1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA..
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.
PADA MULANYA…
2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
KEMUDIANNYA..
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
kedua2 jawapan sedara tadi, kita mulakan asasnya disini..
rasanya isu ini sudah berapa kali dibahaskan..
baiklah disini dikemukakan pandangan2 saya..
1) kebanykan laporan2 yg mendakwa PAS mengkafirkan pemimpin2 umno adalah palsu dan berlebih2an..jadi, boleh sedara senarakan pemimpin2 PAS yg telah mengkafirkan pemimpin umno beserta dengan bukti kenyataannya? kita lihat adakah wujud sehingga memaksa sedara memukul rata PAS keseluruhannya mengkafikran umno..
2) utk pengetahuan sedara, jika kita perhati diwaktu itu, sudah wujud istilah kafir-mengkafirkan..maksud bagi istilah 'kafir mengkafikran' ialah menunjukkan kedua2 pihak jelas saling kafir-mengkafirkan..makna kata, pihak PAS dikatakan telah meng'kafir'kan umno, pihak umno telah dikatakan meng'kafir'kan PAS,..jadi, kenapa sedara tidak timbulkan persoalan ini?? kenapa tidak dipersoalkan pihak umno yg turut ada mengkafirkan PAS?
Quote:
Jelas Abdul Hadi, isu perdebatan pernah dicetuskan pada tahun 1984 apabila Barisan Nasional mencabar PAS dengan mencetuskan isu kafir mengkafir. PAS mengajak BN untuk bermuzakarah tapi BN mengajak untuk melakukan perdebatan.
Katanya, pada waktu itu PAS mensyaratkan debat mestilah disiarkan secara langsung di seluruh negara. Namun apabila tiba masa ditetapkan, pihak BN telah meminta jasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu membuat perisytiharan debat dibatalkan.
Katanya Presiden Umno pada waktu itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah berucap pada perhimpunan khas di Kuala Lumpur pada 1985 membuat kenyataan mengecam ahli-ahli agama dalam Umno kenapa tidak berani mengemukakan hujah yang diminta oleh PAS.
3) sedara mungkin terlupa, bebrapa orang yang terlibat dalm isu meng'kafir'kan umno ketika itu kini sedang berada di dalam umno. siap memegang jawatan di dlm kerajaan..ustaz Nakhae' umpamanya..mungkin sedara boleh check balik..
4) jika diperhati, wujud juga golongan yg bukan dari kalangan pemimpin PAS yg bercakap isu ini. tapi ramai yang menganggapnya dari pemimpin PAS. para ustaz dan golongan agama ini sememangnya tidak menyertai mana2 parti politik, atau mudah dikenali sebagai bebas. cuma cenderung kpd PAS kerana terdapat persamaan dari segi memperjuangkan Islam. sepertimana diketahui, setiap ustaz2 atau golongan penyampai ilmu agama ini mempunyai skill, metodologi dan pendekatannya tersendiri dalam berceramah dan menyampaikan kuliah..
jadi, tidak hairan ada dikalangan mereka mengkritik, mengentam kerajaan yg sedia ada dgn caranya sendiri..
5) apa pun, jika benar perkara itu wujud, itu adalah perkara/kejadian yg telah lama berlaku. ianya tidak lagi muncul ketika ini. tiada lagi kedengaran pemimpin2 PAS mengkafirkan individu2 di dalam umno baik dalam siri2 ceramahnya dan di media cetaknya..kalau ada, sila berikan linknya..sedara lihat disini..
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3019&Itemid=56
sebab itulah, ianya tidak menjadi isu ketika ini..jika benar ingin mengungkit kisah yg lalu, di pihak PAS seribu kali lebih bnyak isu yg boleh dibangkitkan kembali..dari kisah pembunuhan pemimpin dan penyokong PASnya, menghina hukum Islam dan al-Qurannya, pemimpin terlibat skandal seksnya, minum arak, rasuah dan sebagainya..
jadi, tiada sebab untuk isu ini dipanjangkan, sedangkan banyak perkara lain yg baru, yang mencengkam nasib rakyat dan Islam itu sendiri perlu diberi perhatian yg selebihnya. Sememangnya jika mahu diungkit, PAS mengakui banyak kesilapan dan kelemahan yg berlaku dahulu. PAS tidak mengakui ketika ini secara terbuka, bukanlah bermaksud PAS bersetuju dgn perkara2 yg terjadi dahulu. PAS mengakui kelemahan ini. sudah dijelaskan, PAS bukanlah parti yg paling sempurna pada dlm negara ini, dan begitulah juga organisasi, pergerakan dan kumpulan yg lain, tiada yg sempurna..
6) diakui di dalam mana2 organisasi hatta PAS sendiri, terdapat golongan yg agak keterlaluan, atau boleh digunakan istilah 'ekstrim' di dalam setiap tindakan dan kenyataannya..tapi, ini bukanlah hujah untuk mengatakan PAS keseluruhannya juga 'ekstrim' atau telah sepakat mengkafirkan pemimpin2 dan penyokong umno..mereka yg mengatakan sedemikian mempunyai alasan dan sebabnya sendiri..sebagaimana ada golongan mengatakan golongan syiah (terutama syiah zaidiah) adalah masih Islam, mereka tetap Islam..sementara terdapat golongan yg lain 'berani' untuk mengkafirkan sahaja keseluruhan syiah itu sendiri kerana jelas pegangan akidahnya berlawanan dlm islam..
