 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!
Dilulus terbit pada Tuesday, April 15 @ 14:25:47 PDT oleh greenboc
|
|
Oleh matjejakrasul
" KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.
"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.
Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini. "Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. "Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah." Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang. "Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana. "Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33). Kata Dr Asri, "Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu 'Islam Hadhari' ini. Ini adalah kewajipan saya." Menurutnya, istilah atau jenama 'Islam Hadhari' itu menakutkan orang kampung. "Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.' Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas. "Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. "Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai," kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini. Katanya lagi, "Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih. "Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," kata Dr Asri. "
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by poktunggal on Tuesday, April 15 @ 14:58:36 PDT (User Info | Send a Message) | | tahniah dr asri...sy menyokong tndakan brani anda...wahai pmimpin2 yg korup..btobatla sblm nyawa smpai ke halqum..... |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by jebat88 on Tuesday, April 15 @ 15:11:00 PDT (User Info | Send a Message) | Tahniah Dr. Mohd Asri ! Ramai umat islam di Malaysia keliru dengan Islam Hadhari, mereka menganggap Islam Hadhari adalah satu agama islam yang baru. Ini kerana pengasas serta pemimpin-pemimpin Islam Hadhari tidak menggalak isteri masing-masing menutup aurat di kepala. Sepatutnya sebagai pemimpin Islam sebenar, mereka menjadi contoh kepada rakyat.
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by al-bakistani on Tuesday, April 15 @ 15:16:37 PDT (User Info | Send a Message) | tahniah dr asri atas seruan agar pemimpin negra bertaubat......
tapi ada sedikit kemusykilan bermain dalam pemikiran ana.... kalau tak silap ana, dulu pun dr asri sokong Islam hadhari.... dr asri kata, ianya tidak salah... dr asri kiaskan Islam Hadhari ni seperti hospital bersalin.... kata dr asri, Hadhari itu mengkuatkan maksud Islam, seperti bersalin itu mengkuatkan makna hospital..... tapi sekarang, Dr Asri telah menyebut secara jelas, bahawa ianya mengelirukan dan menakutkan......
walaubagaimanapun, tahniah kerana dah "bertaubat" dan menyeru orang bertaubat........
sekian |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by jayabdih on Tuesday, April 15 @ 15:23:32 PDT (User Info | Send a Message) | Patutlah BN hampir kecundang. Rupa-rupanya mufti yang pasang di paracute (payung terjun) di belakang kapal terbang yang cuba take off... Takkanlah mufti tak tahu 'hadhari' itu hanya pendekatan dan idealogi sahaja. Itu bukan agama baru... Hadhari adalah satu pendekatan menghijrahkan minda muslim yang kolot dan tak peka pada perubahan cara berfikir. Contohnya: masih ramai orang islam melayu yang bertanya kepada orang Sabah soalan DAN KENYATAAN begini:
"YANG MANA BAGUS, SABAH KAH MALAYSIA", "SABAH MASUK MALAYSIA" "KITA MESTI BANGUNAN MALAYSIA INI TERMASUK SABAH SABAH DAN SARAWAK" "BILA KAMU MASUK MELAYU?", ungkapan orang melayu kepada orang cina masuk islam. "CINA, MELAYU, INDIA MESTI BERSATU", seolah-olah itu saja bangsa yang ada di malaysia.
Inilah general comments orang melayu kolot yang masih menganggap mereka lebih superior dari bangsa lain. Inilah minda yang perlu diubah... dan mesti ada titik permulaannya. Saya ulangi: HADHARI ITU HANYA PERKATAAN YANG MEMBERI KESEDARAN KEPADA MUSLIM SUPAYA BERFIKIRAN DINAMIK. KALAU TIDAK RAMAI MUSLIM AKAN KETINGGALAN ATAU 'MISKIN'. secara realiti, cuba kita lihat kedudukan islam kita di seluruh Malaysia. Berapa kerat sahaja yang jadi jutawan wal hal sumber zakat kita perlu datang dari ramai muslim kita yang pintar bersaing. Bagi saya, apa pun nama, tidak membatalkan syhadah saya.
