 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP
Dilulus terbit pada Friday, May 02 @ 21:11:02 PDT oleh greenboc
|
|
Oleh Greenboc
Seperti biasa setiap isu yang memperlihatkan akan mempunyai nilai untuk menyerang Menteri Besar dari mana-mana negeri Pakatan Rakyat akan mendapat lputan meluas di media arus perdana.
Begitulah yang berlaku di dalam isu Sultan Perak mengarahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
TV3 sebentar tadi misalnya menggunakan isu berkenaan hampir 10 minit di permulaan Buletin Utamanya malam ini sedangkan stesyen tv yang sama hanya menyiarkan tak sampai 2 minit sewaktu titah ucapan Raja Muda Perak semasa keputeraan Sultan Perak beberapa minggu lalu, malah liputan itu hanya terselit di tengah timbunan isu-isu lain dan berita mengenai pengurniaan Datuk Seri kepada Menteri Besar Perak itu lansung tidak mendapat liputan.
Demkian TV3!
Berbalik kepada isu arahan Sultan Perak berkenaan. Apa yang dikesalkan bahawa yang digembar-gemburkan hanyalah "arahan penarikan balik penukaran Pengarah JAIP berkenaan", sedangkan perkara mengenai Kerajaan negeri Perak diminta mempersembahkan secara rasmi kepada Sultan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya tidak lansung diberikan perhatian oleh media arus perdana.
Sebenarnya isu ini adalah isu yang bersifat lokal yang tidak perlu perdebatan panjang. Menteri Besar Perak berpeluang untuk menghadap Sultan Perak dan mempersembahkan aduannya terhadap perilaku Pengarah berkenaan yang didakwa tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri.
Sekalipun hal ehwal agama Islam adalah tertakluk di bidang kuasa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, namun dari segi perlaksanaannya amatlah janggal untuk sebuah majlis yang tidak memberikan kerjasama kepada sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
Apakah salah dan dosa Pakatan Rakyat dan Menteri Besarnya, YAB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaladdin kepada hal-ehwal agama Islam negeri Perak selama ini yang menyebabkan beliau tidak mendapat kerjasama sewajarnya dari sebuah majlis yang berada di bawah pentadbiran kerajaan pimpinannya sendiri?
Apa hal di majlis sambutan maulud nabi yang lalu, Jabatan Agama Islam Perak menafikan hak Menteri Besar untuk membuat ucapan selaku seorang Menteri Besar? Mengapa di dalam hal-hal sedemikian, Jabatan Agama Islam masih lagi bertaut di dalam kemelut politik balas dendam hanya semata-mata UMNO telah tewas di dalam pilihanraya yang lalu?
Saya amat yakin bahawa Sultan Perak dan baginda Raja Muda Perak juga bukanlah terdiri dari kelompok monarki yang menidakkan hak dan kedaulatan rakyat. Malah di dalam banyak segi rakyat Perak khususnya dan negara amnya telah terhutang budi dengan sikap dan pandangan Sultan Perak dan Raja Muda selama ini yang menyimpang dari sikap dan pandangan kebanyakan raja-raja dan raja muda Melayu.
Dan arahan yang dikeluarkan oleh baginda itu sebenarnya ingin menjelaskan dengan lebih adil sebarang tindakan MB Perak selepas ini mengenai hal-ehwal agama Islam negeri Perak dirujukkan terlebih dahulu kepada baginda supaya restu baginda tidak dikesampingkan di dalam apa jua tindakan MB Perak sebagai Ketua Kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan dengan mematuhi prosedur dan tata cara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada.
Dan arahan itu tidak boleh dilihat sebagai kemenangan Datuk Jamry Sury atau kekalahan MB Perak seperti yang cuba ditonjolkan media arus perdana di negara ini. Kerana, siapa tahu selepas Menteri Besar Perak menghadap Sultan, YAB Datuk Seri dapat meyakinkan baginda bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinannya yang telah terlebih disisihkan oleh Jabatan Agama Islam Perak yang dinaungi baginda. Dimana UMNO dan media arus perdana nak letak muka ketika itu?
