Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO Versi 7  ·  Exit
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Advertising/Iklan

Skim pembiayaan koperasi

Al-Bai  Bithaman Ajil Tanpa Penjamin

Langsingkan badan selamat dan semulajadi selama 30 hari

Rawatan Tradisional Secara Islam

Bengkel Kereta anda dengan harga berpatutan

Smart Learning Skor A

CD ayat-ayat suci AlQuran Al-Rogyah Alyare'yah

Sihat Secara Semulajadi

Memiliki Perfume Egyptian Potion

ceramah terkini

Alphalipid

REVOLUSI Penjagaan KERETA

Minyak Wangi tanpa Alkohol - Pengedar diperlukan!!

Al Quran Digital

MLM berasakan buah manggis (VeMMA)(Vemmabuilder)

Lambang Lelaki Sebenar

Seminar e-Book

Krim untuk lelaki virile for men

jus manggis vemma

penapis air fnr2u

Rumah burung layang ingin dijual

MACAM2 ADA seperti produk sarang burung, DCL, Naco, Slim it yourself dan lain2 lagi...

Produk Jus Manggis Vemma

Ziarah Yaman

Penawar Masalah Mata

10 Ribu produk affiliate oleh ClickBank

Coklat Minda

Layari Qasseh-Design Online Shop

Register ONLINE sekarang!

Nasrin Ibtisam Enterprise: e-Catalog

EXTRA INCOME, DAFTAR PERCUMA

www.labonda.com - LaBonda Collection

www.iluvislam.com

Program Didik Fitrah

Ceramic Busines Club, pemborong barang2 seramik

jom kita boikot barangan yahudi.sokong produk islam

Melicinkan Perjalanan Kenderaan Anda

kelab Jutawan

Mengatasi Masalah Kelakian Anda

Kursus Penternakan Lintah!

- HANYA RUANG IKLAN INI SAHAJA MASIH ADA KEKOSONGAN

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · AvantGo
    · Feedback
    · Forums
    · iklan
    · livep2p
    · Private_Messages
    · Shout_Box
    · Stories_Archive
    · Surveys
    · tkofm
    · Top
    · Video_Stream

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 4/5/2009

  Speaker mohon Sultan Perak tangguhkan sidang DUN
  Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak didakwa lagi
  7 sampul surat tender Toyota Camry diterima
  Rakyat penanda aras utama KPI - Najib
  Mesyuarat bincang isu agama anak tidak lama lagi
  Hafiz lepas dan bukan letak jawatan Ketua Pemuda Pas
  Kuala Lumpur dipilih menjadi tuan rumah KLCIC
  Dadah dalam kontena tak mungkin RM1 bilion - Musa
  Penjawat awam terbaik dihantar melanjut pelajaran
  Hanya ulama profesional layak untuk Presiden, Timbalan Presiden Pas
  Mahkamah Tinggi benar prosiding batal keputusan KDN
  4,000 kakitangan awam dijangka hadir sambutan Hari Pekerja
  Jangan buat kacau minta Pas letak calon di Penanti
  Asas ikatan kesetiaan dan bai'ah dalam sektor awam.
  Pro-Anwar dibidas
  500 mat rempit diperiksa
  GLC ternak ayam hapus monopoli
  Syabu satu kontena bernilai RM200j dirampas?
  Teruskan bina jambatan bengkok
  ‘Telah lama dipersetujui, ia tidak perlu diubah’
  Biar muktamar tentukan siapa layak
  Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli
  Perlis mahu ulama isi jawatan tertinggi
  Tidak ada dalam perlembagaan – Pas Melaka
  Demi maruah parti
  BN tidak perlu bertanding
  Keputusan letak jawatan Manoharan 4 minggu lagi
  Penanti: Hadi ulangi sokong calon PKR
  Kaji semula keputusan– Dr. Mujahid
  Zambry lapor polis tuduhan ADUN Titi Serong
  Saya tidak tahu langsung spekulasi Soi Lek - Tee Keat
  3 lagi kes H1N1 dikesan
  Babi dijangkiti virus H1N1 di Kanada
  50 rakyat Mexico diasing
  FBI peralat pelajar Islam di Amerika Syarikat
  Pakistan tubuh mahkamah rayuan Syariah
  Sri Lanka kritik negara Barat
  Sondhi dakwa pegawai tentera terlibat
  WHO elak umum tahap wabak
  Zoo musnah 3 babi hutan
  Jurulatih NFL patah tulang
  ADB sedia bantu negara Asia hadapi H1N1
  Ayah mahu pelihara anak
  Pekerja bagasi enggan punggah beg
  Antasari nafi terlibat kes bunuh
  Selatan Australia larang guna beg plastik
  Pencuri tersangkut atas bumbung

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Chit Chat

Only registered users can shout. Please login or create an account.

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: john11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 25153

People Online:
Visitors: 0
Members: 0
Total: 0

@TKO..

- DUA RUANG IKLAN MASIH KOSONG -

Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib
Dilulus terbit pada Tuesday, March 10 @ 23:38:04 MYT oleh alghaib

Artikel Oleh : Dato' Hj Wan Abd Muttalib Embong

A.      PERLEMBAGAAN
Perlembagaan adalah suatu undang-undang dan peraturan asas yang dikanunkan oleh se sebuah Negara atau Negeri yang berdaulat bagi kepatuhan kepada suatu sistem untuk menjalankan pemerintahan dan pelaksanaan dalam mentadbir  Kerajaan Negeri atau Negara berkenaan 

Chambers Twentieth Century Dictionary  mentaarifkan:           
“.. the act of constituting a system of laws and customs established by     the sovereign power of a state for its own guidance: an established    form of governmenat”
 



Terjemahan:           “… suatu perbuatan menghimpun satu sistem undang-undang dan adat   oleh kuasa kedaulatan sesebuah negara/negeri bagi menjadi asas panduan untuk pemerintahan kerajaan” 

E.C.S Wade & G. Godfrey Phillips dalam buku mereka ‘CONSTITUTIONAL LAW’ 7th Edition memberi pentafsiran berikut:
          

‘By a constitution is normally meant a document having a special legal santity which sets out the framework and the principal functions       of the organs of government of a State and declares the principles      governing the operation of those organs’.
 

