 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi
Dilulus terbit pada Tuesday, April 08 @ 21:34:38 PDT oleh greenboc
|
|
Oleh fitriyusof
" Penyertaan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah satu yang ganjil memandangkan ia adalah rentetan dari kerjasama politik dengan rakan-rakan politik lain yang telah sekian lama terjalin. Namun, terdapat juga segelintir pendokong Islam yang mahukan penjelasan syarie tentang penglibatan ini memandangkan ia adalah satu perkembangan yang agak baru kepada PAS di zaman kepimpinan ulama’ ini.
Antara persoalan yang timbul ialah: Bolehkah PAS menyertai pemerintahan Pakatan Rakyat yang tidak menjadikan Islam sebagai asas dalam pemerintahan? Tidakkah penyertaan ini akan dianggap sebagai menyokong dan menyetujui, bahkan bersubahat dengan perbuatan mungkar?
Para pendokong Islam cukup faham bahawa menegakkan pemerintahan Islam adalah satu kemestian. Umat Islam perlu berusaha untuk memastikan peraturan Islam bukan sahaja dapat diamalkan di peringkat individu dan keluarga, bahkan juga di peringkat masyarakat dan negara.
Difahami juga bahawa memerintah negara dengan membelakangi syariat Allah adalah suatu yang menyalahi kehendak agama. Islam menolak pemerintahan yang tidak menegakkan hukum Allah atau tidak mempunyai perancangan dan keazaman untuk melaksanakannya secara menyeluruh.
Fasal 5 Perlembagaan PAS secara jelas menyatakan hasrat untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang berasaskan Islam.
Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah, dari sudut pandangan Islam dikira sebagai zalim. Maka, pada dasarnya Islam melarang penganutnya mendokong dan menyertai pemerintahan ini. Atas premis inilah PAS tegas tidak menyokong perjuangan UMNO sejak sekian lama.
Namun, prinsip di atas tetap ada pengecualiannya. Terdapat keadaan-keadaan tertentu yang membenarkan pergerakan Islam Islam menyokong dan menyertai pemerintahan yang tidak berasaskan Islam. Hukum siyasah Islam tidaklah rigid dan beku. Terdapat ruang keanjalan yang memberikan kelapangan dan kemudahan kepada penganut dan pejuang agamanya. Islam juga tidak mengenepikan aspek maslahah yang mengambil kira pertimbangan logik dan pengalaman dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan nas qat’ie.
Melihat kepada realiti di Malaysia, beberapa prinsip, sebab dan situasi wajar dijadikan pertimbangan bagi membolehkan penyertaan ke dalam pemerintahan yang tidak berasaskan Islam:
1. Memilih mudharat yang ringan berbanding mudharat yang lebih besar. Kedua-dua pemerintahan yang digantikan dan yang menggantikan itu dianggap sebagai mudharat kerana pemerintahan-pemerintahan itu tidak meletakkan Islam sebagai asas dalam pemerintahan. Oleh kerana pemerintahan yang digantikan itu mendatangkan mudharat yang lebih besar, maka tindakan Parti Islam memilih untuk menyokong dan bersama-sama kerajaan pengganti itu berasaskan prinsip memilih mudharat yang lebih ringan berbanding mudharat yang lebih besar. Dalam hal ini, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memetik kisah Nabi Harun yang tidak berkeras dengan penyembah patung lembu. Surah Taha, ayat 94 mencatatkan alasan Nabi Harun bahawa: Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepada ku: “Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani Israil sesama sendiri dan engkau tidak berhati-hati mengambil pesanan ku”.
2. Mengurangkan kezaliman dan mencegah mungkar setakat yang terdaya. Penindasan terhadap hak rakyat, agihan kekayaan yang tidak seimbang, rasuah dan salah urus negara, penguatkuasaan undang-undang draconian, pembaziran, dan sekatan kebebasan bersuara adalah antara bentuk-bentuk kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang mahu dibanteras secara sepakat antara parti Islam dan rakan-rakan lain. Kemungkaran ini dapat dipadamkan dengan kekalahan pemerintahan terdahulu dan dengan tertubuhnya kerajaan campuran. Walau pun kemungkaran lain seperti sistem riba, dan keengganan melaksanakan sebahagian hukum Islam mungkin tidak dapat diatasi melalui kerajaan baru, namun ia bukanlah satu alasan untuk menolak terus peluang yang ada untuk mencegah kemungkaran-kemungkaran yang mahu dibanteras secara sepakat tadi.