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by wanzdaj on Tuesday, April 15 @ 15:27:12 PDT (User Info | Send a Message) | Tahniah Dr. MOhd Asri.... Anda memang berani... Tapi... PLEASE GET READY... JGN TERLALU LANTANG SGT.... JADIKAN APA YG BERLAKU PD ALLAHYARHAM DATO'ISHAK BAHARUM SEBAGAI PENGAJARAN... BYKKAN BERDOA DGN TUHAN.... |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by slamatbukitpayong on Tuesday, April 15 @ 15:39:51 PDT (User Info | Send a Message) | Produk berjenama Islam Hadhari mula dipromosikan semasa PRU11 dan mendapat sambutan diluar dugaan (bagi mereka yang tak faham Islam sebenar). Sebab itulah UMNO/BN menang besar... Ramai yang menganggap jenama yang dibawa oleh Pak Lah yg berlatarbelakangkan Islam ini suatu jenama yg boleh membawa kebaikan kepada rakyat... Tapi malangnya jenama tersebut gagal memberi sebarang kebaikan, malah ianya mengeliru dan memburukkan lagi keadaan... lihat saja index jenayah, rasuah, kemiskinan, penyakit sosial dsbnya yang menakutkan..
Kemudian jenama yang sama cuba dijual kembali dalam PRU12.. hasilnya pelanggan dah tak mau beli. Tak laku. Ibarat DoReMi jual ubat .. Hai Ubat.. Hai Ubat.. Mari Beli Ubat... Kalaulah Terlambat... Tak Dapat....Kali pertama jual habis laku macam goreng pisang panas... Alahai jual kali kedua..bukan saja ubat tak laku.. penjualnya lari lintang pukang dikejar dek pelanggan yang ditipunya....
Saya tak pasti untuk menghadapi PRU13, ubat apa lak yang akan dijual olen UMNO/BN ni ye..... |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by wan_jtk on Tuesday, April 15 @ 15:47:03 PDT (User Info | Send a Message) | Patutnya tegurlah sebab kesesatan, bukannya tegur sebab hanya jadi punca BN kalah.
Aku dah nampak Dr Asri ni macam dah nak banyak kali telan ludah sendiri jer.
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by caridamai on Tuesday, April 15 @ 16:15:15 PDT (User Info | Send a Message) | tegur menegur sesama kita untuk kebaikan bersama. syukur masih ada yang berani untuk memberi teguran kepada mereka2 yang ternyata degil dan sombong. bersama-sama kita berdoa semoga teguran dapat diterima dan kita kembali ke jalan yg benar. |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by kiki on Tuesday, April 15 @ 16:51:03 PDT (User Info | Send a Message) | | 10 prinsip islam hadhari nyata terpesong dan memesongkan. Ini soal akidah |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by kumayl on Tuesday, April 15 @ 17:05:06 PDT (User Info | Send a Message) | Kadang2 lucu la tngk si mufti perlis ni dulu cakap lain sekarang cakap lain maklum la shahidan dah tak jadi tuan dia,tapi ape pun syabas kerana berani buat teguran.......*kena kerap perhatikan si mamat ni*
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by ZULYADEIN on Tuesday, April 15 @ 17:24:51 PDT (User Info | Send a Message) | Aku bengang gak dengan si ASRI lalang sorang ni, masa BN kuat dia bukan main kali perbodoh pembangkang kononnya menentang dia dan org PAS tak ilmiah...bukan main kutuk org agama...bila dah BR mula kuat dan dia tau BN tak boleh lama untuk support dia...alih2 dah tunjukkan kononnya kemenangan BR adalah hasil ikut idea dia...piiraaahhhh...
Masa dulu tak kutuk pun BN..tak payahlah nak buat keje politik...buat je keje mufti tu..iaitu haramkan yg haram halalkan yg halal...nak ceri glamour ke dok mengulas hal politik?...la banyak lagi isu yg mufti belum betulkan termasuk masuk islam kena bagi tau mak ayah...so elok u tumpukan soal hukum hakam yg BN masih tak settle...jgn cari glamer kat sini... |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by badok on Tuesday, April 15 @ 18:19:10 PDT (User Info | Send a Message) | SEBAHAGIAN DARI PENYEBAB UMNO JATUH TERSUNGKUR ADALAH KERANA DOSA PARA MUFTI YG MENELAN ISLAM HADARI KEDALAM PERUT MEREKA... BUKAN DOSA PAK LAH SAHAJA MALAHAN..... KAMU SEBAHAGIAN MUFTI BERTANGGONG JWB KEATAS DOSA DOSA YG DILAKUKAN OLEH PEMERINTAH...