begitulah wujudnya keadaan di dalam PAS ketika itu, dan mungkin sekarang ini, iaitu ada yg mengambil jalan pertengahan, ada yg ambil 'jalan pintas' dan sebagainya, tetapi kedua2 pihak ini mempunyai alasan dan dalil yg kukuh , ada sebab, dan yg penting tindakannya kerana sayangkan agama, kerana takutkan Allah, tiada sebab lain..
contoh dalam kes pemimpin umno pernah mempersendakan al-Quran..
satu golongan mengatakan dengan menyebut si polan si polan sebagai kafir. yg ini jelas disebut di dalam al-Quran mereka yg tidak beriman dgn al-quran adalah kafir krn jelas itu rukun iman yg wajib dipatuhi..dan hujah bagi mereka ini ialah, terdapat ayat di dalam al-Quran yg menyatakan siapa yg tidak menyatakan seseorang yg kafir itu sebagai kafir, maka mereka itu adlah kafir..ini pegangan teguh mereka..
dan satu lagi menyatakan, ia menepati ciri2 seorang kafir. tanpa menghukum nama si polan si polan itu, tetapi menyatakan perkara seumpama itu (menghina quran) boleh menjerumuskan diri terhadap kekufuran, akidah terjejas dan sebagainya..kes inilah yg banyak menjadi isu mainan media ketika itu dimana memutarbelitkan kenyataan.
tiada kenyataan mengkafirkan disitu, tetapi pihak kerajaan ketika itu dengan kerjasama media, memutarbeli kenyataan..dikatakan pemimpin2 PAS telah mengkafirkan pemimpin umno...
Last edited by pria_malaya08 on Thu Dec 18, 2008 12:24 am; edited 5 times in total
3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”
KEMUDIANNYA..
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
Di dalam isu arak ini sudah dijelaskan bahawa PAS akan terus berusaha untuk membanteras dan menghadkannya..
pihak dalam PAS sedang fikir dan usahakan..
mereka pun berfikir sebagimana kita berfikir..
kalau bagi kita haram, bagi pemimpin PAS, ia pun haram..
contoh seperti idea, usul, usaha yg dibawa pihak PAS pada PBT di shah alam. ramai yg tidak menyangka rupanya sejak dpt kuasa memerintah negeri, pas walaupun tidak mentadbir Selangor secara 'total', PAS telah berikhtiar merangka plan dan cara yg terbaik utk mengawal isu arak ini..
dalam tgh pihak mengutuk, tiba2 muncul cadangan dan idea dari PAS,
lihat bagaimana pemimpin PAS cuba memikirkan utk menyelesaikan masalah yg umno buat dahulu, yang sepatutnya umnolah yg bertanggungjawab..
sudah nampak kan?
mereka bukan batal, tetapi menangguhkan dahulu,
pihak PAS masih juga berikhtiar untuknya..
kalau tidak plan 'A' plan 'B' dan sebaginya..
memanglah jika dibuat terus,secara direct, secara menyeluruh, adalah terbaik, tetapi jika sudah berihtiar, sudah mempunyai niat, ingin buat secara beransur2, dan dikatakan akan terus berusaha, itu sebenarnya sudah baik..
sedangkan sejarah telah menceritakan kpd kita,
arak adalah isu atau perkara yg berbeza dgn yg lain..
sebagimana Allah menghukum arak kpd tiga peringkat hukumnya,
dari halal, kepada haram ketika hendak solat, kemudian haram..
begitulah PAS cuba ketika ini..berperingkat2...
undi yg diberikan kpd PAS pada p/raya lepas, bukanlah majoriti kerana mahukan tindakan itu terus dilakukan..mereka terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum..
tapi, memberi peluang kpd PAS bertindak sebagai kerajaan yg lebih baik dari umno, membuat perubahan2 dan reformasi dlm negara.
jadi, seperti yg ditegaskan presiden, PAS perlu dahulu melaksanakan apa yg dijanjikan pada p/raya dahulu. perkara ini haruslah diberi keutamaan bagi menunjukkan PAS juga mampu mentadbir lebih baik daripada umno. PAS perlu membuktikan dahulu, mereka juga mampu mentadbir kaum majoriti dan kaum minoriti, iaitu semua kaum..
apa yg nk ditekankan disini..
PAS masih berusaha dan terus berusaha..
pas masih berminat utk berhadapan dengan masalah yg ditinggalkan oleh umno ini..niat utk ni wujud dikalangan pemimpin dan ahli pas..
lihat kenyataan PAS ini..
http://www.malaysiakini.com/news/94430
bukti PAS masih lagi ingin mencuba..
dan ini bukan yg terakhirnya...
kita tengok apa usaha pemimpin2 umno dlm isu ni,
langsung tidak ada..
sekurang2nya, tunjukkan apa alternatif, apa perancangannya..
tapi, sebelum dan selepas perintah (d Selangor dan Kedah umpamanya), langsung tidak dikemukan..
kalau kata ada niat membasminya, dah 50 tahun lebih, mana 'niat'nya..
adakah terlaksana?
sepatutnya umno skong apa yg PAS usulkan 2..
tapi...senyap seribu bahasa, langsung tiada kenyataan menyokong usaha PAS itu, dan membantu PAS menerangkan kpd umum..
bukti kepimpinan umno memandang isu ini sebelah mata, sedangkan ada pengikutnya cuba memandang dua belah mata, dan ianya dituju pada PAS semata2, tidak kepada parti mereka..
adapun kelantan yg saya kemukakan 2 adalah contoh bgaimana niat dan usaha PAS yg sebenarnya..
