Soalan Lisan Adun Maharani Untuk Sidang Dun Johor
Tarikh : Friday, November 21 @ 09:59:14 MYT
Topik : Aduan @ Laporan


PERSIDANGAN DUN JOHOR 21 NOVEMBER 2008 SOALAN MULUT-LISANADUN MAHARANI(PAS) - YB DR. HJ. MOHAMAD BIN TASLIM

 Bil 1. Iskandar Malaysia (IM) telah dilancarkan selama hampir dua tahun. Setakat ini dinyatakan sebanyak RM3.9 bilion pelaburan telah diterima dalam perindustrian dan RM2 bilion dalam bidang perkhidmatan. Kerajaan juga telah membuat kenyataan bahawa semua kaum terutama Melayu atau bumiputera akan mendapat manfaat daripada projek-projek dan pelaburan yang dilaksanakan di Iskandar Malaysia.


Persoalannya, sejauh manakah Iskandar Malaysia (IM) benar-benar memberikan laluan kepada penyertaan Melayu atau Bumiputera.



Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Johor) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (Johor) membuat pendedahan dimana pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Nusajaya sejauh 15 kilometer dengan kos pembinaan RM1 bilion tidak melibatkan kontraktor Melayu sepertimana yang dijanjikan. Persoalan saya.

Apakah benar kontrak pembinaan lebuhraya tersebut diberikan kepada Syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd secara rundingan terus? Siapakah pemegang saham utama Syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd?

Kenapakah syarikat kontraktor bumiputera tidak dilibatkan dalam pembinaan lebuhraya tersebut?

Jabatan   : Iskandar Malaysia
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan 

  SOALAN-SOALAN BERTULIS

PERSIDANGAN DUN JOHOR 21 NOVEMBER 2008

ADUN MAHARANI(PAS) - YB DR.HJ.MOHAMAD BIN TASLIM


Bil 1. Isu Pembersihan Perparitan


Peparitan kiri dan kanan dari Parit Sakai hingga ke Parit Perupok, Jalan Jonid, Muar. Parit ini dipenuhi semak dan rumput sehingga sama tinggi dengan jalanraya. Bila hujan air tidak dapat mengalir dan bertakong ke kebun dan halaman rumah penduduk sehingga beberapa hari.

Parit besar di Pt. Amal  Jln. Jonid menuju ke Pengkalan Nelayan. Tepi parit semak dan ada anak pokok yang semakin besar.

Peparitan dari Parit Limbong hingga ke Parit Jawa, Jalan Temenggong Ahmad.

Bilakah langkah-langkah responsif yang akan diambil untuk mengatasi masalah berikut.

Jabatan   :  Majlis Perbandaran Muar
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam


Bil 2. PROJEK PEMBINAAN JETI NELAYAN


Saya ada memohon pembinaan jeti baru di pantai parit Keroma Laut, Jalan Jonid kepada pejabat daerah Muar bertarikh 20 Mei 2008. Pihak pejabat daerah telah menyiasat ke kawasan tersebut. Pejabat daerah telah menghantar surat kepada Pengarah Pembangunan Negeri Johor untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan jeti. Dianggarkan RM 100.000.00 dan surat salinan telah dihantar kepada saya bertarikh 12 Jun 2008.

- Bilakah kerajaan akan memberikan peruntukan untuk membina jeti berkenaan

- Bilakah pembinaan jeti baru ini akan dimulakan
  
Jabatan : Jabatan Kerja Raya Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan


Bil 3. Pemberian Tanah TOL di DUN Maharani


Berapa ramai yang telah menerima tanah TOL. Contoh di Parit Prupok Laut dan Parit Sakai Laut.
Masihkah lagi dibuka TOL kepada orangramai dan dimanakah kawasan tersebut.
Apakah syarat untuk memohon tanah tersebut.

Jabatan   : Pejabat Tanah Dan Galian & Pejabat Tanah Dan Daerah Muar
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan


Bil 4. Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor


Apakah syarat dan berapa lama untuk guru kontrak mendapat pengesahan jawatan guru tetap. Berapa ramai jumlah guru agama kerajaan negeri Johor mengikut kriteria guru kontrak dan tetap dan Kelulusan mereka( SPM/Diploma)

Berapa jumlah Sekolah Agama Johor dan berapa jumlah murid mengikut daerah.

Jabatan   : Jabatan Agama Johor & Majlis Agama Islam Negeri Johor
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Agama.


