, boleh pula orang muda melayu terfikir duduk bawak ketiak pemikiran dan ideologi yang dianggap "malaysia" ini dicadangkan pada laman pro-pas.
tengah harakah tak mengulas kenyataan anwar menolak negara islam, ini memberi signal sudah ramai pejuang politik tak yakin sangat keindahan perjuangan mengangkat daulah islam.
adakah ketidakyakinan pada keindahan islam iaitu merujuk apa yang boleh ditawar oleh islam dari sudut ekonomi, sosial dan politik termasuk undang-undang jenayah sebagai tanda kejahilan tentang aspirasi imam hassan al banna dan syed qutb mula mengikis?
satu kebodohan orang muda yang ghairah nak jadi pejuang islami tapi segan-segan nak bangga dengan apa yang boleh islam sumbang bukan setakat optional (pilihan alternatif) tapi teras dan teraju. patutnya cadangan pkr guna lambang pas, dan biar pkr yang jadi segan-segan nak angkat liberal, dan biar tian chua terpaksa berucap menyokong daulah islam dan hudud pas. itu baru dzimmi yang tunduk pada islam. jangan islam tunduk pada harbi.
patut jangan kalah pada umno atau paklah yang berjaya buat mic, mca dan gerakan segan-segan lalu terpaksa sokong islam hadhari sebagai agenda BN. padahal depa bukan paham pun pasal iman dan taqwa prinsip pertama islam hadhari paklah. majoriti umno pun tak faham iman dan taqwa sebab tu ramai orang umno sendiri terpinga-pinga segan pasal islam hadhari. mungkin sebab paklah gagal terjemah prinsip itu pada dirinya sendiri.
|
|
|
Re: Formula satu lambang Barisan Alternatif (Score: 1) by max_isan on Sunday, February 03 @ 10:07:50 PST (User Info | Send a Message) | | tulah kadang2x cadangan mcm masuk akal ..tpi lebih kpd penyerahan kuasa sementara kpd yg bukan hak konon nye utk tidak nampak sgt ...x payah takut ...hentam saje ..berdepan saje ...kalah menang itu milik Allah ..jgn gadai kan islam utk sekerat kemenagn ...last2x ape pun xleh buat ...kite tgh bersatu padu even tidak satu lambang ....tpi tujuan kite same ...kite tidak akn berganjak ...perjuangan kite jelas....islam depan skalik......idea kat atas tu ksbnrnye boleh pakai tpi risau takut terpadam nye lambang daulah islam ... |
|
|
Re: Formula satu lambang Barisan Alternatif (Score: 1) by ulamak on Sunday, February 03 @ 10:53:19 PST (User Info | Send a Message) | INI DARI LAMAN WEB MALAYSIAKINI
Anwar explains his stance to Christian leaders | | Terence Netto | Feb 2, 08 11:42am | De facto PKR leader Anwar Ibrahim was subjected to a rigorous examination of his stances on religious issues by about 200 Christian clerics and lay activists and appeared to emerge intact.  | ‘No’ to Islamic state |  | Proper judges for syariah court |
|
|
|
|
Re: Formula satu lambang Barisan Alternatif (Score: 1) by abdinabu on Sunday, February 03 @ 11:46:57 PST (User Info | Send a Message) http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/ | Lambang Dacing untuk BN tu... kalau dikira adalah dacing zaman kuno.. tapi yg penting itu adalah lambang.
Kalau BA nak buat lambang... memang bagus dan memudahkan pengundi. Cuma yg menjadi masalah ialah memilih lambang.
Senang ceter... cipta jer lambang baru yang terkandung di dalamnya isi hati parti2 komponannya.
Antara roket, mata dan bulan. Antara warna mereh, biru dan hijau. Lakarlah di atas kain hijau, roket menuju bulan dan mata sedang memandang....
Kalau dibuat peraduan... ramai yg nak tunjuk kebolehan...
|
|
|
Re: Formula satu lambang Barisan Alternatif (Score: 1) by al-lunasi (pas@lunas.kedah.my) on Monday, February 04 @ 07:37:17 PST (User Info | Send a Message) http://dppkps.blogspot.com | Idea yang tak realistik bila suruh PAS sebagai sebuah parti yang bertapak lama dalam negara untuk menggunakan lambang PKR dalam pilihanraya. Sepatutnya penulis artikel menyuruh PKR yang menggunakan lambang PAS dalam Pilihanraya. Bukannya seperti yang beliau sarankan. Sebagai orang baru, kita kena hormati orang lama. Dimanakah adat ketimuran kita?
|
|
|
|
|