 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Siapa Derhaka?
Dilulus terbit pada Tuesday, March 25 @ 17:39:43 PDT oleh SongkokPutih
|
|
Oleh YB Hj Mahfuz Omar
KECELARUAN politik Umno/BN semakin terserlah ekoran kegagalan mereka mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan empat lagi negeri termasuk hanya menang 1 kerusi sahaja di Kuala Lumpur kepada Barisan Alternatif (BA). Walaupun para pemimpin BN masih mendakwa mereka kuat dan mempunyai kerajaan yang kukuh, ternyata isu-isu yang tercetus kebelakangan ini menggambarkan perkara yang sebaliknya. Bayangkan betapa ‘gabranya’ BN sehingga terpaksa menggunakan perisik untuk mengorek maklumat tentang kemungkinan wakil rakyat mereka di Sabah dan Sarawak akan menyokong BA. Keadaan ini telah memaksa mereka mencadangkan supaya satu rang undang-undang anti lompat parti diwujudkan.
Satu masa dahulu undang-undang ini telah diwujudkan di Sabah dan Kelantan untuk menghalang BN daripada membeli wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan dan PBS di Sabah. Tetapi ekoran kejayaan Umno membeli empat wakil rakyat, termasuk dua ADUN S46 pada 1992, menyebabkan pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Apabila calon BN dikalahkan oleh rakyat, maka mereka membawa kes ini ke mahkamah. Kes Nordin Salleh vs Kerajaan Kelantan telah menyebabkan undang-undang anti lompat di Kelantan dan Sabah dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kedua-duanya terbatal.
Kini giliran BN pula tersepit apabila ada di kalangan wakil rakyat mereka sendiri ’lebih yakin’ dengan kemampuan BA berbanding BN. Mereka mahu ada undang-undang untuk menyekat wakil rakyat bertukar parti. Pelbagai gelaran dilabelkan kepada mereka yang mahu melompat seperti ‘katak’, ‘tiada maruah’, ‘perosak politik’ dan sebagainya. Perdana Menteri sendiri membuat tuduhan bahawa BA mahu membeli wakil rakyat mereka dan menganggap ini adalah satu rasuah. Bahkan, dua ADUN Terengganu yang dikatakan akan menyokong Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar pun disiasat oleh BPR.
Umno harus tahu bahawa BA tidak mempunyai cukup wang untuk membeli wakil rakyat mereka, tetapi mempunyai dasar dan perjuangan yang cukup meyakinkan YB mereka untuk berubah parti. Budaya membeli wakil rakyat ini adalah budaya BN. Kita amat jarang mendengar wakil rakyat BN masuk PAS atau parti pembangkang lain, tetapi kita biasa mendengar wakil-wakil pembangkang melompat kepada BN. Kerana apa? Kerana ‘dibeli’ oleh BN, sebab itu bila ada sahaja desas-desus wakil rakyat BN hendak melompat, maka yang tercetus di kepala PM ialah ’dibeli’. Kita tentu sahaja masih ingat bagaimana Kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan pada 1961 oleh Umno/Perikatan; peristiwa ’turn about-about turn’ di Kelantan pada 1967; kejatuhan Kerajaan PBS di Sabah pada 1994 dan juga usaha-usaha membeli wakil rakyat PAS pada 2004. Ini semua adalah jenayah politik Perikatan/BN.
Berbalik kepada kekecohan politik yang sedang berlaku hari ini, kita mendapati bahawa Umno sudah kehilangan pedoman dan tidak dapat mengemudi politik negara dengan berkesan lagi. Di dalam Umno, pergolakan begitu hebat. Ku Li menyatakan kesediaan untuk mencabar Presiden Umno, Dr Mahathir pula mahu Pak Lah bertanggangungjawab dan berhenti segera, Datuk Mukhriz dengan berani menghantar surat mendesak PM berundur, Radzi Sheikh Ahmad sudah berpindah kem, Khir Toyo pula terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Muhammad Taib, Rafidah Aziz nampaknya masih belum berpuas hati, sedang Khairy Jamaluddin dikatakan terus berkuasa dalam Umno.
Kabinet baru yang dibentuk langsung tidak meyakinkan rakyat lebih-lebih lagi dengan kemunculan semula menteri-menteri ’otai’ yang kebanyakkannya bermasalah. Ditambah lagi apabila menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang mengakui bahawa pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara bukan sahaja satu kesilapan, bahkan membuka ruang kepada hakim-hakim rasuah menjadi Ketua Hakim Negara. Rakyat masih belum bercakap soal inflasi yang semakin meningkat, kejatuhan saham atau kemungkinan harga petrol dinaikkan. Tetapi pergolakan politik yang diharu-birukan sendiri oleh Umno/BN sudah cukup untuk memanaskan keadaan.