Bil 5. Masalah Sosial Mat Rempit


Masalah sosial seperti Mat Rempit sangat membimbingkan. Apakah tindakan kerajaan untuk membendung dan juga membimbing belia-belia dari gejala tersebut

Jabatan   : Polis DiRaja Malaysia & Jabatan Pengangkutan Jalan
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan.


Bil 6. Letak kereta Parking di Bandar Muar


Penggunaan kereta oleh orang ramai semakin hari semakin bertambah. Ini akan menimbulkan kesulitan kepada mereka untuk meletak kereta kerana tempat terhad.

Apakah perancangan pihak berkenaan untuk menangani masalah ini?.
Berapa jumlah petak letak kereta dan petak rezab yang ada di bandar Muar.
Berapakah jumlah pendapatan sebulan?
Bagaimanakah kedudukan penswastaan tempat letak kereta?

Jabatan   : Majlis Perbandaran Muar
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerjaraya dan Kemudahan Awam


Bil 7. Isu Keceriaan Bahu Jalan Dalam Kawasan MPM


Berapakah perbelanjaan untuk menceriakan bahu jalan dengan menanam
pokok-pokok ? Contoh sepanjang jalan Temengong Ahmad.
Siapakah kontraktor yang menguruskan penanaman pokok tersebut? Berapa batang pokok ditanam sepajang jalan dan berapa kosnya? 
Jbatan   : Majlis Perbandaran Muar
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam


Bil 8. JPMM


Apakah fungsi dan aktiviti yang telah dijalankan oleh JPMM sejak mac 2008 dalam DUN Maharani?
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan sehingga kini?

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan.


Bil 9. PEMBINAAN SEMULA MASJID DALAM DUN MAHARANI.


Dalam DUN Maharani terdapat 2 buah masjid papan iaitu di Masjid Jamek Pt. Bakar Darat dan Masjid Sulaimaniah Pt. Pinang Seribu Darat.

Bilakah masjid ini akan dibina semula?
Pendudukan kampong telah dimaklumkan tentang peruntukan lebih RM 1 juta yang telah diluluskan untuk membina masjid di Pt. Bakar Darat. Malangnya projek itu belum dimulakan sehingga hari ini.

Jabatan   : Jabatan Agama Johor & Majlis Agama Islam Negeri Johor
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian dan Warisan.


Bil 10. Projek Pembinaan Jambatan Jalan Utama Muar-Batu Pahat.


Projek yang tidak siap ini telah memberikan kesulitan kepada penduduk setempat. Jambatan Parit Jamil ini juga kerap berlaku kemalangan. Bilakah projek ini akan disiapkan dan berapa jumlah kosnya? 
Jabatan   : Jabatan Kerja Raya
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam


Bil 11. Projek Perumahan di tanah pertanian.


Kebelakangan ini terdapat banyak projek perumahan sepanjang jalan daripada Parit Samsu ke Parit Jawa, Jalan Temenggong Ahmad yang dibina di tanah pertanian.

1. Apakah syarat yang ditetapkan untuk mendirikan Taman Perumahan di tanah pertanian dan tanah rezab melayu?

2. Berapa banyak projek Taman Perumahan yang telah diluluskan di tanah pertanian dalam Parlimen Muar?

Jabatan   : Majlis Perbandaran Muar
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Dan
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam


Bil 12. AYAM HARAM


Pada Selasa (21 Oktober 2008) yang lalu, Akhbar Harian Metro telah mengejutkan rakyat jelata khususnya yang berada di Muar. Artikel yang menjadi Berita Muka Depan itu bertajuk AYAM HARAM dan tertera Gambar Ayam yang dimaksudkan.

Dikatakan bahawa Pegawai Jabatan Agama Johor (JAJ) yang memeriksa jualan ayam segar di sebuah pasar raya di bandar ini, terkejut apabila mendapati ia dijual tanpa sembelihan sempurna dengan urat halkum dua ekor ternakan itu belum putus sepenuhnya.

a)    Adakah disediakan satu jadual pemantauan pemeriksaan bagi mengatasi masalah ini.
b)    Jika ada beberapa kali dalam setahun 
Jabatan   : Jabatan Agama Johor
Portfolio : Pengerusi Jawatakuasa Agama
Dan
Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna


Bil 13. Gejala Sosial


Gejala sosial dan jenayah oleh Pendatang Asing. Kenyataan oleh Tuan OCPD Batu Bahat‚ 70% kes jenayah dilakukan pekerja-pekerja asing. Apakah tindakan pihak berkuasa terhadap penjenayah yang terbabit?

Jabatan   : Imigresen
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan


Bil 14. Iklan ALONG
  


Kebelakangan ini terdapat iklan ALONG dipasang tempat awam dan juga diedarkan dirumah-rumah dan taman perumahan.