saya ingin menempelak golongan2 yg mengatakan PAS tiada niat nk hapus arak, PAS gagal dlm misinya , PAS bekerjasama menaikan industri arak dan lain2 fitnah..
hakikatnya tidak..Kelantan, ketika diperintah jemaah Islam umno, tiada langsung cubaan utk melakukan sepertimana yg PAS cuba lakukan. walaupun negeri majoriti muslim, umno tidak mampu, tak terfikir oleh penyokong umno utk mendesak kerajaannya menghadkan penjualan arak dan mengawalnya. dan PAS telah membuktikan kemampuannya setakat itu, begitu juga diTerengganu ketika dahulu....
jika umno, hanya sekadar apa yg kita lihat hari ini shj usahanya,
pas perlu tunjukkan jalannya..yang lebih baik..
apa pun, walupun ditolak, saya percaya, pasti ada usaha2 lain utk mengatasinya..itu pun jelas sudah membuktikan 'niat' org PAS, dan 'niat' org umno dlm berhadapan isu ini..mana yg bersungguh2, mana yg 'tunggu disuruh'..
bukannya pakai lepas tangan macam itu aja..
sebab 2 saya kata kene ada ikhtiar, kene ada strategi..
apa yg dibuat pas sekarang mengikut situasi keadaan..
ber'gerak' selagi mana yg mampu..
ada pun sekarang terdapat dua isu yg berbeza,
kilang yg menghasilkan arak, dan kegiatan penjualan arak..
yang jadi isu sekarang, ialah perniagaan arak..
penjualan arak secara berleluasa inilah yg menjadi isu. ianya boleh dikawal seperti usul yg dibentangkan pihak PAS Shah Alam itu..tiada percanggahan disini sepatutnya..
inilah baru dikatakan usaha utk mengawal dan membasminya..
jadi, saya menolak hujah mereka yg mengatakan, isu penjualan arak secara terbuka seperti hari ini adalah satu perkara yg tidak boleh 'dibuat apa2 dah'..'hak mereka' dan sebagainya..kemudian dikatakan, cukup hanya pada penguatkuasaan yg berterusan dan rapi..
hakikatnya, ia terjadi seperti apa yg kita lihat hari ini..akhirnya tak ke mana, penguatkuasaannya cukup lemah dan disamping wujud unsur rasuah..
ada pun mengenai kilang, mungkin sukar utk ditutup..tetapi tidak mustahil utk diterhadkan, dikawal sebaiknya, diasingkan dananya, dan lain2..perbincangan ini sepatutnya melibatkan ulama' dan tokoh agama..
sebab 2 Islam mendahuluinya..
Islam menekankan arak ibu kpd segala maksiat..
diterangkan pula bagaimana pembentukan peringkat2 pengharamannya..
kenapa berlaku sedemikian?
sebab masyarakat ketika itu, ada yg masih belum faham, baru masuk islam dan sebagainya..
kalau Allah boleh 'membuat hukum' berdasarkan 'perlakuan' dan keadaan situasi hamba-Nya, kenapa tidak PAS..kenapa PAS perlu tergesa2, sebelum dahulu memberi kefahaman mengenai kenapa ianya diharamkan, kemudian barulah melaksankan cadangan utk menghadapinya..
sebab 2 PAS sedang buat berladaskan kemampuan dan 'kuasa' yg ada padanya..kemudian perlu dilihat juga keadaan, dan situasinya..
itu ijtihad ketika ini, iaitu masih boleh terus berusaha dan ikhtiar..
masih ada ruang dan peluang utk mengawal isu arak ini..
adapun, jika ijtihad pada masa akan datang dibolehkan, dibenarkan ianya wujud dengan alasan2 tertentu..disitulah baru kita berserah, akur dengannya..
Last edited by pria_malaya08 on Sat Dec 20, 2008 9:53 am; edited 2 times in total
Joined: Mar 16, 2008 Posts: 2188 Location: Di sini...
Posted: Sun Dec 14, 2008 5:37 pm Post subject:
Quote:
Jelas Abdul Hadi, isu perdebatan pernah dicetuskan pada tahun 1984 apabila Barisan Nasional mencabar PAS dengan mencetuskan isu kafir mengkafir. PAS mengajak BN untuk bermuzakarah tapi BN mengajak untuk melakukan perdebatan.
Katanya, pada waktu itu PAS mensyaratkan debat mestilah disiarkan secara langsung di seluruh negara. Namun apabila tiba masa ditetapkan, pihak BN telah meminta jasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu membuat perisytiharan debat dibatalkan.
Katanya Presiden Umno pada waktu itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah berucap pada perhimpunan khas di Kuala Lumpur pada 1985 membuat kenyataan mengecam ahli-ahli agama dalam Umno kenapa tidak berani mengemukakan hujah yang diminta oleh PAS.
Tajuk bahas... Umno tuduh PAS.. mengatakan UMNO kafir...
Jeng...jeng....menjelang perdebatan... tak jadi.. kerana sultan masuk campur .... Kalau jadi kantoi.....
4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”
KEMUDIANNYA..
Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.
Mengenai isu babi ini telah dinyatakan beberapa kali bahawa, jika cara ini tidak benar, tunjukkan alternative yg terbaik untuk mengatasi masalah ini. seperti digariskan wakil PAS, terdapat 3 option utk menghadapi isu ini..
