Penguasaan Bahasa Inggeris: Satu Formula
Tarikh : Tuesday, December 02 @ 20:01:29 MYT
Topik : Pendapat


 Ibu saya tidak bersekolah. Seorang penoreh getah. Bapa saya sekolah sampai darjah 5 atau 6. Seorang mandor bagi menyelia penoreh getah. Seluruh ahli keluarga adalah penoreh getah, dan tersangat miskin. Nenek saya, juga seorang penoreh getah berpendapatan RM 30.oo sebulan.

Daripada latar yang sedemikian, saya mampu tulis disertasi PhD saya dalam Bahasa Inggeris di negeri orang putih. Apa yang saya ingin tunjukkan di sini ialah latar belakang keluarga bukanlah menjadi alasan untuk tidak menguasai bahasa Inggeris. Rata-rata taraf kehidupan keluarga di Malaysia sekaang telah jauh lebih baik, tetapi penguasaan bahasa Inggeris tidak baik.


Apabila saya suruh pelajar saya buat abstrak kertas kerja mereka dalam bahasa Inggeris, saya ketawa macam menonton filem Seniman Bujang Lapok bila membacanya. Menunjukkan mutu Bahasa Inggeris pelajar di universiti pun sangat redum.

Itu yang cuba dikoreksi oleh Tun Mahathir. Dia mau pelajar Malaysia menguasai Bahasa Inggeris. Tetapi yang peliknya ialah ubat yang ditawarkan ialah mengajar mata pelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris. Dia sendiri yang melanggar dasar bahasa negara. Masa tu puak ketuanan ini menikus semata.

Objektifnya ialah pelajar menguasai bahasa Inggeris, tetapi cara mencapainya ialah dengan mengubah medium pengajaran 2 subjek kepada Bahasa Inggeris. Logik mana yang diambilnya saya pun tidak tahu.

Saya tawarkan di sini formula untuk menaikkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar pelajar Malaysia:

Formula ini ialah formula 2 derap:

1. Bahasa pengajaran - kekalkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengajaran di peringkat sekolah.

2. Bahasa pertuturan di sekolah -Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan di sekolah. Melainkan masa belajar, bahasa yang mesti digunakan oleh murid, guru, guru besar adalah bahasa Inggeris.

Formula ini hendaklah di gunakan disemua sekolah kerajaan di semua peringkat.Dengan ini, bahasa yang mesti gunakan sebagai pertuturan adalah bahasa Inggeris. Sebarang bentuk komunikasi antara semua tenaga akademik dengan murid hendaklah dalam bahasa Inggeris.

Perhimpunan harian, atau sebarang bentuk perhimpunan mestilah dilakukan dalam bahasa Inggeris. Guru besar hendaklah memberi ucapan mingguan dan sebarang bentuk ucapan di sekolahnya dalam bahasa Inggeris.

Pengajaran mata pelajaran bahasa Iggeris hendaklah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bukan seperti sekarang, nama sahaja pelajaran bahasa Inggeris, tetapi gurunya bertutur dalam bahasa Melayu.

Semasa saya di sekolah menengah rendah, semua guru bertutur dengan murid dalam bahasa Inggeris. Apabila saya belajar di MCKK, semua guru bertutur dengan murid dalam bahasa Inggeris, walaupun antara Melayu dengan Melayu.

[hamirdin.blogspot.com]

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from TranungKite Online v7.0
http://www.tranungkite.net/v7
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=19115