Terjemahan:
           “Perlembagaan dalam keadaan biasa bermaksud satu dokumen yang        mempunyai kekuasaan perundangan  khusus yang meletakan prinsip        asas dalam pembahagian kuasa Kerajaan sesebuah negeri yang akan          mengisytiharkan kaedah-kaedah pelaksanaan atau operasi prinsip-    prinsip pemerintahan” 

B.      PERLEMBAGAAN MALAYSIA
          

Antara peruntukan Perlembagaan Malaysia yang relevan dalam perbincangan hari ini ialah:- 

Perkara 4   :        Undang-undang Utama Persekutuan
 Perkara 39 :        Kuasa Pemerintahan Persekutuan Perkara 40 :        Yang DiPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut                             Nasihat Perkara 43:         Jemaah Menteri  PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perkara 4   -        Undang-undang Utama Persekutuan (1)     Perlembagaan ini adalah undang-undang utama  Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.    
     
Perkara 39 -        Kuasa Pemerintahan Persekutuan Kuasa  pemerintahan bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang diPertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadua Kedua, kuasa itu bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Meenteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintahan kepada orang-orang lain. 

Perkara 40 -
        Yang diPertuan Agong hendaklah          bertindak                                          mengikut nasihat. 
(1)     Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang Persekutuan, Yang diPertuan Agong hendaklah bertindak mengikit nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang diPertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. 
(2)             Yang diPertuan Agong boleh bertindak menurut budibicara nya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut, iaitu:- 
(a)              melantik seorang Perdana Menteri, 
(b)             tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen; 
(c)              meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal yang tersebut dalam Perlembagaan ini. 

(3)     Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghendakki Yang diPertuan Agong bertindak pada menjalankan          tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah menteri- 

(a)       tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi           bicaranya; 
(b)             tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain.  
Perkara 43 -        Jemaah Menteri                  
(1)     Yang diPertuan Agong hendaklah melantik  suatu Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam hal menjalankan tugas-tugasnya. 

(2)             Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut, iaitu- 
(a)     Yang diPertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetui Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar (majoriti) ahli-ahli Dewan itu; dan 
(b)     atas nasihat Perdana Menteri, Yang diPertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dari antara ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen, 

(3)             Jemaah Menteri …………………………… 

(4)            
Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat maka, Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Yang diPertuan Agong membubarkan Parlimen

(5)             Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-menteri yang lain daripada Perdana Menteri adalah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong, melainkan jika perlantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya. 

C.      PERLEMBAGAAN  NEGERI PERAK
 

Perkara  VII        :      

  Sultan Memerintah Mengikut Undang-Undang
 His Royal Highness shall act towards all his subjects and all persons commorant within the State in an impartial manner, governing according to law” “DYMM hendaklah memberi layanan kepada semua rakyat Baginda dan kesemua orang yang tinggal dalam negeri dengan kesaksamaan dan memerintah mengikit undang-undang. …..”. PENJELASAN DYMM dalam setiap masa dan dalam semua keadaan sebagai Raja hendaklah menerima hakikat bahawa kesemua hak-hak dan kepenting rakyat diberi kesaksamaan tanpa mengambil kira keturunan, agama, budaya dan apa tah lagi fahamnan politik.  Ini bermakna pilihan rakyat dalam mana-mana pilihanraya dan keputusannya hendaklah diberi penghormatan termasuklah hak untuk membentuk kerajaan dan melaksanakan pemerintahan mengikut dasar parti masing-masing selagimana ianya dibuat dalam pengertian undang-undang yang berkuatkuasa atau undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. 

Perkara  X           :       
Kuasa Pemerintahan
 
Kuasa eksekutif negeri hendaklah terletak kepada DYMM dan dilaksanakan, melainkan diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan ini, oleh DYMM atau oleh EXCO atau oleh mana-mana ahli EXCO yang diberi oleh MMKN, tetapi fungsi eksekutif boleh melalui undang-undang diberi kepada mana-mana pihak berkuasa.”  
 
PENJELASAN Dalam istilah Perlembagaan dan pemerintahan Demokrasi berPerlimen dan Raja berPerlembagaan, DYMM Paduka Seri Sultan adalah sebahagian daripada Kerajaan dan pemerintahan.  Oleh itu Kuasa Eksekutif negeri adalah terletak kepada DYMM tetapi fungsi eksekutif  (executive function) bolehlah melalui undang-undang diturunkan kepada seseorang lain atau pihak-pihak berkuasa (authorities).  Namun demikian semua kuasa memerintah bagi negeri hendaklah dibuat di atas nama kebawah DYMM. 

Perkara XII         :     
   Perlantikan Menteri Besar
 
“(1)    DYMM hendaklah melantik, dengan surat perlantikan yang ditandatangani oleh Baginda dan memakai Mohor Negeri, seorang Menteri Besar menurut peruntukan perenggang (a) kepada Fasal 2 Perkara XVI”. 

(2)     Tiada sesiapa boleh dilantik sebagai Menteri Besar melainkan ianya adalah seorang keturunan Melayu dan menganuti Agama Islam: Dengan syarat DYMM boleh di atas budibicara Baginda mengenepikan sama ada satu atau kedua-kedua kehendak peruntukan  dalam Fasal terdahulu berkait dengan keturunan dan Agama Islam bilamana dalam pertimbangan Baginda ianya adalah lebih berketepatan untuk berbuat demikian.”   