1) membiarkan sepertimana yg wujud pada hari ini,
2) dibunuh kesemuanya, tidak dibenarkan diternak dalam negara,
3) berbuat dgn cara sedemikian(ladang khas)...
diantara ketiga2 option ini, yang mana satukah pilihan jemaah umno? sudah pastilah yang pertama, iaitu membiarkan sepertimana yg wujud pada hari ini, seperti di Melaka, Negeri Sembilan..itu pendekatan kerajaan BN..
ada pun PR, mereka mereka memilih option ketiga, iaitu menempatkan di suatu ladang khas. ini pendekatan mereka sebagai kerajaan..jadi, atas individu, rakyat utk memilih mana tawaran yg terbaik dikalangan mereka.
kemudian kita bahaskan mengenai kenapa ia dikatakan kandang moden, yg mana istilah inilah yg menimbulkan persepsi yg salah, seterusnya menimbulkan bantahan.. sepertimana kita ketahui, haiwan babi adlah haiwan yg diharamkan oleh Allah kpd umat Islam. ini kerana ia membawa racun, atau virus yang boleh menjejaskan kesihatan manusia, membawa wabak penyakit, dan pelbagai lagi kesan sampingan..
ianya bukan seperti haiwan2 yang lain, hatta najisnya pun tidak sama dengan najis haiwan2 yg lain, bahkan ianya lebih bahaya. tidak seperti haiwan2 yg lain, babi memerlukan cara dan kaedah yg 'istimewa' dan berlainan dgn pengurusannya..membela lembu, kambing, tidak sama dengan membela haiwan babi ini..lihat bagaimana contoh keadaan ni N9 dan Melaka yg diserang virus JE, berbeza dgn negeri2 lain, dikampung2 lain yg membela lembu dan kambing, tiada kes penyakit yg disebarkan kpd manusia..
oleh itu, satu makanisme yg sesuai perlulah digunapakai atau dipraktikkan utk menghadapi msalah ini. maka lahirlah, apa yg dikata kandang babi moden, yang dikatakan berupaya dan mampu menyelesaikan perkara2 tersebut.
dikatakan tidak menjejaskan persekitaran, najis babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu tong yang bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang tersebut. Tidak akan ada pencemaran, baik pencemaran air atau udara. Tidak akan ada sisa buangan dari ladang ke luar kawasan ladang itu. sedara boleh lihat selanjutnya pada link yg saya berikan dibawah...
jadi, salahkah ianya diwujudkan utk tujuan yg baik?
salahkan ianya dicuba, dan dpraktikkan sebagai alternatif yg lain?
kaum Cina yg makan babi, bukan Islam. kaum Cina yg bukak ladang babi, bukan Islam. bukankah itu makanan mereka ? adakah kita nak haramkan diorang makan babi ? Agama diorang, hak diorang. Agama kita , kita jaga...ini yg sepatutnya..
cuba sedara lihat apa yg diterangkan didlm surah al-kafirun, perihal agama mereka, adalah hak mereka, agama kita, perlu dijaga..
Adapun yg ditimbulkan pada masa lampau tidak kene mengana dgn isu ini sebenarnya...
Mana kenyataan dasar PAS yg mahukan babi tidak dipelihara di Malaysia ini, babi tidak boleh dibela dan Malaysia mesti bebas dari babi?
Adapun yg disuarakan ialah isu mengenai isu babi yg berselerak, wujud kandang2 babi secara haram, pencemaran dan kekotoran berlaku, apatah lagi penternakan babi yg berleluasa tanpa kawalan pihak penguasa. Sehingga mencetus isu JE. Disini peranan PAS ketika itu sebagai membangkang pastilah menyuarakan tidak setuju dan kerajaan perlu lakukan sesuatu..
Contoh dlm isu babi di n.9..pas ketika itu membantah bukan kerana membela babi, tetapi kerana dasar kerajaan ketika itu yg kononnya bersungguh2 mahu menghadkan penternakan babi siap dengan membawa senjata api untuk menmbaknya, tapi apabila berhadapan dgn demontrasi oleh kaum cina untuk menghalangnya, maka kerajaan melalui egensi keselamatannya berundur tanpa kata..
Berbeza diterengganu contohnya. Pas dikatakan membuat demontrasi, tetapi cara polis berhadpan dgn mereka amatlah berlawanan dgn apa yg berlaku di N9..cara kekerasan sehingga membawa kpd tindakan polis menembak penyokong PAS, seterusnya menyebabkan rusuhan..
Disinilah timbulnya banner seperti, "babi di Negeri Sembilan tidak ditembak, manusia di Terengganu ditembak"..kemudiannya, isu ini cuba dimainkan oleh umno kini. mereka mengatakan PAS dahulu haramkan babi, sekarang Halalkan babi, PAS dahulu benci babi, sekarang suka babi, dan sebagainya
Hakikatnya, isu ini ialah yg berkaitan dengan sikap polis menghadapi demontrasi oleh melayu Islam, dan bukan Islam. Dengan sesame Islam, ditembaknya, tetapi apabila berhadapan dgn bukan Islam, pandai pula dikatakan mahu tindakan yg berhemah..
jadi, isu babi ini,
sedara boleh baca penjelasannya disini..
Soalan ini telah dijawab oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Hj. Azizan Abdul Razak semasa sessi ucapan pergulungan usul menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku Sultan dan perbentangan bajet 2009, dengan jelas menyatakan projek ini hanya akan diteruskan sekiranya tidak mendapat bantahan daripada rakyat.Pendekatan ini diambil sebagai menghormati kehendak rakyat pelbagai kaum dan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.
