Kiriman alifx59
"Dari blog universitipts.com
Di bawah adalah hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Ratnawati Mohd. Asraf dan Prof. Dr. Ismail Sheikh Ahmad dari UIA. Penyelidikan beliau dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah skim IRPA (Intensification of Research in Priority Areas). Laporan kajian ini terbit dalam jurnal Reading in Foreign Language Vol. 15, No.2, Oct. 2003."
|
Kiriman ummu_waheedah
" Assalamu'alikum, Tengahari tadi di radio pahangfm satu pilihan (104.1 mz atau 107.5mz), seperti biasa slot ceramah jam 1.30 tengahari dipenuhi dengan tazkirah. Kali ini tazkirah berkaitan ibadah qurban, iaitu menyembelih seekor binatang berkaki empat yang dijadikan makanan mewah manusia yang dilakukan pada hari raya qurban dan 3 hari selepasnya (hari tasyriq). Antara binatang korban yang biasa sembelih ialah lembu , kambing ,biri2, kerbau dan jika di Mekah atau di Negara Arab unta kerap menjadi pilihan. "
|
Kiriman gerai_naimbest2
""Pada 22/11/08 kami sekeluarga,pergi melawat Masjid Kristal dan berhajat solat zohor disana...
semasa solat aku.berasa tidak selesa kerana karpet di masjid ini berbau masam...dan apabila sesudah solat aku tgk keatas dan dapati siling masjid bocor...
cuba korang bayangkan MASJID KRISTAL yang harga berjuta ringgit tapi tak sampai setahun dah bocor ..teruk
Dan pada 29/11/08 kami sekali lagi... "
|
Kiriman syababpahang
"Saya amat berharap agar PAS lebih lantang dalam menyuarakan isu-isu berkaitan dengan agama Islam dan kepentingan hak-hak melayu sekarang ini. Suara-suara bukan Islam dan bukan bumiputra tak kira dari parti pemerintah atau pun pembangkang diadunkan menjadi satu suara untuk menunjukkan kekuatan mereka dalam menuntut isu-isu sensitif bagi kita yang beragama Islam. Walaupun mereka ini menuntut dari UMNO, tetapi secara tidak sedar ia turut ditujukan kepada PAS. Mereka ini dengan sewenang-wenangnya mempersendakan hak-hak Islam dan ketuanan melayu. Apakah kita tidak sedar. Bagi saya PAS perlu bertegas dalam perkara ini. Harapkan UMNO, fikirlah sendiri. Benda yang tidak ada kepentingan peribadi, jangan haraplah. Saya sebagai Pemuda PAS minta wakil-wakil PAS lebih bersifat dinamik dan lantang mempertahankan hak-hak kita sama ada ia datang dari BN atau Pakatan Rakyat sekalipun. PAS mesti menunjukkan ketegasannya supaya kita tidak didolakdalikkan oleh kawan atau lawan. Saya merindui suara Mat Sabu dalam Parlimen. AYUH Mat Sabu, rebut kembali Parlimen Kuala Terengganu. Takbir......."
|
Kiriman farmer
"Hari ini Ezam menyatakan bahawa PAS perlu mengambil alih pemerintahan Selangor daripada PKR untuk mengembalikan kekuatan Melayu di negeri itu. Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim dilihat lemah dan sentiasa diselubungi kontrovesi.
Nampaknya Ezam sudah sedar bahawa PAS merupakan benteng kaum Melayu. Jadi kenapa beliau memilih untuk bersama-sama dengan UMNO? Mungkin baru sekarang beliau sedar yang perjuangan UMNO tidak membawa bangsa Melayu ke mana-mana. Eloklah jika saudara Ezam menjadi ahli PAS. Dengan ini saudara Ezam akan dapat membantu PAS dalam usaha memertabatkan bangsa Melayu melalui Islam.
