 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata !
Dilulus terbit pada Friday, May 09 @ 20:56:46 PDT oleh SongkokPutih
|
|
Oleh: cucumatkilau
Seluruh negara kini dikecohkan dengan isu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menghina Sultan. Ini berikutan tindakan Karpal yang dikatakan mempertikaikan campurtangan Sultan Perak terhadap pentadbiran kerajaan negeri dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury baru-baru ini.
Isu ini hangat diperkatakan, sehingga setakat hari ini sudah tiga laporan polis dibuat oleh pihak kerajaan terhadap Karpal. Sememangnya begitu bergegar politik negara dengan isu seperti ini. Tambahan pula, pihak kerajaan kini sememangnya sedang mencari-cari isu sensitif untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Mereka mahu rakyat, terutamanya orang-orang Melayu sedar akan kesilapan mereka memberikan kuasa kepada pembangkang dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.
Apa yang lebih menggusarkan kita ialah sikap kerajaan yang kini beriya-iya benar memainkan isu perkauman dalam hal ketuanan Melayu. Rata-rata NGO yang berpihak kepada kerajaan kini kononnya sudah hilang keyakinan terhadap parti pembangkang dalam isu ketuanan Melayu. Mereka mengganggap kemenangan besar Pakatan Rakyat dibeberapa buah negeri baru-baru ini bakal menjerumuskan bangsa Melayu ke lembah kehinaan. Banyak isu yang dimainkan bagi meraih serta menagih simpati orang-orang Melayu. Antara isu yang paling panas sejak 100 hari kemenangan Pakatan Rakyat itu ialah isu DEB yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kemudian isu Lim Kit Siang yang mengarahkan ADUN DAP Perak memboikot majlis angkat sumpah. Selepas itu timbul pula isu Babi di Selangor, dan kini timbul lagi isu penghinaan terhadap Sultan yang membabitkan Karpal Singh. Maka, mendabik dadalah Pemuda UMNO, GPMS serta lain-lain NGO kononnya ingin membela dan mempertahankan bangsa Melayu. Baru kini mereka sedar yang nasib bangsa Melayu itu perlu dibela. Sedangkan setelah 50 tahun memerintah negara ini, nasib bangsa Melayu terbiar dan tidak terbela. Kaum lain memonopoli ekonomi. Sedangkan orang-orang Melayu hanya layak untuk menjaga harta kaum lain. Orang Melayu hanya layak menjadi anggota polis dan tentera untuk menjaga keamanan dan harta kaum lain. Orang Melayu hanya layak menjaga kebersihan negara. Memang dapat kita lihat kebanyakan pekerja pembersihan bandar, penjaga tandas dan lain-lain lagi hanya orang Melayu yang terpaksa melakukan kerja itu. Berapa ramai kaum lain yang menjadi polis dan tentera? Apakah UMNO dan kerajaan sedar perkara ini. Orang Melayu hanya layak menjadi penganggur setelah menamatkan pengajian di mana-mana pusat pengajian tinggi di tanahair. Anak orang-orang Melayu hanya popular dengan isu Mat Rempit, penagih dadah di pusat serenti, pergaulan bebas serta gejala-geejala sosial yang lain. Malahan orang Melayu juga kini sudah berani Murtad gara-gara pemimpin UMNO yang kononnya mendabik dada untuk membela orang Melayu. Apakah mereka sedar akan semua ini, atau sengaja buat-buat buta? Dalam isu sultan dan raja-raja Melayu pula, masihkah kita ingat pemimpin UMNO lah yang mempertikaikan imuni raja-raja Melayu. Bahkan yang terbaru juga isu perlantikan Menteri Besar di negeri Melayu Perlis dan Trengganu. Perlantikan sudah diperkenankan dan watikah sudah dikeluarkan oleh sultan negeri terbabit, masihkah kita ingat Pak Lah tidak merestui (Menghina) apabila mengeluarkan watikah lain untuk melantik MB pilihannya iaitu Shahidan Kassim dan Idris Jusoh. Kes ini akhirnya menyebabkan orang Melayu menyokong BN, dan memperlekehkan kuasa sultan. Maka akhirnya mereka berhimpun dan menyatakan kemarahan atas perkara ini. Hingga akhirnya mencetuskan pergaduhan serta timbullah kain rentang UMNO yang berbunyi "Kami Nok Idris Natang !!" yang ditujukan kepada sultan negeri terbabit yang juga merupakan Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah pemimpin mereka yang mahu penyokongnya menghina sultann Trengganu dengan gelaran "Natang @ Binatang", tetapi hingga ke hari ini mereka tidak didakwa atau disabitkan dengan pertuduhan. Sepatutnya orang-orang seperti Pak Lah, Shahidan Kassim, Idris Jusoh serta kroni-kroninya boleh dituduh menghina kerana mereka juga mempertikaikan perlantikkan MB baru negeri masing-masing. Walhal watikah delah dikeluarkan dan dipersetujui oleh sultan (MPPR) negeri terbabit. Bukankah kes ini lebih besar dari isu Karpal sebenarnya. Tetapi, kenapa dalam isu pemimpin UMNO dan BN mereka mendiamkan diri serta membisu seribu bahasa. Jangankan UMNO, malahan NGO seperti GPMS dan lain-lain yang kononnya memperjuangkan hak kedaulatan orang Melayu semuanya "menikus", tidak berani untuk tampil. Bahkan tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang membuat laporan polis seperti yang berlaku kepada Karpal. Pak Lah pun sebenarnya boleh dituduh menghina Sultan kerana secara terang-terang mempertikaikan kuasa sultan untuk melantik MB pilihan mereka. Bukankah ini lebih hina sebenarnya. Sedangkan, apa yang berlaku kepada Karpal ialah beliau sekadar memberi pandangan semata-mata, supaya istana tidak mencampuri urusan kerajaan negeri. Lagipun Pengarah JAIP itu bukannya dipecat, cuma beliau ditukarkan sahaja. Memang logikk dan masuk akal tindakan MB Perak berbuat demikian setelah mendapati Jamry Jury tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan negeri. Bukankah ianya akan mencacatkan sebarang agenda kerajaan jika terdapat penentangan dari dalam terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan agama di negeri terbabit sedikit hari lagi. Maka, adalah lebih elok Jamry ditukarkan ke jabatan lain, demi menjaga keharmonian semua pihak. Masalahnya disini ialah, UMNO dan BN tidak dapat menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri baru pimpinan Pakatan Rakyat sebenarnya. Lantaran itulah setiap usaha yang dilakukan, biarpun untuk kebaikan pasti akan ditentang habis-habisan oleh mereka. Dalam isu Pengarah JAIP ini, sebenarnya ianya adalah isu terpencil yang membabitkan pihak kerajaan negeri dengan istana. Pertukaran adalah perkara biasa dalam perntadbiran kerajaan. Ini bukan soal pemecatan. Perkara ini berlaku dimana-mana termasuk di negeri Pahang ini, Ustaz Yusof Embong seorang guru agama telah ditukarkan ke Sabah gara-gara dikatakan menyokong PAS dalam pilihanraya dulu. Kemudian terbaru difahamkan seorang Komander Angkatan Tentera Malaysia dari Kem Tanjung Gelang, Kuantan dikatakan telah ditukar serta merta apabila "Post-Mortem" yang dilakukan mendapati undi pos tentera dikawasan terbabit hampir 90% berpihak kepada PAS. Akibatnya BN kehilangan kerusi DUN Beserah kepada PAS dan Parlimen Indera Mahkota kepada PKR dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Walhal, kalau nak diikutkan komander terbabit tidak bersalah sebenarnya. Namun hanya kerana