 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...!
Dilulus terbit pada Tuesday, April 15 @ 19:09:29 PDT oleh SongkokPutih
|
|
Oleh mayasi
" Kepada yang mengikuti perlawanan gusti dalam WWE RAW, itulah fenomena yang biasa berlaku. Wrestler yang 'jahat' dan sangat dibenci oleh penonton, selalunya akan menggunakan segala-macam taktik kotor dan berbagai tipu-helah untuk membelasah lawannya dengan cara yang sungguh tidak adil, manakala pengadil biasanya akan bersikap berat sebelah, kotor, dan terlalu mudah diperdaya oleh wrestler yang jahat itu.
Pada akhirnya, wrestler 'baik' yang teruk kena belasah itu (sehingga berdarah-darah), hasil dari kelicikan, kekuatan dan sifat 'tahan-lasaknya', dan diakibatkan oleh sorakan semangat dari para penonton yang sebahagian besarnya memberikan sokongan kepadanya, akhirnya memperolehi kesempatan untuk membalas balik...apa lagi! Wrestler 'baik' itu terus mengamuk dengan memberikan pukulan dan hentaman yang dahsyat terhadap wrestler jahat itu.
Pada saat itu, pengadil yang selalu bertindak menyebelahi wrestler jahat itu pun tidak akan mampu lagi untuk berbuat apa-apa untuk menolong dan cuba memenangkan wrestler yang jahat itu dengan cara 'kotor'.
Wrestler 'baik' itu akan membelasah habi-habisan untuk membalas-balik kejahatan lawannya itu pada sebelumnya. Penonton akan bersorak kegembiraan. Wrestler jahat itu sudah 'lembik' dan tidak bermaya sama-sekali. Pada saat wrestler 'baik' itu 'mengunci' pergerakan lawannya itu, ternyata wrestler jahat itu sudah tidak mampu untuk melepaskan diri dan tidak berdaya lagi untuk meneruskan perlawanan. Ketika itu pengadil terpaksa mengira (dengan tangannya menepuk lantai gelanggang) sampai 'tiga' sebelum mengisytiharkan kemenangan kepada wrestler 'baik'.
Kebiasaannya pengadil akan mengira : "One...! Two...! .." Opps.. belum menang lagi! Wrestler 'baik' itu sengaja melepaskan balik 'kunci' itu, tak mahu menang lagi, sengaja melengahkan kemenangan sebab belum puas lagi membelasah lawannya, rugi kalau menang awal sangat, elok siksa dulu dengan sepuas hati, biar dia alami sendiri macam mana rasanya kena belasah teruk sampai berdarah-darah atau pengsan, akhirnya bila hati dah puas dan lawannya itu sudah serik, tidak bermaya langsung, dan separuh-mati, barulah 'kunci' sampai menang!!
Itulah juga fenomena yang berlaku dalam politik Malaysia selepas PRU11. Dollah dan BN sudah lembik dan tidak bermaya lagi, SPR yang menjadi pengadil 'jahat' pun sudah tidak mampu nak tolong lagi. Ketua Polis Negara pun sudah menyepikan diri. Segala-macam taktik kotor yang digunakan sudah tidak berupaya lagi untuk menghalang kebangkitan rakyat menumbangkan BN.
Dan apa keadaannya sekarang....? Dollah sedang disiksa dan dibelasah teruk, sudah betul-betul lembik, langsung tidak bermaya, apa dibuat semua tak menjadi, bercakap pun makin merapu-rapu sehingga dia sendiri pun tak faham apa yang dia cakap, senjata pun sudah makan tuan....Dan Pakatan Rakyat seperti sengaja melengah-lengahkan kemenangan, sengaja membiarkan Dollah tersiksa dulu sebelum betul-betul jatuh, biar Dollah rasakan sendiri akan akibatnya bercakap besar, angkuh, sombong, menganggap rakyat sungguh 'bebal', dan biar Dollah 'sedar' segala taktik-kotornya selama ini sudah memakan diri.
Akhir sekali barulah hadiahkan 'pukulan maut' hingga Dollah dan BN tidak mampu bangkit lagi! DULU, KINI, dan ....(Habis dah, takdak lagi...! Bye bye UMNO!) "
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
| "WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...!" | Login/Create an Account | 37 comments | Search Discussion |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by hannan on Tuesday, April 15 @ 19:14:12 PDT (User Info | Send a Message) | Salam... Tahniah! Perumpamaan yang tepat dan mantap!!!
|
|
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by Izo on Tuesday, April 15 @ 20:21:39 PDT (User Info | Send a Message) http://www.izoblog.com/ | Tunggu apa lagi...Pakatan Rakyat terus jer Smack Down Umno hehehe..
|
|
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by GreenYellow on Tuesday, April 15 @ 20:42:08 PDT (User Info | Send a Message) | Sebelum nak Smack Down kata macam ni dulu.. "The rock is cooking" hahahaha |
|
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by Bantai on Tuesday, April 15 @ 21:55:07 PDT (User Info | Send a Message) | Itulah juga fenomena yang berlaku dalam politik Malaysia selepas PRU11. Dollah dan BN sudah lembik dan tidak bermaya lagi, SPR yang menjadi pengadil 'jahat' pun sudah tidak mampu nak tolong lagi. Ketua Polis Negara pun sudah menyepikan diri. Segala-macam taktik kotor yang digunakan sudah tidak berupaya lagi untuk menghalang kebangkitan rakyat menumbangkan BN.
cerita musim bila ni??
|
|
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by almarbawi on Tuesday, April 15 @ 22:14:38 PDT (User Info | Send a Message) | minat wrestling?
tak payah la, tu semua berlakon je..hidup2 penonton kena tipu termasuk yg kat m'sia ni, melangut tengok 'pelakon' yg pakai underwear bergasak tengah gelanggang.
jgn le samakan situasi politk m'sia dgn wrestling....jauh panggang dari api. |
|
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by xnazrix on Tuesday, April 15 @ 22:37:41 PDT (User Info | Send a Message) | hehe..skang ni mahathir tgh sedap serang pk lah. nak naikkan jugak si najib b4 pakatan rakyat amik alih m;sia. marilah kita berdoa, agar harapan mahathir nih tak kesampaian.
|
|
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by zulput on Tuesday, April 15 @ 23:09:56 PDT (User Info | Send a Message) | | UMNO sekarang ni ibarat sebuah tang sampah yg dah terlalu byk sampah,dan tudung nya dah mula terangkat,bau busuk dah merebak kesetiap pelusuk,ulat2 mula terkeluar dari tong dah terjatuh kelantai ,kalau tak cepat2 dibuang ,pasti akan mendatangkan pelbagai penyakit,oleh itu cepat2 lah kita humbangkan saja tong ini ke lori sampai untuk dihantar ketempat pelupusan sampai |
|
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by abanghensem on Tuesday, April 15 @ 23:21:03 PDT (User Info | Send a Message) | | best woooo wrestling...... |
|
|
Re: WWE RAW : "One...! Two...! ... Opps! belum habis lagi! siksa dulu...! (Score: 1) by Deadman on Wednesday, April 16 @ 02:20:34 PDT (User Info | Send a Message) | | 'Deadman walking....' The Last Ride for BN and then...Tombstone! |
|
|
|
|