PENJELASAN Perlantikan Menteri Besar Selepas Pilihanraya Umum Kuasa perlantikan Menteri Besar adalah hak mutlak DYMM dan tidak boleh dilakukan oleh orang lain.  Kuasa yang boleh dilakukan dengan budibicara sendiri DYMM ini akan dilaksanakan mengikut Perkara XII (1) dan XVI (2) (a). 

Tiada peruntukan dimana-mana dalam Perlembagaan Negeri Perak yang memberi kuasa secara jelas kepada DYMM untuk memecat/membatalkan perlantikan Menteri Besar yang telah dilantik Baginda.  Perkara XVI (2) (a) berbunyi: 
            “DYMM hendaklah mula-mulanya melantikan dahulu Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang ahli Dewan Negeri yang pada pandangan Baginda akan mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan itu;” dan 

Perlantikan Dalam Masa Dewan Dibubarkan 
Perkara XVI (2) memberi kuasa kepada DYMM untuk melantik Menteri Besar dalam keadaan Dewan dibubarkan iaitu dengan melantik seorang daripada Ahli Dewan Negeri sebelum ianya dibubarkan tetapi perlantikan itu hendaklah tidak boleh dilanjutkan sehingga selepas persidangan pertama Dewan Negeri yang baru melainkan Menteri Besar itu juga adalah Ahli Dewan yang baru.

Pilihanraya Ke 12 / Penubuhan Kerajaan Negeri
 
Adalah suatu fakta sejarah yang unik di Malaysia khususnya di Negeri Perak yang berlaku selepas keputusan Pilihanraya umum ke 12 (08.03.2008).  Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Negeri Perak sejak Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa putus.  Dalam Pilihanraya Ke 12 Parti-parti yang bertanding adalah: BN, PAS, PKR dan DAP. 

BN tidak mendapat majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang keputusannya adalah seperti berikut:-
(1)     Barisan Nasional (BN)                      -        28 kerusi
(2)     Parti Islam SeMalaysia (PAS)           -        06 kerusi
(3)     Parti Keadilan Rakyat (PKR)            -        07 kerusi
(4)     Democratic Action Party (DAP)       -        18 kerusi   
         Jumlah                                           -        59 kerusi
 

BN tidak menuntut/memaklumkan hasrat mereka kepada DYMM untuk menubuh  Kerajaan Baru.  PAS. PKR dan DAP yang tidak bergabung dalam Pilihanraya, telah bermuafakat dan bersetuju untuk memohon perkenan Ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan untuk menubuh Kerajaan Baru dengan gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat (PR).  

 Penggunaan Kuasa DYMM – Perkara XII dan XVI (2) (a) 
Paduka Seri Sultan telah memberi kuasa penyiasatan awal kepada Paduka anakanda Yang Teramat Mulia Raja Muda untuk mendapatkan keyakinan Baginda jika Pakatan Rakyat benar-benar memiliki dan boleh mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Negeri Perak.  Kesemua 31 orang Ahli Dewan dari Pakatan Rakyat telah dipanggil mengadap dan memberi pengakuan dan pengesahan bertulis di atas kemuafakatan yang akan diberi dalam Dewan Negeri nanti. Kesemua ke 31 Ahli Dewan daripada gabungan Pakatan Rakyat itu telah melafaz sembah persetujuan dan dimaklumkan telah diberi pengakuan secara bertulis:- (1)             Bersetuju mengabungkan diri dalam membentuk Kerajaan Baru dengan panggilan Kerajaan Pakatan Rakyat; dan 
(2)             Bersetuju menamakan Tuan Haji Ir. Mohammed Nizar bin Jamaliddin sebagai Menteri Besar. Dengan itu terbentuklah Kerajaan Baru, Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak dimana DYMM melalui instrument yang ditandatangani sendiri oleh Baginda Paduka Seri Sultan melantik Tuan Haji Ir. Mohammed Nizar bin Jamaliddin sebagai Menteri Besar.  

Perkara XXXVIA         :        Perlantikan Speaker
 

Setelah Kerajaan Baru Perak tertubuh, Dewan Negeri diperkenan oleh DYMM untuk bersidang dan YB V. Sivakumar telah dilantik Speaker mengikut Perkara XXXVIA (1)(a).  Di atas perlantikan tersebut Kerajaan Perak telah bejalan dalam keadaan normal dan pengurusan Negeri telah dilaksanakan. 

Perkara  XVIII    :        Sultan Hendaklah Bertindak Mengikut Nasihat
 
(1)     Pada menjalankan kewajiban-kewajiban Baginda menurut Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana jua undang-undang atau sebagai seorang ahli Majlis Raja-Raja maka hendaklah DYMM bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seorang ……………………” 

(2)     DYMM bolehlah bertindak dengan timbangan Baginda sendiri untuk menjalankan kewajiban-kewajiban di bawah ini (selain daripada kewajiban-kewajiban yang boleh dijalankan oleh Baginda mengikut timbangan Baginda sendiri menurut Perlembagaan persekutuan) iaitu:- 
(a)              Melatik menteri Besar, 
(b)             Menagguhkan (withholding) persetujuan Baginda berkenaan dengan permintaan hendak membubarkan Dewan Negeri, 

(3)     Tiada apa-apa dalam Perkara ini akan menjejaskan mana-mana peruntukan dalam mana-mana bahagian Perlembagaan yang menghendakki DYMM bertindak di atas nasihat atau dengan persetujuan mana-mana orang selain daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 

PENJELASAN
 
Menjalankan Kuasa Budibicara (Perkara XVIII (2) (a) dan (b) Peruntukan yang memberi kuasa bertindak di atas budibicara DYMM dalam melantik Menteri Besar itu tidak pula memberi kuasa kepada DYMM memecat Menteri Besar kerana Menteri Besar adalah milik Dewan Negeri.  Berbeza dengan perlantikan Speaker yang perlantikannya adalah kuasa dan hak Dewan Negeri dan pembatalan perlantikannya juga adalah hak Dewan Negeri. 