3. Memanfaatkan ruang untuk menegakkan Islam setakat yang termampu. Penyertaan dalam kerajaan campuran bermakna sebahagian dari pemimpin parti Islam akan berada dalam organisasi kerajaan. Kuasa yang ada ini merupakan ruang yang cukup baik untuk melaksanakan Islam pada ruang lingkup yang ada. Kisah Raja Najasyi yang muslim tetapi tidak menguatkuasakan hukum Islam dijadikan rujukan untuk menyokong hujah ini.
4. Memanfaatkan ruang untuk menyampaikan Islam. Oleh kerana parti Islam berada di pihak kerajaan, maka sekatan-sekatan ke atas suara-suara Islam akan dapat dihapuskan. Ruang untuk menyampaikan mesej Islam, termasuk soal-soal sensitif seperti topik pemerintahan Islam terbuka luas.
5. Pelaksanaan Islam secara terhad dalam pemerintahan baru boleh dianggap sebagai sebahagian dari proses tajdid yang berlaku secara beransur-ansur. Hakikat penurunan al-Quran secara beransur-ansur, terutamanya dalam kes pengharaman arak menunjukkan bahawa proses ini adalah syarie dan sesuai dengan fitrah masyarakat yang sukar menerima perubahan mendadak. Pelaksanaan Islam secara beransur-ansur ini dilaksanakan dengan tekad yang bulat untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh apabila diizinkan Allah.
6. Penyertaan sebagai satu langkah persediaan ke arah menegakkan pemerintahan Islam. Penglibatan pendokong Islam dalam struktur pemerintahan negeri dan negara memberikan pengalaman berharga untuk meneruskan usaha memerintah secara Islam dengan cara yang sempurna. Memerintah sesebuah kerajaan hari ini bukan sahaja memerlukan sifat amanah dan tekun, bahkan ia menuntut kecekapan serta pengalaman. Ilmu dan maklumat serta pengalaman dalam aspek ekonomi, perundangan, keselamatan negara, hubungan antarabangsa serta perdagangan amat penting dalam peneraju negara. Para pemimpin dan pendokong parti Islam akan mendapat keyakinan masyarakat jika mereka terdedah dengan perkara ini melalui penglibatan dalam kerajaan campuran.
Ringkasnya penyertaan parti Islam dalam pakatan untuk menjatuhkan pemerintah zalim adalah satu kelonggaran berasaskan prinsip maslahah. Oleh yang demikian, penyertaan ini tertunya terikat dengan syarat-syarat tertentu agar matlamat penyertaan itu tadi tidak terpesong. Insyaallah kita akan bincangkan syarat-syaratnya dalam catatan yang lain.
http://wajahesok.blogspot.com
"
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by Bantai on Tuesday, April 08 @ 21:51:03 PDT (User Info | Send a Message) | Kalau BALACI UMNO ada OTAK
kalau la ada barang sedikit OTAK mereka
bacalah... fahamlah.
keadaan skrg PAS = 23 kursi kira minoriti la
tapi hasrat nak ke NEGARA ISLAM tu tetap ada
lain pulak dgn UMNO
depa majoriti dlm DEWAN sejak 50 tahun dulu
tapi tak penah pun ada hajat nak HUKUM ISLAM
yg korang BALACI UMNO dok bising ni apsal?