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
| "Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP" | Login/Create an Account | 35 comments | Search Discussion |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by jingoza on Friday, May 02 @ 21:22:01 PDT (User Info | Send a Message) | | BARUA JAMRY PENGANIAYA ANAK-ANAK YATIM INI BIASA LA 'TYPICAL UMNO MENTALITY' BEB ! |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by tutu on Friday, May 02 @ 21:22:06 PDT (User Info | Send a Message) | Ini prosedur biasa.Sultan hanya mahukan penjelasan sebenar dari mulut MB sendiri.Saya yakin keputusan kerajaan negeri adalah keputusan tepat dan insyaAllah akan mendapat perkenan dari Sultan.
Syabas MB Perak dan Daulat Tuanku
|
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by mendayu on Friday, May 02 @ 21:29:59 PDT (User Info | Send a Message) | saya setuju
|
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by belutlicin on Friday, May 02 @ 21:31:20 PDT (User Info | Send a Message) | Jamry Sury...gila kuasa ker atau barua UMNO keparat. |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by jarihantu on Friday, May 02 @ 21:47:14 PDT (User Info | Send a Message) | | dah kalah tu blah saja lah, umno ni tak boleh terima hakikat. tak malu muka btul. orang dah tak suka ,nak tunggu lagi. jng tunjuk lagak lah. MB perak boleh dedahkan semua salah laku jamri pada orng ramai. |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by citrabudi on Friday, May 02 @ 21:51:19 PDT (User Info | Send a Message) | | Itulah hakikatnya apabila TV3 hanya celik pada perkara yang mengena pihak Pakatan Rakyat tetapi buta untuk melihat secara menyeluruh. Kasihan TV3. |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by abglebai36 on Friday, May 02 @ 21:55:30 PDT (User Info | Send a Message) | inilah tindakan bijak seorang sultan ......semoga dato jamry sury berubah demi kebaikan umat islam.....lagipun kita akan lebih beruntung jika dato jamry dapat bekerjasama dengan dato seri ir mohammad nizar bagi pentadbiran negeri perak....
marilah kita sama2 mendoakan muga2 hati yang keras menjadi lembut.... menerima hidayah drpd NYA.....amin....A.K.D.Y |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by adibmai on Friday, May 02 @ 21:58:51 PDT (User Info | Send a Message) | JAMRY DAPAT JAWATAN SEMULA HANYA SEMENTARA... |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by theshadowzz on Friday, May 02 @ 22:08:25 PDT (User Info | Send a Message) | Spttnya kita hormati kuasa Sultan dalam hal ini.. Namun tidak dinafikan media putarbelit fakta.. isu ni sekadar float dan tak lama lagi isu lain plak timbul..
kenapa semua isu negeri dikuasai pembangkang diperbesarkan sedangkan PERLIS dan TERENGGANU jauh lebih besar isunya.. malah altantuya sekarang pun dah semakin tenggelam padahal Mongolia sudah nak putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia krn isu ha rakyatnya tidak dipandang serius..
|
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by Alang on Friday, May 02 @ 22:10:03 PDT (User Info | Send a Message) | Tak apa kalau Sultan nak ambil balik si Jamry itu...yang aku risau fungsi masjid dan surau2 di Perak ia itu sama seperti keadaan zaman umno dahulu. Yang berjemaah 4 atau 5 orang itu pun jemaah yang menunggu masa untuk kembali menemui tuhan. Pengajian agama jarang2 dan kalau ada pun duk bincang masalah remeh/temeh. Tidak banyak buka fikiran.
