Ulama tak layak sebab tak Pro...... Kut mana tu?
Tarikh: Tuesday, May 05 @ 12:50:43 MYT
Topik: Tazkirah


 Ya,  ana mengaku…… buat masa sekarang ana melihat masih ada ulama yang memimpin ahli Parti Islam Semalaysia yang memperjuangkan Islam ini. Ana semakin yakin setelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempertahankan tradisi ulama ini. Malahan  Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya menyedarkan amilin dalam PAS bahawa ulama dalam Pas sudah professional.

May 5, 2009 by http://khalif13.wordpress.com/

design12

“Ulama adalah pewaris nabi”,
nabi memimpin ummahnya dari  soal solat hinggalah ke medan perang, Walau masih ada sahabat nabi yang genius dan pakar dalam soal perperangan, nabi dinobat tanpa sahabat pertikai nabi pakar ataupun tidak. Maka ulama jugalah yang mewarisi kesedaran dan kefahaman yang mewarisi nabi.


“Sesungguhnya orang yang paling takut dengan Allah adalah ulama”
. Mereka pergi mengaji ilmu agama ketika sahabat lain menimba ilmu kepakaran, mereka beramal dan mendidik pula kepada sahabat yang memerlukan. Tarbiyyah mereka secara terus dari pimpinan ikhwan di saudi, mesir, jordan mahupun syiria. Siap mendapat pendedahan dalam soal haraki dan silibus ikhwan.


Ini yang ana tak setuju,

Mereka mahu menggantikan istilah kepimpinan ulama dengan istilah kepimpinan bertaqwa. Tolong…….Jangan pertikai dengan hujah professional juga ada yang bertaqwa, ana boleh bersetuju mereka juga betaqwa. Tetapi guideline bagi taqwa itu ukurannya hanyalah milik Allah. Bukan milik kita untuk mengukurnya, “Sesungguhnya orang yang tinggi nilainya pada Allah adalah yang paling tinggi taqwanya”. mengapa kita menggunakan kelayakan yang kita tidak boleh nilai itu sebagai penegasan kepimpinan?


Professional dan ulama dalam PAS sebenarnya adalah sama sahaja tarafnya jika Islam tidak mewajibkan keperluan kepimpinan. Tetapi Islam menuntut kepimpinan dalam jemaahnya. Cumanya siapa lebih priority?

Tapi ulama adalah mereka yang faham dengan garis dan panduan dari agama Allah yang memandu Parti yang kita semua sayangi. Mereka tidak pandai untuk berhelah apabila disoal, semuanya disandar pada hujah alquran dan sunnah.Bukankah alquran dan sunnah itu perlembagaan kita? Ketika sahabat lain boleh berhujah dengan professional di parlimen dan mahkamah, mereka nampak seperti terkebelakang. Tetapi hakikatnya mereka masih mantap dengan hujah yang di luar alam sekularnya Malaysia ini.


Malaysia ini cukup kejam untuk mengukur kehebatan seorang ulama, bayangkan malaysia yang mengaku negara Islam kerana agama rasminya Islam, mempunyai institusi mufti dan juga mahkamah syariah, malah PMnya pernah dinobat sama taraf dengan sahabat nabi. Tahap ukuran di malaysia berbentuk syariah ataupun kebendaan?

Hanya apabila seorang ulama itu dapat memerintah selama 18 tahun di Kelantan, baru kita nak cop dan iktiraf mereka? Baru nak kita puji “Tok Guru barulah ulama, dialah professional dan boleh memimpin”…..?


Kalaulah ada antara perwakilan itu hajatnya tak puas hati atau kecewa dengan 2 individu tu, yang membuatkan mereka mahu mengubah istilah kepimpinan ulama ke kepimpinan muslim atau taqwa. Ana nasihat jangan teruskan memburukkan sampai jatuh thiqah penyokong parti pada relevennya kepimpinan ulama. Cukuplah tukar sahaja tanpa menghuduhkan brandnya.


Tapi bagi antum yang menggunakan alasan bahawa cukuplah kepimpinan ulama itu dengan adanya majlis syura ulama. Ana berasakan tiada sebab untuk menolak kepimpinan 2 ulama yang ada sekarang ini, kerana majlis syura ulama yang anda hujahkan sebagai cukuplah syarat itu (untuk kepimpinan ulama) tiadapun menegur ataupun menyatakan kesalahan ataupun mengatakan mereka mundur prestasinya selama ini.

Still not enough, just speculate statement.






Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4372