Mampukah Bandaraya Johor Bahru bertahan
Tarikh: Saturday, May 02 @ 14:00:33 MYT
Topik: Coretan @ Luahan


 Baru-baru ini pada 16 April yang lalu Sultan Johor, Sultan Iskandar telah perkenan merasmikan pusat pentadbiran baru kerajaan Johor yang diberi nama Kota Iskandar yang terletak di Nusa Jaya kira-kira 30 kilometer dari bandaraya Johor Bahru sekarang.

Mula dibina pada tahun 2005 dengan kos bernilai RM 500 juta di kawasan seluas 130 hektar oleh Cahaya Jauhar Sdn Bhd, syarikat usaha sama Kerajaan Johor dan UEM Land Bhd yang juga membabitkan kawasan pentadbiran kerajaan meliputi 111 hektar dan kawasan kediaman rasmi serta perumahan kakitangan seluas 19 hektar.

Persoalannya sekarang mampukah bandaraya Johor Bahru sekarang ini kekal hidup setelah Kota Iskandar di Nusa Jaya dan Kompleks Imigresen dan Kuarantin yang juga dikenali sebagai Kompleks Iskandar yang dibuka tahun lepas mampu menjadikan rakyat puas dengan nikmat pembangunan yang kini dikatakan perniagaan peniaga-peniaga disekitar bandaraya Johor Bahru semakin merosot.


Mungkin kajian-kajian sudah dibuat oleh kerajaan Johor tetapi nampaknya sangkaan rakyat yang mengatakan negeri Johor ini akan maju adalah meleset.


Johor Bahru adalah pintu masuk utama pelancong dari selatan tanahair kita Malaysia, kalau tidak kerana kita berjiran dengan Singapura belum tentu bandaraya Johor Bahru ini mampu hidup sendiri.


Beza tukaran wang antara ringgit dan dolar Singapura telah menjadikan Singapura menganggap Johor adalah syurga membeli belah. Bayangkan dengan nilai sebutan yang sama kalau mereka beli satu barang itu dengan harga 1 dolar mereka mampu membeli 2 barang dengan harga tersebut berbeza dengan kami di Johor yang hanya dapat satu barang dengan satu harga.(tukaran wang sekarang $100 dolar = RM 237).


Siapa kata kami di Johor hidup senang, ada kalanya kami terpaksa menerima hakikat dengan membayar harga yang mahal hanya kerana kuasa beli yang ada ditangan rakyat Singapura.


Rakyat Singapura beruntung kerana nikmat yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat Malaysia dapat dibeli oleh mereka dengan harga yang cukup murah.

Layari : http://pasjohorbahru.com/






Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4335