Kalau begini keadaannya akan matilah masjid/surau diPerak dan orang melayu akan bertambah jauh dari Islam. Ketuanan melayu akan hilang kalau agama Islam tidak dinobatkan. Kalau Islam tidak diangkat maka jadi melayu seperti yang terdapat dalam umno sekarang...ahli maksiat. |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by hadigani on Friday, May 02 @ 22:28:34 PDT (User Info | Send a Message) | | sultan + ameno = satu sepicis yg akan pupus jika tak sedar diri |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by lautpas on Friday, May 02 @ 22:28:51 PDT (User Info | Send a Message) | | Tak usah layan tb3 tu.......org yg baca tek berita fitnah dan putar belit media perdana tu pun berdosa dgn semua org yg mendengar....tau ler dia azab kubur 2 ekor yg membaca berita tu.....kena laknat nanti.....jgn kamu terima gaji untuk anak bini/isteri dari sumber yg kamu lapor tu putarbelit semata-mata ....harammmmm jawabnya.Allah maha mengentahui aper yg kamu buat.....berhati-hati lah...... |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by jarihantu on Friday, May 02 @ 22:35:20 PDT (User Info | Send a Message) | | kalau prihatin sangat pada agama islam kenapa boleh ada 2000 kuil haram dPerak. dulu tak prihatin kut? |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by mag on Friday, May 02 @ 23:11:00 PDT (User Info | Send a Message) http://www.harunyahya.com | Perak mempunyai Sultan dan Raja Muda yang berilmu. Semua ini hanya lah putarbelit media yang tidak bermoral yang bersifat pelacur media murahan.
Well done MB Daulat Tuanku
|
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by ikankering on Friday, May 02 @ 23:15:21 PDT (User Info | Send a Message) | Pelik betul, masa jajahan UMNO semua Raja-Raja tidak berani untuk menegur perbuatan UMNO, tapi sekarang BA yang mengambil alih kuasa, Raja-Raja mulai tunjukkan kuasa mereka pulak?
Boleh sesiapa buat kajian ini dan terangkan kepada kami semua di TKO |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by mujahid1 on Friday, May 02 @ 23:22:51 PDT (User Info | Send a Message) | KITA YAKIN TUANKU AKAN BERLAKU ADIL APABILA BAGINDA MENDAPAT MAKLUMAT SETERUSNYA TENTANG SIBARUA UMNO JAMRY TU.
LIPUTAN TV3/4 TU PERKARA REMEH YANG TAK PERLU DIAMBIL KIRA SEBAB RAKYAT SEDIA MAKLUM KAKI TANGANNYA SEMUA OTAK 3/4 |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by badok on Friday, May 02 @ 23:40:01 PDT (User Info | Send a Message) | JAIP dan Mufti mesti ada citer yg lebih menarik. MB Perak tiada hak nak pecat sebab Jamry ni sultan yg lantik... yang akan pecat beliau ialah sultan. Sultan akan pecat atas nasehat MB dan exco dan of coz mufti. MB menghalau bukan memecat. Kita pun faham Jamry masih ada sedikit masa lagi..term dia belum habis. Bila sampai nanti masanya akan terkucil lah dia. Dari segi teknikal mmg tak kena, tapi kalau nak dibicarakan ttg dosa, setakat pecat tak memadai apatah lagi jika terus menerus meyimpan beliau diJAIP. |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by almarbawi on Friday, May 02 @ 23:40:41 PDT (User Info | Send a Message) | sultan perak dah titah... mintak MB persembahkan apa gerangannya kesalahan pengarah Jaip... so jgn kalut lah... kalau betul Jumry bersalah... sultan perak sendiri yg akan halau dia keluar dari Perak... |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by fullbar on Saturday, May 03 @ 00:23:48 PDT (User Info | Send a Message) | | Tetapkan amalan solat malam, semoga MB terus teguh dan mantap membuat islah perkembangan dakwah Islam di Perak. Semoga TV3 dan media umno lingkup dan jahanam |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by awokkito on Saturday, May 03 @ 01:30:08 PDT (User Info | Send a Message) | Kita jgn gabra.. TV3 suku dan juak2 RTM mesti cepat punya.. buat laporan mcm banjingan ni.. jgn cepat terpengaruh.. kita tengoklah nanti time MB Nizar g menghadap sultan.. cerita semua apa yg dah dibuat oleh si Jamry ni.. comfirm kena tendang dek sultan..