Apakah tindakan pihak berwajib bagi membendung kegiatan tersebut?
  
Jabatan   : Polis DiRaja Malaysia & Majlis Perbandaran Muar
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam


Bil 15. Peniaga Pekan Tampoi


Peniaga-peniaga kedai pekan Tampoi seramai 12 orang, berada di atas tanah Lot PTD 90667 HS(D) 420178 Mukim Tebrau iaitu di Jalan Dato Toh Ah Boon, Tampoi telah tinggal dan berniaga secara turun temurun di kawasan ini sejak tahun 1954. Atas faktor-faktor keselamatan daripada ancaman komunis, kerajaan telah memindahkan mereka daripada kawasan sekitar ke perkampungan ini yang dikenali sebagai Kampung Baru Tampoi. Pada tahun 1972 mereka telah dianugerahkan Lesen Menduduki Sementara(TOL) oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan telah memberi kemudahan yang bersesuaian kepada pekedai di sini. Pada 14hb September 1985 melalui MCA Cawangan dan Gerakan Pemuda Dan Kaum Wanita, Tampoi, Johor telah menghantar surat kepada pejabat Menteri Besar Johor bagi mengadu masalah yang berkaitan dengan pembangunan di kawasan ini. Pada 16hb Mei 1989 mereka telah memohon perubahan daripada tanah TOL kepada tanah bergeran kepada pihak Kerajaan Johor. Mereka menunggu dengan penuh harapan tetapi malangnya pada 3hb Mei 2006, pihak Kerajaan Negeri Johor telah menganugerahkan tanah tersebut kepada pihak Johor Corporation, anak syarikat Kerajaan Negeri Johor.

Akhirnya pada 24hb September 2007 mereka telah mendapat notis mengosongkan bangunan daripada pihak Johor Corporation sebelum atau pada 25hb Oktober 2007. Rayuan telah dibuat kepada pihak Johor Corporation melalui YB Low Teh Hian, Adun Kawasan Pengkalan Rinting merangkap Ketua Biro Aduan MCA Johor pada 5hb Oktober 2007. Permohonan pajakan telah dibuat sepertimana yang diucapkan oleh Y.B Dato Haji Osman bin Sapian, Adun Kempas dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 25 Jun 2008. Dialog dengan pihak Johor Corporation juga telah dipohon melalui Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas pada 10hb Julai 2008. Malangnya pihak Johor Corporation tidak mahu melayan sebarang cadangan daripada pihak mereka. Malah pihak Johor Corporation mahu peniaga di sini mengosongkan kedai mereka seberapa segera seperti yang terkandung dalam surat jawapan kepada Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas bertarikh 17hb Julai 2008. Serentak dengan arahan mengosongkan kedai, mereka berasa hairan bagaimana pihak tertentu telah diberi kebenaran untuk menyewa di kawasan tersebut dalam tempoh masa 3 tahun.

Mereka telah merayu kepada pihak Y.A.B Menteri Besar Johor Dato Haji Abdul Ghani Othman agar dapat mengarahkan anak syarikat Kerajaan Negeri Johor, Johor Corporation mengizinkan mereka menyewa, membangunkan dan berniaga di kawasan ini pada kadar yang bersesuaian. Jika pihak tertentu berhak mendapat sewaan  tanah di sini mengapa pula mereka yang membangunakan kawasan ini sejak tahun 1954 tidak dilayan oleh pihak Johor Corporation. Mereka mahu perbincangan lanjut mengenai perkara ini di antara pihak pekedai dengan pihak Johor Corporation. Persoalannya :

Apakah nama syarikat yang telah dibenarkan menyewa seperti yang tersebut di atas ?

Mengapakah syarikat ini terpilih untuk menyewa kawasan tersebut?
Jika pekedai seramai 12 orang ini ingin menyewa dikawasan ini, adakah mereka akan dibenarkan ?
Apakah mereka akan diberi pampasan jika mahu berpindah daripada kedai tersebut ?
Apakah pihak Y.A.B Menteri Besar Johor Dato Haji Abdul Ghani Othman bersedia untuk  menjadi orang tengah mempertemukan Johor Corporation dengan pekedai. 
Jabatan   : Perbadanan Johor(JCOrp), Pejabat Tanah Dan Galian & Pejabat Tanah Dan Daerah Johor Bahru
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan


Bil 16. Pengurusan Bangunan Taman Cempaka
  


Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Taman Cempaka, Tampoi  telah ditubuhkan pada ahad 8hb Jun 2008 oleh Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas. Tujuan penubuhannya adalah untuk membela kepentingan penduduk yang tinggal di rumah pangsa khususnya di Taman Cempaka. Rumah pangsa ini telah dibina lebih kurang 23 tahun yang lalu. Ia mempunyai 27 Blok dengan kapasiti lebihkurang 1800 unit rumah. Setiap blok diketuai oleh seorang Ketua Blok dan ahli jawatankuasanya bertanggungjawab terhadap segala permasalahan penduduk. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Management Committee  (MC) atau Perbadanan Pengurusan.