beliau tidak memantau undi pos akhirnya beliau menjadi mangsa kepada kerajaan BN di Pahang. Bukankah ini sesuatu yang normal dan tidak perlulah diperbesar-besarkan. Lantaran itulah, sebagai seorang ahli politik veteran dalam parlimen Karpal memberi pandangan peribadi beliau supaya pihak istana tidak mencampuri urusan pertukaran berkenaan. Ini mungkin Karpal percaya ada tangan-tangan lain yang memaksa pihak istana masuk campur dalam isu ini. Maka mengapakah kita harus melatah jika ia sekadar pandangan semata-mata. Isu ini hanya diperbesar-besarkan oleh UMNO bagi menarik balik sokongan orang Melayu kononnya Pakatan Rakyat telah berkerjasama dengan orang yang akan menghapuskan ketuanan Melayu. Bukankah janggal bunyi itu. Apapun kita masih menantikan maklumat terkini apakah Karpal akan ditangkap dan didakwa di mahkamah atau mungkin juga beliau akan di ISA jika penggunaan Akta Hasutan dikenakan ke atas pemimpin kanan DAP itu. Semuanya bakal terjawab dalam masa terdekat apabila Peguam Negara turut masuk campur setelah banyak laporan polis yang dibuat oleh penyokong kerajaan dalam isu ini. [Kita berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara berkhemah dengan sebaik mungkin. Adalah lebih elok Karpal memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia jika perbuatannya ini dikatakan menghina. Itu yang terbaik bagi meredakan keadaan yang semakin hangat mutakhir ini. Jemput ke blog http://www.cucumatkilau.blogdrive.com]
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
| "Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata !" | Login/Create an Account | 20 comments | Search Discussion |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by Ahya on Friday, May 09 @ 21:04:49 PDT (User Info | Send a Message) | UMNO memang ada agenda tersendiri...dalam Kes Jamry....mengapa tidak Jabatan yang lain....contohnya Jabatan Pelajaran.....ini jelas Jabatan Agama Islam melibatkan Sultan...maka UMNO sengaja mengujudkan satu DRAMA hebat untuk menjatuhkan Dato' Sri Nizar.....dan supaya perbalahan berlaku antara pihak Istana dan Kerajaan Perak..
|
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by MoSE on Friday, May 09 @ 21:20:25 PDT (User Info | Send a Message) | Assalamualaikum...
Saya setuju dgn saudara penulis. Saya juga berharap saudara kita shahrulzaman mendapat penerangan sewajarnya dari artikel ini.
Kita Melayu msti tunjukkan teladan yg baik dahulu, sblum meminta bangsa lain mnghormati kita. Jgn memberi peluang kpd Non Muslim atau bangsa lain memainkan kita nanti. Sebabnya kita telah mengorek lubang untuk mereka tnamkan kita hidup2. Siapa yg korek lubang tu.. Melayu Jugak. |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by ikanlepu on Friday, May 09 @ 21:51:06 PDT (User Info | Send a Message) | UMNO ni kalau kat sekolah, tu la anak kita yang paling lembam. Corak pemikirannya ntah apa-apa. Rupa-rupanya ni la jenis yang dok perintah negara 50 tahun. Bayangkan Dolah boleh buat personal comment ttg Karpal, pastu suruh Adnan pegi report. Isyy...
Awat la bodo sangat depa ni? Takde ke tukang tolong nasihat kat dia?
Pastu 8 pihak yang pegi buat report tu... semua mangkuk! La ni Karpal dah cabar balik Dolah sama Najib. Amacam?
Malu camni punya Melayu. |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by XPDC on Friday, May 09 @ 22:12:22 PDT (User Info | Send a Message) | AMARAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA....