Di negeri-negeri, suasana nampak tenang di Kelantan dan Kedah yang diperintah oleh PAS. Tidak ada satu perkataan pun ditujukan untuk mencerca PAS di Kelantan melainkan kenyataan kecewa oleh Zam. Di Kedah, percubaan mereka untuk menimbulkan isu Tadika Kemas gagal apabila Menteri Besar mengarahkan ia beroperasi seperti biasa diikuti oleh arahan kerajaan Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Kenyataan Lim Guang Eng bahawa beliau akan mentadbir seadil Khalifah Umar Abdul Aziz mematikan semangat perkauman Umno di pulau mutiara itu.
Kelewatan BA membentuk kerajaan di Selangor dan Perak menjadi senjata BN, tetapi untuk sementara waktu sahaja. Di Selangor selesai dengan cepat kerana BA mendapat majoriti yang lebih besar, manakala di Perak ada masalah kerana DAP yang mendapat majoriti tidak mempunyai wakil Melayu untuk diangkat sebagai Menteri Besar. Tetapi semuanya selesai di meja rundingan apabila parti-parti BA bersedia bertolak ansur demi menamatkan kezaliman BN. Mereka sudah ketiadaan isu untuk memburukkan pembangkang dan kini proses melaksanakan manifesto sedang bermula.
Masalah yang kian parah sekarang ialah kegagalan BN membentuk kerajaan di Terengganu walaupun menguasai dua pertiga majoriti. Krisis politik dalaman mereka kini bertukar menjadi perbalahan dengan istana. Sultan Terengganu yang menjadi Yang di-Pertuan Agong hanya berdiam diri, tetapi Majlis Pemangku Raja nampaknya memahami bahawa sultan dan rakyat Terengganu tidak mahu berketuakan seorang menteri besar yang rakus dan bertopengkan agama. Sultan dikhabarkan mahu seorang yang ’baik’ menjadi MB dengan maksud MB lama ’tidak baik’. Apabila MPR menawarkan jawatan MB kepada Ahmad Said, penyokong Idris Jusoh segera membuat laporan BPR tentang aktiviti rasuah calon MB baru itu.
Terbukti Pak Lah penipu! Dia memberitahu rakyat bahawa semua calon BN bersih dan telah ditapis termasuk oleh BPR. Apabila Ahmad Said hendak dilantik sebagai MB, juak-juak BN sendiri mendedahkan kegiatan haram mereka. Jika Ahmad Said yang dianggap ’terbaik’ oleh Istana pun didakwa terlibat dengan rasuah, inikan pula wakil-wakil rakyat lain yang ’kurang baiknya’ itu. Di sebalik masalah ’kebersihan’ wakil rakyat BN ini, lebih ketara sekarang ialah ’penderhakaan’ terbuka Umno/BN terhadap istana. 23 wakil rakyat BN menyertai Pak Lah dan kuncu-kuncunya mempertikaikan keputusan istana untuk menolak Idris Jusoh.
Apa hebatnya Idris Jusoh sehingga bermati-matian mahu dipertahankan oleh 23 wakil rakyat Umno ini sehingga sanggup menderhakai sultan. Mungkin Idris Jusoh boleh memberikan mereka projek-projek di Pulau Wan Man atau mendapat tender untuk Monsun Cup, walaupun semua rakyat tahu projek tersebut sudah dibolot oleh Patrick Badawi dan Khairy Jamaluddin. Penderhakaan kepada sultan adalah suatu yang amat asing dalam politik Melayu. Pemimpin-pemimpin dahulu kala sudah banyak terkena tulah dan daulat kerana cuba menderhaka, tetapi Idris Jusoh dan kroninya masih sanggup untuk berbuat demikian demi kuasa. Kita menyokong jika raja yang zalim ditentang, tetapi kita hairan apabila sultan yang mahukan keadilan disanggah. Ia ternyata satu perbuatan pemimpin yang zalim.
Ketika pergolakan berlaku di Perak kerana Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengarahkan ADUN DAP memulaukan majlis angkat sumpah MB Perak, Umno segera menuduh Kit Siang derhaka. Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Mohd Taib bertalu-talu menyerang Kit Siang, tetapi pemimpin DAP itu cepat sedar akan kesilapannya lalu segera memohon maaf kepada istana. Shahidan Kassim yang tidak direstui Raja Perlis juga diam sahaja apabila istana tidak memilihnya. Kini, Idris Jusoh sahaja yang terus menderhaka. Rakyat masih tercari-cari ke mana tokoh yang pernah melarikan anak Sultan Selangor itu untuk mengecap ’derhaka’ kepada Idris Jusoh pula! Kini ludah sudah jatuh ke muka sendiri.
