Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO Versi 7  ·  Exit
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Advertising/Iklan

Skim pembiayaan koperasi

Al-Bai  Bithaman Ajil Tanpa Penjamin

Langsingkan badan selamat dan semulajadi selama 30 hari

Rawatan Tradisional Secara Islam

Bengkel Kereta anda dengan harga berpatutan

Smart Learning Skor A

CD ayat-ayat suci AlQuran Al-Rogyah Alyare'yah

Sihat Secara Semulajadi

Memiliki Perfume Egyptian Potion

ceramah terkini

Alphalipid

REVOLUSI Penjagaan KERETA

Minyak Wangi tanpa Alkohol - Pengedar diperlukan!!

Al Quran Digital

MLM berasakan buah manggis (VeMMA)(Vemmabuilder)

Lambang Lelaki Sebenar

Seminar e-Book

Krim untuk lelaki virile for men

jus manggis vemma

penapis air fnr2u

Rumah burung layang ingin dijual

MACAM2 ADA seperti produk sarang burung, DCL, Naco, Slim it yourself dan lain2 lagi...

Produk Jus Manggis Vemma

Ziarah Yaman

Penawar Masalah Mata

10 Ribu produk affiliate oleh ClickBank

Coklat Minda

Layari Qasseh-Design Online Shop

Register ONLINE sekarang!

Nasrin Ibtisam Enterprise: e-Catalog

EXTRA INCOME, DAFTAR PERCUMA

www.labonda.com - LaBonda Collection

www.iluvislam.com

Program Didik Fitrah

Ceramic Busines Club, pemborong barang2 seramik

jom kita boikot barangan yahudi.sokong produk islam

Melicinkan Perjalanan Kenderaan Anda

kelab Jutawan

Mengatasi Masalah Kelakian Anda

Kursus Penternakan Lintah!

- HANYA RUANG IKLAN INI SAHAJA MASIH ADA KEKOSONGAN

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · AvantGo
    · Feedback
    · Forums
    · iklan
    · livep2p
    · Private_Messages
    · Shout_Box
    · Stories_Archive
    · Surveys
    · tkofm
    · Top
    · Video_Stream

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 4/5/2009

  Speaker mohon Sultan Perak tangguhkan sidang DUN
  Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak didakwa lagi
  7 sampul surat tender Toyota Camry diterima
  Rakyat penanda aras utama KPI - Najib
  Mesyuarat bincang isu agama anak tidak lama lagi
  Hafiz lepas dan bukan letak jawatan Ketua Pemuda Pas
  Kuala Lumpur dipilih menjadi tuan rumah KLCIC
  Dadah dalam kontena tak mungkin RM1 bilion - Musa
  Penjawat awam terbaik dihantar melanjut pelajaran
  Hanya ulama profesional layak untuk Presiden, Timbalan Presiden Pas
  Mahkamah Tinggi benar prosiding batal keputusan KDN
  4,000 kakitangan awam dijangka hadir sambutan Hari Pekerja
  Jangan buat kacau minta Pas letak calon di Penanti
  Asas ikatan kesetiaan dan bai'ah dalam sektor awam.
  Pro-Anwar dibidas
  500 mat rempit diperiksa
  GLC ternak ayam hapus monopoli
  Syabu satu kontena bernilai RM200j dirampas?
  Teruskan bina jambatan bengkok
  ‘Telah lama dipersetujui, ia tidak perlu diubah’
  Biar muktamar tentukan siapa layak
  Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli
  Perlis mahu ulama isi jawatan tertinggi
  Tidak ada dalam perlembagaan – Pas Melaka
  Demi maruah parti
  BN tidak perlu bertanding
  Keputusan letak jawatan Manoharan 4 minggu lagi
  Penanti: Hadi ulangi sokong calon PKR
  Kaji semula keputusan– Dr. Mujahid
  Zambry lapor polis tuduhan ADUN Titi Serong
  Saya tidak tahu langsung spekulasi Soi Lek - Tee Keat
  3 lagi kes H1N1 dikesan
  Babi dijangkiti virus H1N1 di Kanada
  50 rakyat Mexico diasing
  FBI peralat pelajar Islam di Amerika Syarikat
  Pakistan tubuh mahkamah rayuan Syariah
  Sri Lanka kritik negara Barat
  Sondhi dakwa pegawai tentera terlibat
  WHO elak umum tahap wabak
  Zoo musnah 3 babi hutan
  Jurulatih NFL patah tulang
  ADB sedia bantu negara Asia hadapi H1N1
  Ayah mahu pelihara anak
  Pekerja bagasi enggan punggah beg
  Antasari nafi terlibat kes bunuh
  Selatan Australia larang guna beg plastik
  Pencuri tersangkut atas bumbung

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Chit Chat

Only registered users can shout. Please login or create an account.

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: john11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 25153

People Online:
Visitors: 0
Members: 0
Total: 0

@TKO..

Tranungkite Online V8 :: View topic - PAU 09: koleksi kisah rasuah, gaduh, fitnah, ugut, sabotaj..
 FAQFAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Private MessagesPrivate Messages   MasukMasuk 

PAU 09: koleksi kisah rasuah, gaduh, fitnah, ugut, sabotaj..
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
 
Post new topic   Reply to topic    Tranungkite Online V8 Forum Index -> Borak Politik & Isu Semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:20 am    Post subject: PAU 09: koleksi kisah rasuah, gaduh, fitnah, ugut, sabotaj.. Reply with quote

MUKADDIMAH...

Seperti yang pernah saya katakan dahulu, bahawa saya akan membuka satu thread khas mengenai peristiwa2, atau kejadian yg berlaku sepanjang berlangsungnya pemilihan atau mesyuarat Umno menjelang Persidangan Agung Umno (PAU) Mac 09 nanti..insyallah, sebagai bahan arkib, dan sumber rujukan pada masa-masa yang akan datang...

jadi, barikut adalah koleksi, atau himpunan artikel2, analisis, kenyataan dan berita bertulis mengenai gejala rasuah, pergaduhan, salahguna kuasa, fitnah, maki hamun, samseng, sabotaj, ugut, koyak poster calon lawan, tipu kertas undi, undi sulit dan sebagainya dalam mesyuarat2, dan pemilihan2 umno yang lalu..