DR.ASRI NAK CAKAP APA???? NOH GADUT NAK CKP APA??... HUH.. |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by wan_jtk on Tuesday, April 15 @ 18:20:38 PDT (User Info | Send a Message) | Aku bimbang nanti dia buat statement lain yang semakin menunjukkan dia menelan balik ludah yang dia luahkan sebelum ni.
Dr Asri, bagilah pendapat secara adil, ajarlah peminatmu supaya independent dan pure ijtihad.
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by almarbawi on Tuesday, April 15 @ 18:31:39 PDT (User Info | Send a Message) | nasihat saya kpd penyokond pas..berlapang dada lah.
kenapa nak kutuk/marah/maki dr asri?
bukan semua orang maksum, termasuk pemimpin pas sendiri. jgn taksub.
tegur dgn hikmah, hujah dgn ilmiah.
sentiasa ingat pesan TGNA-islam bukan milik pas sahaja.... |
|
|
pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya (Score: 1) by mujahideve on Tuesday, April 15 @ 18:47:26 PDT (User Info | Send a Message) | | emm tahniahlah anda dh taubat, tp saya confuse rangkap terakhir anda tu. Klu diganti pakatan rakyat memerintah cmner? |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by mujahideve on Tuesday, April 15 @ 18:50:02 PDT (User Info | Send a Message) | | tahniah kpd asri, tuhan je yg tau taubat anda. tp sy confuse rangkap terakhir anda ""Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," klu diganti dgn pakatan rakyat macamana? |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by aljauzee on Tuesday, April 15 @ 19:07:36 PDT (User Info | Send a Message) | ALHAMDULILLAH....tahniah kepada Tuan Mufti Perlis. Kita masih menunggu suara2 daripada mufti2 lain.
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by sdin60 on Tuesday, April 15 @ 20:33:27 PDT (User Info | Send a Message) | Salam
InsyaAllah.....selagi tuan mufti bernaung di bawah panji UMNO tuan selamat, tapi jika tuan tidak di bawah UMNO, belum tau apa nasib tuan (di dunia ini).
saya sangat bersetuju dengan komen tuan tentang Islam hadhari ni kerana kekaburan maksudnya apakah ianya agama baru yang nabinya bernama Abdullah atau Islam yang itu juga tapi banyak menghalalkan yang haram dan memakmurkan perkara lagho lagi thogho di muka bumi ini. Kerana laungan Islam Hadhari berbunyi di mana-mana tetapi kemungkaran terus juga berleluasa seperti siaran tv yang terus membuat program2 hiburan yang melampau, program sure heboh dan jom heboh terus juga diadakan tanpa mengambil peduli larangan mufti yang mengatakan ianya haram, dan juga konsert2 yang membariskan penyanyi2 melayu rock yang merosakan budaya melayu dan penonton dari kalangan anak muda melayu Islam jantan dan betina terjerit2 macam dirasuk syaitan (sememangnya telah dirasuk pun) mengiringi nyanyian penyanyi pujaan mereka. Lalu orang yang suam-suam kuku tentng pengetahuan dan kefahaman Islam akan lebih keliru kefahamannya. Kalau yang dah Islam pun jadi keliru bagaimana kita nak mengajak yang bukan Islam masuk Islam. Isteri PM dan TPM (sebagai ibu) mendedahkan aurat dimana-mana (tak pakai tudung) jadi tak hairanlah muda mudi (sebagai anak) mendedahkan lurah punggung bila duduk (kerana pakai t-shirt pendek dan ketat) boleh dilihat dimana-mana juga.