Penduduk rumah pangsa Taman Cempaka hanya mampu membayar lebihkurang RM15 sebulan untuk yuran perkhidmatan sedangkan kadar yang sesuai untuk pengurusan sesebuah blok seperti rumah pangsa ini adalah RM65 sebulan. Ini bermakna mereka kekurangan RM50 sebulan bagi sebuah unit rumah. Kesannya adalah MC tidak mampu menguruskan blok dengan sempurna dan terpaksa berdepan dengan masalah-masalah berikut :

Ketidakmampuan untuk mengecat blok yang menyebabkan persekitaran mereka kurang ceria dan tidak menarik.

Ketidakmampuan untuk menampal kebocoran dinding blok menyebabkan blok mereka sentiasa bocor ketika hujan.

Ketidakmampuan untuk menyelengara sistem paip dan tangki air menyebabkan blok mereka sering menghadapi masalah kebocoran paip.

Ketidakmampuan untuk menyelengara atap blok menyebabkan mereka berhadapan dengan kebocoran setiapkali hujan. Kebocoran serius adalah ditingkat paling atas.
 
Berita Harian 1 Ogos 2008 telah menyiarkan kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu(MBJB) Datuk Mohd Naim Bin Mohd Nasir bahawa RM 1.3 Juta diperuntukkan untuk mengecat rumah pangsa di Jalan Terus, Jalan Skudai dan Flet Cempaka.

Adakah benar rumah pangsa Taman Cempaka mendapat peruntukkan untuk mengecat rumah mereka ? Jika benar, Bilakah masanya bangunan mereka akan di cat ?
Apakah nama kontraktor yang bertangungjawab mengecat bangunan tersebut?
Apakah MC akan dirundingi sebelum proses mengecat bangunan dibuat?
Apakah cadangan-cadangan kerajaan untuk mengatasi masalah ketidakmampuan MC mengurus bangunan di Taman Cempaka ?
Jika terdapat aduan daripada penduduk rumah pangsa atau masalah yang berkaitan dengan pihak MC, apakah badan diperingkat Kerajaan Negeri Johor yang bertanggunjawab secara khusus menangani masalah rumah pangsa di Negeri Johor?
Jika kerajaan memperuntukkan kewangan kepada kampung-kampung tertentu diluar bandar, adakah sebarang peruntukkan-peruntukkan tertentu daripada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah pangsa di Negeri Johor ?

Jabatan   : Majlis Bandaraya Johor Bahru & Pejabat Tanah & Galian  
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam


Bil 17. Bangunan Terbengkalai


Bangunan terbengkalai Kemayan City di hadapan Bukit Mewah, Tampoi telah mencacatkan pandangan khususnya penduduk disekitar taman tersebut. Persoalannya :  

Apakah status bangunan tersebut ?
Pihak mana yang bertanggungjawab menguruskan bangunan tersebut ?
Apakah rancangan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah di atas ?
Memandangkan bahawa kawasan tersebut ketiadaan dewan orang ramai tempat dimana aktiviti masyarakat setempat dapat diadakan. Adakah pihak kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil alih bangunan tersebut untuk kemudahan masyarakat setempat ?
  
Jabatan   : Majlis Bandaraya Johor Bahru
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam


Bil 18.  Peniaga Kecil Johor
 


Pihak kerajaan tempatan telah banyak menyediakan kemudahan kedai untuk peniaga khususnya peniaga-peniaga kecil di Johor Baharu. Persoalannya :-
a. Adakah terdapat kouta untuk semua bangsa berniaga ditempat-tempat tersebut?
b. Apakah syarat kelayakkan untuk seseorang pemohon dibenarkan berniaga di tempat tersebut?

Apakah prosidur yang diperlukan untuk berjaya menjadi peniaga ditempat tersebut

Jabatan   : Majlis Bandaraya Johor Bahru
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya dan Kemudahan Awam

Layari : http://pasjohorbahru.com/



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from TranungKite Online v7.0
http://www.tranungkite.net/v7
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18681