Pakatan Rakyat Menuju Kehancuran ?
Tarikh: Friday, May 01 @ 20:51:23 MYT
Topik: E-mel Pembaca


Telah sekian lama blog edyesdotcom tidak diupdate. Kerana kesibukan dunia, kerja kerja kerja, selagi belum tutup mata, asyik bekerja.

Siang dan malam bekerja mencari nafkah, demi kehidupan yang sedikit selesa, kita korbankan sedikit masa. Siang di pejabat, malam di pasar malam dan tapak bazaar setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad, kerana Sabtu dan Ahad itulah kita menuai.


Saman-saman buta dari MBSA telah masuk kepingan ketiga, silap haribulan mahkamahlah jawabnya. Takkan saya bayar walau sesaman sekalipun, kerana hak berniaga dinafikan dibumi sendiri. Bukan saya buat kacau-bilau, cuma berniaga. Sedangkan lesen tapak yang dimohon langsung tidak mendapat jawapan.

Mengapa negara infra kelas pertama seperti Malaysia, mempunyai taraf kehidupan yang jauh ketinggalan? Di manakah silapnya apabila RM10 itu tidak bertahan lama? Mengapa sekeping note RM50 itu sebentar sahaja lupus dari tangan sedangkan gaji hanya sekadar 40keping note RM50?

Sepuluh keping note RM50 telah habis di ansuran kereta, manakala 13 keping lagi habis dek membayar ansuran rumah. Tinggal 17keping note RM50. 6 keping note RM50 untuk susu dan pampers bagi sepanjang bulan, 4 keping untuk barang dapur, 2 keping untuk bil api dan air, sekeping untuk bayar astro (termasuk chanel sukan).

Daripada 40keping gaji yang diterima, tinggal hanya 4keping note RM50 sehari selepas gaji. Bagaimana pula dengan minyak kereta, duit parking, sarapan dan makan tengahari di pejabat, duit nak entertain mak setiap kali balik kampung (Orang nogori balik kampung sebulan sekali), dan pelbagai belanja seharian. Bagaimana nak lakukannya dengan 4keping RM50?

Kerana kita rakyat Malaysia mempunyai prasarana kelas pertama di dalam sosio-ekonomi-politik kelas ke-tiga, inilah hasilnya 50tahun kemerdekaan. Segelintir kaya raya meninggalkan jurang besar kepada kelas pertengahan dan apalagi bawahan. Disebalik segerombolan umat yang relax mentelaah habuan atas angin, meninggalkan orang kebanyakkan yang tidak punya masa untuk anak-anak kerana mencari sedikit keselesaan, yang akhirnya anak-anak itu akan merempit di malam sabtu kerana mak ayah sibuk cari duit?

Persoalan ini khas untuk saya yang masih punya anak kecil berhadapan risiko dalam melentur anak ke jalan yang betul. Kain putih ini akan dicorakkan, cabaran yang maha hebat dengan faktor sekeliling yang maha kelam.

Masih belum terlambat untuk kita baik-pulih kehidupan ini. Di samping mencari lebihan wang, kita berjuang untuk memastikan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hilangnya harga kehidupan di sebuah negara sendiri tumbang bersama idealogi haloba. Bukan satu parti sahaja yang boleh perintah negara ini, cukuplah 50 tahun dengan hasil 'prasarana kelas pertama' bersama 'kehidupan rakyat kelas ketiga'.

Bersama kita menuju ke arah Negara Kebajikan. Sebuah negara yang bukan sekadar meraih untung semata-mata. Sebuah negara yang menolak rasuah bagi menyelamatkan wang rakyat yang akhirnya disalur kembali kepada rakyat melalui inisiatif yang ikhlas. Negara Kebajikan menawarkan kehidupan yang mengurangkan unsur tekanan secara berkala yang akhirnya rakyat semua lapisan hidup dengan jurang yang mampu digapai.

Negara kebajikan yang mengutamakan mereka yang memerlukan. Mereka yang rajin tetap mendapat habuan dan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan dengan kriteria yang telus. Golongan pertengahan akan lebih selesa dengan kos kehidupan yang berkurangan dan kawalan harga barang yang terjamin. Bukan sekadar permainan apabila harga barang perlu itu diletakkan atas gesaan persatuan pemborong dan pengedar semata-mata.

Tanpa rasuah, semua ini boleh berlaku. Ketelusan akan jelas. Rakyat tidak lagi tertipu dek projek-projek ratusan juta yang tidak memberi manfaat kepada orang kebanyakkan.

Yakinlah dengan Pakatan Rakyat. Yakinlah pemimpin berkaliber dari Pakatan Rakyat sangat mengambil berat tentang nasib rakyat yang selama ini ditipu, diperbodohkan oleh kerajaan rakus.

Jangan toleh ke belakang, kita teruskan berjuang demi sebuah Negara Kebajikan yang diidam oleh semua bangsa yang hidup di dunia ini.

Sekali lagi kebijaksanaan pengundi di Permatang Pauh diperlukan. Andalah penentu samada kebangkitan Kerajaan gerombolan itu dikekang atau sebaliknya. Sekiranya ada unsur 'turning point' di Penanti, maka percayalah Pakatan Rakyat akan berkubur begitu sahaja. Dengan media yang asyikkkkk melagakan dua Tuan Guru, dan tidak kurang juga melagakan beberapa Datuk Seri di Pakatan.

Kepada pengundi Penanti, demi untuk memastikan kemenangan, sila pangkah kedua-dua logo calon Pakatan Rakyat yang bertanding. Saya percaya Pakatan Rakyat akan menang lebih awal iaitu seawal jam 6 petang. Sila pangkah untuk logo PKR dan logo PAS menjadikan dua tanda pangkah di kertas undi. Ruangan untuk logo dacing dibiarkan kosong.

Saya menyokong PAS dan PKR untuk bertanding melawan calon BN. Sekiranya dua calon Pakatan Rakyat bertanding, sudah pasti kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat kerana dua calon Pakatan menentang satu calon BN. Walaupun kemungkinan calon BN ini akan dibantu oleh seorang lagi calon bebas, saya tetap yakin Pakatan akan menang.

Akhir kata, saya juga menyokong 'kolomak' Unity Government yang dibentangkan oleh TGHA. Walaupun tak lihat lagi kertas kerjanya dan blue print nya, saya tetap sokong kerana dengan pergabungan PAS dan UMNO ini, kita tanpa segan silu akan menunggu 50tahun lagi untuk melihat BN hilang majoriti 2/3 buat kali yang kedua. full stop.

kolomak = biasa diucapkan oleh orang nogori sewaktu terik.

Pakatan Rakyat Menuju Kehancuran ?




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4326