Permintaan Perkenan Pembubaran Dewan 
Permintaan perkenan oleh YAB Menteri Besar kepada DYMM supaya Dewan Negeri dibubarkan adalah pada pandangan saya suatu permintaan di bawah Perkara  XVIII (4) dimana DYMM boleh menangguhkan perkenaan Baginda dan mengarahkan Menteri Besar supaya terlebih dahulu balik kepada Dewan Negeri bagi menentukan sama ada Menteri Besar masih boleh menguasai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan.      

Perkara  XVI:     Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
 
Hilang Majoriti Dewan 
Perkara  XVI (6)  Perlembagaan Perak berbunyi:          “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. 

Terjemahan
 “Jikalau  Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada kebanyakan Ahli-Ahli Dewan Negeri, maka ketika itu, melainkan di atas permintaannya DYMM membubarkan Dewan Negeri, hendaklah ia menawarkan keberhentian Majlis Mesyuarat Kerajaan” 
 
PENJELASAN 
Sepertimana yang diperjelaskan di atas tadi, Menteri Besar yang hilang kepercayaan majoriti Dewan akan meletak jawatan bersama-sama EXCOnya dan dengan itu akan membuka laluan kepada Pilihanraya baru/semula untuk mendapat mandat baru rakyat.  Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak yang membolehkan DYMM memanggil kumpulan lain untuk menubuh Kerajaan.  Kuasa itu hanyalah diperuntukan kepada DYMM selepas keputusan Pilihanraya Umum sahaja. 

Dalam masalah Perak, YAB Menteri Besar yang merasakan kedudukannya tergugat oleh hilangnya tiga (3) orang Ahli Dewan daripada Pakatan Rakyat telah pun secara berperlembagaan memohon perkenan DYMM supaya Dewan Negeri dibubarkan sebelum undi tidak percaya berlaku.  Perbuatan sebegini adalah lumrah dan biasa dalam negeri yang mengamalkan demokrasi untuk diserah balik kepada kuasa rakyat untuk membuat penentuan.  

D.      PERMULAAN PERMASAALAHAN
                 
       
Pada 26hb. Januari, 2009  Ahli Dewan Negeri, Bota YB Datuk      Nasaruddin bin Hashim daripada UMNO-BN telah mengisytiharkan        keluar parti UMNO dan melomapt masuk Parti Keadilan (PR).  Ekoran daripada peristiwa itu dua (2) orang EXCO ia-itu:- 
(i)      YB Jamaluddin bin Mohd Radzi -    ADUN Behrang dan
(ii)     YB Osman bin Jailu                  -      ADUN Cangkat Jering 
didapati hilang dan gagal menghadiri urusan Kerajaan.  Berbagai cerita dan berita telah tersebar melalui berbagai sumber.  Spekulasi juga        dibuat oleh berbagai saluran sumber mengenai kekalutan politik di Perak. Akhirnya terdedahlah bahawa dua (2) orang EXCO yang hilang itu yang juga sedang dalam proses pembicaraan kes rasuah ke atas mereka akan meninggalkan parti. 

  Dalam keadaan yang mula kelamkabut itu YB Speaker Dewan Negeri    diberitakan telah menerima surat perletakan jawatan dua  Ahli Dewan   yang juga kedua-duanya EXCO telah tidak datang menjalankan tugas mereka.  

Berasaskan kepada surat perletakan jawatan itu, YB Speaker telah memaklum kan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tentang berlakunya kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu:- 
(a)              Kawasan Dewan Undangan Negeri Behrang, dan
(b)             Kawasan Dewan Undangan Negeri Changkat Jering. Megikut pengumuman yang dibuat, SPR tidak boleh menolak  surat perletakan jawatan dua orang ADUN (EXCO) tersebut itu, di atas alasan ketidaksahihan surat perletakan jawatan mereka dan memutuskan tidak akan mengadakan pilihan- raya kecil bagi kedua-dua Kawasan Dewan Undangan (a dan b) tersebut.

 Permohonan Pembubaran Dewan  
Pada 4hb Februari, 2009 YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar, Perak (YAB MB) telah diperkenan mengadap Ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan di mana YAB MB telah memohon sembah yang beliau sebagai ketua Kerajaan Negeri perlukan kepada mandat baru daripada rakyat dan memohon perkenan Paduka Seri Sultan supaya Dewan Negeri Perak dibubarkan.

 
DYMM menangguhkan perkenan kepada permintaan YAB MB dalam majlis mengadap itu. 

  Gangguan Barisan Nasional 
 Pada 5hb Februari, 2009 DYMM Paduka Seri Sultan telah memberi perkenan permohonan mengadap oleh YAB Datuk Seri Mohd Najid Razak, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia selaku Pengerusi, Badan Perhubungan Barisan Nasional, Perak (BN Perak). 

YAB Datuk Seri Mohd Najid telah memaklum sembah bahawa BN Perak dan penyokongnya dapat mengumpulkan sebanyak  31 kerusi yang menjadikannya memiliki majoriti dalam Dewan Negeri Perak dan dengan itu memohon perkenaan membentuk Kerajaan.

    DYMM Paduka Seri Sultan telah memerintahkan kesemu 31 Ahli Dewan Undangan Negeri yang di sembahkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najid untuk mengadap bagi mendapat kepastian sokongan mereka.  Kesemua 31 Ahli Dewan itu memberi jawaban yang positif. 

