AlQuran membimbing cara menerima berita
Dilulus terbit pada Wednesday, April 16 @ 13:28:35 PDT oleh SongkokPutih
|
|
Oleh eahea
""Wahai orang-orang beriman, jika datang kepadamu seorang fasiq dengan berita, maka hendaklah kamu selidikinya... AlHujuraat
Assalamualaikum wr wb.,
Di saat kita mendepani pasca PRU12, kita berdepan pelbagai isu yang sentiasa dihidangkan oleh media terutama media utama tanahair atau media alternatif, sesekali kita terpedaya juga dengan mainan media ini terutamanya media utama negara, sehingga berlaku perselisihan antara sesama pendokong kebenaran dan pejuang keadilan atau penegak kesamarataan, maka seeloknya kita menyemak ke dalam panduan asas umat Islam iaitu AlQuran, telah menjelaskan bagaimana menangani sebarang berita.
Surah AlHujuraat adalah surah yang mengandungi pelbagai adab sopan sesama umat Islam samada dengan baginda RasuluLlah sallaLlahualaihiwassallam, atau antara para sahabat dan sesama muslim. Satu ayat yang ada ialah topik khas tentang menangani berita, atau media, atau akhbar yang sampai kepada seseorang muslim, sebagaimana terjemahannya di atas.
Ada dua perkara yang dijelaskan iaitu berita si fasiq, dan menyiasat/menyelidik. Sebagai seorang muslim, sumber berita di zaman ini terlalu banyak dan pelbagai sifatnya, maka sebagai pembaca dinasihatkan menjadikan ayat ini sebagai panduan utama supaya kita terselamat daripada tersalah memberikan hukum/komentar pada berita yang berunsur tidak baik, terutama sewaktu ini, kebanyakannya semakin membawa kekeliruan.
Senang cerita, sebarang berita mestilah diperhalusi, disiasat, diselidiki kesahihannya, lihat sumbernya, siapa penyampainya, adakah seorang fasiq atau seorang yang 'adil. Berita yang tidak boleh ditolak langsung hanyalah daripada AlQuran dan AsSunnah, manakala selain itu mestilah diperiksa sebagaimana dinyatakan di atas.
Apabila berita yang disampaikan amat panas, sepanas isu2 2-3 minggu kebelakangan, buatlah: pertama pandang si penyampai adakah kategori fasiq/tidak, kedua siasat/ pastikan ianya benar-benar daripada orang yang memberikan kenyataan, ketiga barulah ambil keputusan anda! Ayat disempurnakan dengan 'supaya tidak menyesal' akibat tersalah hukum/komen!
Wassalam. "
|