Dari fahaman saya apabila mendengar ceramah-ceramah dari ustaz-ustaz UMNO bukan Islam yang yang nak kaitkan dengan hadhari kerana Islam tetap Islam dulu kini dan selamanya. Perkataan Islam pada Islam Hadhari tu hanya untuk menandingi atau menyamai nama Parti Islam SeMalaysia semata-mata untuk memancing sokongan rakyat yang cenderong kepada Islam. Dari huraian keliru yang mengelirukan dari ustaz-ustaz UMNO yang selalu saya dengar bukan Islam Hadhari sebenarnya tapi Pemikiran Hadhari iaitu orang Islam yang berfikiran hadhari. Mungkin juga (pada pendapat saya) waktu Islam Hadhari mula nak di canangkan, yang nak di canangkan ialah Pemikiran Hadhari, tapi oleh kerana tiada perkataan Islamnya kerana PAS ada perkataan Islam dan kerana kini rakyat nak kan Islam maka terpaksalah di letakan juga Islam Hadhari walau pun tak betul dan mengelirukan.
Wallahu A'alam
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by hhasnie on Tuesday, April 15 @ 20:54:09 PDT (User Info | Send a Message) | | SALAM BUAT SEMUA. teringat kisah yang tidak agak lama......semasa menuntut di USM dulu, sering kali gak Dr Asri menyampaikan khutbah jumaat di masjid usm, enak dan lunak di dengar, dan semestinya begitulah khutbah yang sepatutnya, seperti mendengar khutbah di negeri Kelantan bunyinya. Bila Dr Asri dilantik sebagai Mufti, semacam suara-suara perkasanya ditelan zaman, namun kini suaranya lantang kembali. Pesanan mudah dari insan kerdil ini, kalau kita berada dalam kolam yang tercemar, jangan lah kita turut dicemarinya, tak boleh bersih terus, bersihkan sedikit demi sedikit. Waalahualam |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by mintak_lalu on Tuesday, April 15 @ 21:44:53 PDT (User Info | Send a Message) | nampaknya Mufti nie pandai cari siapa yang berkuasa . Kalau dulu terpaksa diam krn berdampingan dengan Shahidan . Sekarang shahidan dah tak dak taring .. mesti cari taring yang lain pula . Macam2 .. Inilah akibatnya kalau berdakwah tanpa berprinsip .
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by abglebai36 on Tuesday, April 15 @ 22:33:29 PDT (User Info | Send a Message) | aik..mufti sorang ni main politik pulak?? tak ingat ke fatwa2 tentang amalan yang telah diamalkan oleh orang kita selama ini.... bila tuan dah jadi mufti...tuan kata amalan zikir dan doa selepas solat jumaat itu adalah bidaah,,, RASULLULLAH SAW tak pernah buat... tuan kata majlis tahlil dan doa selamat kat masjid2 tu bidaah...... bacaan yassin masa melawat orang sakit(nazak ) tu bidaah.... tuan mufti taknak perbetulkanke.....???? ini adalah amalan dari zaman saya kenal islam lagi.....!!! adakah sebelum menjatuhkan huklum bidaah ini tuan telah berbincang dengan ulama' yang lain????? atau tuan rasa tuan seorang saja yaang betul......!!!!
akhir kalam maafkan atas kelancangan ini.....assalamualaikom |
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by Malique on Wednesday, April 16 @ 07:53:43 PDT (User Info | Send a Message) | Saya punbeli CD (nampak cetak rompak !) debat beliau di Perak. Malangnya CD1 tak boleh read. gi tukar...tak boleh read juga...nak komplen, bukan ori...apapun dari tiga CD yang lain saya setuju dengan pandangan beliau. Cuma satu saja yang kurang enak, sempak pulak beliau kenen penanya (yang dia tu pun tanya soalan macam nak kondem orang)
|
|
|
Re: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari! (Score: 1) by jayabdih on Wednesday, April 16 @ 09:48:15 PDT (User Info | Send a Message) | | Pelik sungguh manusia yang memperkatakan perkataan 'tobat' seolah-olah yang bercakap itu dah banyak 'bertaubat' dan dah 'gerenti' ahli syurga!!.. |
|
|
|
|