Selepas majlis tersebut, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana, DYMM Paduka Seri Sultan telah berpuashati bahawa YAB MB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang kepercayaan majoriti dalam Dewan Negeri.  Dengan menggunapakai peruntukan di bawah Article XVIII (2) (b) Perlembagaan Negeri Perak, DYMM Paduka Seri Sultan telah memutuskan untuk mengguna kuasa budibicara DYMM Paduka Seri Sultan bagi tidak memberi perkenan kepada permintaan YAB MB untuk membubarkan Dewan Negeri.  

Perlantikan Menteri Besar Kedua
 
Mengikut kenyataan yang dipetik sebagai berkata “Kenyataan di keluarkan dengan titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak” pada 06hb Februari, 2009: 
…Jika YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar bersama-sama ahli-ahli EXCOnya, jawatan Menteri Besar dan EXCO adalah di anggap kosong” 
Tiada peruntukan ‘Takliq’ dalam Perlembaggan Perak yang membolehkan jawatan Menteri Besar dan EXCO menjadi kosong melainkan mengikut:-          
(a)     Perkara XVI (6)             -        hilang majoriti dalam Dewan          
(b)     Perkara XVI (7)             -        pemberhentian di atas nasihat                                                                    Menteri Besar/ letak jawatan 

dan dengan itu akan membolehkan perlantikan Menteri Besar Baru bersama-sama EXCO yang baru dalam keadaan Kerajaan Negeri telah sedia ada. 

Tindakan di Luar Peruntukan Perlembagaan 
DYMM sepertimana juga Menteri Besar, Speaker, dan Ahli-Ahli Dewan, setelah dilantik sedemikian tidak tidak memiliki kuasa Perlembagaan untuk bertindak diluar peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada dan berkuatkuasa.  DYMM tidak memilik kuasa untuk bertindak sebagai badan penyaisat atau mengambil kuasa Dewan Negeri dengan memanggil 28 ADUN BN dan 3 ADUN bebas dan dengan itu membuat pengesahan bahawa  Kerajaan Pakatan Rakyat telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Negeri.  Kuasa budibicara melantik Menteri Besar yang ada kepada DYMM di bawah Perkara XVIII (2) (a) adalah kuasa dalam ketiadaan Kerajaan dan selepas keputusan pilihanraya umum diumumkan. Kuasa perlantikan Menteri Besar itu hendaklah dibaca bersama dengan Perkara XVI (2) (a).  

Perlantikan YB Dr. Zambry bin Abdul Kadir
 
Jelas daripada peruntukan Perlembagaan Negeri Perak bahawa perlantikan YB Dr. Zambry bin Abdul Kadir itu dibuat tidak mengikut Perlembagaan dan di luar daripada peruntukan Perlembagaan Negeri Perak dan ianya adalah satu perlantikan yang tidak sah dan ‘illegal’.  
(a)     Ianya tidak dibuat lanjutan daripada keputusan Pilihanraya mengikut Perkara XII atau XVI (2) (a), atau 
(b)     Perkara XVI (2) – dalam masa Dewan dibubarkan 
(c)      Menteri Besar yang dilantik secara sah masih ada. 

Apa Yang Sepatutnya di Lakukan Oleh DYMM 
Untuk memelihara ketegakan dan ketelusan penggunaan kuasa Raja supaya ianya tidak sahaja dilihat sebagai tidak berpihak, tetapi ianya hendaklah benar-benar dilakukan secara adil dan tidak memihak serta telus oleh DYMM dan dalam keadaan yang sedemikian DYMM sepatutnyalah:- 
(a)     memberi perkenan kepada permintaan Menteri Besar Datuk Seri Ir. Mohammad Jamaluddin, untuk serah kembali kepada penentuan suara rakyat iaitu pilihanraya baru negeri, atau 
(b)     memberi perkenan kepada persidangan Dewan Negeri dan memberi peluang kepada YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin menguji kebolehpercayaan Dewan Negeri kepadanya. 

Penolokan Pembubarab Dewan 
 
YAB MB telah di perintah mengadap dan telah dimaklumkan keputusan DYMM Paduka Seri Sultan yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Negeri berasaskan peruntukan Article XVI (6) Perlembagaan Negeri Perak dan seterusnya telah  memerintahkan YAB MB In Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar bersama-sama EXCOnya dan jika YAB MB gagal berbuat demikian jawatan Menteri Besar dan kesemua EXCO hendaklah dianggap telah dikosongkan dengan sertamerta. 

    KENYATAAN DARI ISTANA 
     “Selepas menerima mengadap kesemua 31 Ahli Dewan Undangan, DYMM Paduka Seri Sultan telah yakin yang YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang keyakinan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan” 

DYMM Paduka Seri Sultan telah mempertimbangkan sepenuhnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4hb Februari, 2009 sebelum mengunapakai kuasa budibicara Paduka Seri Sultan di bawah Article XVIII (2) (a) untuk melanti Menteri Besar. 

YAB MB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bersama-sama EXCOnya memilih untuk tidak meletakkan jawatan dan bertegas bahawa perlantikan beliau sebagai Menteri Besar akan hanya boleh dilucutkan oleh Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya (vote of no confidence) dan meneruskan tugas-tugas bersma-sama EXCOnya. 

Peruntukan Perkara XVI (6)  
 
          “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”   

PNJELASAN
 
Peruntukan Perlembagaan dalam Article XVI (6) sepatutnya dimengertikan megikut perkataan dalam ayat itu sendiri dan tidak diambil pengertian yang lain.  Ianya jelas mengatakan bahawa ‘Jika Menteri Besar hilang keyakinan sebilangan besar Ahli Dewan’.  Keyakinan itu mestilah datang dari dalam Dewan dan dibuat oleh Ahli Dewan dalam persidangan Dewan dan bukannya dalam penyiasatan oleh DYMM Paduka Seri Sultan dengan mengambil pengakuan daripada Ahli Dewan.  Tiada peruntukan dalam mana-mana Perkara dalam Perlembagaan Negeri Perak yang membolehkan DYMM Paduka Seri Sultan mengambil kuasa Dewan Negeri melalui pengakuan daripada Ahli Dewan untuk menentukan kehilangan kepercayaan Dewan terhadap seseorang Menteri Besar atau Kerajaan yang memerintah. Itulah kedudukan ‘Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan’.   

