 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR?
Dilulus terbit pada Saturday, May 10 @ 11:00:18 PDT oleh greenboc
|
|
Oleh ibnuhasyim
" DALAM membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong Persidangan Penggal Pertama Parlimen Ke 12, Datuk Anifah bin Aman YB dari Kimanis, Sabah berucap panjang lebar pada 07 Mei 08. Antaranya menyebutkan tentang lompat-melompat dari BN ke pembangkang sebaliknya. Apa benarkan andaian beliaupun akan turut melompat sama?? Maka di sini perturunkan sebahagian perbahasan tersebut…
‘Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada lagi isu YB yang saya hendak YB beri penjelasan. Isu ini begitu menggores perasaan dan seolah-olah memberi penghinaan iaitu konon-kononnya wakil-wakil rakyat daripada Sabah ini melompat ataupun cross over untuk menyertai parti pembangkang. Adakah YB mempunyai maklumat ataupun boleh memberikan penjelasan tentang isu-isu yang sebegini?
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: YB Kinabatangan, terima kasih YB. Apa nasib malang Ahli-ahli Parlimen daripada negeri Sabah sudah pun dianaktirikan dituduh pula untuk melompat. Sebenarnya Yang Berhormat saya tidak ada pengalaman melompat, barangkali ada di antara Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, saya mintalah Ahli YB supaya merujuk kepada pakar-pakar yang lompat. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat... (ada yang minta laluan)
Ya, izinkan saya jawab dulu dan baru saya beri peluang. Walau bagaimanapun, demi untuk kepentingan rakyat YB dan Tuan Yang di-Pertua bahawa ada apa pada nama? Apa ada pada nama, sekiranya rakyat negeri Sabah dan juga rakyat di negara kita itu, masa hadapan mereka dan generasi yang akan datang tidak terjamin, maka selaku wakil rakyat kita sanggup berbuat apa sahaja untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara... [Tepuk]
Perkara lompat saya ingat tidak begitu serius. Apa yang penting sekali yang serius, bahawa pada hemah saya beratus-ribu, berjuta rakyat di Semenanjung Malaysia dalam lima buah negeri telah pun melompat. Kenapa hendak dipersoalkan tentang beberapa pemimpin di negeri Sabah yang hendak melompat. Kalaupun ia benar, kalau ia ialah sebab untuk memperjuangkan rakyat di negeri Sabah pada hemat saya tidak ada salahnya... [Tepuk] Sebelum pihak pembangkang ghairah, saya pun tidak ada niat untuk melompat... [Tepuk] Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Saya mohon penjelasan, adakah usaha lompat melompat ini dilakukan oleh kumpulan desperado yang beria-beria tidak mengakui hakikat bahawa 140 itu sebenarnya duduk di rumah banglo, yang kumpulan itu adalah duduk dalam rumah teres paling besar pun semi-d. Kenapa yang daripada rumah besar hendak masuk rumah kecil? Rumah kecillah yang patut masuk dalam rumah besar? Adakah YB setuju? Beberapa Ahli: [Ketawa]
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: YB sebenarnya, saya setuju dengan YB. Apa gunanya rumah besar itu melompat ke rumah yang kecil tetapi kalau rumah yang besar itu tidak ada ruang bagi kita, apa salahnya. [Ketawa] Kalau rumah yang sebesar itu, banglo yang sebesar itu tidak ada ruang bagi kita, apa salahnya... [Disorak] Jadi haruslah pada orang-orang yang tertentu, haruslah mengambil kira semua rakyat tanpa mengira suku kaum, bangsa dan agama... Di negeri Sabah Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Janganlah setelah kita menyumbang beberapa kerusi yang begitu banyak...
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyentuh semula yang disentuhkan oleh YB daripada Kimanis awal-awal lagi di mana beliau berkata bahawa ramai rakyat di Sabah ini tidak berapa senang hati oleh sebab, pemberian kontrak itu bukan diberi kepada kontraktor-kontraktor tempatan tetapi ia diberikan kepada orang-orang luar. Bagi kita untuk mengambil tindakan, supaya kita boleh menjustifikasikan statement itu bolehkah Ahli YB daripada Kimanis memberikan satu senarai yang lengkap, siapakah kontraktor dari luar itu dan apakah jenis kerja-kerja yang diberi kepada mereka itu?
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Saya ingat YB Timbalan Menteri, bahawa itu bukan adalah alasan oleh kerana kita tidak diberi kontrak bukanlah alasan untuk kita melompat. Walau bagaimanapun, saya ingat mintalah kepada menteri-menteri yang berkenaan senarai-senarai kontrak yang telah pun diberikan kepada mereka...
Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apakah YB sedar apabila timbul isu lompat melompat menjadi perhatian di Sabah kerana di Sabahlah paling banyak parti politik di mana ramai parti politik di Sabah bertukar parti. Manakala di Semenanjung, ada juga termasuk saya... [Ketawa] Dan bertukar parti bukan bertukar agama. Dalam parti Keadilan pun dulu UMNO, sekarang parti Keadilan, lompat juga. Dalam PAS pun ada tetapi selalunya orang tuju pada saya. Yang sebenarnya di Sabah sendiri bermula dengan UPKO, USNO, ada AKAR ada BERJAYA kemudian UMNO. Lima, enam parti tukar tetapi kenapa saya pula dituju sebagai katak. Ramai katak dalam Dewan Rakyat ini... [Ketawa]
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti adakah itu satu perkara yang malang bagi YB ataupun satu penghormatan bahawa YB ini fleksibel, boleh dua cuaca atau dua alam... (ada yang minta laluan) Nanti saya habiskan ini dahulu. Tuan Yang di-Pertua bahawa di Sabah ini, kita sudah bertukar empat kerajaan sejak merdeka. Saya ingat, bertukar satu lagi tidak ada susahnya, tetapi kita sebenarnya yang ajar kita melompat ini bukan daripada Sabah. Ajar kita melompat daripada orang daripada sini juga, dan guru yang ajar kita melompat masih ada dalam pihak pembangkang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: YB, tukar parti dengan melompat berbeza. Yang Sabah dua orang itu melompat, tapi tukar parti itu mungkin ramai. Jadi dia dua kategori yang berbeza Yang Berhormat ya!
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Saya ingat matlamat akhir-akhirnya Tuan Yang di-Pertua, matlamat sama juga. Macam YB daripada Pasir Mas, dia kata YB itu bebas tapi dalam hakikinya dia sudah melompat. Jadi sama ada parti atau dari segi individu, saya ingat matlamat yang akhir-akhirnya sama juga, bahawa ia berhijrah daripada satu parti ke parti yang lain. Sila YB Kuala Krau.
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. YB Kimanis, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada YB. Dari sudut manakah sama ada pembangunan atau taburan, yang perlu orang Sabah dapat yang anggapan daripada orang Sabah, Sabah dianaktirikan kerana kalau tengok dari segi pembangunan, pembangunan wilayah ini juga meliputi negeri Sabah dan negeri-negeri yang berada diSemenanjung.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Terima kasih YB, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dengan YB, ada berapa kali YB datang ke negeri Sabah?
Tuan Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Dua tiga kali.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Dua tiga kali tidak mencukupi YB untuk menilai rasa hati orang-orang Sabah. Jadi kalau YB seperti Ahli-ahli YB daripada Sabah yang sering menyuarakan tentang... (ada yang minta laluan) ...Tunggu sekejap, tentang perasaan rakyat Sabah. Barangkali inilah daripada satu punca masalah bahawa apabila ada pemimpin-pemimpin datang dua tiga kali sudah membuat satu rumusan, bahawa Sabah itu apabila mereka datang cuma sampai ke Kota Kinabalu sahaja YB. Tidak pergi kawasan-kawasan seperti Kinabatangan, Beluran dan kawasan Kalabakan. Jadi inilah satu fenomena yang kita sama sekali kita menolak oleh kerana datang ke Sabah dua kali, tiga kali sudah membuat andaian. Sedangkan kita yang selaku Ahli YB yang turun ke kawasan pada tiap minggu maka pandangan kita selalu diketepikan. Ini daripada satu masalah, masalah pemimpin-pemimpin kita termasuklah YB dari Kuala Krau. (minta laluan) Ya, YB Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih YB Kimanis. Tadi YB Bagan Datok mengatakan apa gunanya berpindah daripada banglo masuk ke rumah teres. Saya ingin bertanya dan minta penjelasan daripada YB Kimanis, apakah kalau banglo ini ditambah rumahnya, ditambah biliknya dicantikkan, bilik airnya besar, tamannya besar, saya rasa YB Kimanis mungkin tidak mahu mencadangkan supaya ada perpindahan ke rumah teres. Saya percaya sebelum saya tengok tadi ada juga pihak-pihak pembangkang yang tersenyum sinis, mendengar penjelasan dari YB Kimanis tetapi saya rasa secara peribadi, saya telah mengetahui perasaan dan cara YB Kimanis bercakap tadi hanyalah mengusik dan meminta supaya hanya banglo ini ditambah. Pertanyaan saya ialah, apakah YB Kimanis mahu meletakkan tarikh atau masa yang tertentu untuk menambah bilik dalam banglo ini? Terima kasih.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli YB daripada Kota Belud, bahawa bukan kita yang menetapkan tarikhnya. Itu adalah satu-satu isu yang kita mempertikaikan bahawa, biar pun kita dalam satu rumah banglo yang besar, tapi kita tidak merasa nikmat. Nikmat yang dirasai oleh kumpulankumpulan dan orang-orang yang tertentu. Jadi apabila kita bersuara YB, apabila kita mengutarakan perasaan rakyat, mereka menganggap kita hendak melompat. Sudahlah kita dianaktirikan, dihina pula. Jadi kalau sudah dianaktirikan dan di hina pula, ke mana kita nak pergi? Rumah teres pun, tereslah YB. [Ketawa] Apa gunanya banglo kalau sekumpulan sahaja yang merasai nikmat. Kita mahu biarpun teres sama-sama kita kongsi. Kalau pun banglo, sama-samalah kita menikmatinya. (laluan) Jangan separuh banglo separuh teres. Kita dalam banglo pun tidur di tepi tandas, apa gunanya.