METODOLOGI penulisan...

semuanya merupakan peristiwa yang baru berlaku dlm tahun 2008, atau lebih tepat, bermulanya mesyuarat atau pemilihan calon peringkat bahagian dan cawangan...setiap satu yang dipaparkan adalah berita yang berlainan antara satu sama lain. contohnya, jika suatu berita sudah disebut di dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA, berita yg sama versi akhbar lain seperti BERITA HARIAN, tidak didedahkan lagi, kecuali ada kes2 tertentu dimana laporan di akbar A tidak lengkap, laporan di akhbar B lengkap, dan lain2... dan ianya dikumpulkan mengikut TURUTAN peristiwa (tarikh).....

semuanya telah tersimpan di dalam data atau file koleksi berita rasuah dlm komputer saya, tinggal lagi untuk memuat turun kesemuanya disini, terlalu banyak..apa pun, ada juga yang terlepas atau ter'miss'.. Wink

sumber diperoleh dari media pro kerajaan dan pro pembangkang tanpa diedit atau diubah2 maknanya,
atas individu ingin membuat penilaian sama ada utk menerima atau menolaknya.. Wink

PENUTUP.....

bagi saya, usaha ni sangat penting kerana ia melibatkan soal kepimpinan..mungkin juga untuk kesedaran bagai pemimpin2 dan juga penyokong umno tentang, siapakah itu PARTI KEBANGSAAN MELAYU BERSATU, UMNO.........pemimpin yg baik, menghasilkan rakyat yg baik..
memilih pemimpin dari kalangan yg baik, adalah suatu kewajiban..

semoga menjadi iktibar dan pengajaran...

**********

RASUAH dlm UMNO: apa kata pemerhati politik & org akademik...
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=41483

Video dan gambar....rasuah, gaduh, fitnah sempena PAU '09..
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2694


Last edited by pria_malaya08 on Sat Jan 10, 2009 10:09 am; edited 9 times in total
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:21 am    Post subject: Reply with quote

pemimpin rasuah dlm umno ibarat penagih dadah?
itulah hakikat pahit yg terpaksa ditelan penyokong setia umno..

bak kata pemerhati politik, rasuah di dalam umno tidak menampakkan perubahan walaupun landsap negara berubah 8 Mac lalu..
jelas, isyarat yg dihantar rakyat pada p/raya umum yg lalu tidak diendahkan pemimpin2 umno...

Quote:
Politik wang: UMNO masih belum ambil iktibar keputusan pilihan raya ke-12
04-08-2008 10:56:00 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Gejala politik wang yang berlaku di kalangan ahli UMNO sekitar pemilihan di peringkat cawangan menunjukkan segelintir ahli parti itu masih tidak belajar daripada kesilapan lalu.

Pemerhati politik, Profesor Dr. Chandra Muzaffar berkata, mereka yang masih mengamalkan politik wang untuk meraih undi supaya dipilih mewakili cawangan ini tidak mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

“Pilihan raya baru berlangsung lima bulan yang lalu dan keputusannya ternyata tidak menunjukkan kesan yang baik kepada UMNO tetapi mereka masih lakukannya (politik wang) walaupun mereka sedar, ia adalah salah satu punca yang membawa kejatuhan parti,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Chandra berkata, amalan politik wang dilihat sudah menjadi darah daging di kalangan ahli-ahli parti itu terutama menjelang sesuatu pemilihan.

“Mereka ini boleh diibaratkan seperti perokok dan penagih dadah... terlalu ketagih untuk melakukannya demi kuasa dan kalau sudah namanya ketagihan. Ia memang tidak dapat dipisahkan,” katanya.

Katanya lagi, amalan politik wang yang tidak berkesudahan ini tidak mustahil akan dimainkan oleh parti pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh akan datang.

Sementara itu, pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ghazali Mahyuddin berkata, amalan politik wang dalam UMNO bukanlah hal yang mudah untuk diselesaikan walaupun ada usaha untuk membasmi gejala itu daripada terus menular di kalangan ahli.
“Memang ada usaha untuk membasminya tetapi tidak menampakkan perubahan besar-besaran berlaku.

“Memang ada laporan dibuat (berhubung politik wang) tetapi ia baru sedikit. Mungkin ada banyak lagi yang tidak dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun mereka tahu amalan itu salah tetapi enggan menghindarinya kerana ramai yang beranggapan jika mereka tidak melakukannya, harapan untuk menang pada pemilihan adalah tipis.
“Selain itu, mereka juga fikir kalau mereka tidak melakukannya, orang lain akan tetap lakukan. Justeru, mereka menganggap tidak salah jika mereka melakukannya,” katanya.

Sementara itu, pensyarah sains politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, amalan politik wang di kalangan ahli UMNO akan mencemarkan nama parti itu di mata rakyat.

“Walaupun dalam pilihan raya lalu, politik wang atau rasuah ini merupakan salah satu isu yang dimainkan pembangkang tetapi apa yang berlaku hari ini tidak menunjukkan yang UMNO telah melalui proses perubahan,” katanya.

Beliau berkata, amalan politik wang merupakan perkara biasa dalam parti lebih-lebih lagi parti pemerintah seperti UMNO kerana mereka selalunya menjanjikan ganjaran berbentuk material kepada para pengundi.

“Berlainan dengan parti pembangkang, walaupun perebutan jawatan tetap berlaku, kebanyakan mereka menjanjikan ganjaran berbentuk ideologi, bukan material. Itu bezanya,” katanya.

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8d5120e0-c0a85062-19a18430-6910c7b2


Last edited by pria_malaya08 on Sat Jan 10, 2009 10:12 am; edited 2 times in total
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:23 am    Post subject: Reply with quote

lagi dakwaan rasuah..
oleh orang lama umno sendiri...
bukti umno kian parah dgn gejala buruk ini..

"banyak..saya tidak boleh beritahu anda (wartawan)" kata tengku Adnan mengenai rasuah dan pergaduhan sesama pemimpin umno dlm merebut jawatan....masyaallah...

Quote:

lagi kes politik rasuah diterima BPR, UMNO akui kes banyak
05-08-2008 05:02:59 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Veteran UMNO, Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti manakala Setiausaha Agung pula mengakui telah menerima banyak laporan mengenai pergaduhan dan politik wang dari seluruh negara.

