Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO Versi 7  ·  Exit
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Advertising/Iklan

Skim pembiayaan koperasi

Al-Bai  Bithaman Ajil Tanpa Penjamin

Langsingkan badan selamat dan semulajadi selama 30 hari

Rawatan Tradisional Secara Islam

Bengkel Kereta anda dengan harga berpatutan

Smart Learning Skor A

CD ayat-ayat suci AlQuran Al-Rogyah Alyare'yah

Sihat Secara Semulajadi

Memiliki Perfume Egyptian Potion

ceramah terkini

Alphalipid

REVOLUSI Penjagaan KERETA

Minyak Wangi tanpa Alkohol - Pengedar diperlukan!!

Al Quran Digital

MLM berasakan buah manggis (VeMMA)(Vemmabuilder)

Lambang Lelaki Sebenar

Seminar e-Book

Krim untuk lelaki virile for men

jus manggis vemma

penapis air fnr2u

Rumah burung layang ingin dijual

MACAM2 ADA seperti produk sarang burung, DCL, Naco, Slim it yourself dan lain2 lagi...

Produk Jus Manggis Vemma

Ziarah Yaman

Penawar Masalah Mata

10 Ribu produk affiliate oleh ClickBank

Coklat Minda

Layari Qasseh-Design Online Shop

Register ONLINE sekarang!

Nasrin Ibtisam Enterprise: e-Catalog

EXTRA INCOME, DAFTAR PERCUMA

www.labonda.com - LaBonda Collection

www.iluvislam.com

Program Didik Fitrah

Ceramic Busines Club, pemborong barang2 seramik

jom kita boikot barangan yahudi.sokong produk islam

Melicinkan Perjalanan Kenderaan Anda

kelab Jutawan

Mengatasi Masalah Kelakian Anda

Kursus Penternakan Lintah!

- HANYA RUANG IKLAN INI SAHAJA MASIH ADA KEKOSONGAN

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · AvantGo
    · Feedback
    · Forums
    · iklan
    · livep2p
    · Private_Messages
    · Shout_Box
    · Stories_Archive
    · Surveys
    · tkofm
    · Top
    · Video_Stream

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 4/5/2009

  Speaker mohon Sultan Perak tangguhkan sidang DUN
  Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak didakwa lagi
  7 sampul surat tender Toyota Camry diterima
  Rakyat penanda aras utama KPI - Najib
  Mesyuarat bincang isu agama anak tidak lama lagi
  Hafiz lepas dan bukan letak jawatan Ketua Pemuda Pas
  Kuala Lumpur dipilih menjadi tuan rumah KLCIC
  Dadah dalam kontena tak mungkin RM1 bilion - Musa
  Penjawat awam terbaik dihantar melanjut pelajaran
  Hanya ulama profesional layak untuk Presiden, Timbalan Presiden Pas
  Mahkamah Tinggi benar prosiding batal keputusan KDN
  4,000 kakitangan awam dijangka hadir sambutan Hari Pekerja
  Jangan buat kacau minta Pas letak calon di Penanti
  Asas ikatan kesetiaan dan bai'ah dalam sektor awam.
  Pro-Anwar dibidas
  500 mat rempit diperiksa
  GLC ternak ayam hapus monopoli
  Syabu satu kontena bernilai RM200j dirampas?
  Teruskan bina jambatan bengkok
  ‘Telah lama dipersetujui, ia tidak perlu diubah’
  Biar muktamar tentukan siapa layak
  Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli
  Perlis mahu ulama isi jawatan tertinggi
  Tidak ada dalam perlembagaan – Pas Melaka
  Demi maruah parti
  BN tidak perlu bertanding
  Keputusan letak jawatan Manoharan 4 minggu lagi
  Penanti: Hadi ulangi sokong calon PKR
  Kaji semula keputusan– Dr. Mujahid
  Zambry lapor polis tuduhan ADUN Titi Serong
  Saya tidak tahu langsung spekulasi Soi Lek - Tee Keat
  3 lagi kes H1N1 dikesan
  Babi dijangkiti virus H1N1 di Kanada
  50 rakyat Mexico diasing
  FBI peralat pelajar Islam di Amerika Syarikat
  Pakistan tubuh mahkamah rayuan Syariah
  Sri Lanka kritik negara Barat
  Sondhi dakwa pegawai tentera terlibat
  WHO elak umum tahap wabak
  Zoo musnah 3 babi hutan
  Jurulatih NFL patah tulang
  ADB sedia bantu negara Asia hadapi H1N1
  Ayah mahu pelihara anak
  Pekerja bagasi enggan punggah beg
  Antasari nafi terlibat kes bunuh
  Selatan Australia larang guna beg plastik
  Pencuri tersangkut atas bumbung

