ASEAN Summit Batal - Pembaikpulihan Imej Najib Tergendala
Tarikh: Sunday, April 12 @ 12:23:35 MYT
Topik: Analisis Isu


Pembatalan ASEAN Summit oleh Kerajaan Thailand betul-betul membuatkan DS Najib kecewa. Selepas kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, pengiktirafan pemimpin-pemimpin ASEAN dan negara-negara sekutu seperti Jepun, Korea, China, Australia, New Zealand dan India yang akan menghadiri ASEAN Summit, amat diharapkan.

Sedikit sebanyak ASEAN Summit sepatutnya dapat mengilatkan imej DS Najib yang bermula sebagai PM Malaysia yang kabur.

Dengan bersentuh bahu dan bergambar bersalaman dengan pemimpin-pemimpin dunia tentunya akan menambahkan kredibiliti DS Najib sebagai PM yang diterima oleh Dunia. Maka segala dosa dan karat imej buruk yang dibawanya akan dapat dikikis dengan menggunakan kuasa media yang ada. Malangnya ini tidak berlaku.

DS Najib ketika ditanya oleh pemberita terang-terangan mengatakan kehampaannya terhadap keputusan yang dibuat oleh Thailand. Beliau hanya sempat bertemu dengan Sultan Brunei dan PM Thailand. Juga sempat bertemu dengan PM Singapura secara tidak rasmi. Segala persiapan untuk persembahan di Pattaya masuk bakul sampah! Kini jalan untuk membaiki imej DS Najib lebih sukar.

Walaupun bermula dengan baik yaitu dengan membebaskan 13 tahanan ISA dan membatalkan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang perlu dineutralkan di Pattaya. Malangnya ini tidak berlaku.

Kini DS Najib perlu melakukan perkara yang lebih baik dari membebaskan hanya 13 orang tahanan ISA. Imej DS Najib akan naik mendadak jika beliau memansuhkan terus ISA. Skandal Altantunya hanya dapat dibetulkan dalam Mahkamah. Maka DS Najib seharusnya menyaman semua akhbar dan majalah di luar negara yang memfitnah beliau. Perkara ini pernah dilakukan oleh Ku Li bila beliau menyaman sebuah syarikat akhbar di London yang memfitnah beliau tentang pembabitannya dalam Skandal BMF. Ku Li menang dan imej beliau pulih. DS Najib perlu melakukan perkara yang sama untuk membersihakan imej beliau.

Beliau harus membuktikan kabinet baru beliau sebagai benar-benar Kabinet Rakyat. Bukan sekadar laungan perkataan popular sahaja. (Nampaknya perkataan 'Rakyat' sungguh popular sehinggakan BN juga mahu memanupulasikannya).

Bapa DS Najib.....Tun Abdul Razak telah membina asas Malaysia yang kukuh. Dalam era Tun M dan Tun Abdullah asas itu semakin terhakis dan semakin lemah. Sebagai penyambung amanat bapa kamu, kukuhkan semula asa Malaysia. Martabatkan Kehakiman, basmi rasuah dan korupsi, kembalikan maruah Bahasa Melayu dan lunaskan keadilan untuk semua. Hanya dengan ini sahaja imej dan maruah kamu akan terbela dan menjadi cemerlang.

Sekadar bergambar dan bersalaman dengan para pemimpin dunia, mahupun sekadar pembebasan 13 orang tahanan ISA bukan caranya. Kami rakyat mahukan lebih dari itu!!

Sheikh Sambal
 @ Sambal Tumis









Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4311