Berbeza dengan keadaan perlantikan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terdahulu kerana pada ketika itu belum ada perlantikan dan belum ada pembentukan kerajaan. Peruntukan Perlembagaan adalah iaitu:
 Perkara XVI 
(1)    Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula melantikkan dahulu Menteri Besar untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang ahli dewan negeri yang pada fikiran Baginda boleh mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli dewan itu’; dan (
2)     Baginda hendaklah dengan nasihat Menteri Besar itu melantikan tidak lebih daripada 10 dan tidak kurang daripada enam orang ahli-ahli yang lain diantara ahli-ahli dewan negeri.
 

Yang keduanya ialah DYMM Paduka Seri Sultan diberi kuasa dibawah Perkara XVI (2) (a) Perlembagaan untuk membuat perlantikan Menteri Besar mendahului mana-mana perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain (EXCO).  Selepas perlantikan Menteri Besar dibuat maka di atas nasihat Menteri Besar, Baginda akan melantik ahli-ahli EXCO. Tiada peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada DYMM Paduka Seri Sultan untuk melucutkan atau membatalkan perlantikan Menteri Besar setelah ianya dilantik melainkan melalui undi tidak percaya dalam Dewan Negeri. 

Berbeza dengan perlantikan dan pelucutan jawatan mana-mana ahli EXCO yang memegang jawatan dalam masa perkenan Ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan.  Itu pun DYMM Paduka Seri Sultan hanya boleh memberhentikan ahli EXCO di atas nasihat Menteri Besar yang mana DYMM Paduka Seri Sultan akan menerima nasihat Menteri Besar itu mengikut:- 

Perkara XVIII

(1)
“Pada menjalankan kewajiban-kewajiban Baginda menurut Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana jua undang-undangatau sebagai seorang ahli Majlis Raja-Raja maka hendaklah Duli Yang Maha Mulia bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan …….”

E.      KRISIS POLITIK DI PERAK
 

1.                
Perlantikan Menteri Besar Kedua   
Pada 6hb Februari, 2009 DYMM Paduka Seri Sultan telah memberi perkenan untuk melantik YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir ADUN Pangkor sebagai Menteri Besar.  Ianya menjadikan adanya Menteri Besar kedua bagi Negeri Perak.  Perlantikan itu telah bermulanya perbalahan politik dan krisis Perlembagaan di Negeri Perak. 

YAB Dato’ Dr. Zambry, sebagai Menteri Besar (kedua) seterusnya diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan untuk membentuk Kerajaan Negeri dengan perlantikan enam (6) orang EXCO.  Bilangan yang dilantik terkurang empat (4) orang daripada bilangan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri. Perbuatan itu menunjukkan suatu kejangalan bilamana  Menteri Besar Kedua dan Perdana Menteri telah berikrar bahawa perubahan kerajaan di Negeri Perak akan memberi peluang kepada rakyat negeri untuk menikmati pembangunan dan pertumbuhan yang lebih pesat serta perkhidmatan dan kebajian yang lebih mesra rakyat. 

2.       Dua Kerajaan Dalam Satu Masa    
Dengan perlantikan dan pemasyhuran kerajaan baru pimpinan BN itu bererti Negeri Perak mempunyai dua Menteri Besar dan dua Kerajaan dalam satu ketika.  Siapa pun mendakwa lebih berkuasa dan sah permasalaahan itu telah samapai kepada cabang ketiga pemisahan kuasa organ pentadbiran negaraiaitu Mahkamah.  Yang mendukacitakan ialah institusi istana turut terlibat secara langsung, dipertikai dan dipersendakan.  Ada pula yang mengambil kesempatan (UMNO-BN) untuk melebelkan anti perajaan, penderhakaan dan berbagai-bagai lagi desakan untuk pelaksanaan undang-undang yang akan menzalimkan sebahagian rakyat. Yang dibimbangkan ialah purak puranda, perbalahan kaum dan kehancuran kepada satu sistem yang selama ini telah pun diterima semua rakyat. 

3.       Kuasa Yang Terhalang    
YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bersama-sama EXCOnya bertegas untuk meneruskan mandat rakyat dan kuasa Perlembagaan yang diamanah ke atas mereka. Manakala Menteri Besar kedua, YAB Dato’ Dr. Zambry pula, tanpa segan silu berkeras dengan dakwaan bahawa beliaulah Ketua Kerajaan yang sah dan memulakan pemerintahannya dengan segala kemudahaan dan sokongan daripada Kerajaan Pusat dan jentera Kerajaan. 

Fenomina berganding kuasa sebegitu bukanlah menjadi suatu perkara luar biasa dalam pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia.  Terdahulunya ada usaha untuk manabalkan Raja kedua di Kelantan oleh UMNO, tetapi tidak kesampaian.  Kemudian dalam krisis kepimpinan kesatuan pekerja, kita pernah lihat wujudnya dua Kesatuan Pekerja. UMNO yang dibatalkan pendaftarannya didaftarkan semula dengan nama UMNO Baru dan dengan telanan masa kembali menjadi UMNO bersekali dengan usia UMNO lama.  

