Khairy sudah mulakan gerakan mencabar PM
Tarikh: Saturday, April 11 @ 17:26:18 MYT
Topik: Artikel


Apa yang dibuat di Melaka tu KJ?

bh hari ni..... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20090410090803/Article/index_html


Semua ketua negeri 100 peratus baru

MELAKA: Semua Ketua Pemuda Umno negeri dijangka 100 peratus muka baru, dan nama mereka akan diumumkan sebelum akhir bulan ini, kata Ketua Pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang ditemui selepas bertemu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh, dekat sini, semalam, mengesahkan tidak ada satu pun Exco pergerakan itu terpilih dalam pemilihan baru-baru ini, akan dilantik memegang jawatan berkenaan.

Katanya, sebelum pengumuman itu, beliau akan bertemu semua Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri bagi mendapatkan pandangan, restu dengan nama calon dicadangkan bagi jawatan berkenaan.


"Kalau semuanya (Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri) memberi restu kepada nama yang dicadangkan bagi pelantikan itu, saya akan umumkan sekali gus senarai berkenaan, insya-Allah, katanya selepas pertemuan tertutup 40 minit.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri adalah yang pertama ditemuinya bagi tujuan itu.

Khairy berkata, pelantikan muka baru bagi menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno negeri berikutan semua penyandang tidak layak kerana berusia lebih 40 tahun kecuali Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman.






Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4308