Terima kasih Ust. Nik Abduh
Tarikh: Friday, May 01 @ 21:06:09 MYT
Topik: Artikel


Oleh attakiri

 Ketika berlaku peristiwa muzakarah, ramai di kalangan ahli PAS agak pening melihat pertikaian antara 2 tok guru dalam PAS. begitu juga dengan peristiwa Unity Goverment. selain media, terdapat juga segolongan yang lain cuba untuk menimbulkan sentimen puak-puak seperti puak pro muzakarah dan puak anti muzakarah. Bahkan disebut bahawa Tuan Guru Mursyidul Am merupakan anti muzakarah.!

Dalam suasana yang berkecamuk itu, penulis percaya ramai pendokong PAS yang komited merasa agak sedih dengan suasana yang berlaku. Siapa yang tidak pening apabila kelihatan kedua-dua seakan-akan bertelagah pendapat.

Kini, segala rungkaian itu telah selesai dan tenang kembali. Tulisan Ust. Nik Abduh selaku anak kepada Mursyidul Am telah menyelesaikan segala-galanya.

Tulisan beliau diulas oleh pelbagai pihak mengikut versi yang difahami oleh masing-masing.

Bagi penulis, persoalan ulamak mee celup dan persetujuan Tok guru dengan unity goverment secara spontan itu bukan isu. Isu utama dalam artikel Ust. Nik Abduh ialah kedua-dua tok guru ini tidak bertelagah. Bahkan kedua-duanya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Isu utamanya ialah jangan ada sesiapa yang cuba untuk melaga-lagakan antara ulamak-ulamak ummah ini.

Jadi kenapa kita sibuk membentuk puak-puak yang sepatutnya tidak wujud dalam PAS. PAS ialah Parti Islam Semalaysia dan juga merupakan Gerakan Islam di Malaysia. tidak wujud puak pro muzakarah ke, anti muzakarah ke, erdogan ke, PAS Terengganu ke dan sebagainya. Yang ada ialah PAS yang bertunjangkan kepimpinan Ulamak.

Kepimpinan Ulamak bukan satu istilah baru yang muncul pada tahun 1982. Tapi kepimpinan Ulamak ini merupakan kesinambungan daripada kepimpinan Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Nabi Muhammad SAW bukan hanya menjadi tempat rujuk. Tetapi Baginda menjadi Presiden Kerajaan Islam di Madinah. Begitu juga dengan khulafa Ar-Rasyidin, mereka adalah ulamak dan mereka juga adalah pemimpin.

Tidak tepat jika terdapat sesiapa menyebut ulamak sepatutnya hanya menjadi tempat rujuk. Ulamak tidak sepatutnya bercampur gaul dengan politik kotor ini. Persoalannya siapa yang menganggap politik itu kotor.?

Kepimpinan Ulamak tidak maksum dari dosa. Tapi setiap kelemahan perlu sama-sama diperbaiki dan bukan dirombak begitu sahaja.

www.attakiri.blogspot.com




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4328