Pakatan Rakyat, tolong perjuangkan isu faedah PTPTN
Tarikh : Tuesday, November 25 @ 07:42:09 MYT
Topik : Aduan @ Laporan


 Saya mewakili peminjam PTPTN ingin merayu kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan isu ini setelah pemimpin BN gagal untuk melakukannya sedemikian.

Kami merasakan penurunan kadar faedah PTPTN daripada 3 peratus kepada 1 peratus yang diumumkan, tidak memenuhi hasrat  kami yang mahukan faedah tersebut dimansuhkan terus.

Perkara pokok yang perlu diberi keutamaan adalah, di manakah tanggungjawab kerajaan yang sepatutnya menyediakan kemudahan kepada rakyat khususnya pendidikan? Sudahlah terpaksa meminjam, malahan kami dikenakan lagi faedah.

Pelbagai cara telah dilakukan termasuk menandatangani petisyen untuk memansuhkan faedah tersebut, namun nampaknya tidak juga mendatangkan hasil.

http://www.ipetitions.com/petition/MAHASISWAUNITED/index.html

Kami sudah buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Diharapkan pemimpin Pakatan Rakyat sudi untuk membela nasib kami.Sekian.

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from TranungKite Online v7.0
http://www.tranungkite.net/v7
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18806