Laporan hari ini dibuat berdasarkan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung UMNO, yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik, kata Mazlan ketika ditemui di pejabat BPR Wilayah Persekutuan di sini selepas membuat laporan itu.

Kata Mazlan, berkata laporan itu dibuat bertujuan memastikan proses pemilihan UMNO di semua peringkat dijalankan tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa.

Ditanya sama ada apaapa bukti dikemukakan kepada BPR, beliau berkata semua dokumen berkaitan dakwaan tersebut telah diserahkan kepada BPR.

Ketika dihubungi mStar Online, Tengku Adnan mengakui menerima banyak laporan mengenai pergaduhan dan politik wang yang berlaku sekitar pemilihan peringkat cawangan di seluruh negara.
Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu jumlah laporan yang diterima setakat ini.

“Banyak.. saya tak boleh nak beritahu anda,” katanya.
UMNO yang mengadakan mesyuarat tahunan peringkat cawangan sejak dua minggu lalu dicemari dengan siri pergaduhan dan gejala politik wang di seluruh negara ketika pengurusan parti berusaha untuk mengawal budaya kurang sihat daripada berleluasa.


Berikutan itu, Ibu Pejabat UMNO telah menubuhkan sebuah sekretariat untuk memantau mesyuarat cawangan dan bahagian di seluruh negara bagi memastikan gejala itu tidak berlarutan.

Mengulas perkara itu, Tengku Adnan berkata, sekretariat tersebut mengadakan mesyuarat setiap hari bagi memantau gejala politik wang di seluruh cawangan dan laporan yang diterima dirujuk sama ada kepada Lembaga Disiplin UMNO atau Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Kita mengadakan mesyuarat setiap hari dari pagi hingga petang......

(baca selanjutnya disini...)
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_918587e4-c0a85062-19a18430-b1e3648b

http://voiceofmalaysian.com/2008/08/05/politik-wang-umno-masih-belum-ambil-iktibar-keputusan-pilihan-raya-ke-12/


Last edited by pria_malaya08 on Sun Jan 04, 2009 2:53 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:24 am    Post subject: Reply with quote

pemimpin umno bergaduh sesama sendiri..
siap baling kerusi tuuu...dasyat2 parti melayu ni..

sampai POLIS terpaksa dikerahkan utk mengawalnya..
penyokong umno bawahan hanya mampu ternganga dgn tindak tanduk pemimpin dan bakal pemimpin mereka....kesiannya...

Quote:
Pergaduhan tercetus dalam mesyuarat UMNO Batu Manikar
5th August, 2008

LABUAN: Mesyuarat Agung Persidangan UMNO Cawangan Batu Manikar yangmu-lanya berjalan dengan lancar bertukar kecoh apabila beberapa ahli UMNO yang hadir berang dengan tindakan pengerusi tetap ya-ng gagal menjalankan tugas dengan cekap.

Kekecohan mesyuarat cawangan UMNO Batu Manikar yang berlangsung di balai raya kampung itu malam kelmarin (Ahad) merupakan kekecohan pertama yang membabitkan pergaduhan sehingga polis terpaksa dipanggil un-tuk menenteramkan keadaan.

Menurut satu sumber, kejadian membaling kerusi turut berlaku apabila pengerusi tetap yang mengendalikan mesyuarat dikatakan cuba melambat-lambatkan perjalanan mesyuarat di samping mencabar salah seorang ahli UMNO untuk mengambil alih tempatnya.

Turut dilaporkan menjadi punca kekecohan itu ialah apabila pengerusi tetap mempertikaikan penggunaan borang pencalonan yang bertanda huruf A dengan B. Pengerusi tetap mahu mengunakan borang pencalonan yang bertanda dengan angka 1 dan 2 bagi memudahkan warga emas yang menjadi ahli mengundi.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, pengerusi tetap yang mendapat kecederaan di bahagian muka akibat terkena balingan kerusi dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian itu, pengerusi tetap yang merupakan seorang guru besar yang mengajar di sebuah sekolah rendah di sini turut membuat laporan polis malam kelmarin.

Sementara itu, Yang Di Pertua PAS Wilayah Persekutuan Labuan, Matussin Abdul Rahman yang tinggal di kampung itu menyifatkan kejadian malam kelmarin itu sebagai satu kejadian yang tidak sihat.
Katanya, UMNO yang selama ini melaung-laungkan perpaduan orang Melayu dan Islam untuk terus bersatu padu, telah gagal melaksanakannya.

“Sejak saya tinggal di kampung ini kira-kira 10 tahun yang lalu tidak pernah berlaku kekecohan dan pergaduhan dalam sebuah keluarga, te-tapi pada Ahad apabila berlakunya mesyuarat pemilihan parti UMNO suasana kekeluargaan di kampung ini telah berubah,” katanya ketika menghubungi New Sabah Times di sini pagi kelmarin.

Matussin yang mengaku pernah menjadi ahli UMNO Kampung Batu Manikar sebelum ini, turut kecewa dengan tindakan pemimpin UMNO Labuan yang berebutkan jawatan sehingga sanggup menggadaikan penduduk kampung untuk kepentingan peribadi mereka.

Katanya, beliau tidak mahu mencampuri urusan dalaman parti UMNO, tetapi beliau kesal penduduk kampung yang sebelum ini hidup da-lam satu rumpun yang harmoni menjadi mangsa perpecahan.

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/20386


Last edited by pria_malaya08 on Sun Jan 04, 2009 2:55 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:26 am    Post subject: Reply with quote

lagi gaduh....kini umno Ipoh...
kali ini guna kayu golf...
laporan polis terpaksa dibuat...
Quote:

Gaduh, dipukul dan rasuah politik cemari mesyuarat Umno

DI IPOH, seorang anggota jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu semalam.

Mangsa, Abdullah Abdul Hamid, 44, yang menyertai UMNO sejak 1985, menerima rawatan sebagai pesakit luar Hospital Permaisuri Bainun.
Abdullah berkata, selepas selesai mesyuarat, pukul 4.30 petang, beliau yang singgah di

Batu Gajah didatangi seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila abangnya yang juga setiausaha UMNO Bahagian Gopeng tidak dicalonkan cawangan PCM untuk bertanding timbalan ketua Umon bahagian itu.

Lelaki itu yang juga AJK UMNO cawangan Kampung Pisang itu naik berang lalu mengeluarkan sebatang kayu golf dari keretanya lalu memukul Abdullah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua UMNO Cawangan PCM Hishamuddin Abdul Rahman.