ALOR STAR 20 Nov. - Ladang babi moden secara berpusat tidak akan dibuka di Bukit Selambau selepas tidak mendapat kebenaran Jabatan Veterinar, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Last edited by pria_malaya08 on Sat Dec 20, 2008 10:49 am; edited 6 times in total
5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA..
Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.
disini saya kembali kepokok asas perbincangan iaitu, tidaklah seseorang itu manusia jika tidak melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan..
Ada pun seperti sedara sebutkan beberapa contoh perkataan tadi, ianya bukanlah digelar atau diungkapkan oleh pemimpin2 PAS, tetapi rakyat sendirilah yg menyuarakan luahan hati mereka ini.
Isu ini semakin ketara apabila berlaku kes Datok seri Anawar dipecat dan dipenjara. Rakyat biasa, rakyat awam, bekas penyokong umno malah bekas pemimpin umno ketika itulah yg antaranya menyuarakan ungkapan2 sebgini tanda protes dan tidak puas hati.
Ada pun yg diungkapkan pemimpin PAS ketika itu adalah bertepatan dgn apa yg dilakukan oleh pemerintah ketika itu. Tun yg semasa pemerintahannya penuh dengan gejala penyelewengan, rasuah (tun sendri mengaku), salahguna kuasa, menindas, menidak dan menghina hokum Allah,
Jadi bagi mereka pemimpin PAS ketika itu, yg mempunyai perasaan dan sensitive terutama isu melibatkan agama, terungkap kata2 sebegitu. Bahkan sesiapa pun begitu. Itu diakui kelemahan dan kesilapan jika ianya benar2 wujud.
PAS tidak pernah bertindak memastikan pemimpin dan penyokongnya berkata2 keji, dan memaki hamun, PAS tidak pernah mengarahkan ahli2nya mencarut memaki hamun secara membabi buta...bukan dasar PAS untuknya..
ada pun, jika wujud perkara sedemikian itu bukanlah menggambarkan PAS keseluruhannya.. telah diakui di dalam PAS, ahli2 yg terdiri didalamnya bukanlah bersikap maksum dari kesalahan dan dosa...begitulah dimana2 sekalipun, jika bernama manusia, sudah pasti kesalahan, kesilapan, kekurangan bahkan dosa menjadi 'pelengkap' kpd kewujudannya..
sebab itulah dikatakan, yang maksum (terpelihara dari segala dosa2) hanyalah nabi dan rasulnya sahaja..adapaun manusia yg lain, baik ulama', baik ustaz, baik syeik muktabar, baik tokoh Islam terkemuka, apatah lagi rakyat biasa yg digelar sebagai golongan 'awwam' mahupun 'khawwas' pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan..perkataan 'insan' atau kata dasarnya, 'nasiya' menggambarkan manusia itu seorang yg pelupa..
sebab itulah, jika ada yg mengatakan di dlm PAS turut ada yg berperangai buruk sedemikian, memang tidak dinafikan.. tetapi cuba berikan contoh, dlm institusi mana, dlm gerakan mana, dalam persatuan mana, dlm parti mana yg ahli2nya tidak langsung melakukan kesalahan dan kesilpan termasuk maki hamun, kutuk mengutuk dan sebaginya..
pun begitu.. dalam masalah sebegini, islam adalah penyelesaiannya.. telah maklum, ayat mengenai larangan berkata keji dan sebaginya, adalah ayat yg berbetuk hukum (ayat hukum). jelas kpd kita, wajib mentaatinya dan tiada khilaf untuknya..
tetapi, jika dihuraikan di dlm pengajian feqah, terdapat kelonggaran utk menggunakannya dlm keadaan tertentu, dlm situasi tertentu dan dlm linkungan zon yg tertentu..
umpama perkataan 'zalim', dan sebaginya.. jika kerana hendak mempertahankan islam adlah tidak menjadi satu kesalahan..contoh apabila berhadapan dgn tentera zionis yg baru shj selesai memenggal leher saudara seislamnya, pasti perkataan sebegini terpancul dari mulut2 kita kerana terlalu geramkan kpd musuh ALlah itu tadi.. begitu lah juga dgn mengumpat. hukum asalanya adalah haram. tetapi di dlm keadaan dan situasi tertentu, ia diharuskan dalm Islam..contoh, mengumpat pemimpin yang kerap melakukan kebinasaan terhadap islam dan rakyatnya, maka ia dibolehkan..
jika diteliti, ketika ini sedara hanya membuat penafsiran secara umum, secara pukul rata..sedara mungkin terlupa, di dlm umno sendiri, turut 'jaguh' dalam berkata nista, memaki hamun dan kutuk mengutuk.. mungkin sedara boleh menjenguk di MYKMU sendiri.
apa pun PAS tetap bergerak atas 'fungsi'nya yang kedua, iaitulah sebagai platform berdakwah..sebab itu di dalam pas, peranan tarbiyah sgt dititikberatkan..PAS cuba sedaya mungkin meng'islah'kan ahli dan pemimpnnya, kerana itulah sebenarnya kunci kejayaan.
sedara baca artikel ini.. http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=43320
Isu yg mengatakan PAS kini sudah ‘memaafkan’ Tun tidak timbul. Selagi Tun tidak mengaku akan selahannya, terhadap rakyat terhadap Islam, PAS tidak sesekali dan tidak mempunyai hak untuk memaafkan kerana ianya adalah hak Allah, dan Islam itu sendiri tidak memafkan selagi tidak bertaubat , insaf dan mengembalikan hak kpd sepatutnya..