CERMIN DIRI dulu laaa........ nanti nampak sangat BODOH tuu
|
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by jarihantu on Tuesday, April 08 @ 21:57:47 PDT (User Info | Send a Message) | jadi memang tak ada harapanlah untuk pujuk umno kembali pada islam agaknya, umno dah write off sama sekali kut. tapi manalah tahu entah2 DAP lebih islamik dari umno bila dah bersama PAS, insyAllah. manalah tahu Guan Eng akan jadi laksamana Cheng Ho abad ini. |
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by hanie on Tuesday, April 08 @ 22:00:29 PDT (User Info | Send a Message) | syukurlah ada penjelasan yang sebegini...sekurang-kurangnya meringankan beban rasa terganggu dan tertanya-tanya sebahagian ahli Pas yang belum jelas...kawe ni okey memang faham dan tahu..memang jelas dari awai lagi..tapi Pas kena lakukan sesuatu untuk memastikan penerangan ini sampai kepada penyokong Pas segenap lapisan...dah ada makcik2 dan pakcik2 yang dok bising-bising pasal pakatan Pas ni..maklumlah biasa berjuang bersendirian, tetiba ramai pulak kengkawan..apek dan thambi pun dah join skali... tak ke heran dan tergezut depa tu...kawe cadang bagi penerangan dalam kuliah di surau2
|
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by abglebai36 on Tuesday, April 08 @ 22:07:10 PDT (User Info | Send a Message) | ASSALAMUALAIKOM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.........
SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN... BERIBADATLAH KAMU SEPERTI KAMU AKAN MATI ESOK HARI..... PANDANGAN SAYA KITA MESTI IKLAS DAN BERSUNGGUH2 DALAM BERIBADAT...IAITU MELAKUKAN YANG TERBAIK
BEKERJALAH KAMU SEOLAH2 KAMU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI.... MAKA PANDANGAN SAYA SETIAP PEKERJAAN HARUSLAH DILAKUKAN DENGAN TELITI TAK PERLU TERBURU2 KERANA KITA MEMPUNYAI MASA YANG BEGITU PANJANG UNTUK MELAKUKANNY.......
WALAUPUN BEGITU SETIAP SERUAN YANG TELAH SAMPAI KEPADA KITA MAKA WAJIBLAH DILAKUKAN DENGAN BERHATI2,SABAR DAN BERSUNGGUH2 SEMOGA USAHA KITA SELAMA INI DIBERKATI OLEHNYA........AMIN |
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by abuadil_alkaff on Tuesday, April 08 @ 22:16:37 PDT (User Info | Send a Message) | akhi fitriyusof, tulisan tuan sangat baguih, dan patut dijadikan kertas asas atau sebagai permulaan untuk dibincang dalam usrah2 dimarkaz pas. ziarahmenilai rasanya akan sokong. tajuk2 dan persoalan dalam fiqh amal haroki sepatutnya sudah lama dibincang dan difahami oleh orang pas. contoh lain persoalan berpatah arang dengan orang umno hasil kekeliruan dalam memahami konsep mufasolah syed qutb. ini pun patut dibincang secara ilmiah juga. tapi orang umno seronok, kalau kita terus berpatah arang. |
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by antirust_Man on Tuesday, April 08 @ 22:17:09 PDT (User Info | Send a Message) | huraian yg sangat baik...saya setuju dgn pandangan tuan...benarlah " adakah sama org yg berilmu dgn org yg tidak berilmu?"...
islam itu sederhana...jgn diberatkan dgn sikap ekstrimis sesetengah penganutnya..cuma kena berhati2 agar tidak tersilap langkah... |
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by pbiwml on Tuesday, April 08 @ 23:02:50 PDT (User Info | Send a Message) | Jika benar benar Pas bertindak berdasarkan nas mengapa sejak dari dahulu lagi pas tidak berkerja sama dengan DAP.? malah Pas pada suatu masa pernah bersama sama dengan Umno dan suatu masa yang lain bersama sama dengan S46. Nampaknya apa yang pas nilai sebagai mudharat ringan itu bisa berubah rubah mengikut keadaan. Maka tidak mustahil suatu masa nanti Pas akan bersama sama dengan UMNO semula.
Disini nampaknya anda mengetengah teori penerapan secara bertahap, tetapi dalam perkembangan terbaru ini tidak dapat dianggap sebagai bertahap kerana Pas sudah mundur kebelakang dari menyatakan dengan terang negara islam kepada merendahkan kalimatnya kepada yang lebih ringan.
hujah berkenaan Al-quran diturunkan secara bertahap tidak boleh diterima untuk menjustifikasikan niat PAS.
