Bas bertayar tiga
Tarikh : Saturday, June 28 @ 22:13:12 MYT
Topik : Bicara Webmaster


Oleh Songkok Putih

 Saya ada seorang kawan yang bekerja sebagai guru. Dia bukan guru komputer tetapi cukup mahir komputer, kami selalu keluar malam, minum dan bersembang terutama mengenai CMS untuk laman web. Kadang kala bersembang soal-soal kehidupan harian.

Satu hari dia bercerita kepada saya pengalaman dia semasa mengajar di Sarawak, satu kawasan pendalaman. Saya tak pasti apa nama kawasan tersebut. Dia menceritakan semasa mengajar dia melukis sebuah bas, lalu seorang pelajar bertanya, cikgu bas bertayar tiga?

Pelajar bertanya kerana dia belum mengenali bas dan melihat gambar yang dilukis hanya menampakkan 3 tayar sahaja.

Memang pada lukis, kita hanya mampu melukis bas samada dua atau tiga tayar. Jika kita hendak lukis bas bertayar empat, kita boleh lukis bas yang sedang balik dengan keempat-empat tayarnya berada diatas.

Pelajar di pendalaman Sarawak tidak pernah melihat bas. Misalnya di kawasan Belaga, jalan raya yang ada di sana sekadar jalan balak dan jalan untuk ke projek hirdro elektrik bakun, itupun sekadar boleh dilalu oleh kenderaan pacuan sahaja.

Kita tak boleh menyalahkan mereka kerana mereka tidak pernah melihat bas. Padangan dan pendapat mereka terhadap bas hanya berdasarkan kepada maklumat yang dilihat seperti lukisan yang kawan saya lukis dan mereka membandingkan apa yang ada dalam kotak pemikiran mereka pada masa itu dengan kenderaan pacuan dan bot-bot laju yang menguasi sungai rejang.

Pandangan dan pendapat biasanya berdasarkan kepada maklumat yang ada. Jika kurang maklumat maka pandangan sesorang akan menjadi tidak tepat.

Di laman ini, perkataan jumud PAS telah menjadi satu daripada perkataan yang cukup digemari untuk dipaparkan dalam forum. Perkataan ini digunakan dengan membuat andaian kepada mereka yang ta'asud kepada perjuangan PAS sebagai jumud seolah-olah mereka yang mengorbankan jiwa dan raga untuk perjuangan PAS adalah jumud. Fikiran mereka tertutup dan suka mengkafirkan orang lain.

Saya cukup hairan kerana saya adalah orang yang berbaiah dengan PAS dan memilih perjuangan PAS lebih daripada keluarga dan harta benda selagi PAS tidak tersasar daripada Islam dan pemimpinnya masih lagi isqamah dengan Islam.

Saya jika buat kerja mengemaskini laman, saya boleh berada dihadapan komputer dalam bilik, tanpa memperdulikan anak dan isteri. Kadang-kala saya berada di hadapan komputer sehingga pagi, isteri menjadi no 2 selepas komputer. Saya cukup ta'asud dengan kerja ini.  

DPPKD adalah PAS, laman ini TKO adalah laman PAS. Semuanya adalah mereka yang ta'asud dengan PAS. Adakah kami jumud PAS. Kami mengkafirkan semua orang yang tak sealiran dengan kami!

PAS bukan bas bertayar tiga.....

Walahulam



............
Lain-lain artikel
  Keterbukaan, sejauh mana kefahaman kita? - I
  Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia 
  Malaikat anak perempuan Tuhan?
  Hampir 50% penulis membuat posting tidak mengikut format
  Apabila tulisan dalam artikel mempunyai layer macam graphic photoshop...
  E-mel kami seperti makanan dalam peti ais
  Perjumpaan PAS-UMNO?
  Pembantu kedua Webmaster TKO
  Server ketiga: Antara perlu atau tidak
  Perlembagaan UMNO Fasal 20.10
  Penasihat Laman TranungKite
  Artikel di laman TKO..

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from TranungKite Online v7.0
http://www.tranungkite.net/v7
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11821