Ada pun pujian dan penghargaan, itu perkara biasa. Baik sesiapa pun, jika mempunyai jasa dan sumbangan yg baik, itu diterima. Jadi, wujudnya persoalan ni secara langsung menjawab tohmahan dan dakwaan yg mengatakan PAS tidak pernah bersyukur terhadap perkara yg baik, tidak berterima kasih kpd pemimpin yg membuat kebaikan dan lain2...
6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”
KEMUDIANNYA..
Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
inilah yg selalu dimainkan oleh umno dan penyokongnya sejak dahulu sehingga sekarang. isu ini tidak penting utk dibahaskan krn semuanya sudah maklum..
apa pun saya jawab mengani isu Anwar dan juga pemimpin2 yg lain.
dalam isu ini, Anwar sendiri memaafkan PAS dan rakan yg lain kerana mengakui tidak dapat melakukan kebaikan dan pengislahan di dalam umno.
Anwar sendiri mengakui jalannya ketika itu adalah salah, dan PAS berhak untuk mengatakan itu dan ini kerana memang jelas peluang untuk menjalankan reformasi yg sebenarnya, baik terhadap Islam, mahupun rakyat tidak tercapai didlm umno..
Jadi tidak timbul soal ini sebenarnya. PAS sebagai parti yg mahukan kebenaran ketika itu bersikap mengkritik Anwar kerana memilih jalan yg salah. Dan Anwar mengakuinya.
Joined: Apr 24, 2008 Posts: 1744 Location: sebelah rumah Senin Wagio & Baisun Tasimin & sahabat Arwah Sadin Samijo, Kg. Jawa, Prai, SPT
Posted: Sun Dec 14, 2008 5:47 pm Post subject:
pria_malaya08,
terima kasih atas bersusah payah menjawab soalan provokasi pendokong UMNO tersebut bebrbulu apa ntah, lupa saya seadanya. Alhamdulillah, saya tekah sedari dari awal akan kedurjanaan UMNO dalam membela Melayu. Harapan saya agar UMNO cepat2 lingkup lantas dibungkus...insya Allah!
7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA..
Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”
boleh tunjukkan bukti tuduhan PAS itu?
Ada pun kes mengenai seks dan pelbagai lagi sememangnya wujud dlm ketika dahulu. Ada yg jelas bersalah, ada yg samar2, kerana masih tidak diadili dimahkamah..
Sedra mesti faham konsep kerajaan yg memerintah dan pembangkang, kerajaan mempunyai segala kuasa sedangkan pembangkang terhad.
Baik saya mulakan dengan akar perbincnagan isu ini iaitulah , seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah..
seperti sedia maklum, kerajaanlah yg menguasai mahkamah dan polis itu sendiri.kerajaan boleh membuat apa shj demi menghadapi musuhnya.. kelebihan berada ditangan kerajaan, sama ada mempengaruhi, campur tangan, mereka bukti dan sebagainya..
ini diakui sendiri oleh sesetengah pemimpin sedara dan tokoh pemerhati politik sendiri..katanya, kerajaan perlu menbebaskan institusi polis, kehakiman dari campurtangan dan sebaginya.. bukti seterusnya, pak lah sedia melakukan rombakan/perubahan di dlm institusi2 ini bagi memastikan ianya adil, mendapat kembali kepercayaan masyarakat..dan banyak lagi bukti..video linggam, kes pemberian x-gratiria kpd bekas hakim, pengakuan zaid ibrahim dan pakar undang2 sendiri. sy pasti, sedara pun mengakuinya..
pendek kata, kerajaan boleh shj mempengaruhi institusi tersebut sebagaimana kerajaan menguasai media rakyat dan lain2 lagi..
tak heranlah kalau kes2 yg melibatkan orang2 umno, kalau terlepas, tiada kes, senyap.. itulah yg menjadi kemusykilan.. sebab apa? sebab semua institusi2 tersebut dibawah kawalan pihak pemerintah, seperti apa yg saya nyatakan diaatas tadi.
inilah sebenarnya yg menjadikan rakyat bahkan dikalangan pemimpin PAS itu sendiri menaruh syak dan prasangka dlm isu ni. Dan sememangnya mereka berhak kerana jelas suasana dan keadaan ketika itu mendorong mereka berkelakuan seperti itu.
contoh, rasuah didlm umno sendiri, terlalu banyak rasuah dilaporkan, siap diakui pemimpin sedara sendiri, tetapi brape kerat yg kene 'cubit' (beri amaran shj, xpun gantung keahlian sekejap).. bukti, bahawa, terdapat kelompangan dlm 'mahkamah umno' badan disiplin, kerana tidak mampu bertindak adil..
apatah lagi mahkamah sebenar diluar sana..
jadi, salahkah rakyat menaruh tanggapan kerajaan hari ini adalah terdiri dari beberapa pemimpin yg rasuah oleh sebab umno itu sendiri yg seolah2 tidak mahu bersungguh2 menghapuskannya?
sama lah jua di dlm isu ini, dan banyak isu2 yg lain jika sedara hendak.
bukti wujud salahgunakuasa, penyelewengan, ugutan dan sebagainya..
8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
Isu hukum Hudud adalah berbeza dengan isu pusat judi, arak dan lain2..sedara jangnlah memutarbelit kenyataan. PAS beberapa kali sudah menegaskan yg agenda PAS tetap akan terus berjalan, tidak sesekali akan digugurkan..
isu ini saya samakan dgn isu arak,
sedara boleh tengok jawapan saya pada soalan ketiga sedara..