1.Allah s.w.t menurunkan Al-quran berdasarkan peristiwa yang terjadi untuk menguatkan hati, yang pertama turun adalah masaalah Iman, kedua surga dan neraka dan kemudiannya halal dan haram. Ini bukan bererti meninggal sebahagian dan mengambil sebahagian yang lain. Disaat itu kaum muslimin dipertangungjawabkan setakat batas batas yang ditentukan syarak.
setelah turunnya ayat
"pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamau, dan telah kucukupkan kepadamu nikmat-ku, dan telah kuridhai Islam itu jadi agama bagimu"[TMQ al-Maidah:3]
tidak ada lagi untuk kita berpatah semula ke sebahagian tuntutan dan menanguhkan dahulu sebahagian yang lain.
Ingatlah Abu bakar as siddiq yang terkenal sebagai insan yang lembut tidak sesekali meninggalkan tuntutan syarak atas dasar bertahap atau ingin berlembut lembut atau berdiplomasi. Beliau berkata:
"demi Allah, seandainya mereka tidak mahu membayar zakat kepadaku, meskipun tali kekang unta, sebagaimana mereka telah menbayarnya kepada Rasulullah s.a.w, maka sungguh aku akan memerangi mereka"
alasan alasan menerapkan secara bertahap sudah lama dikumandang oleh aktivis aktivis Islam, ianya langsung tidak mendatangkan hasil malah ianya selaras dengan kehendak orang kafir untuk memastikan umat Islam terus kebelakang dan meningalkan tuntutan syarak.
ingatlah Allah s.w.t telah memberi amaran tentang sikap orang orang kafir "Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak(pula kepadamu)" [TMQ al-Qalam(68):8]
"dan janganlah kamu cenderung kepada orang orang yang dzalim, yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali kali kamu tiada menpunyai seorang penolong pun selain dari pada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" [TMQ Hud:(11)113]
alasan untuk menerapkan islam secara bertahap sebenarnya bercanggah dengan seruan menyuruh mengambil Islam secara syumul. kerana hakikat bertahap bermaksud mengambil sebahgian dan meningalkan sebahagian lain.
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan ingkar terhadap sebagian yang lain?Tiadalah balasan dari orang yang berbuat demikian dari pada mu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang amat berat" [TMQ al-Baqarah(2):85].
Mengunakan alasan pengharaman arak secara bertahap adalah suatu yang diada adakan. kerana tidak berlaku apa yang dikatakan secara bertahap.
sebelum turunnya ayat yang ketiga yang mengharamkan khamar, ayat ayat terdahulu tidak membawa larangan melainkan membawa maksud didiamkan (masku't 'anhu). dalilnya adalah apa terjadi kepada umar r.a. Dimana umar telah berkata:
wahai Allah, jelaskanlah bagi kami hukum khamar dengan penjelasan yang memuaskan, kerana khamar itu menghabiskan harta dan menghilangkan akal. lalu turunlah ayat
"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi"[TMQ Al-Baqarah(2):219]
Umar dipanggil dan ayat tersebut dijelaskan kepadanya, kemudian umar r.a berkata "wahai Allah jelaskan kepa
Read the rest of this comment... |
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by pbiwml on Tuesday, April 08 @ 23:18:03 PDT (User Info | Send a Message) | sambungan yang tak terkeluar
kemudian turun ayat
"wahai orang orang yang beriman,janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk"[TMQ an-Nisaa (4):43]
Umar lalu dipanggil dan ayat tersebut dibacakan kepadanya, umar pun berdoa kembali "wahai Allah, jelaskanlah kepada kami tentang hukum khamar dengan penjelasan yang memuaskan" kemudian turun ayat:
"Hai orang orang yang beriman, sesungguhnya(meminum Khamar), berjudi,(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. maka jauhilah" [TMQ al-maidah(5):90]
umarpun dipanggil ayat tersebut dibacakan hingga sampai kepada ayat
"Maka berhentilah kamu"[TMQ al-Maidah(5):91]
setelah mendengar umar berkata 'kami berhenti wahai rabb, kami berhenti wahai rabb' [hr Ahmad,Tarmidzi, Nasa'i dan abu dawud]
Umar dan umat Islam lain tidak mengambil kefahaman peristiwa diatas sebagai boleh bertahap tahap kerana umar dan umat Islam pada masa itu telah berhenti serta merta, walaupun meminum arak telah menjadi budaya mereka.
