Antara dua nilai
Tarikh : Tuesday, December 02 @ 20:10:11 MYT
Topik : Coretan @ Luahan


 Sabtu lalu saya menghadiri majlis kawin anak jiran di KL yang dibuat di Kubang Pasu. Sempat juga menjengah sahabat-sahabat lama Pas di sekitar bandar Jitra yang begitu pesat membangun sejak saya meninggalkannya pada pertengahan tahun 1986 akibat arahan pindah 24 jam oleh Sanusi Junid, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu.

alam sembang-sembang itu, dapatlah saya merumuskan satu perkara. Anggota Pas terlalu tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PR masa kini.

Selagi jualan arak dan perimis judi tidak dikawal dan dihadkan, tiada program dakwah dan pengisian Islam secara aktif dan terlalu lembik dengan pegawai kerajaan yang berlindung atas nama Sultan dalam melambat-lambatkan pentadbiran kerajaan PR masa kini, anggota Pas masih belum berpuas hati. Bagi anggota Pas, matlamat utama mengambilalih kerajaan dari BN ialah untuk melaksanakan Islam. Jika Islam sekarang ini sama dengan zaman BN, baik tak payah bekerja keras lawan BN. Tak payahlah anggota Pas menghabiskan duit dan masa jika MB Kedah bukan main slow dan berhujah macam Hamid Othman untuk melewat-lewatkan pelaksanaan Islam di Kedah

Sebaliknya anggota Umno melihat Umno sukar kembali berkuasa di Kedah semula. Terperanjat saya apabila mendengar orang Umno sendiri hilang keyakinan itu walaupun mereka mendapat sokongan dari Kerajaan Pusat untuk merampas kembali Kerajaan Kedah. Hujah mereka ialah kerana mereka kalah dengan stail MB Kedah. MB Kedah boleh ditemui di pejabatnya bila-bila masa pun. "Zaman Mahathir Khalid, mampuih tak dapat" kata anggota Umno. Alamak, hal jumpa MB pun Umno sudah rasa tak boleh tawan semula Kedah. Kelakar kan.

"Bukan itu sahaja", kata anggota Umno lagi " bila jawatan kuasa tender dah putuskan sapa dapat projek, depa suroh kita semua balik. Had dulu sapa dapat tender kena duduk sat, kena bincang berapa kamsyen kena peruntukkan. Tetapi kerajaan baru ni langsung tak mahu rasuah. Mampus, geng Umno tak leh buat macam ini" sambung mereka.

Demikianlah perbezaaan antara dua nilai anggota Umno dan Pas dalam menilai prestasi kerajaan baru . Anggota Pas tidak puas hati kerana Islam belum berjalan di Kedah. Tetapi anggota Umno kagum dengan kerajaan baru kerana mudahnya berjumpa MB dan tiada amalan rasuah dalam Jawatan kuasa Tender.

Anggota Pas masih boleh bersabar lagi tetapi jika mereka dengar pimpinan negeri menerima rasuah, "nahas kau", katanya. Maka janganlah rasuah wahai pemimpin Kedah walaupun hadiah sebutir jam dari Sultanah.

Melayu oh Melayu !!!!


WWW.SOKONGPR.BLOGSPOT.COM




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from TranungKite Online v7.0
http://www.tranungkite.net/v7
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=19119