 4.       Tindakan Mahkamah   
YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengemukakan tuntutan kesahihan ke mahkamah.  Dalam keadaan kemelesetan keyakinan keadilan dan keraguan ketulusan pentadbiran kehakiman sekarang ini maka adalah terlalu awal untuk mana-mana orang yang dahagakan keadilan untuk meletakkan harapan melihat keadilan.  Oleh itu rakyat bolehlah memberi sokongan kepada hasrat majoriti umum yang disokong oleh President, Malaysian Bar supaya mandat rakyat diminta semula melalui pembubaran Dewan Negeri yang akan sekaligus menyelesaikan masaalah walau pun dalam keadaan ketelusan SPR masih dalam keraguan umum.  
 
5.       Tindakan Speaker    
Pada 19hb Februari, 2009 YB Speaker Dewan Undangan Negeri, YB V Sivakumar telah memanggil YAB Dato’ Dr. Zambry dan kesemua enam (6) orang  EXCOnya untuk menjawab pertuduhan dihadapan Jawatankuasa Terpilih (Committee of Privileges) Dewan lanjutan daripada aduan daripada YB Wong Kah Woh, Ahli Dewan Undangan Negeri, Canning, kerana telah berlaku pelanggaran Peraturan-Peraturan Dewan oleh YAB Datuk Dr. Zambry dan enam (6) orang EXCO baru di atas sebab telah mengambilalih Kerajaan Negeri melalui cara yang tidak berperlembagaan.  
Jawatankuasa Terpilih telah bertindak di bawah Seksyen 72 Peraturan Dewan untuk mendengar keterangan dan pembelaan daripada ketujuh-tujuh mereka yang dipanggil. Setelah mendengar dan delebrasi dibuat Jawatankuasa Terpilih telah berpuas hati bahawa kesemuanya gagal memberi pembelaan yang munasabah dan wajar dan dengan itu telah membuat rumusan bahawa terbukti perbuatan salahlaku oleh ketujuh-tujuh mereka dan menjatuhkan hukuman berikut yang akan disahkan oleh persidangan Dewan:- 
5.1     YAB Dato’ Zambry (MB) - Digangtung dari menghadiri  sidang Dewan selama 18    bulan; dan                                                                  
5.2     Enam (6) EXCO digantung dari menghadiri sidang Dewan selama 12  bulan  

F.      SIDANG KHAS DEWAN NEGERI
 Pengesahan Dewan  
YB Speaker telah memangil sidang khas Dewan yang antara lain:- 

1.1     Untuk mendapatkan pengesahan (endorsement) ke atas         keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih    mengenai penggantungan YB Datuk Dr. Zambry dan          keenam-enam EXCO yang didapati telah melakukan  kesalahan kerana merampas Kerajaan Negeri Perak  melalui cara yang tidak berperlembagaan. 

1.2     Untuk membuat keputusan bagi dipersembah perkenan DYMM supaya Dewan negeri dibubarkan. 

G.      PENUTUP
          
Krisis Politik dan krisis Perlembagaan di Negeri Perak itu akan memakan masa yang lebih panjang daripada jangkaan awal semua pihak.  Sekarang telah berlaku banyak tindakan mahkamah diambil yang akan melibatkan masa, kedudukan kuasa perundangan, hak-hak tersendiri tiga (3) cabang kuasa yang sepatutnya terasing iaitu:- 
(1)             Kuasa Dewan (Legislature),(
2)             Kuasa Eksekutif, dan
(3)             Kuasa Kehakiman. 
Dalam ‘doktrin’ pemisahan kuasa Dewan memiliki kuasa yang tersendiri dalam menentukan urusan dan prosedurnya.  Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Dewan tidak boleh dipersoalkan dalam Mahkamah.  Fungsi Mahkamah ialah untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan/Parlimen dan tidak boleh menyoal kesahihan perosidur Dewan dan kewajaran hukuman yang dibuat oleh Dewan seperti penggantungan hak seseorang Ahli Dewan. 

Walau pun pada ketika ini kuasa Speaker dilihat telah terhalang oleh kuasa jahat eksekutif (Pentadbiran dan Polis) yang menghalang sidang Dewan yang dipanggil oleh Speaker, kuasa Speaker masih tidak terjejas.  Speaker hanya boleh dibatalkan perlantikan/pecat oleh Dewan yang akan bersidang.  Mahu tidak mahu Dewan diwajibkan bersidang dalam satu tempoh yang tidak melebihi enam (6) bulan dalam satu-satu masa.  Bilamana Kerajaan Kedua mahu mengadakan sidang Dewan, Speaker yang sama juga akan memanggil Dewan.  Dalam masa itu Speaker masih boleh menggunakan kuasanya dalam mengurus kendalikan kerja-kerja Dewan mengikut kuasa yang diberi kepadanya oleh Perlembagaan dan Peraturan Tetap Dewan.  
 
Disedikan oleh:
Dato’ Wan Abd Muttalib bin Embong
07.03.2009   

           



Note: *Kertas kerja ini telah di bentangkan didalam seminar Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang diadakan pada 9.3.2009 di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu. 

 
Artikel Hari Ini

BERSIH seru rakyat berpakaian hitam pada 7 Mei

Elok Semua Pejabat UMNO dibuka Dalam Balai Polis

Jangan jadikan Internet sebagai medium bertelingkah

Rileks Sekejap:Hargai Ia Selagi Ada

Ketua Pemuda DPPN Sabah Lawat Tapak PASTI Baru Kinabatangan, SABAH.

GURU DIPAKSA KERJA SEMASA CUTI UMUM.

Menanti Keputusan UMNO Di Penanti..

Fenomena Pertahankan Nama Baik Babi - Agenda Sulit Musuh Islam

TPM yang berhujah seperti Ketua Pemuda UMNO Cawangan

Mengapa Ir Kahlid Samad dan Husam Musa tiba-tiba memberi komen?

[ Artikel seterusnya.. ]

Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about Artikel
· News by alghaib


Most read story about Artikel:

Ambik engkau Mukhriz...............

Kes Anwar Bertambah Pelik!

