Kiriman mankip
" Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran."
|
10
Telah dibuka 31939 kali
|
|
Kiriman mazwandi
" Hamba betul-betul seronok, sebab apa hamba seronok, kerana masih ramai lagi insan-insan yang menyayangi tok guru Nik Aziz. Memang molek sangat insan-insan umat manusia menyayangi tok guru kerana sifat-sifat dan iman beliau, cuma jangan taksub yang amat kepada beliau, sudah.
Inilah masalah umat Melayu sebenarnya. Tokoh-tokoh yang zuhud seperti tok guru Nik Aziz seperti ditiadakan oleh insan-insan manusia. Hamba telah kata, dalam artikel sebelum ini, mengapa hamba ungkitkan perkara ini, kerana kita sendiri seolah-olah menyatakan tiada lagi manusia di tanah Melayu ini yang serupa atau lebih baik daripada tok guru Nik Aziz. "
|
10
Telah dibuka 11039 kali
|
|
Kiriman ning
"Assalamualaikum,,. Berita kematian ahli Parlimen Kuala Terengganu mengejutkan semua pihak.Ini adalah kerana arwah kelihatan sihat dan bertenaga malah sempat lagi bermain badminton sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Ketentuan ALLAH yang tidak siapa dapat menahannya.Namun ada hikmah yang bolih direnung bersama dari kejadian Allah ini.Yang berpenting ialah mengingati mati.Mati yang tidak diberi hak kepada manusia memilihnya dan mati yang mengingatkan kita kepada suasana di alam barzah.Bagaimana kita akan berinteraksi dengan malaikat di alam barzah? "
|
Kiriman amdang81
"Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Selamat Datang!! Terengganu sehari dua ini menerima taburan hujan yang agak banyak. Ini lumrah di musim tengkujuh. Berita-berita perdana juga menjadikan berita banjir, paras air naik dan hujan sepanjang hari di pantai timur sebagai berita yang agak utama.
Apa yang lebih penting kini apabila isu kekosongan kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu. Segala hujan, banjir dan angin yang melanda kini mungkin tidak mampu untuk menyejukkan keadaan di Kuala Terengganu. Sudah panas di kalangan kedua-dua parti politik utama di sini persoalan siapa yang akan dicalonkan."
|
24
Telah dibuka 2744 kali
|
|
Kiriman katilempuk
" Secara amnya kita telah melihat bahawa petrol merupakan suatu sumber pendapatan Malaysia yang mutlak.
Kebergantungan rakyat Malaysia pada komoditi ini tiadalah boleh disangkal lagi. Dalam akhbar baru-baru ini, kita telahpun melihat bahawa keuntungan yang dicatatkan oleh PETRONAS adalah pada paras tertinggi dan keuntungan ini akan sentiasa mendaki dari setahun ke setahun. "
|
| |
Kiriman hamirdin
" Ibu saya tidak bersekolah. Seorang penoreh getah. Bapa saya sekolah sampai darjah 5 atau 6. Seorang mandor bagi menyelia penoreh getah. Seluruh ahli keluarga adalah penoreh getah, dan tersangat miskin. Nenek saya, juga seorang penoreh getah berpendapatan RM 30.oo sebulan.
Daripada latar yang sedemikian, saya mampu tulis disertasi PhD saya dalam Bahasa Inggeris di negeri orang putih. Apa yang saya ingin tunjukkan di sini ialah latar belakang keluarga bukanlah menjadi alasan untuk tidak menguasai bahasa Inggeris. Rata-rata taraf kehidupan keluarga di Malaysia sekaang telah jauh lebih baik, tetapi penguasaan bahasa Inggeris tidak baik. "
|
Kiriman Thinkers
" Akhir-akhir ini, ramai orang berbicara mengenai Ketuanan Melayu. Cara penolakan Ketuanan Melayu juga tidak sama. Misalnya, dalam kalangan Melayu sendiri, ada yang menolak Ketuanan Melayu kerana lafaz dan pengertian itu datangnya daripada Umno. Lazimnya, Ketuanan Melayu versi Umno ini ditolak oleh Pas, dengan menggunakan lafaz Ketuanan Islam.
Tapi, akhir-akhir ini suara yang menolak Ketuanan Melayu ini datangnya daripada parti komponen BN sendiri, iaitu MCA. Antara punca kenapa Umno tergugat ialah kerana sejak 50 tahun belakangan ini, tiada usaha tersusun untuk menerangkan hubungan asal-usul Ketuanan Melayu yang kuat bergantung kepada Islam."
|
Kiriman mazwandi
" Ada manusia berkehendakkan tok guru Nik Aziz bersara cepat? Ini salah ayat ungkapan yang hamba dengar ini. Bukan bersara cepat, tetapi sepatutnya ayat yang patut diluahkan ialah mengapa tok guru Nik Aziz tidak bersara lagi. Baru betul. Tok guru sudah tua. 78 tahun. Sepatutnya sudah lama menyerahkan kuasa MB Kelantan kepada orang lain sudah lama dah. Tak gitu? Ke hamba yang sasul? "
|
14
Telah dibuka 2272 kali
|
|
Kiriman enamjahanam
" Ayat 114 Surah Al Baqarah berbunyi : " Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan ) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu ? Orang-orang yang demikian tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah ( bukan secara yang mereka lakukan itu ) . Mereka akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar ""
|
Kiriman ustnik
" Saya kebetulan mengunjungi seorang sahabat Cina Islam yang dah lama masuk Islam. Bapanya juga demikian. Bahkan bapanya seorang yang aktif dalam sebuah NGO saudara baru.
Beliau bertanyakan pandangan saya jika beliau dan bapanya menemui Guan Eng untuk memperkenalkan Islam kepadanya. Sahabat saya ini kurang mengenali Guan Eng dan latarbelakangnya. "
|
16
Telah dibuka 2130 kali
|
|
|