Satu Malaysia : Rakyat mahukan Pakatan Rakyat
Tarikh: Monday, April 13 @ 20:11:10 MYT
Topik: Analisis Isu




Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dimenangi PR dimana Najib-Muhyidin mengetuai UMNO dan BN. Apakah alasan yang hendak diberi atas kekalahan yang memalukan ini? Dahulu mereka beriya-iya menyalahkan Pak Lah atas kekalahan PRU12 dan semasa pilihanraya kecil P.Pauh dan K.Trengganu.


Ini adalah helah lama untuk menyingkirkan Pak Lah yang diketuai oleh Tun Mahathir, Najib dan Muhyidin. Hakikat yang harus diakui, rakyat sudah beralih angin kepada PR. Rakyat sudah bosan dengan pemerintahan BN yang penuh korupsi tahap tertinggi yang tak boleh dibaiki lagi.

Walaupun Tun Mahathir kembali kepangkuan UMNO ianya takkan merubah pilihan rakyat keseluruhannya. Walaupun Pak Lah diturunkan dari takhta UMNO secara hina, namun keputusan rakyat adalah sama.

Kita akan terus melihat keangkuhan pimpinan baru UMNO dan BN walaupun janji 'satu malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' ianya hanyalah satu lagi slogan retorik setiap kali pemimpin baru dilantik.

 Selagi undang2 dipermainkan seperti kes Lingam, Altantuya, Kugan dan lain2 isu maka selagi itulah rakyat tidak percaya kepada BN lagi.

Satu Malaysia mahukan perubahan, tolak BN pangkah PR.






Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4320