Abdullah yang bekerja sebagai Eksekutif Tekun Nasional di sini kemudian berlari untuk menyelamatkan diri dan dibantu oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan di hospital Bainun sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah.

Jurucakap Balai Polis Batu Gajah ketika dihubungi mengesahkan laporan yang dibuat oleh Abdullah.

Empat calon dijangka bertanding bagi merebut jawatan Ketua UMNO bahagian itu selepas bekas ketuanya Datuk Seri Abdul Shamsuddin mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu baru-baru ini.

Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mengesahkan ada menerima beberapa laporan berhubung kes rasuah dalam pemilihan cawangan dan bahagian UMNO.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata BPR sedang melakukan siasatan terhadap laporan itu.

"Kita ada terima laporan ...tapi tak banyaklah, sejumlah kecil saja. Kita sedang mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban Mohd Nor Awang oleh BPR kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang anggota UMNO untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.

Ahmad Said menjelaskan definisi rasuah tidak berdasarkan kepada jumlahnya, asalkan ia dapat mempengaruhi keputusan pemilihan.
Beliau juga berkata, setiap aduan kepada BPR perlu disertakan dengan bukti dan fakta.
"Berikan kepada kami fakta yang benar dan kami akan ambil tindakan," katanya.

Ahmad Said berkata, BPR mendapat kerjasama yang baik daripada orang ramai dalam usaha membanteras rasuah.
"Anda dapat lihat sekarang ini kita menerima maklumat yang betul dan bernas daripada orang ramai dan ini menunjukkan satu perubahan baru... kita harap sokongan ini berterusan untuk samasama menentukan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8dfc1c3a-c0a85062-19a18430-27f8acf5
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:26 am    Post subject: Reply with quote

kali pertama dalam sejarah UMNO, presiden dan timbalan presidennya didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa oleh ahlinya sendiri(bukan pembangkang-kalau pembangkang report,xpercaya plak nnt)..
Quote:

PM dan TPM akan dipanggil BPR
06-08-2008 07:37:27 PM
Oleh G.MANIMARAN

GEORGE TOWN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang meneliti dan menyiasat laporan terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, setiap laporan yang diterima akan disiasat dengan teliti sebelum memanggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan.

"Bagilah kita peluang untuk melakukan kerja kita. Ketika ini sesiapa sahaja yang membuat laporan mesti mempunyai bukti yang kukuh dan tiada elemen-elemen jahat," kata beliau kepada pemberita selepas menyertai pertandingan menembak Piala Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan veteran UMNO Datuk Mazlan Harun kepada BPR terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti semalam.

Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung UMNO yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik.

ditanya sama ada pemimpin berkenaan akan diambil kenyataan mereka, Ahmad Said berkata:
"Siapapun kita akan ambil kenyataan," katanya.

http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/08/06/4157/
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:27 am    Post subject: Reply with quote

lagi pengakuan pemimpin umno, yg gejala rasuah sememangnya berada dlm kritikal..
dari setinggi2 pemimpin sehingga peringkat akar umbi sudah terlibat!!..

Quote:
Gejala politik wang membimbangkan – Mustapa

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap calon yang mengamalkan politik wang bagi meraih undi supaya pemilihan jawatan dalam parti berlaku secara adil.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan calon berkenaan mengamalkan politik wang untuk meraih undi, Lembaga Disiplin perlu bertindak tegas.

Katanya, gejala itu semakin membimbangkan dan tindakan segera perlu diambil supaya ia tidak terus merebak.

‘‘Perkembangan politik wang pada tahun ini adalah yang terburuk pernah berlaku dan ia telah pun merebak hingga ke peringkat akar umbi,’' katanya pada sidang akbar selepas melawat Projek Bumi Hijau di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Muhibbah Puchong, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan wujudnya gejala politik wang dalam mesyuarat pemilihan peringkat cawangan parti itu kali ini.

Mustapa yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata, amalan politik wang kini bukan sahaja di peringkat pemilihan cawangan, tetapi telah merebak ke bahagian dan peringkat tertinggi parti.

‘‘Politik wang bukan perkara kecil. Ia bukan perkara yang boleh dipandang mudah kerana membabitkan imej dan maruah.

‘‘Gejala ini boleh menyebabkan parti goyah dan memberi kesan negatif kepada parti terutamanya dalam keadaan politik semasa yang cukup mencabar pada masa ini,’’ tegasnya.
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:28 am    Post subject: Reply with quote

rasuah: pemimpin umno kecewa..
bagaimana dgn reaksi penyokongnya??

Quote:
Muhyiddin kecewa

KOTA KINABALU 14 Ogos - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi rasa kekecewaannya dengan gejala politik wang dalam mesyuarat cawangan sekarang yang disifatkannya semakin membimbangkan.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, amalan buruk yang memalukan itu perlu dihentikan segera kerana boleh merosakkan demokrasi dalam parti.

Beliau terpaksa membuat pendedahan tersebut bukan untuk memburukkan parti sendiri tetapi mahu mereka yang terlibat supaya menghentikannya.

''Biarlah kita bertanding atas dasar setiakawan, rekod kerja yang baik serta akhlak dan moral yang tinggi. Prestasi cemerlang harus dijadikan ukuran, bukan wang ringgit, ini satu perbuatan yang kita mahu elakkan.

''Saya ingatkan ahli parti, perbuatan seperti ini harus dihentikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Dialog Tentang Pelaburan Sabah Dalam Sektor Perkhidmatan, Pembuatan dan Perdagangan di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mendedahkan bahawa pihaknya menerima banyak aduan tentang perbuatan itu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, dua tindakan yang digunakan untuk mencegah perbuatan itu ialah dengan melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau lembaga disiplin tersebut.

Muhyiddin mengakui turut menerima banyak aduan tentang perbuatan tersebut tetapi menyerahkannya kepada lembaga disiplin berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut.

"Memang ada orang yang hantar sendiri pada saya, orang ini tanya apa yang saya akan buat, saya kata kalau ada aduan rasmi, mesti diadukan kepada lembaga disiplin, saya tidak ada kuasa," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_11.htm
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:30 am    Post subject: Reply with quote

umno sememangnya semakin nazak dgn gejala rasuah...
sehingga muncul kata2, "nak wang, masuklah dlm umno.."

korang bacalah sendiri..
bak kata vateran umno, dulu umno berjuang kerana merdeka,
kini berjuang kerana harta...

