Perang MCA-UMNO II: Ong Tee Keat vs Mukhriz
Tarikh : Tuesday, December 02 @ 20:05:28 MYT
Topik : Artikel


 Perang MCA-UMNO berterusan lagi. Kini, Ong Tee Keat pula melanyak cukup-cukup Mukhriz Mahathir yang tiba-tiba mengusulkan agar sekolah-sekolah cina dan vernakular di tutup atas nama perpaduan nasional. Menurut akhbar bertarikh 1 disember, Presiden MCA ini mengatakan dengan jelas bahawa ini tidak lebih dari taktik terdesak UMNO untuk mendapatkan sokongan.

Mukhriz pula menjelaskan bahawa tujuan cadangannya ialah untuk mengelakkan salahfaham berhubung isu Ketuanan Melayu.

Timbalan Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai pula mengambil kesempatan ini menyindir dan mencemuh kepimpinan UMNO secara tidak langsung dalam isu Sains dan Matematik (menggunakan bahasa Inggeris) apabila mengatakan bahawa UMNO tidak faham bahawa penggunaan bahasa ibunda sangat penting khususnya untuk pengajian di sekolah (primary level).

1 December,2008: "The present system is still the best to ensure unity and harmony in our multiracial country," the Health Minister said.


He added that it was an old fallacy that vernacular primary schools caused unity problems.


He reasoned that at secondary level, the students were still able to integrate.


"He might not understand that teaching in your mother tongue is more effective at the primary level," Liow added.


Saya tak faham betullah kenapa UMNO ni makin hari makin ketandusan pemimpin. Taraf kepimpinan UMNO tak ubah seperti taraf pencacai UMNO di TKO. Sekadar menjengkilkan dan tidak berani pun menulis artikel kritikal. Sekadar membaling batu sembunyi tangan di forum-forum..

Malu..Malu..

Siapakan yang akan menjadi mangsa dalam Perang MCA-UMNO ini?

Saya menggesa kaum Cina agar berhenti memperhambakan diri kepada ketuanan UMNO..  Kalau ada kaum Cina yang membaca, fikirkan.. ADAKAH ANDA MAHU ANAK ANDA MENJADI KHADAM KEPADA KETUANAN UMNO?



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from TranungKite Online v7.0
http://www.tranungkite.net/v7
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=19117