 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Rasulullah Saw Suri Teladan
Dilulus terbit pada Tuesday, May 06 @ 00:35:42 PDT oleh SongkokPutih
|
|
Oleh sp4n4r
" "Aku benci, benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya itu akan sampai ke telinga ku ini", mengeluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari negeri itu.
Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana-mana orang bercakap tentang diri si mulia itu. Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak di dalam dada wanita tua tersebut.
Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut "wahai makcik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik". Wanita tua itu pun berkata "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), di mana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar nama si Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ".
"Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karung ini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan" pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi.
Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita "kurang baik" dan cercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun. Pesan wanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini, ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dari Muhammad (s.a.w)". "Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelum ini ?" tanya pemuda tersebut. "Tidak, belum pernah bertemu dengannya" jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya senyum dan meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.
"Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalahkan dirinya. "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?"
"MUHAMMAD IBNI ABDULLAH (sallallahu alaihi wasallam)" jawab pemuda itu dengan lembut.
Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya. "Apakah benar kamu Muhammad ?, tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baikpun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimana orang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?. Kalau benar kamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadu alla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masa itu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allah dan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w)..
"sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik"
"siapa (manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlak dan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNya pada kamu tanpa mengira siapa kamu.
* orang yang kikir (bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut di hadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w).
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)
Moga Ada Manfaat
Dipetik dari : ( Lupa plak sumbernya... :). tak silap wa dari darul Nu'man )"
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Rasulullah Saw Suri Teladan (Score: 1) by almarbawi on Tuesday, May 06 @ 00:43:56 PDT (User Info | Send a Message) | TQ.. satu tazkirah yg baik.... |
|
|
Re: Rasulullah Saw Suri Teladan (Score: 1) by KasKas_Pepper on Tuesday, May 06 @ 00:51:41 PDT (User Info | Send a Message) | dh lama xde artikel tauladan dlm tko ni..
2,3thn dulu aku kerap sggah d tko ni sbb nk baca siri tauladanye... |
|
|
Re: Rasulullah Saw Suri Teladan (Score: 1) by jengkingbeluran (jejj9@lahu.com) on Tuesday, May 06 @ 08:42:46 PDT (User Info | Send a Message) | As'kum dan salam ssejahtera,
Kalau ada tu perbanyakkan laa kisah dan tauladan seperti ini lagi.
jengking: Kena selitkan juga kisah seperti ini tujuannya untuk rehatkan minda.
|
|
|
Ya Rasulullah..aku rindukan mu (Score: 1) by nexus on Tuesday, May 06 @ 09:53:42 PDT (User Info | Send a Message) | wahai kekasih allah...sesunggunya akhlakmu sangat mulia..dimana nak ku cari pemimpin yang sebaik engkau ya rasulullah di zaman ini
|
|
|
|
|