10 Bas CASLIGAS ditelan bumi?....
Tarikh : Tuesday, November 25 @ 07:31:51 MYT
Topik : Aduan @ Laporan


 CASLIGAS SDN.BHD sebuah syarikat yang perbadankan mengikut akta sarikat , dimana induknya di bawah PERMINT atau perbadanan memajukan iktisad negeri terengganu.

CASLIGAS dilahirkan zaman Idris Jusuh menjadi menteri besar. Kami terpandang (terlupa ambil gambar) sepuluh buah bas BARU berada di workshop JKR. Tujuan membeli bas berkenaan untuk menyediakan pengangutan bandar . Namun jenis bas yang dibeli tidak sesuai untuk perkhidmatan bandar.

Beralih ketua kerajaan walaupun parti yang sama BN dan UMNO memerintah negeri terengganu dibawah Ahmad Said (DATUK). dimanakah bas-bas berkenaan berada dan CASLIGAS masih wujud selepas "makan wang" puluhan dan rarusan juta di zaman Idris JUsuh masih beroperasi atau dikuburkan selepas kenyang makan wang?.....

Kedua satu lagi syarikat yang ditubuhkan dibawah induk PERMINT iaitu TADC, terengganu agrotech cortp. sdn.bhd. dan syarikat bergabung dengan TADC juaga dilahirkan zaman Idris Jusuh. termasuk "sutratani" melapur ratusan juta ringgit (termasuk ikan didarat dan dipersisir pantai) hampir menemui ajal selapas kekeyangan telan pitis berjuta seperti ular sawa makan anak lembu mati kerana telan adik lembu.

Kami merayu sebagai rakyat biasa walaupun maklumat sebenar dan gerak kerja TADC samar-samar, Hakikatnya rakyat mahu satu proses tranformasi yang baru dibawah pengerusi dan pengurus yang baru (dikhabarkan) ambil alih TADC menuju PUNJAK JAYA dan dapat MEREALISASIKAN SETIAP PELABURAN BERDAYA MAJU DAN MENJADI PEMANGKIN UNTUK RAKYAT TERENGGANU.

Akhirnya kami mahu dengan oarang baru dan lembaga baru yang bijak dan cerdik serta dibantu oleh pengurus besar yang berlatar belakang pertanian dan pelaburan memberi impak yang cukup baik untuk TADC. Hanya jangan jadi ular sawa selepas telan anak lmbu atau ayah dan ibu lembu tak larat nak bergerak terus menjadi bangkai atau terus dibawa ke zoo.




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from TranungKite Online v7.0
http://www.tranungkite.net/v7
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18804