Satu Pilihanraya Kecil Bakal Berlaku Lagi?
Tarikh: Sunday, May 03 @ 16:44:29 MYT
Topik: Artikel Pendek


 Cerita-cerita kemungkinan berlaku satu pilihanraya kecil akan berlaku lagi bertiup kencang. Ini apabila ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipercayai berkemungkinan untuk mengosongkan kerusi tersebut. Difahamkan peguam tersebut berasa kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundinya di DUN tersebut. Bebanan yang besar ditanggung oleh isterinya yang terpaksa menjadi wakilnya semasa ketiadaannya beliau sekarang.


steri M. Monaharan iaitu S.Pushpaneela terpaksa membahagikan masanya antara menjaga 4 anak-anak mereka, menjaga firma guamannya dan kawasan pilihanrayanya. M. Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007 bersama 4 lagi pemimpin Hindraf.Beliau merupakan penasihat undang-undang Hindraf, yang telah diharamkan oleh kerajaan.Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN Kota Alam Shah dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan telah menewaskan calon BN dari Gerakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

UMNO BN telah berhempas pulas dan kehabisan keringat untuk menghadapi 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Daripada 5 yang disertai oleh UMNO BN hanya 1 mereka menangi itupun di Batang Ai, Sarawak. Pada 31 Mei ini pilihanraya DUN Penanti akan diadakan. Teka teki samada UMNO BN ingin bertanding di DUN Penanti masih belum terjawab kerana pada perkiraan awalnya UMNO BN ingin memberi kemenangan percuma dan menyerah kalah kepada Pakatan Rakyat. UMNO BN hanya akan memberi keputusan selepas Biro politik Umno akan mengadakan mesyuarat Isnin ini sama ada parti itu akan bertanding atau tidak, di Penanti. Selepas ini UMNO BN akan lebih fobia untuk menyertai pilihanraya kecil dan akan berkira-kira untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 kerana hayat mereka makin hampir menemui penghujungnya.

http://addin77.blogspot.com





Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4343