Datuk Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi ada persoalan mengenai sebab mengapa rakyat Sabah ini merasakan dianaktirikan. Selain daripada mungkin pengagihan-pengagihan projek dari segi peluang-peluang projek dan sebagainya. Adakah YB dari Kimanis bersetuju bahawa, ungkapan-ungkapan yang selalu kita dengar bukan sahaja daripada pemimpin biasa atau pun menteri-menteri yang selalu mengatakan “seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak”. Adakah TB bersetuju bahawa ungkapan seperti itu, selalu mengingatkan kepada kita bahawa kita ini seolah-olah sebagai penggenap sahaja. Terima kasih.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, YB daripada Tuaran. Itu yang susah hendak kita cerminkan pada rakan-rakan kita daripada Semenanjung. Sudah lebih 40 tahun, empat dekad kita merdeka, masih lagi isu seumpama ini timbul Dewan yang mulia ini. Kita telah pun, apabila kita bersuara, apabila mengutarakan, apabila kita cuba melalui saluran-saluran yang tertentu, tapi ianya sampai hari ini masih lagi isu seumpama itu wujud. Kenapa dia masih wujud? Sama juga dengan masalah-masalah yang lain. Bukankah bererti apabila kita menyuarakan hasrat, inspirasi rakyat kita menentang kerajaan. Bukan erti kalau kita mengeluarkan satu-satu kata-kata yang kemungkinan keras bukan erti kata kita hendak melompat, tetapi sebenarnya saya sering katakan apa yang kita usahakan pada hari ini, apa yang kita suarakan pada hari ini di Dewan yang mulia ini ialah supaya rakyat negeri Sabah jangan melompat seperti apa yang berlaku pada lima buah negeri di Semenanjung Malaysia ini. Itu yang kita hendak pertahankan, bukan kita hendak melompat. [Tepuk]
Datuk Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB dari Kimanis. Agaknya YB Kimanis ini agak sedih sikit. Di mana kita tahu bahawa perjalanan politik khasnya daripada pemimpin-pemimpin pusat ini tidak begitu mengambil berat atas keluhan kita di Sabah, khasnya di kawasan-kawasan luar bandar. Adakah YB Kimanis setuju sekiranya kita minta supaya satu kementerian khas bagi Sabah dan Sarawak ini, supaya kita dapat betul-betul meninjau dan juga mengambil berat tentang hal-hal mengenai affair di Sabah dan Sarawak ini.
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Tuan Yang di-Pertua, YB daripada Sepanggar, saya setuju. Saya setuju, tapi apabila kita meminta sesuatu kadangkalanya janji, dan janji tidak pernah ditunaikan. Jadi apa yang ada di hadapan kita itu, kalaulah kita dijanjikan macam kita berjanji dengan rakyat, tolonglah tunaikan pada pihak-pihak yang tertentu, supaya kita juga boleh menunaikan janji kita pada rakyat kita sekalian.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. YB Kimanis, saya mendengar hujah-hujah YB tadi, yang menyebut tentang daripada rakyat nanti yang melompat, maka lebih baiklah apa YB bangkitkan itu diberikan perhatian, bukannya wakil rakyat yang akan melompat, tapi bimbang rakyat yang akan melompat. Jadi berasaskan kepada perkara tersebut, saya ingin bertanya kepada YB. Saya dengar YB menyebut tentang soal perasaan dan sebagainya, tersinggung, kecil hati. Jadi apakah perkara ini YB rasa tidak boleh diperbetulkan kerana yang kita pentingkan ialah kepentingan rakyat, rakyat memilih kita. Jadi pandanganYB ialah kalau wakil rakyat itu melompat, apakah ini juga tidak sebenarnya, tidak adil kepada rakyat yang memilih kita dan atas asas itu apakah YB bersetuju bahawa Akta Anti Lompat ini dibawa ke Parlimen ini supaya jangan ada wakil rakyat yang melompat parti, apa pandangan YB?