Quote:
Pemimpin amal rasuah politik sekadar nilai kain pelikat
15-08-2008 11:59:48 AM

KUALA LUMPUR: Murahnya nilai seseorang pemimpin UMNO jika benar undi pencalonannya ke suatu jawatan dalam parti boleh dibeli dengan harga serendah RM500, kalaupun tidak sekadar sehelai kain pelikat.

Menyedihkan, namun itu antara laporan yang diterima Badan Pencegah Rasuah (BPR) membabitkan senario rasuah politik yang mewarnai pemilihan UMNO kali ini.

Sekalipun baru bermesyuarat pada peringkat cawangan, dakwaan demi dakwaan yang diterima sama ada oleh BPR mahupun dikhabarkan secara tidak rasmi kepada pucuk pimpinan, membayangkan suasana lebih buruk mungkin berlaku apabila Persidangan Perwakilan Bahagian bermula Oktober ini.

Ia menjurus kepada satu kesimpulan iaitu pucuk pimpinan tertinggi parti belum berupaya menangani gejala itu, sekalipun telah mengetatkan peraturan dengan meminda tata etika pemilihan sejurus sebelum mesyuarat cawangan bermula 17 Julai lepas.

Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa berkata, rasuah politik akan tetap berlaku dalam parti itu selagi persepsi bahawa jawatan dan kuasa menjanjikan kekayaan mencorakkan pemilihan.

"Dulu perjuangan nombor satu adalah hendak merdeka. Bila sudah merdeka, hendak membangunkan negara pula. Masa inilah banyak projek pembangunan dan kita tidak boleh nafi yang dapat projek-projek ini kebanyakan orang UMNO.

"Jadi daripada situlah wujud persepsi mahu kaya, hendak projek, masuklah UMNO,"
katanya kepada Bernama.

Menurut Abdul Aziz, keadaan itu mula berlaku selepas tahun 1978 apabila UMNO menarik perhatian warga korporat yang mengintai peluang kekayaan menerusi projek pembangunan yang semakin melimpah.

"Sebelum tahun '78, dalam UMNO ini ramai guru yang rata-rata berjuang untuk kebaikan bangsa Melayu. Tapi bila orang korporat masuk keadaan mula berubah," katanya.

Keadaan dalam parti diburukkan lagi apabila mereka yang lama memegang jawatan enggan berundur dan ini turut mendorong kepada gejala tidak sihat termasuk rasuah politik.


"Inilah namanya mainan politik. Susah nak duga sebab macam-macam boleh jadi. Macam peralihan kuasa, ini bukan tradisi parti tetapi sudah menjadi amalan," katanya.
Abdul Aziz, 85, tidak menolak kemungkinan UMNO akan "tenggelam" sekiranya pemimpin gagal mendengar luahan akar umbi dan tidak melakukan perubahan seperti yang dituntut anggota.

"Pada pengamatan saya, orang risau dengan UMNO. Baru-baru ini saya ke Pahang, ke Terengganu...rata-rata meluahkan rasa bimbang mereka. Orang risau sangat walaupun sekarang keadaan sudah kendur sedikit.

"Kendur sikit sebab sudah ada kepastian bila Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) hendak berundur, kendur sebab orang dengar ada muqabalah dengan PAS demi kesejahteraan ummah tapi orang masih risau," katanya.

Abdul Aziz berkata, tenggelam atau timbulnya UMNO pada masa depan boleh dilihat pada keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

"Saya fikir di situ akan jadi kayu pengukurnya nanti. Kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menang, jumlah undinya bagaimana. Kalau majoriti dia lagi besar daripada sebelum ini, maknanya sokongan terhadap UMNO semakin kurang.

"Tetapi jika BN dapat lebih banyak undi (berbanding dulu) ataupun menang, maka UMNO masih ada harapan," katanya yang bersetuju dengan pandangan bahawa rasuah politik menyebabkan orang Melayu khususnya semakin menolak UMNO.

Penganalisis politik, Prof Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid berkata, negara sekarang memerlukan pemimpin yang hebat dalam semua bidang, bukan yang terpilih kerana sogokan.

"Malaysia sekarang berada di persimpangan jalan. Selepas 50 tahun merdeka, kita kini mempunyai banyak cabaran luar yang akan menyebabkan kita jauh ketinggalan berbanding negara jiran dan negara membangun lain jika cabaran ini tidak ditangani.

"Sebab itu kita perlukan pemimpin yang benar-benar berkaliber, yang boleh memimpin dan dipilih berasaskan politik yang bersih dan beradab," kata bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) itu.

Ibrahim berkata, sekarang bukan masanya untuk pemimpin negara dan parti bertelagah sesama sendiri kerana berebut kuasa sehingga lupa tugas hakiki mereka.

"Kita bercakap mengenai cabaran ekonomi dan bagaimana ketidakstabilan politik akan menjejaskan ekonomi kita. Politik yang tidak stabil akan menakutkan pelabur untuk datang ke sini.

"Jika ini berlaku, bagaimana kita mahu menjana kekayaan untuk dinikmati rakyat? Yang pasti pembangunan negara tidak akan dapat dilakukan jika pemimpin terlalu asyik bergaduh," katanya.

Tambahan pula, kata Ibrahim, rakyat kini sudah jelak dengan putarbelit pemimpin politik yang sanggup mempertaruhkan kepentingan rakyat demi diri sendiri.

"Tak kiralah pemimpin UMNO mahupun pembangkang, para pemimpin harus perjuangkan untuk rakyat dan negara. Ini yang rakyat mahu tengok sekarang. Mereka tidak mahu tengok lagi dakwaan konspirasi, politik wang, rasuah dan macam-macam lagi. Mereka hendak ketelusan, hendak tengok satu proses demokrasi yang bersih dan beradab," katanya.

Abdul Aziz dan Ibrahim bukan orang yang pertama meluahkan pandangan mereka mengenai rasuah politik dalam UMNO. Isu ini sudah terlalu kerap dibangkitkan termasuk oleh pemimpin parti itu sendiri.

