Gua Tak Layan Utusan
Tarikh: Monday, May 04 @ 19:26:32 MYT
Topik: Artikel Pendek


 Sori ler utusan, gua tak layan lu. Gua boleh baca lu punya perang saraf. Buat kengkawan gua di PAS ketahuilah, utusan sedang menjalankan perang sarafnya.

Utusan memainkan isu muqabalah (UMNO/PAS) ni sekali lagi tetapi dalam rentak yang berbeza. Umpama lagu rasa sayang dimainkan dalam versi rap. Kalau dulu direct sekarang mereka main indirect, disangkut isu ini pada pemilihan pucuk pimpinan PAS.

Ingatlah, perkataan anti-erdogan, kumpulan pro-erdogan, pro-anwar dalam PAS, takde sapa pun yang canang kecuali utusan.

Ini semua adalah isitilah2x perang saraf yang digunakan. Gua tak perlu sahut, dan tak perlu ambil ambil tahu.

Sori lah utusan, wa tak layan lu lah beb.

Ikut macam wa, apa pun lu cakap wa masih sayang Islam, PAS, TGNA, TGHH.
Lu boleh cakap wa ni sokong membabi buta, wa tak kisah, yang penting TGNA ka, TGHH ka, Anwar ka, Lim Kit Siang ka ada satu vision saja.. mau kasi BN/UmNo bungkus. 
Bila UMNo sudah bungkus, nanti kita cerita cara orang celik. Bukan lagi cerita babi buta....

Hahaa....  






Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4361