Untuk mamastikan PAS dapat memerintah negeri Selangor, eloklah saudara Ezam berkempen untuk PAS supaya pada PRU 13 nanti, kesemua kerusi DUN yang ditandingi PAS menang di Selangor. Dengan itu dapatlah PAS memerintah Selangor seperti yang diingini saudara Ezam."
|
| |
Kiriman salehgong
" Salam, ramai yang tidak mengetahui sejarah pilihanraya ke 12 baru-baru ini.Semuanya telah disiap sediakan tentang pertukaran MB yang pernah dibincangkan oleh pihak Istana dan PM.
Semuanya telah bersetuju untuk menjadikan dan menabalkan anak Seberang Takir iaitu Dato Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri sebagai MB Terengganu yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Idris.Tetapi semuanya berubah dimalam sebelum pengumuman penamaan calon."
|
12
Telah dibuka 7778 kali
|
|
Kiriman japri
"Semalam aku berhenti rehat dekat hentian rehat PLUS area Nilai, perut terasa lapar lalu cepai nasik lemak daun pisang 4 bungkus, tanpa menanya harganya terus sebat keempat-empat bungkus, setelah habis mentekedarah (cakap org utara laa) aku pun jumpa laa pemilik gerai nak bayar, aku kata aku dah makan nasik lemak ni 4 bungkus dan tanya dia berapa harga, katanya 4 bungkus = RM4.80, aku kata dulu aku makan hanya RM1.00 saja sebungkus kenapa sekarang dah jadi RM1.20? katanya harga dah dinaikkan, aku tanya lagi kenapa? katanya semua pekedai dah naikkan harga jadi dia ikut saja....aku kata dulu alasan u nak naikkan harga sebab harga minyak dah naik so tak apa lah, jadi skg harga minyak dah turun so apa masalahnya? aku cuba tanya lagi...jawapannya masih sama katanya peniaga-peniaga lain semuanya naik harga so dia cuma ikut saja. Inilah sikap peniaga kat malaysia ni, bila harga minyak naik dijadikan alasan utk naikkan harga barang jualan, tapi bila harga minyak dah turun diaorang beri pelbagai alasan utk tidak turunkan harga barang dan kebanyakkan alasan adalah bodoh dan dangkal.
Inilah padahnya bila KERAjaan menaikan harga minyak secara mendadak tanpa membuat kaji selidik tentang implikasi darinya. Itu baru cerita tentang nasik lemak tak termasuk barangan pengguna yang lain. Aku cadangkan kita semua boikot barangan yang kita boleh elak utk dimakan biar rugi mereka-mereka ini dari terus membuli pengguna macam kita, apa kata setuju? "
|
12
Telah dibuka 1971 kali
|
|
Kiriman AMKNS
"Berikut ialah statistik jumlah babi mengikut negeri di Malaysia ini pada tahun 2008 yang terdapat pada laman web Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Bercakap pasal babi ni jangan ikut emosional , tengok fakta dulu. Media pun sepatutnya rujuklah Jabatan Perkhidmatan Haiwan , Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya apabila buat liputan. Penternakan babi , lembu , ayam secara besar-besar perlu kelulusan semua jabatan berkaitan. "
|
Oleh Budak Selayang
"Kalau aku jumpa dia aku akan maki dan ludah muka dia di depan khalayak ramai."
Tidak tergamak kami nak paparkan kata-kata tersebut. Namun atas prinsip 'berkatalah benar biarpun pahit,' kami perturunkan juga kata-kata keras itu, bagi menggambarkan betapa marah dan kecewanya si penutur terhadap si budak Fairus. Semuanya gara-gara si budak Fairus menyeleweng wang yang mereka sumbangkan untuk membantu rakyat bawahan
|
Kiriman pro
" Hairan melihat demokrasi berparlimen di Malaysia. Apabila dicadang untuk potong berapa ringgit jer duit pak menteri kecoh baik sejuta ringgit! Alahai kenapa ia berlaku?Apabila berhimpun untuk mansuhkan ISA kecoh sedunia,pemuda ditangkap dan yang buat kecoh keadaan adalah campurtangan provokasi dari pihak berkuasa.Saya tidak tahu ke mana rah demokrasi kita.Hanya perkataan sahaja tetapi jauh sangat dari pelaksaan. "
|
|