Saya kena hentam teruk -Dr. Agus

Cukai Kereta, Talipinggang Belakang, MPV Proton dan Perodua

99% Khabar Angin Adalah Benar! Hanya 1% Keliru

Article Rating
Average Score: 4
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


Associated Topics

Artikel

"Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib" | Login/Create an Account | 10 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: KRISIS POLITIK PERAK, MALAYSIA (Score: 1)
by hanif328 on Tuesday, March 10 @ 23:43:43 MYT
(User Info | Send a Message)
SON OF A GUN. Theres a lot of reading i gotta do here. i realized when i scrolled all way down and it'll take time to finish i guess. ok i go read...



Re: KRISIS POLITIK PERAK, MALAYSIA (Score: 1)
by osmantikos on Wednesday, March 11 @ 00:06:31 MYT
(User Info | Send a Message) http://youceramah.blogspot.com
Ceramah Anwar Ibrahim di Bukit Selambau [youceramah.blogspot.com]



Re: KRISIS POLITIK PERAK, MALAYSIA (Score: 1)
by adley on Wednesday, March 11 @ 02:15:16 MYT
(User Info | Send a Message)

ada perkara di terangkan 2 kali. walaubagaimana pun, terima kasih ayoh wang.

aku rasa ada terkhilaf dan masih belum terlambat untuk membetulkannya.

kembalikan hak rakyat kepada rakyat demi rakyat.




Re: Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib (Score: 1)
by emkay on Wednesday, March 11 @ 07:17:13 MYT
(User Info | Send a Message)
terima kasih, baru aku betul2 faham



Re: Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib (Score: 1)
by Batu-bata ([email protected]) on Wednesday, March 11 @ 09:44:03 MYT
(User Info | Send a Message) http://www.freewebs.com/batubata/
Cuba anda renungkan seketika sekiranya skrip diatas berlaku yang disebaliknya: iaitu BN tumbang dan dirampas oleh PR. Apakah tindakan BN (UMNO) pada Raja-Raja? Kalau dulu Tun Mahathir telah melucutkan sebahagian dari kuasa raja, teman tidak terkejut kalau Raja akan dimaki hamun dan disisih terus oleh UMNO.



Re: Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib (Score: 1)
by muryadi on Wednesday, March 11 @ 10:01:28 MYT
(User Info | Send a Message)
Faham sangat dah sekarang ni...Terimakasih Tok Wan..



Re: Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib (Score: 1)
by jerieng on Wednesday, March 11 @ 15:22:48 MYT
(User Info | Send a Message)
hheee... buat kertas kerja pulak lening ayah wang.. kertas ni buat kat ane.. trg ke korea hehehe...

p/s : dok dan aku nak bahang projek perak...



Re: Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib (Score: 1)
by C4boleh on Wednesday, March 11 @ 15:25:33 MYT
(User Info | Send a Message)
undang2 ni mana UMNO nak pakai.....
manipulasikan undang2 ada la,
janji dapat kuasa
gila kuasa....
......survive of the fittest



Re: Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib (Score: 1)
by muslimalay ([email protected]) on Thursday, March 12 @ 01:51:29 MYT
(User Info | Send a Message)
Penyelesaian kpd krisis ini adalah menyerahkan kembali mandat kepada rakyat utk menentukan kerajaan pilihan mereka melalui pilihanraya yang adil dan bersih.



Re: Krisis Politik Perak, Malaysia - Kertas Kerja Wan Mutalib (Score: 1)
by lelakidicermin on Wednesday, March 18 @ 12:19:12 MYT
(User Info | Send a Message)
mana munawir ni.....puas aku cari....oh...kat sidang akbar ali rostam....patut takde...balik nanti baca artikal ni. kang jgn ckp sikit2 titah sultan...mcm apa yg sultan tu ckp fatwa...


               
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
Runtuh lagi...

Sila Klik
6 Dis - satu lagi tragedi tanah runtuh yang dahsyat telah berlaku di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman [email protected]
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
Pahang daily
Sabahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
Perak Bersatu
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuriís Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo Lo
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
Betul Ka?
Lanh14
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
MalayaDaily
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
Pancak Bicara
Rencana Rakyat
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
DPP Gombak
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
Al Brangi
Beras Melaka
al-Futhuhat
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
Abu Bahsyir Al Muqry
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
Cili Merah
Hati Sufi
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
PAS Kelantan
PAS Kedah
PAS Negeri Sembilan
PAS Penang
PAS Melaka
PAS Selangor
PAS Pahang
PAS Johor
PAS N. Sembilan
PAS Perak
PAS Kedah
PAS Sabah
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
DPP Sarawak
DPP Pahang
DPP Kedah
DPP Penang
DPP Perak
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPPK Bagan Datoh
Pemuda Pengkalan Chepa
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
DPP Gombak
DPP Pertaling Jaya Sel
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
PAS Mengkebang
PAS DUN Jeram
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
PAS Caw. Shah Alam 2
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
AMK Serdang
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
Jabatan Amal 2
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
ApSeReNaPeTe
Keadilan Bayan Baru
Satu Pentafsiran
DPP Temerloh
Pasti Temerloh
Pasti Az-Zahra
N25 Bukit Selambau
Pena Perjuangan
Jangan Beli
Kembara Minda
Blogger Wawasan
Web Panas
Sekondakhati
Sidang Online
Corong Kita
Dr. Zulkifly Ahmad
DPP Kuala Langat
Blog Rantau
Hanafiah Ahmad
Limau Tambun
YB Dr. Nik Mazian
DPP Serdang
PP Sarawak
Mengejar Cahaya
Markaz Ehsan
al-Kerohi
Zul Mamak
sya~reformis
KopiCyber
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
Al-Muttaqin TV
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
[email protected] atau Webmaster : [email protected]

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.