Kiriman azayi1
" DEFINISI : KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.
CONTOH : Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui. "
|
Oleh Ahmad lutfi Othman
Politik wang, "istilah sopan" untuk gejala rasuah dalam pemilihan Umno diakui sudah mencapai tahap paling parah, namun bagi majoriti rakyat Malaysia ia tidak lebih sekadar satu isu basi yang hanya hangat dibincangkan setiap tiga atau empat tahun sekali.
Walaupun didedahkan, misalnya hanya untuk menjadi ketua bahagian sahaja ada calon yang menghabiskan puluhan juta ringgit, masyarakat umum tidak lagi terkejut dengan "perangai jelik orang Umno itu".
|
13
Telah dibuka 1910 kali
|
|
Oleh Roslan SMS
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat (PM dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003) adalah seorang negarawan yang telah banyak mewarnai persada politik di negara ini.
Malah sejak menjejakkan kakinya ke dunia politik seawal 1950an sehingga sekarang, sebagai pengkritik sepenuh masa, beliau terus bertenaga mempengaruhi politik negara walaupun hari ini beliau telahpun keluar dari Umno.
|
10
Telah dibuka 1853 kali
|
|
Kiriman muaz
" MENITI hari-hari terakhirnya sebagai Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bercakap tentang jawatan yang akan dilepaskannya beberapa hari lagi, cadangan beliau tentang mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang beliau anggap wajar disiarkan pada orang ramai, keberkesanan peranan JAKIM dan Mufti-mufti dari negeri lain dan membetulkan pendapat songsang yang mengaitkan beliau sebagai penyokong Umno dan penentang pembangkang.
"Saya bukan pengampu dan saya tidak dibayar gaji untuk mengampu dan ini tidak seharusnya terjadi," komen Dr Asri bila ditanya kenapa beliau lantang mengkritik pihak pemerintah mahupun pembangkang."
|
17
Telah dibuka 3645 kali
|
|
Oleh Mahfuz Omar
TIDAK semena-mena Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi memberi ingatan kepada para hakim supaya tidak menerima rasuah ketika berkhidmat kerana mereka menerima gaji daripada wang rakyat. Betul kata Tan Sri Zaki itu.
Tetapi beliau sendiri dilihat oleh rakyat sedang memakan wang rakyat secara tidak betul kerana menjawat jawatan yang tidak layak baginya.
|
| |
Oleh Mahfuz Omar
BRITISH tidak meruntuhkan orang Melayu dengan menjatuhkan Raja-rajanya, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu yang rakus dan tidak mempunyai jati diri. Maka, selepas Perang Dunia Kedua, lahirlah sekumpulan aristokrat Melayu berpendidikan Barat untuk diserahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada mereka.
|
21
Telah dibuka 4954 kali
|
|
Oleh PAS PARIT BUNTAR
KUALA LUMPUR, 26 Nov. : Bahang perdebatan antara Ahli Parlimen Pasir Salak Dato' Tajuddin Abdul Rahman dengan Ahli Parlimen Parit Buntar sudah mula terasa apabila Ahli Parlimen Pasir Salk itu menggangu ucapan Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS, di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 68, Rabu 26 November 2008, semasa membahaskan usul-usul.
|
Kiriman alexanderwathern
" Pada usianya yang melewati tujuh puluhan, tokoh pergerakan Islam PAS Malaysia ini tetap muda dalam semangat dan idealismenya. Walaupun sudah memetik beberapa kemenangan dakwah, dirinya tetap konsisten. Seorang menteri besar ini memotong 40 peratus gajinya untuk umat.
Namanya Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang biasa memanggil beliau dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lahir di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931."
|
Kiriman IkangDukang
" Kematangan demokrasi di Negara Barat terpancar apabila pemimpin-pemimpin parti yang berbeza ideologi boleh duduk semeja, malah kelihatan mesra, dalam membicarakan isu dan merancang nasib rakyat dan negara. Mereka boleh berdebat secara ilmiah dan ‘gentleman’ dan para penyokong tidak jumud dalam menerima hujah pihak lawan. Inilah antara yang dapat dilihat antara Parti Demokrat dan Parti Republikan di Amerika Syarikat, sebagai contohnya. "
|
15
Telah dibuka 2378 kali
|
|
Kiriman Zalipaka
" Rata-rata kini orang bercakap soal politik wang, bermula pertengahan tahun ini hinggalah bulan mac tahun depan baru habis. Akupun dah naik meluat bercakap soal politik wang dalam Umno ni...Menyampah sebab memang dah jadi darah daging perjuangan Umno, nak naik mesti kena guna wang. Tanpa wang, mereka takkan naik punya!!! PERCAYALAH...
Benarkah dalam Umno, nak naik mesti guna wang? Ya, memang benar! Ini adalah kisah benar, pengakuan jujur penulis perihal betapa bobroknya politik wang dalam Umno! "
|
|