Namun seperti mencurah air ke daun keladi, rasuah politik atau politik wang terus berleluasa setiap kali musim pemilihan parti.


Barangkali seperti yang pernah disuarakan oleh bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Unversiti Malaya, Prof Datuk Dr Zainal Kling, bahawa orang Melayu ini terikat dengan amalan "terhutang budi".

Namun, persoalannya mahukah orang Melayu khususnya anggota UMNO, membenarkan diri mereka dipimpin oleh pemimpin murahan yang membeli undi?

Atau adakah mereka mahu dipimpin oleh mereka yang benarbenar berkualiti dan ikhlas memperjuangkan nasib Melayu? Tepuk dada tanya selera.BERNAMA

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_c484e64d-c0a85062-16ab2e80-57bb7bef
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=352897
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:31 am    Post subject: Reply with quote

lagi insiden ganas dlm mesyuarat umno..
kerusi terbang....10 jahitan dikepala!!!..

Quote:
Baling Kerusi Dalam Mesyuarat UMNO Marang
Posted on Sunday, June 10 @ 19:43:40 MYT by greenboc

Oleh RadenJowo

MARANG(HarianMetro): Seorang lelaki berusia 36 tahun cedera di kepala dipercayai terkena balingan kerusi ketika menghadiri mesyuarat Umno cawangan Beluka Sukai, di sini, malam kelmarin. (Kanan gambar hiasan)

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang juga Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno cawangan itu, Azlan Che Mat, dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Umno cawangan itu, Yahya Abdullah, 57, berikutan isu kegagalan membina padang bola di kawasan mereka.

walaupun Pengerusi Tetap mesyuarat memberi penjelasan permohonan membina padang bola itu sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri, mangsa dikatakan tetap tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan.
Berikutan itu,

beberapa ahli yang berang dengan tindakan mangsa dikatakan melemparkan kerusi dan terkena kepala mangsa, menyebabkannya berdarah.

Akibat lemparan kerusi itu, mangsa dikatakan menerima 10 jahitan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Mangsa juga dikatakan membuat aduan di Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi semalam.


Sementara itu, Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner I Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Last edited by pria_malaya08 on Fri Dec 26, 2008 2:42 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:32 am    Post subject: Reply with quote

sabotaj perkara biasa dlm umno??

Quote:
BPR siasat aduan politik wang

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

KOTA BHARU 17 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung beberapa laporan politik wang yang didakwa berlaku dalam mesyuarat-mesyuarat UMNO cawangan di negeri ini.

Pengarah BPR negeri, Mohd. Jaafar Hussen bagaimanapun enggan mendedahkan cawangan-cawangan berkenaan dan individu yang didakwa terlibat kerana perkara itu masih dalam siasatan.

"BPR telah terima antara dua dan tiga laporan politik wang dalam mesyuarat cawangan tetapi saya tidak boleh dedahkannya kerana kita sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian perletakan batu asas pembinaan Kompleks Pejabat dan Perumahan BPR Kelantan di sini hari ini yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaafar.

Hari ini Bernama melaporkan Ketua UMNO Cawangan Pulau Kapas dalam bahagian Kota Bharu membuat laporan kepada BPR berhubung dakwaan berlakunya sabotaj untuk menyekat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim daripada dicalonkan bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian itu.

Yaakob Mamat yang membuat laporan di Pejabat BPR di sini petang ini mendakwa ada pihak cuba menghalang mesyuarat cawangan daripada dijalankan jika cawangan tersebut menyokong Zaid yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Jawatan Ketua UMNO bahagian itu dijangka menyaksikan perebutan antara pemangku ketua, Datuk Mohd. Fatmi Salleh dengan Zaid yang merupakan ketua bahagian itu sebelum beliau digantung keanggotaannya selama 18 bulan bermula 1 Januari 2007.

Yaakob yang juga Pengerusi Pemantau Bebas Persidangan UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, laporan BPR itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu.
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:36 am    Post subject: Reply with quote

pengakuan Tun M menunjukkan sememangnya umno kini memang sarat dgn gejala rasuah...para pemimpin di dalamnya ada yg mengambil sikap membisu..
bak kata Tun M, umno kini sudah lemah!!!

semoga fanatik Tun dapat terima hakikat ini, dan buat la penilaian yg sebnarnya...jika orang lama umno sendiri (tun) dah kata mcm 2, dah mengaku, alamatnya, perkara tersebut sememangnya berlaku...cukuplah bagi alasan2 nk selamatkan umno dari najis rasuah dan lain2 ini..

Quote:
RASUAH DALAM UMNO

1. Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah membuat kenyataan yang beliau tidak akan bertanding untuk Majlis Tertinggi UMNO kerana rasuah yang berleluasa dalam kempen pemilihan ketua-ketua pemuda, ketua bahagian dan Majlis Tertinggi.

2. Sebelum ini saya telah lapor berkenaan tindakan dua tokoh UMNO; seorang Ketua Bahagian yang menulis kepada Ibu Pejabat UMNO berkenaan rasuah yang dilakukan oleh Presiden sendiri untuk mendapat sokongan bagi pencalonannya sebagai Presiden pada Disember ini dan yang satu lagi tindakan seorang veteran UMNO yang telah lapor kepada Badan Pencegah Rasuah berkenaan rasuah yang sama yang dilakukan oleh Presiden, walaupun ia sendiri kerap bercakap dan mendesak semua orang supaya jangan amalkan rasuah.

3. Baru-baru ini saya telah dapat maklumat daripada beberapa pemimpin UMNO bahawa rasuah, iaitu pemberian duit yang tidak kecil jumlahnya dan pemberian lain-lain, telah dilakukan untuk pemilihan ke Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda.

4. Lebih daripada 150 ahli telah dikenalpasti yang akan mencabar ketua-ketua bahagian yang ada sekarang dengan diberi sogokan wang yang besar. Ada pula Ketua Bahagian yang diberi kontrak projek Kerajaan supaya mencalonkan calon tertentu.

5. Mereka yang menjadi Ketua Bahagian sekarang yang akan dicabar dan dijatuhkan tahu dan sedar yang rasuah ini sedang berlaku. Mereka kecewa. Tetapi mereka tidak sanggup mendedah secara tepat dan terbuka orang yang memberi sogokan dan siapa yang mereka dikehendaki mencalon dan menyokong dan lain-lain butir dan maklumat berkenaan kegiatan rasuah ini. Mereka yang disogok pula tidak sanggup membuat apa-apa laporan.