Kita akui perbuatan Kit Siang tidak wajar tetapi kita berbesar hati apabila dia sanggup meminta maaf dan kembali ke pangkal jalan. Namun rakyat sudah kepeningan apabila Idris Jusoh yang biasa menjadi Timbalan Menteri dan Menteri Besar begitu biadap terhadap sultan. Sultan menolak beliau kerana ’dosa-dosa’nya sepanjang empat tahun menjadi MB negeri itu. Sultan sudah tahu segala karenah dan kebobrokan beliau sebagai Ketua Kerajaan. Sultan tidak mahu Idris Jusoh lagi. Itu sahaja. Mengapa Idris berkeras, degil dan biadap terhadap Istana? Adakah kerana masih banyak wang rakyat yang belum dipunggah atau diagihkan kepada Patrick Badawi. Maka, kerana itu Pak Lah mempertahankan Idris Jusoh?
Satu isu yang besar sekarang ialah pertembungan antara Perdana Menteri yang didesak meletak jawatan dengan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu. Memang Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai hak untuk campur tangan di Terengganu, tetapi rakyat mempersoalkan mengapa Pak Lah bermati-matian mahu mempertahan Idris yang sudah ditolak oleh istana. Adakah Pak Lah juga cuba menderhakai sultan. Jika pemimpin BN itu serius mahu menentang sultan, kita mencabar mereka memecat Ahmad Said sebagai ahli Umno seperti yang diugut sebelum ini. Pak Lah dan Idris tidak patut menerima Ahmad Said sebagai menteri besar jika mereka berterusan memusuhi istana Terengganu. Saya berharap supaya Sultan Terengganu memikirkan untuk menarik balik pingat dan bintang kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Pak Lah, Idris dan juga Rasol Wahid kerana penderhakaan ini.
Nampaknya Umno lebih suka mempertahankan kepentingan poket dan perut masing-masing daripada mempertahankan kepentingan Melayu atau kepentingan negeri dan rakyat Terengganu. Di Pulau Pinang mereka melakonkan perjuangan hak Melayu, tetapi membunuhnya di Terengganu. Dahulu mereka merompak wang royalti milik rakyat Terengganu, kini mereka menghina Sultan Terengganu. Apabila seseorang pemimpin lebih mementingkan projek daripada rakyat, mereka akan sanggup melawan sultan. Keadaan ini amat menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara, selain turut mencabuli kedaulatan Raja-raja Melayu.
Rakyat sudah boleh menilai sendiri siapa Umno sebenarnya. Adakah seorang pejuang Melayu menderhakai sultannya? Umno sudah kehilangan taring politiknya. Mereka sudah cacamerba dan kehilangan arah perjuangan. Membela Melayu, sultan ditentang. Membela DEB, kroni kekenyangan. Membela Islam, murtad berkembang. Membela rakyat, keadilan hilang. Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah bertindak bijak menafikan dua pertiga BN sekali gus menyelamatkan hak rakyat daripada terus menjadi mangsa kerakusan BN.
YB Hj Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS Pusat Ahli Parlimen Pokok Sena
Pendapat, kritikan dan isu-isu anda, boleh disampaikan melalui email kepada mahfuz4555@yahoo.com
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Siapa Derhaka? (Score: 1) by zeck on Tuesday, March 25 @ 17:58:41 PDT (User Info | Send a Message) | Saya baru terima SMS dari kawan...
Betul ke pihak Istana buat laporan polis terhadap Pok Loh dgn 23 Adun Umno Tganu yang menderhaka kpd DYMM Sultan Tganu di balai Polis Kuala Tganu. |
|
|
Re: Siapa Derhaka? (Score: 1) by anakwatan on Tuesday, March 25 @ 19:25:19 PDT (User Info | Send a Message) | Kalau betol........TAHNIAH...
Biar PENDERHAKA Deris, Wahid Rosol & The Gang masuk dlm sangkar....lepas tu buang negeri. Dasar rakyat yg tak hormat raja. Kalau zaman dulu....dah lama dah kena pancung. Mana tidak nya.....dah lah MEROMPAK, PENKHIANAT dan sekarang dah jadi PENDERHAKA. |
|
|
Re: Siapa Derhaka? (Score: 1) by Gerong_belang on Wednesday, March 26 @ 13:04:49 PDT (User Info | Send a Message) | memahat sejaghoh, mencipta tamadun
motto utk derih... sejak dari zaman kesultanan melayu melaka, tiada org lain yang derhaka pada sultannya lagi sehinggalah ke zaman tranung lening....
nama derih doh terpahat dalam sejaghoh doh sebagai derih derhaka dimata rakyat kebanyakkan. mu cuci paka klorok pong dok paka doh ! kohong doh nama mu !
say NO to derih ! say NO tu ameno !
|
|
|
|
|