Kiriman alifx59
" Malaysia negara demokrasi. Apakah kita mampu berbeza pendapat?
BN sudah terbukti dan jelas tidak bersedia berbeza pendapat dengan parti pembangkang. Di ISAkannya aktivis Pas, DAP, PKR, bloggers dan aktivis NGO yang lain yang mengkritik dasar dan amalan kerajaan BN. Malah Umno tidak bersedia berbeza pendapat dengan rakan kompenannya dalam BN."
|
Kiriman jerieng
"Salam perjuangan.. Setelah sekian lama menanti, ingatkan tak jadi musim tengkujuh yang tidak jemu-jemu singgah ke Negeri Cantik Budaya Menarik ini akhirnya menjelma. Sejak minggu lepas, hujan yang turun tidak berhenti-henti semacam menangisi pelan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib. "
|
Kiriman anakbulan
" (Bulan Penuh 2012) - Saya tidak faham apa makna perkataan 'Tajol'. Datok saya sudah arwah, tidak sempat saya bertanya.
Masa saya kecil dulu, dia hidup lagi, dia ada bela beberapa ekor kerbau. Satu hari dia menebok lubang di tengah hidung kerbau jantannya untuk diletakkan tali yang dikat membulat. Di tali itu kemudiannya, dijadikan pangkal mengikat tali kerbau yang panjang-panjang tu."
|
Kiriman kerirooney
"Tajuk diatas sudah memberi gambaran yang cukup jelas bahawa Majlis Permuafakatan Ummah atau Pewaris begitu beria-ia dalam menyokong segala usaha dalam menghalalkan hukum rimba mainan UMNO iaitu AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI(ISA). Apa motif dan relevannya sokongan yang diberikan PEWARIS kepada perjuangan politik UMNO yang menyokong perjuangan ISA tersebut. Menurut petikan ucapan dari pemimpin PEWARIS iaitu Dato' Maamor Osman yang juga dikenali sebagai Setiausaha PPIM,beliau mahu kerajaan supaya mengekalkan penggunaan ISA bagi menjamin keharmonian negara ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat sambil menambah bahawa dalam ISLAM,prinsip pencegahan adalah lebih baik. Wahai Dato' Maamor,tahukah kamu yang dalam ISLAM juga ada menyebut bahawa tidak ada sesiapa yang bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah yakni menerusi siasatan dan perbicaraan bagi memberikan hak untuk seseorang membela diri. Ini baru dinamakan keadilan,bukan soal pencegahan yang kita hendak berikan tumpuan. Ini soal maruah dan keadilan untuk setiap warga negara Malaysia yang kononnya dikatakan sebagai DEMOKRASI!!!Sampai sekarang,semua tahanan ISA dinafikan hak mereka untuk dibicarakan di mahkamah. Semua ini sama kaitannya dengan pemerintahan ala BUSH yang begitu rakus memerintah dunia dengan menahan sesiapa sahaja yang dikatakan menggugat keamanan di Penjara Guantanamao...sekian
-Sumber:Harakahdaily.net-
"
|
Kiriman is987
" Sedih mendengar usaha yang dilakukan untuk menghapuskan undang-undang zalim ISA, baru nak kempen belum buat perhimpunan, sekali lagi diulang baru nak kempen, jadi tak jadi perhimpunan belum tau lagi, tapi polis dan kerajaan BN lebih tahu daripada Allah swt, lalu menggagalkan kempen untuk menghimpunkan rakyat untuk menghapuskan ISA.
Tahniah kepada Tuan Hj Muhammad Sabu, Naib Presiden Pas, YB Salahuddin Ayub Ketua Dewan Pemuda Pas, dan semua yang tabah dalam menggerakkan usaha menentang akta zalim ini."
|
| |
Kiriman High_Castle
"Mengambil dari apa yang sedang berlaku didalam pentas politik sekarang ini , saya terpanggil untuk berkongsi pendapat . Saya tidak mengetahui punca atau kenapa 2 org pemimpin di Selangor diberhentikan , dan tidak juga ingin mempertikaikan tindakan PJ Selangor itu . "
|
Kiriman pena_prima
" Islam adalah syumul. Ia merangkumi segalanya. Ada teorinya jelas, namun tak kurang juga teori yang perlu diselongkar terlebih dahulu untuk terbentuk sempurna.
Jika ilmu perubatan, kepimpinan, pentadbiran berjaya diselongkar oleh pengkaji ( muslim dan non-musim ) daripada khazanah tafsir al-Quran dan syarah matan hadis, sudah tentu ilmu berkaitan kemanusiaan juga mudah ditemui."
|
Kiriman spikeT
" Saya agak amat tidak setuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak dulu lagi.Nampaknya pandangan saya sealiran dengan Tokoh Akademik Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karin yang juga tidak bersetuju jika Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di teruskan, Yang setuju nampaknya bukan ahli Akedemik tapi Ahli-ahli Politik termasuk lah Chedet yang bersungguh-sungguh memeprtahankannya dasarnya dahulu.
Bagi Prof.Emeritus Datuk Nik Safiah Karim berpendapat,pendekatan untuk menjadikan pelajar mahir dalam Bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah kurang tepat, "Matematik dan Sains ada banyak terma yang agak sukar untuk pelajar fahami,lebih-lebih lagi pelajar di luar bandar.Dalam pada itu tanpa menafikan kepentingan Bahasa Inggeris,Beliau mencadangkan agar penggunaan bahasa itu di gunakan dalam mata pelajaran lain melibatkan bahasa seperti Sejarah atau Sastera."
|
15
Telah dibuka 1751 kali
|
|
Kiriman hamirdin
" Assalamualaiakum, Beberapa bulan yang lepas Tun Dr. Mahathir pernah berkata: I'm a doctor. If a body part becomes gangrene, I'll cut it. Sekarang Tun yang sama riuh rendah menggempitakan bahawa UMNO di barahi rasuah, dan keadaan telah sampai kepada ke peringkat terminal.
Saya amat percaya bahawa Tun adalah doktor perubatan yang terlatih, dan latihannya juga menghalakan beliau untuk membuat keputusan memotong mana mana bahagian badan yang telah menjadi busuk atau gangrene disebabkan penyakit. Saya setuju dengan pilihan yang dibuat. "
|
|