|
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by shabab on Wednesday, April 09 @ 00:13:16 PDT (User Info | Send a Message) | Salam.. sebleum tidur.. bagi saya artikel asal tidak langsung menerangkan penerapan Islam secara bertahap tapi rasional kerjasama Islam dengan bukan Islam bahkan jika bekerjasama dengan UMNO boleh memberi peluang untuk menubuhkannegara Islam, masakan tidak.. namun telah 50 tahun mencuba ternyata melayu bukanlah Islam dan Islam bukanlah melayu... Islam adalah Islam.... malah cubaab pas menegakkan Islam melalui umno menyebabkan terbentuk parti serpihan hamim, berjasa dll.
komen pbiwml sebenarnya adalah bertepatan tapi bukan dalam konteks pakatan rakyat. Sekali dalil, nas dan peristiwa yang ditunjukkan adalah dimana Islam adalah pihak yang berkuasa, boleh menjalankan atau menguatkuasakan undang undang samada ketika pengharaman arak dimana hanya berkuatkuasa atas orang islam sahaja, begitu juga kes zakat dimana abu bakar adalah khalifah.. ketika inilah perlaksanaannya tidak perlu bertahap.. nak inilah yang dilakukan oleh kerajaan kelantan sebaik sahaja memerintah, tiada bertahap dalam melaksanakan islam walapun dimomokkan oleh UMNO, wayang kulit dengan segera dibuang unsur hindunya, makyong dengan hikayat hanuman kera putih segera diharamkan, percampuran lelaki perempuan dibataskan, judi dihapuskan, menora ibarat menurun hantu dihalang, puja pantai dihapuskan, roundabout patung kijang laksana tawaf berhala dihapuskan, persembahan dikir barat dengan peserta perempuan diharamkan...nah apa lagi... malah perlaksanaan segera mendapat kutukan hebat media UMNO tapi demi amanah bila berkuasa maka diteruskan juga...
lain kisahnya untuk pakatan rakyat ini.. PAS bukan memerintah, jauh sekali mendapat undi majoriti maka mudharat yang paling kecil adalah bekerjasama untuk membuka ruang maka peluang dakwahnya tersebar luas, tidak lagi sekatan ceramah, masjid diimarahkan , syiar islam tidak pula disekat oleh sang sekular DAP tapi dihalang secara terancang dan terang-terangan oleh san NASIONALIS UMNO.... bagi saya adalah bukti yang sangat jelas UMNO menolak perjuangan negara islam, walaupun begitu bagi DAP tapi tidak pula mereka menghalang hak syiar Islam... maka dalam keadaan demokrasi, jika masing2 bertarung digelanggang yang sama secara adil, sudah tentu yang terbaik menang dan yang terbaik itu Islam... maslah sekarang adakah gelanggang itu... TIADA selagi BN berkuasa, laksana Pas dikat, ditikam, tidak diberi makan, tanpa senjata ditolak ke gelanggang, bertarung dengan UMNO yang mnegusai senjata media, finance dll... namun kekadang PAS tetap menang..
MAKA pakatan rakyat adalah wadah terbaik membentuk gelanggang yang adil.. dan tidak sekalipun PAS meniggalkan tujuan asal Negara Islam.. jika tidak PAS bukan PAS lagi dan saya serta penyokong PAS akan lenyap... |
|
|
Re: Kedudukan PAS Dalam Pakatan Rakyat - Satu Persepsi (Score: 1) by laserb8 on Wednesday, April 09 @ 11:54:09 PDT (User Info | Send a Message) | Aku amat bersetuju dengan artikel di atas...
1. Bagi aku keperluan amat mendesak untuk PAS menjadi sebahagian daripada parti pemerintah ASAP. sekiranya PAS menjadi sebahagian parti yang memerintah, amat banyak peluang yang boleh dimanfaatkan untuk Islam demi kebaikan kepada muslim dan non-muslim.
2. PAS teruskanlah kerjasama dengan DAP dan PKR. biar PAS banyak mengalah ngan PKR pun x per. Aku percaya pada PKR. yang penting Pakatan rakyat kena menang. Kalau kat tempat aku DAP, aku akan undi DAP.
|
|
|
|
|