Ada pun kenyataan dahulu yg mahukan ianya terus terlaksana, adalah jika PAS memerintah secara total, dengan makna kata, org melayu islam seluruhnya sepakat menyokong PAS, sudah faham, seterusnya memberi kepercayaan kpd PAS..
PAS sedar, kemenangan pada p/raya lalu bukanlah kerana majority pengundi sudah faham dan inginkan hokum Islam itu dilaksanakan, tetapi adalah untuk bertindak sebagai alternative yg terbaik utk mereka dlm mentadbir. Jadi, pada kesempatan ini, PAS menggunakan segala peluang yg ada utk meningkatkan pengaruh, tidak gelojoh dan belajar dari pengalaman silam..
PAS sebagai salah satu parti yg mempunyai banyak penglaman juga sedar, kemenangan tidak akan tercapai jika tidak ada strategi dan rangka gerak kerja yg baik. disinilah PAS cuba untuk bergerak sejajar dgn keadaan dan 'tuntutan' semasa..dalam masa yg sama, hasrat atau matlamat dan dasar PAS tidak sesekali digugurkan.. itu sedara perlu faham..
dlm sejarah Islam sendiri telah wujud perkara sebegini, seperti peristiwa nabi menggugurkan ‘tittle’ rasulullah sebagai strategi utk menghadapi situasi ketika itu..ini bukan bermakna nabi melawan atau menidakkan hak Allah keatasnya.. dan banyak lagi sirah nabi yg boleh dijadikan rujukan..
itu sebab, Islam ditekan awal2 lagi oleh rasulullah, perjuangan menegakkan Islam akan berdepan dgn liku2 dan ujian.. apatah lagi diakhir zaman ini..xkan begitu mudah shj bagi PAS menjalankan hasratnya melainkan akan berdepan segala masalah dan ujian ini, ini perkara yg semangnya akan ditempuhi oleh mana2 perjuangan menegakkan islam .. kalau tidak, mudahlah hidup ini, senanglah kerja PAS..
jadi harap sedara faham berkenaan isu ini.. selanjutnya berkenaan kenapa hudud tidak boleh dijalankan ketika ini, sedara boleh ambil contoh dlm kes Terengganu dan Kelantan ini..
http://www.tranungkite.net/lama/c12/oj242.htm
Last edited by pria_malaya08 on Sat Dec 20, 2008 6:42 pm; edited 1 time in total
9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.
KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
saya tidak pasti dimana sedara mencedok kenyataan2 ini? seolah2 kenytaan itu merupakan kenyataan rasmi PAS..sudah saya jelaskan pada jawapan soalan pertama sedara. di dalam PAS ada pelbagai mcam bentuk fikiran, fahaman dan metodologi dlm melahirkan tindakan. jika benar ianya salah, maka tertolak. jika ianya berlebih2an, ianya bergantung samada utk menerima atau menolaknya..
jika dilihat, betullah jika kita bergabung dgn kumpulan atau parti yg lain semata2 dunia, tidak mempejuangkan agamanya, tidak perjuang keadilan Islam, maka tertolak. umpama jika PAS bergabung dgn PR untuk melemahkan Islam, menolak syariat Islam, maka boleh menjadi sesat dan kufur. tetapi jelas, PAS bersama mereka atas prinsip2 yang baik, keadilan, menolak rasuah dan lain2..disamping PAS menegaskan akan cuba menjadi check n balance dlm PR sendiri..jadi, tak timbul PAS join PR utk melemahkan Islam dan akan melupakn dasarnya..tidak tahu pula bagaimana parti yg satu lagi..
jika dilihat, keadilan itu islam,
islam itu keadilan,
salahkah kenyataan ini??
PR menyokong keadilan, salahkah PAS menyokong agenda ini??
PAS bergabung dnegannya berdasarkan 'tahalluf siyasi' semasa PAS, salah kah ini? PAS dahulu bergabung dgn umno, salahkah PAS?
sebab 2 sedara perlu faham mengenai konsep siasah syar'iah, pendekatannya, apa keutamaannya. apatah lagi ianya jelas selari dengan demokrasi, dimana parti yg majoriti, ia alah pemenang dan layak memerintah..
mengenai perlembagaan Islam,
betullah penubuhan adalah idealime parti pas, bukan PR..
begitu juga dgn umno,
kalau ianya idealisme PR, senanglah, bergabung buat satu parti..
dlm PR, ada keadilan, ada DAP, semuanya berlainan ideologi..
mcm umno dan kompenannya la, kalau semua ideologi sama, baik gabungkan je, buat apa banyak parti..begitu juga dgn perjuangan melayu adalah idealisma umno, bukan perjuangan BN..