6. Mereka sedar bahawa rasuah yang berleluasa dalam UMNO ini akan menghancurkan parti, dan merosakkan masa depan orang Melayu dan negara Malaysia tetapi mereka masih berharap apabila mereka sudah tidak jadi Ketua Bahagian, tidak jadi ahli atau memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi, apabila mereka tidak lagi jadi Menteri atau Timbalan Menteri, mereka mungkin diberi saguhati dengan dilantik sebagai Senator dan melalui saluran ini mungkin dapat jadi Menteri lagi, atau dapat jadi pengerusi syarikat GLC, atau jadi penasihat berpangkat Menteri kepada PM atau pengerusi badan-badan lain, atau dijadikan duta dan lain-lain, semuanya dengan elaun-elaun yang lumayan juga.

7. Oleh kerana harapan ini mereka sanggup melihat rasuah berleluasa dalam UMNO, melihat UMNO hancur, melihat orang Melayu diperhambakan, menjadi golongan yang miskin dan tidak berkuasa dalam negara, merosakkan negara. Tidak ada seorang pun daripada mereka, daripada Timbalan Presiden sehingga ke ketua cawangan, yang akan sanggup mendedah secara jelas, mengeluar 'statutory declaration' berkenaan rasuah yang akan hancurkan UMNO dan menghakis apa sedikit daripada kuasa orang Melayu di negara ini yang masih ada.

8. Mereka ini berharap orang luar daripada UMNO, NGO (Badan bukan Kerajaan) Melayu akan menyelamat UMNO supaya mereka yang tersingkir akan dapat kembali jawatan-jawatan mereka.


9. Semua ini berlaku kerana presiden UMNO membenar ianya berlaku. Sebagai Perdana Menteri beliau dipercayai akan selamatkan mereka yang terlibat dengan mengguna rasuah untuk mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO daripada apa-apa tindakan jika laporan dibuat kepada Jawatan Kuasa Disiplin Parti atau Badan Pencegah Rasuah.

10. Perjuangan 62 tahun UMNO akan menjadi sia-sia kerana UMNO sudah dilanda gejala rasuah dan tidak lagi dapat perjuangkan tujuan-tujuan yang UMNO ditubuh. Perjuangan pemimpin dan ahli UMNO sekarang tertumpu kepada mendapat sesuatu bagi diri sendiri. Kerana semua mereka sudah terlibat dengan rasuah, samada memberi atau menerima, tiada ada siapa yang ingin bertindak memberhentikan jenayah ini.

11. Inilah keadaan dalam UMNO sekarang.

12. Malangnya yang boleh bertindak hanyalah ahli UMNO.

13. Saya tidak fikir ada dalam UMNO orang yang mampu bertindak. Masing-masing hanya utamakan kepentingan diri. Apa yang akan jadi pada kaum bangsanya tidak mengapa asalkan diri sendiri mendapat sesuatu.

14. Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan.

15. Percayalah, apabila orang Melayu begitu mudah menjual hak mengundi mereka, ahkhirnya mereka akan terima padahnya; mereka akan hilang apa juga kuasa yang sedikit yang ada pada mereka untuk menyelamatkan kaum bangsa mereka. Mereka akan kembali menjadi hamba orang, mempertahankan orang. Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm


Last edited by pria_malaya08 on Sun Jan 04, 2009 2:59 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:40 am    Post subject: Reply with quote

pengakuan Ku Li mengenai rasuah di dlm umno..
masalah moral dan krisis budaya semakin menjadi2 di dlm umno kini..
bak kata beliau, "kalau tidak ada wang, jangan cuba masuk bertanding.."

ada penyokong umno disini ingin membangkang kenyataan beliau??

Quote:
Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkata, Umno sekarang ini menghadapi krisis budaya dan moral yang sangat serius akibat penularan rasuah dalam parti itu.

Berucap dalam satu majlis anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di Kota Bharu, Sabtu lepas, Ku Li menegaskan, selain berleluasa dalam parti yang memerintah rasuah juga sudah menjadi masalah besar dalam perkhidmatan awam.

"Masalah ini sudah menjadi 'open secret', yakni bukan rahsia lagi. Baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendedahkan bahawa rasuah beli undi ini sudah menjalar ke seluruh akar umbi Umno.

"Saya anggap ini sebagai krisis budaya dan moral yang sangat serius, dan boleh memusnahkan Umno dan menjadikannya parti politik usang," tegasnya.


Teks ucapan Ku Li selaku Penaung MTRK dihantar kepada Harakahdaily menerusi emel.

Ku Li yang akan mencabar Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Perhimpunan Agung parti itu Disember depan turut melontarkan kebimbangan beliau, bahawa rasuah politik dalam Umno, hanya akan menyebabkan parti itu diterajui orang yang tidak layak.

"Dapatkah kita menjamin bahawa melalui rasuah politik dalam UMNO itu, hanya orang yang baik, cekap, bersih, jujur atau yang mempunyai kelayakan dan kemampuan yang kuat untuk memperjuangkan kepentingan parti dan anggota parti atau untuk menjadi pemimpin kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?", soal beliau.

Ku Li turut memetik kata popular di kalangan Umno yang mengatakan, 'dalam Umno kalau anda tidak punya wang (tidak kira dari mana datangnya wang itu) jangan cubalah bertanding melawan calon yang kaya'.

Beliau turut memberi perumpamaan bahawa rasuah rasuah adalah seperti anai-anai yang boleh memakan asas atau tiang rumah.


Katanya, tiang (Umno) dan rumah (negara) akan roboh dan porak peranda jika 'anai-anai rasuah' tidak dibunuh dengan segera.

Dalam ucapannya juga Ku Li turut menegur kepimpinan Umno supaya menyelesaikan segera masalah ekonomi, perhubungan antara kaum dan pelbagai isu yang boleh menjejas kestabilan dan kedaulatan negara.

"Masalah inilah yang mesti kita tangani secara serius kalau kerajaan atau parti yang memerintah sekarang tidak mahu kehilangan keyakinan rakyat yang lebih teruk lagi daripada yang dialaminya selepas PRU ke-12," tegasnya



Last edited by pria_malaya08 on Sun Jan 04, 2009 3:00 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:41 am    Post subject: Reply with quote

selain rasuah, amalan fitnah juga turut menjadi mainan dikalangan mereka...semuanya kerana ingin mengejar pangkat dan harta..