UMNO sedang cuba mencetuskan kemarahan orang melayu dlm isu Karpal nie...tgkla..dlm NST takde satu pun citer pasal karpal, hanya dlm paper bahasa melayu jer di buat liputan meluas sbb org melayu lebih2 lagi yg kurang berpendidikan lebih byk baca paper nie. Persoalannya kenapa dlm NST takder citer pun sedangkan NST, berita harian, utusan semuanya dimiliki oleh kroni yg sama.....sendiri mau ingat semua...
UMNO akan mendapat untung bila keadaan huru hara tercetus. spt kes peristiwa 13 mei, operasi lalang dll...
Tapi aku rasala kali ni dia tak berjaya....dan aku cabar UMNO untuk adakan himpunan 100 ribu ke pemuda UMNO untuk tunjuk perasaan cam BERSIH buat. aku pasti diorang takkn dpt punya...
kita sama2 tengok..apa kesudahannya isu ini...........
|
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by eyongkee on Friday, May 09 @ 22:34:23 PDT (User Info | Send a Message) | HEBAT SUNGGUH UMNO BERMAIN WAYANG. AKU RASA KALAU CERITA INI DIFILEMKAN, ADA HARAPAN MEMENANGI ANUGERAH FILEM TERBAIK.
TINDAKAN UMNO SEDIKIT SEBANYAK MEMALUKAN BANGSA SENDIRI DAN MENUNJUKKAN BEGITU RENDAHNYA METALITI MEREKA. MEREKA MASIH TIDAK SEDAR BAHAWA DALAM MASALAH INI UMNOLAH YANG MENJADI TOK GURUNYA.
WAHAI UMNO... BALIKLAH KEPADA ALQURAN DAN SUNNAH SEMOGA ANDA AKAN DIRAHMATI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT.
|
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by ning on Friday, May 09 @ 22:42:44 PDT (User Info | Send a Message) | | masalahnya ada jugak kalangan penyokong PR(atau yang mendakwa menyokong PR) turut sama dalam wayang UMNO ni.................... |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by tutuhjang on Friday, May 09 @ 23:04:40 PDT (User Info | Send a Message) | Sekarang ni umno perasanlah dio handal, tapi sat lagi, apabila Ir Nizar dah menghadap Tuanku Sultan Perak selesailah hal ni, dan jangan kau tak percayo dengan den Jang, Jamry akan bungkuih dari Perak, balik Putra jaya ko atau pencen awal ko, sobab tuanku tak nak tengok laie muko penyangak ni kek Perak.
PAsal Karpal ni, den setuju dangan kau Jang, botul tu. Patut-patut Pak LAh lah yang kau poi buek repot polis menghina duo sultan sekali gus Terengganu dan PErlis. Pelik lak, tak ado sapo koh dalam PR yang berhajat nak buek repot Jang ?
TUTUH JANG SAMPAI MONANG |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by altaf on Saturday, May 10 @ 00:40:48 PDT (User Info | Send a Message) | dgr cite sedara aku kat dari dalam kem tentera depa pun paham apa yang terjadi... terutama pegawai tinggi sebab depa semuanya baca intenet dan tgk tv 3/4 ni cuma nak tengok berita ngarut dan jadi bahan gelak ketawa waktu rehat ... depa kata tak habih2 umno ni nak perbodoh rakyat dengan wayang mereka lepas satu satu, abih masa tapi keje x siap juga... mungkin yang terpengaruh cuma geng depa yang taksedar diri aja yang berkepentingan dengan tembolok dia orang aja dan yang lain tu antara kurang paham agama atau asobiyah depa yang berlebih dan tidak bertempat.... selamat berjuang sampai pr dapat putra jaya..... |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by upsere on Saturday, May 10 @ 00:52:35 PDT (User Info | Send a Message) | | PANASKAN balik isu kebiadapan umno terhadap sultan & agong!!!umno mudah lupa!!!!!!!(buat2 lupe) |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by momok on Saturday, May 10 @ 01:35:27 PDT (User Info | Send a Message) | aku rasa ramai melayu tidak terikut2 rentak umno dan pembodek2 mereka....nampak sangat ada agenda memburuk2kan PR .... ko buat lah apa saja umno... namun nak pangkah korang dalam PRU sori lah .... sampai ke anak cucu aku takkan aku pangkah korang ....
