Berita
Terkini: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal

|
KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama
|
Berita
Terkini: Dato' Noh Gadut kini bukan lagi Mufti Negeri Johor?

|
Oleh Putera Alam
 Pada petang Khamis 13 November 2008, Sultan Johor secara mengejut telah melantik Dato Tahrir bin Dato Kiyai Hj. Shamsudin (sebelum ini Timbalan Mufti) sebagai Mufti Johor menggantikan Dato Noh Gadut. Perkara ini amat mengejutkan kerana waktu perlantikan dibuat oleh Sultan Johor, Dato Noh berada di Indonesia atas urusan kerajaan. Ini merupakan kejatuhan mengejut Dato Noh Gadut yang dikenali di seluruh negara.
|
Berita
Terkini: Kematian Naib Presiden Gerakan, polis tolak unsur bunuh diri

|
Sumber MStar
SEREMBAN: Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. S. Vijayaratnam, yang berjaya mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti bulan lalu, ditemui mati di hadapan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal, Jalan Tunku Hassan di sini tengah hari semalam.
Beliau dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan milikinya itu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, Vijayaratnam datang ke kliniknya seperti biasa dan mengambil kunci untuk naik ke tingkat atas bangunan.
|
AnalisisIsu
Terkini: Harga Minyak Jatuh Lagi- USD69. Harga Di Malaysia Tetap

|
Kiriman setisab
" Tahniah kepada pemimpin UMNO kerana mempunyai bakal presiden yang pandai mengawal kegawatan ekonomi daripada melanda kaum kerabat mereka.
Datuk Seri Najib menyatakan Malaysia tidak akan terjejas dengan kegawatan ekonomi dunia yang sedang menghantui pemimpin dunia termasuk pemimpin negara-negara kuasa besar.
WASHINGTON - WORLD leaders will gather Nov 15 in Washington for a summit to discuss the global economic crisis."
|
Berita
Terkini: Shamsiah Fakeh meninggal dunia pagi tadi….

|
Oleh Amin Iskandar @ Black
Pejuang kemerdekaan negara, Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhirnya siang tadi di rumah anaknya, Kamarudin. Jenazahnya kini diuruskan oleh Surau Al-Hidayah, Kucai Entrepreneur’s Park.
Beliau akan dikebumikan selepas Asar nanti di Tanah perkuburan Islam Sungai Besi off Lebuhraya besraya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi anaknya Jamaludin di 019-387-0467 atau anak saudaranya Izad di 012-315-9561.
|
| |
Berita
Terkini: Shahrizat bertanding ketua Wanita

|
Petikan Malaysiakini
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan bertanding jawatan ketua Wanita Umno. Beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya petang ini.
Selepas 191 bahagian selesai mesyuarat awal bulan ini, Shahrizat memperolehi cukup pencalonan untuk bertanding jawatan ketua.
|
NakRoyat
Terkini: Salahudin di TV9 malam ini

|
ISNIN 17 NOVEMBERISU: WAJARKAH AHLI PARLIMEN KELUAR DEWAN TV9 10.30 MALAM SALAHUDIN AYUB DAN DR. FUAD ZAKARSY
|
Berita
Terkini: Abdul Razak bebas atas tuduhan bersubahat bunuh Altantuya

|
SHAH ALAM 31 Okt. - Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.
|
Berita
Terkini: Nik Aziz sedang dirawat, tidak dapat hadir majlis perasmian sidang DUN

|
KOTA BHARU 20 Okt. — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai hari ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.
|
Berita
Terkini: Keputusan tidak rasmi, Soi Lek menang Timbalan Presiden MCA

|
Keputusan tidak rasmi menunjukkan bekas Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.
Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan menewaskan dua calon lain termasuk Setiausaha Agung dan Naib Presiden. Jawatan Naib Presiden pula dipercatai dimenangi oleh Datuk Dr. Ng Yen Yen, Datuk Kong Cho Ha dan Datuk Liow Tiong Lai.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.
|
|