10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)
soalan yg sama, jawapan pada soalan yg ke lapan dan sepuluh sedara..
sedara boleh rujuk kembali..
apa pun, apa yang ingin dikongsi disini,
kenyataan sebegitu, adalah kenyataan berbentuk pandangan peribadi, atau mengikut kesesuain dan maslahah kerajaan negeri itu.. mereka ada sebab mengatakan sedemikian....
kerana kita tahu, itu merupakan jawapan terhadap persoalan pihak2 media yg meragukan..sepertimana diketahui, PAS sudah menjangkakan perkara sebegini akan cuba dieksploitasi, dimanipulasi oleh pihak media dlm usaha memporak perandakan PAS dan PR itu snediri..
sedara boleh lihat bagaimana PAS di Selangr cuba mengetengahkan isu pencorobohan atau memusnahkan kuil masyarakat india. maka wujudlah pihak yg cuba membuat provokasi dgn menaikkan kain rentang berbunyi, "kami mahu hudud, bukannya kuil"..
ini jelas satu tindakan provokasi yg jelas boleh shj membantutkan usaha PAS itu sendiri jika ramai termakan dgn provokasi itu..maka sebab itulah, lahirnya kenyataan2 seumpama ini..
pas cuba belajar dari pengalaman2 ini, tidak tergopoh gapah dan cuba bergerak selari dgn suasana selagi dibenarkan syarak..
kalau sedara arif politk, terutamanya PAS, sedara akan paham situasi2 ini..PAS tetap tidak berganjak dr matlamat asal, tapi mungkin kaedah, metodologi, masanya berubah, yg 2 sedara kene paham..
lagi satu, itu bukan kenyataan rasmi parti, sebab 2, ideologi dan dasar parti masih yg sama, kekal hingga ke saat ini..tiada dikalangan pemimpin PAS bertaraf alim ulama' atau profesional telah mengatakan akan menggugurkan dasar PAS tersebut, seterusnya keluar parti. tetapi semua dari mereka faham, ianya tetap menjadi suatu realiti suatu hari nnt, hanya masa yg menentukan..
sbb 2 kalau kita lihat secara kritis, salah satu faktor kerajaan PR gagal sebelum ini adalah kerana ketegasan PAS dlm menjunjung dasar islamnya..
pas sanggup keluar PR jika keadaan mendesak dimana islam tidak dominan..sedara cuba fahami ketegasan kenyataan ini, nascaya, apa2 sekalipun kenyataan peribadi (pemimpin PAS) yg keluar selepas itu, adalah meruapakan salah satu cara membalas persoalan dari pihak media, utk mengelak dimanipulasi dan sebaginya. sedara akan pandai mengagak, mudah fahami dan pandai menapis..
dlm islam pun begitu, sejarah nabi membuktikan,
bagaimana islam adalah agama yg berstrategi dlm menghadapi musuh..
umpama sirah nabi mengenai pengguguran 'tittle' rasululllah..
ia bukan bermaksud, nabi sudah melupai matlamat sebenar pengutusannya, ini bukan bermakna nabi menidakkan hak Allah keatasnya, tetapi jelas, utk menghadapi suasana ketika itu.
jikalau betul pemimpin PAS tersebut menolak islam, PAS bahkan saya sendiri tiada masalah utk menolaknya, umpama sy tidak bersetuju dgn beberapa cara dan pendekatan sesetengah pemimpin. itu perkara biasa. ada bersetuju, dan ada yg tidak bersetuju. perbezaan itu rahmah..
tetapi bukanlah memilih cara 'memberontak', memaki hamun untuk menjatuhkannya..Islam ada caranya..
sebab itu, tidak dinafikan ada kekurangn, ada kelemahan krajaan PAS dan pemimpin PAS itu sendiri,
terutama apabila bedamping dgn rakan2 yg lain,
tapi itu lumrah, kehendak rakyat yg mahukan perubahan 8 mac hari 2, juga terdapat dikalangan ahli umno yg menyokong PAS, tetapi hanya disebabkan undi protes, bukan mahukan dasar PAS terlaksana..
kalau nk terbaik, next election, bagi peluang PAS menang besar dan memerintah kebanyakan negeri, masa 2 sedara akan tau hakikat sebenar dibawah naungan pentadbiran PAS,
seperti di kedah dan kelantan pada masa ini, walaupun dlm masa yg singkat ini...
Last edited by pria_malaya08 on Sat Dec 20, 2008 4:21 pm; edited 1 time in total
bro.pria
bab pimpinan or org PAS kafikan UMNO nie,
lu try tanya mahfuz,
coz mase dlm forum tajaan RTM tu,
beliau ada mnyatakan pimpinan tersebut
dah join UMNO...
so secara tidak lansung,
bermakna memang pimpinan PAS or org PAS
mkafirkan UMNO
saya jawab 10 dahulu persoaln 'berbulusenyum'..
saya akui ada kesilapan tatabahasa, kekurangan fakta da 'isi' dlm jawapan2 saya tadi krn kesuntukan masa, insyallah, saya akan perbetulkan selepas sy mempunyai masa nnt..
mungkin malam ini..
saya minta musangberbulu manjawabnya satu persatu..dan sertakan sekali padangan dan pendapat sendiri.
insyaallah, saya akan sertakan jawapan utk solan2 yg seterusnya selaps itu..
dlm keadaan sekarang,
saya mengambil pendekatan 'bertahan',
selepas ini, saya akan cuba masuk pendekatan 'menyerang' pula..
insyaallah, untuk bertukar2 fikiran, seterusnya mencari kebenaran..
yg baik itu datangnya dari Allah, yg buruk itu dari kesilapan dan kelemahan sy sendiri, hakikatnya kedua2nya datang daripada Allah..
yg baik jadikan pengajran, yg burk jadikan sempadan..
wallahua'lam..
Last edited by pria_malaya08 on Tue Dec 16, 2008 7:09 pm; edited 1 time in total
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8Next
Page 1 of 8
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Rintihan.. 30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari.. 1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim... 26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
Runtuh lagi... 6 Dis - satu lagi tragedi tanah runtuh yang dahsyat telah berlaku di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang
* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)