Datuk Anifah bin Haji Aman [Kimanis]: Ya, saya tidak setuju. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju kalau Anti Hop Law dibawa ke Dewan ini. Adakah kita mahu ia menjadi satu police state yang kita tidak mempunyai satu kebebasan untuk memilih. Biarpun kita bertanding pada misalnya tiket sesebuah parti atau sesebuah organisasi, tapi kalau pemimpinnya menyeleweng daripada matlamat asal, adakah kita harus akur, adakah kita harus bertahan dan memperjuangkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau parti-parti yang keluar daripada matlamatnya, at the expense of the people, dengan rakyat. Tapi cuma apa yang saya katakan di sini, barangkali saya setuju dengan YB daripada Batu Pahat bahawa apa yang penting bukan soal pemimpin melompat, apa yang penting kita kaji kenapa rakyat sudah melompat. Itu yang harus kita pertikai dulu. Itu yang harus kita lihat dan kaji kenapakah rakyat-rakyat sudah melompat dan apa gunanya yang tinggal pemimpin saja. Apa gunanya pemimpin tanpa rakyat. [Tepuk]
...hendak saya suarakan supaya pemimpin faham bahawa supaya rakyat kita tidak melompat di pilihan raya akan datang. Itu yang kita sarankan.’
Datuk Anifah Hj Aman khabarnya telah ditawarkan jawatan Timbalan Menteri kerajaan Pusat, tapi beliau menolak. Apakah beliau sudah tidak mahu berpihak kepada BN lagi, atau suatu isyarat yang beliau akan menyeberang atau melompat sokongan? Sekian catatan santai kali ini. Wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 09-05-08. KL. "
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR? (Score: 1) by hazik on Saturday, May 10 @ 11:44:13 PDT (User Info | Send a Message) | Mana mungkin Anifah Aman mahu terima jawatan Timbalan Menteri. Sedangkan mereka yang masih junior darinya sudah diangkat menjadi menteri. Malah ada YB tak bertanding dalam PRU12 pun menjadi menteri atas tiket senator.
Sebenarnya Anifah Aman seorang ahli politik yang bijak. Dari nada dan tindak tanduknya telah menunjukkan akan kematangannya dan sudah sewajarnya dia diangkat menjadi Menteri yang menjaga hal-ehwal Sabah. Tetapi apakan daya, Pak Lah suka berhelah (berbohong) dan sering buat salah. Maka, sudah tibalah masa untuk Anifah Aman dan rakan rakannya tunjuk marah dan 'blah'..!!
Syabas Datuk!! Sekali-sekala buatlah depa tu garu kepala... |
|
|
Re: Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR? (Score: 1) by trillion on Saturday, May 10 @ 11:54:13 PDT (User Info | Send a Message) | Syabas, satu hujah yang kritis dan bernas!
|
|
|
Re: Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR? (Score: 1) by ssyaza on Saturday, May 10 @ 13:37:23 PDT (User Info | Send a Message) | Datuk Anifah,kalau betul-betul nak berkhidmat pada rakyat,tak payah lah duduk dalam banglo yang dah usang dan bakal menjadi muzium tu.aku rasa hang ni memang pemimpin yang bijak dan berjiwa rakyat.memang elok beno kalau hang lompat ke pihak pembangkang yang kebanyakan pemimpin-pemimpinnya memang bersifat sederhana dibanding kan dgn pemimpin BeEnd(BN) yang memang kaya dgn tuduhan rasuah dan tak bermaruah. |
|
|
Re: Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR? (Score: 1) by kaka_81 on Saturday, May 10 @ 13:38:25 PDT (User Info | Send a Message) | Saya dr smnnjung brasa kagum dgn kbranian datuk. Datuk sorg yg bijak. So jgn dprbodohkn oleh manusia-manusia angkuh dlm BN.
|
|
|
Re: Kisah Lompat-lompat Di Parlimen, Ada Lompatan Ke PR? (Score: 1) by cukamasam on Monday, May 12 @ 10:17:47 PDT (User Info | Send a Message) | syabas datuk.komen yg bernas.pastinya ramai MP2 sabah yg rasa dipinggirkan dlm parti BN berdasarkan komposisi dlm kabinet pak lah. cthnya datuk anifah aman sndiri yg sdh jd timbalan mnteri pd penggal lalu n menang dlm PRU12 tapi masi kekal sebagai tmbaln mnteri. tapi pd masa yg sama ada org yg x bertanding dan tdk pula pgang apa2 jwatn dlm kabinet lpas dilantik jd menteri pnuh oleh pak lah. apa strategi pak lah pn kita x tau. yg pasti MP seperti datuk anifah aman pasti terasa hati tmbah2 lagi sbh n srawk la penyumbang besar kemenangan BN dlm PRU12.
pak lah x tau berkrompomi dlm soal pemberian jwtan dlm kabinet. periuk nasi dan ke`survive`an lbh pnting
|
|
|
|
|