Sindiket Pelacuran di Sabah ??
Tarikh: Saturday, April 11 @ 17:32:13 MYT
Topik: E-mel Pembaca


Ana baru mendapat mesej dari seorang Ustaz dari Sabah berkenaan hal-hal dakwah di sana. Ana mohon pertolongan saudara untuk memberikan komen berkenaan hal ini, dan mohon untuk dipanjangkan mesej ini agar pendakwah-pendakwah yang ada dapat membuka mata dan mempergiatkan lagi kerja dakwah mereka.

Mesej tersebut seperti berikut:-


“Sabah negeri yang aman makmur, tapi jangan sangka tak ada maksiat terselubung. Perdagangan manusia sangat laris di sana. Wanita di Kepulauan Mindanao ditipu oleh ejen-ejen pedagang manusia dengan janji mendapat pekerjaan di Sabah. Di Sabah mereka dijual kepada taukeh-taukeh Cina atau kepada pengusaha hiburan atau kepada ejen pelacuran. Ada yang dijadikan isteri, ada yang jadi perempuan simpanan, ada yang dijadikan wanita pelayan kelab hiburan, ada yang dijadikan pelacur. Laluan masuk yang paling mudah adalah melalui Felda Sahabat Lahad Datu. Jika ditanya perempuan-perempuan ini “ Kamu dari suku apa? , Aku Bisaya” bererti agamanya Kristian, mereka tidak mengaku kaum Suluk. Kerana kaum Suluk adalah Islam. Daerah Limbang pula adalah gudang pelacuran yang paling laris. Segi tiga antara Sabah Brunei Sarawak. Tolong beri jalan penyelesaian.” - Laporan Dakwah Sabah - 02 April 2009.

Kerja-kerja jahat seperti ini dilihat sebagai salah satu usaha terancang untuk menambahkan lagi kerosakan akhlak masyarakat Islam di Sabah. Bilangan pendakwah yang sangat kurang, Pertubuhan-pertubuhan Islam yang sedikit menjadikan masyarakat Islam di Sabah semakin buta terhadap ajaran Islam.

Lihatlah bagaimana masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Labuan dirosakkan secara sistematik dengan menjadikan statusnya sebagai ‘Pulau Bebas Cukai’. Yang hakikat sebenarnya dijadikan gudang besar supply arak dan rokok. Anak-anak muda yang mengambil arak dianggap sebagai perkara biasa. Apatah lagi rokok yang difatwakan Haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kerajaan. Manakala hiburan dan kelab-kelab malam tumbuh subur, sebaliknya pengajian-pengajian agama sangat sedikit. Amar makruf nahi munkar semakin samar dan suram. Keadaan ini haruslah diinsafi dan dijadikan iktibar.

Pernah suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan berita mengenai sebuah perkampungan Islam di Sabah yang kembali kufur dan meninggalkan Islam. Hingga tempat yang dahulunya masjid telah ditukar menjadi tempat ternakan kambing. Sekarang, umat Islam di Sabah tidak lagi dimurtadkan, tapi strateginya telah ditukar dengan meruntuhkan moral, menggalakkan kebejatan sosial dan mencabut Islam dari jiwa masyarakat.


Dari: www.mj2020.blogspot.com





Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4309