“Saya teliti buku kesihatan Pak Aji ni sihat dan lulus untuk mengerjakan haji…” Aku memulakan bicara bersama seorang jemaah haji yang berkungjung ke klinik Maktab pada satu hari.
“Aa..a, Doktor kat Klinik Malaysia kata Pak Cik boleh tunaikan haji tahun ni kerana semua pemeriksaan tiada masalah pun”. Cepat-cepat isterinya menyampuk…seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.
“Ni sebak dada, gula dalam darah tinggi dan darah tinggi ni baru kena kat sini le ye?” Aku cuba menduga. Pelik rasanya menurut keilmuan yang ada; penyakit kencing manis dan darah tinggi boleh datang secara tiba-tiba tanpa ada tanda-tanda keabnormalan sebelum darinya.
“Melalui pemeriksaan dan pengamatan saya Pak Cik dinasihatkan masuk Hospital untuk pemeriksaan lanjut…” aku memulakan hujah untuk memasukkan jemaah haji tadi ke Hospital Malaysia kat Mekah.
Tabung Haji telah menyediakan dua Hospital yang diurus tadbir sepenuhnya oleh Tabung Haji. Bermula dari Pengarah Hospital, Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Penyelia Hospital, Ketua Jururawat sehinggalah kepada Penolong Perawatan Kesihatan, semuanya dilantik melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Jemaah haji yang menunaikan haji setiap tahun begitu bertuah kerana ramai Pakar dalam bidang masing-masing telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan untuk berkhidmat di Tanah Suci. Walaupun mereka berjawatan Pegawai Perubatan di Tanah Suci tetapi kepakaran mereka semasa di Tanah Air diguna pakai untuk merawat para tetamu Allah.
“Assalamualaikum Suhazeli!. Enta refer kes MI (Myocardial Infarction) le tadi…” Sergah seorang kawan saya yang berkhidmat di Hospital Aziziah.
“Apasal hang tak tanya lanjut ceritanya…dia baru saje keluar IJN (Institut Jantung Negara) sebulan lepas.” Sahabat saya tadi melanjutkan bicara.
“Nak cepat tadi..Pak Cik tu dan tak tahan sebak dada…tapi memang aku dah agak dah, dengan tanda-tanda tu, Pak Cik tadi may have some ECG changes…” Sahutku dengan fakta penemuan fizikal semasa aku memeriksa jemaah tersebut pagi tadi.
Home
Artikel
Pendapat
Sisipan
Kategori
Kategori
TV & Radio
Pencarian
Top 10
Asas Laman
Tambahan
Peranan Anda
Ahli Berdaftar
Khidmat Kami
Bantuan & Info






WANITA UMNO memang hebat dan memang wanita zaman sekarang hebat dan profesional dan pintar dalam semua bidang. Dan tak kurang juga pembawa bunga-bunga nafsu berahi pada umat lelaki kerana tubuh wanita zaman kini dipaparkan dengan baju mandi .