Quote:
Naib Ketua Umno Seremban dituduh rasuah
Sep 2, 08 2:27pm

Naib Ketua Umno Bahagian Seremban dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua tuduhan rasuah.

Mohd Nor Awang, 47, seorang ahli perniagaan, dituduh secara rasuah memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.
Wang itu sebagai dorongan supaya Rezwat Shahril semasa dalam mesyuarat agung Umno cawangan itu 3 Ogos lalu, mencalonkan Mohd Nor sebagai calon ketua Umno bahagian Seremban bagi pemilihan untuk bagi sesi 2008-2011.

Menurut laporan Bernama, Mohd Nor dituduh melakukan kesalahan itu dalam kereta NBK 16 di tempat letak kereta di belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang pada kira-kira jam 12.20 tengah hari 1 Ogos lalu.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah memberi suapan RM500 kepada orang yang sama (Rezwat Shahril Zainal Ariffin) untuk tujuan sama.
Kesalahan itu dilakukannya didalam kereta NBK 16 di tempat letak kereta di belakang Centre Point di sini pada kira-kira 4.30 petang pada 2 Ogos lalu.

Mohd Nor didakwa di bawah Seksyen 10 (b) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Beliau yang diwakili peguam Abdul Halim Lokman mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Allaudeen Ismail menetapkan 28 dan 29 Januari 2009 sebagai tarikh perbicaraan.

Mohd Nor dibebaskan dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Laporan palsu

Sementara itu, seorang ketua Pemuda Umno cawangan didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan membuat laporan palsu kepada BPR mengenai politik wang dalam parti.

Mohd Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad, 32, mengaku membuat laporan itu supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Affandi Hamzah yang didakwa menyogoknya dengan wang tunai RM1,500 bagi menyokong pencalonan penama sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Menurut Utusan online, Dia yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya didakwa membuat laporan palsu itu kepada Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 30 Julai lalu di Ibu Pejabat BPR di Putrajaya.
http://www.malaysiakini.com/news/88921
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
StaffSarjan
StaffSarjan


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 1565

PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:43 am    Post subject: Reply with quote

DAHSYAT!!!!!!
baca dibawah ni..
vandalisme, gaduh, simbah asid, budaya samseng menular di dlm umno..
bukti umno semakin teruk!!!

koyak poster lawan pun ada berlaku sesama umno..
ingatkan dlm p/raya Umum je..

Quote:
PUTRAJAYA 3 Sept. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO digesa melakukan 'sesuatu yang drastik' bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda 'keranapan' parti pejuang kemerdekaan negara itu.

Ahli MT, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil mengeluarkan gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.

Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.

''Bukan itu sahaja, ada ahli UMNO juga melakukan kejutan vandalisme, kalau ada poster parti lawan...ia dipotong.

''Di Segamat pula, ahli UMNO bergaduh hingga patah kerusi semasa mesyuarat cawangan. Pemilihan parti lebih sengit daripada pilihan raya. Ini berlaku di kebanyakan tempat di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.


''Yang jelas ialah pengawasan UMNO di peringkat negeri tidak mampu... Jadi, lekas-lekaslah MT ambil tindakan agar semangat silaturrahim ini segera dipulihkan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais merujuk kebimbangannya itu terhadap beberapa insiden melibatkan ahli UMNO yang dipercayai ada kaitan dengan usaha mengejar jawatan dan melobi pencalonan pada pemilihan parti.

Terbaru di Kota Bharu hari ini, Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di pekarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Noor Awang, 47, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merasuah Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat Rezwat Shahril Zainal Ariffin supaya mencalonkannya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Semalam juga menyaksikan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61, yang mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.

Bagaimanapun polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.

Beberapa insiden pertelingkahan termasuk kejadian membaling kerusi dan penggunaan wang juga dilaporkan berlaku semasa mesyuarat cawangan baru-baru ini.

Banyak pihak percaya ia akan menjadi semakin hangat menjelang pemilihan peringkat bahagian bulan depan dan pusat Disember ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


Last edited by pria_malaya08 on Sun Jan 04, 2009 3:05 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Tranungkite Online V8 Forum Index -> Borak Politik & Isu Semasa All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next
Page 1 of 7

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©
               
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
Runtuh lagi...

Sila Klik
6 Dis - satu lagi tragedi tanah runtuh yang dahsyat telah berlaku di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman M@rhean
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
Pahang daily
Sabahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
Perak Bersatu
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuriís Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo Lo
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
Betul Ka?
Lanh14
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
MalayaDaily
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
Pancak Bicara
Rencana Rakyat
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
DPP Gombak
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
Al Brangi
Beras Melaka
al-Futhuhat
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
Abu Bahsyir Al Muqry
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
Cili Merah
Hati Sufi
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
PAS Kelantan
PAS Kedah
PAS Negeri Sembilan
PAS Penang
PAS Melaka
PAS Selangor
PAS Pahang
PAS Johor
PAS N. Sembilan
PAS Perak
PAS Kedah
PAS Sabah
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
DPP Sarawak
DPP Pahang
DPP Kedah
DPP Penang
DPP Perak
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPPK Bagan Datoh
Pemuda Pengkalan Chepa
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
DPP Gombak
DPP Pertaling Jaya Sel
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
PAS Mengkebang
PAS DUN Jeram
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
PAS Caw. Shah Alam 2
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
AMK Serdang
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
Jabatan Amal 2
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
ApSeReNaPeTe
Keadilan Bayan Baru
Satu Pentafsiran
DPP Temerloh
Pasti Temerloh
Pasti Az-Zahra
N25 Bukit Selambau
Pena Perjuangan
Jangan Beli
Kembara Minda
Blogger Wawasan
Web Panas
Sekondakhati
Sidang Online
Corong Kita
Dr. Zulkifly Ahmad
DPP Kuala Langat
Blog Rantau
Hanafiah Ahmad
Limau Tambun
YB Dr. Nik Mazian
DPP Serdang
PP Sarawak
Mengejar Cahaya
Markaz Ehsan
al-Kerohi
Zul Mamak
sya~reformis
KopiCyber
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
Al-Muttaqin TV
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.