Daulat Tuanku!!Takbir!!
|
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by indraputra80 on Saturday, May 03 @ 02:29:20 PDT (User Info | Send a Message) | Patik tumpang berdukacita kerana kekeliruan ini,dipergunakan oleh pihak TV3suku,saolah olah mengambarkan kelemahan kerajaan PR dan MB khususnya.,berlainan apabila Menteri Besar Selangor dulu memecat Mufti Negrinya,tidak berbangkit pebelaan Sultan atau campur tangan Sultan.,atau menunggu pandagan Sultan,maka keputusan itu di terima pakai.
Hadapilah ujian demi ujian ,dengan penuh sabar,wahai smue pendokong,penyokong PR.
|
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by norimaria on Saturday, May 03 @ 02:52:03 PDT (User Info | Send a Message) | | tapi org perak baik. tak sampai word natang tu. gambar yg bwa spanduk natang tu, jelaskan tapi buat dekkkkkkkk jekkkkkkk apa ke hai umno ganu. tak malu ke. sama je dgn si jamri ni. dr zamri dr pangkor pun sama jer...................... |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by noneblues on Saturday, May 03 @ 04:03:16 PDT (User Info | Send a Message) | DIPERLIS SUK DITUKAR 24JAM TAK HEBOH PUN. BIASA LE TV3 KAN HAK UMNO.
|
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by pendokongpas on Saturday, May 03 @ 08:39:01 PDT (User Info | Send a Message) | Daulat Tuanku ! Tindakan Sultan Perak tersebut mencerminkan keperibadian dan wibawa yang tinggi oleh seorang sultan Melayu.Pada saya tindakan itu sekadar mencari jalan terbaik untuk memperlihatkan sultan tidak berpihak kepada mana2 pihak. Tetapi awas Datuk Jamri,berita yang tidak ikhlas oleh TV 3 malam tadi,bukan memenangkan anda, anda tidak boleh tersenyum megah, angkuh dan berlagak seperti kesombongan Umno, kerana seorang Sultan yang berhemah tinggi, akan membuat perhatian bijak dengan mendapatkan penjelasan dan duduk perkara sebanar daripada YAB Ir Nizar. YAB Menteri Besar sudah tentu akan memperjelaskan dengan terperinci feel perangai anda, yang memungkinkan Kebawah Duli Sultan akan tahu yang anda berhati perut Umno, lantas masih menaruh dendan kepada kerajaan PR. Ingatlah Allah tetap memenangkan kebenaran dan menolak kebatilan ! Daulat Tuanku !
|
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by Aiwan on Saturday, May 03 @ 09:09:51 PDT (User Info | Send a Message) | Tiada manusia yang sempurna,beri peluang kepada pemimpin yang bersungguh-sungguh menegakkan amar maaruf nahi munkar !
wahai para pejuang Islam sejati ! terus mara ke hadapan untuk menegakkan pemerintahan Islam walaupun orang kafir, munafik dan fasik tidak suka.walaupun mereka ada tinta sebanyak 7 lautan untuk memfitnah pejuang Islam namun kehinaan pasti menimpa mereka dari dunia hingga ke akhirat ! Takbir!!!!
Dengarlah apa yang Ustaz Dr. Badrul Amin katakan berkenaan IFC di youtube, UMNO telah pun merestui IFC
http://www.youtube.com/watch?v=dNd9lGyoA3k&feature=related [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com]
http://www.youtube.com/watch?v=qPeqkbiBO4E&feature=related [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com] [www.youtube.com]
Sedarlah wahai umat Islam ! |
|
|
Re: Titah Sultan Perak Bukan Isu Menang-Kalah Di dalam Kemelut Pengarah JAIP (Score: 1) by asrieabdy on Saturday, May 03 @ 12:24:43 PDT (User Info | Send a Message) | aku amat-amatlah bersetuju dengan hujah ikan kering, ya tak ya jugak, masa umNO pegang negeri, si raja dan sultan semuanya `menikus` tapi apabila pakatan rakyat yang memerintah, bukan main berani lagi puak-puak istana nak tunjuk keprihatinannya. Nape ya?
|
|
|
|
|