Jangan jadikan Internet sebagai medium bertelingkah
Tarikh: Tuesday, May 05 @ 22:18:18 MYT
Topik: Artikel Pendek


 Dewasa ini kita melihat blog atau media baru diguna oleh setiap warga masyarakat. Tidak kira dalam meluahkan pendapat atau meluahkan rasa, medium perniagaan atau sebagai 'senjata menikam musuh' samada dikalangan pemimpin, pendokong, penyokong Parti Politik atau rakyat biasa.

Hakikatnya dalam sesebuah organisasi samada organisasi politik, NGO atau persatuan, perbezaan pendapat adalah lumrah yang perlu dihargai dan diraikan. Walaubagaimanapun perbezaan ini sepatutnya tidak meleret-leret sehingga boleh dimanipulasi oleh musuh.

Dalam konteks semasa (menjelang Muktamar PAS 2009), isu Kepimpinan Ulama atau Profesional sepatutnya tidak diperdebatkan secara keras atau agresif sehingga pelbagai pihak mengeluarkan pendapat yang mana adakalanya dilihat menyanggah prinsip dan dasar parti.

Memang benar demokrasi itu membenarkan sesiapa sahaja mengeluarkan pendapat tetapi biarlah dalam situasi terkawal dan tidak memburukkan sesiapa samada secara individu atau organisasi.

Justeru itu nasihat daripada si kerdil ini, raikanlah perbezaan pendapat dengan cara berhemah tanpa mendatangkan kerugian kepada parti dan islam itu sendiri.

Wallahu'alam

Setiausaha
PAS Jalan Yadi Sungai Udang
(http://www.tinta-pasjysu.blogspot.com)





Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)


This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4381