|
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by anaianai on Saturday, May 10 @ 05:34:37 PDT (User Info | Send a Message) | Yang patut kena lapuran Polis ini adalah Peguam Negara sebab dia yang mengeluarkan statement dalam isu Sultan Trengganu tidak berhak menentukan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Trengganu.
|
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by kobeng on Saturday, May 10 @ 08:05:14 PDT (User Info | Send a Message) | Isu karpal memang menarik, boleh belit ajak rakyat hilang fikir pasal barang harian naik setiap hari... Dulu bolehlah tipu la ni kami dah cerdik..kumpulkan orang Melayu yang tak sekolah dan otak tuhan tutup minda lawan karpal sokong sultan konon. Isunya bukan besar sangat Karpal tegur Sultan itu saja. UMNO buat macam karpal buat bencana kepada Sultan....
Habak ajelah tak boleh tanggani barangan naik, alih isu agar rakyat lupa... agar Allah beri petunjuk. |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by kerislusoh on Saturday, May 10 @ 09:00:48 PDT (User Info | Send a Message) | Karpal oh Karpal... Kalo dia masuk penjara pun ok gak. |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by nissan on Saturday, May 10 @ 09:55:16 PDT (User Info | Send a Message) | isu karpal ini kita tak payah nak pertahankan dia la, karpal ni samadgn lim kit siang kalau di amati kenyataannya tidak menghormati kita, kalau kita biarkan lagila biadap,, janganlah kerana kita rasa dia bersama pakatan rakyat maka kita sokong walaupun terang2 beliau menghina... saya masih ingat dulu bila penceramah gopalakrisnan menghina bangsa melayu islam , kita yang mendengar melaungkan ' ALLAHUAKBAR' ... malu rasanya orang melayu yg macam tak tau apa2... |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by crazyklah on Saturday, May 10 @ 10:13:41 PDT (User Info | Send a Message) | | perlu di ingat wahai semua orang Islam dari yang bawah hinggalah ke taraf raja sekalipun - ambil teladan dari ulama-ulama terdahulu - banyak yang membuat kritikan terhadap kerajaan mahupun raja - ada banyak kritikan para ulama dahulu juga sekarang memnag untuk kebaikan ummah termasuk kerajaan mahupun raja itu sendiri -jangan ditiru perangai buruk sesetengah pemerintah silam sehingga menghumbankan ke penjara,membuang negeri atau menghukum bunuh sebahagian dari ulama-ulama kritis ini - ini tidak terlepas sekiranya seseorang tersebut bukan Islam kerana Islam mempertahankan prinsip keadilan sejagat - kepada Umno mahupun pihak-pihak lain (termasuk raja-raja sendiri) - be realistik dan proaktif sebagaimana yang ditunjuk junjungan besar Rasullullah S.A.W. - ingatlah bahawa kita sangat kerdil if to compare dengan kebesaran ALLAH. |
|
|
Re: Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata ! (Score: 1) by Wareh on Saturday, May 10 @ 11:30:05 PDT (User Info | Send a Message) | Sobona eh.. Uemno ni dah takdo modal lai..bukan kito tak selamo ni sepo yg menghakis kuaso rajo, klu tak Uemno.. tak usah la uemno nak bising isu ni... banyak masalah dalaman uemno yg puak2 uemno kono pikir..naik polak den tengok puak2 uemno ni konon heh nak merjuangkan raja dan ketuanan melayu .. selamo ni UMNO bukan merperjuangkan ketuanan melayu tp memperjuangkan ketuanan UMNO.. umno tak buleh nak temberang sekarang....dulu2 buleh le... sekarang zaman masyarakat celik akal... MB Nizar never walk alone....
say No2Uemno.... |
|
|
|
|