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Chit Chat

Only registered users can shout. Please login or create an account.

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: john11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 25153

People Online:
Visitors: 0
Members: 0
Total: 0

@TKO..

- DUA RUANG IKLAN MASIH KOSONG -

Konsep Kepimpinan Ulama'
Dilulus terbit pada Sunday, May 03 @ 20:58:28 MYT oleh TokBatin

Artikel Pilihan Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi

 Menyokong Kenyataan :
Soohibus Samaahah al Ustaz Mohd Daud Al I'raaqi dan Ybg Dato' Hj. Mustafa A'li


Soohibus Samaahah al ustaz Mohd Daud al I'raaqi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat baru - baru ini telah menyuarakan pandangannya agar Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulama' .
Ybg Dato' Hj. Mustafa A'li Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga merupakan Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat turut menegaskan perkara yang sama ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kelmarin .

Dato' Mustafa Ali adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertanggungjawab menggagaskan Kepimpinan Ulama' dalam PAS pada tahun 1982 yang lalu . Saya kira beliau antara yang paling layak untuk mempertegaskan apakah yang dimaksudkan dengan konsep Kepimpinan Ulama' .

Beliau menyebut bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulama' sekaligus menyokong kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang baru - baru ini mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuk sebahagian dari pemimpin parti sendiri .

Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan pandangan kedua - dua tokoh tersebut . Saya memohon maaf berbanyak maaf dari semua pihak agar tidaklah pula saya menjadi sasaran kritikan selepas ini kerana menyokong pandangan kedua - dua tokoh pimpinan tersebut . Saya menyokong dan menyebutnya disini sekadar untuk berhujjah sementara saya menghormati pandangan - pandangan pihak lain .

Melalui hujjah sokongan saya kelak , saya akan pastikan bahawa saya tidak akan menyentuh jauh sekali mempertikai dan mendedahkan keaiban peribadi sesiapa . Malah sememangnya sejak dulu saya sangat berhati - hati agar tulisan saya tidak secara terbuka mendedahkan keaiban individu - individu tertentu . Saya hanya akan mengkritik hujjah dengan maksud hujjah lawan hujjah atau pandangan dinilai dengan pandangan yang kedua .

Konsep Kepimpinan Ulama'

Benar saya sangat bersetuju bahawa tiada hitam putih dalam perlembagaan parti [ PAS ] yang menyebut mengenai kedudukan Presiden dan timbalannya mestilah dikalangan ulama' dan inilah yang menjadi hujjah sebahagian dikalangan kita untuk tidak bersetuju dengan pandangan Ketua Dewan Ulama' dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tadi .

Namun begitu , semangat Kepimpinan Ulama' telah diterjemah tanpa sebarang pertikaian sejak mula Konsep kepimpinan Ulama' ini diterima pakai dalam parti dengan meletakkan Presiden , Timbalan Presiden dan salah seorang dari Naib Presiden adalah dikalangan ulama' . Sekian lama parti mengatur gerakkerja , mengkader jentera pelapis , memantapkan aqidah dan fikrah perjuangan dengan begitu lancar tanpa sebarang halangan dan pertikaian dikalangan ahli .

Malah , menerusi konsep Kepimpinan Ulama' inilah [ yang turut menyaksikan gandingan hebat dan mantap golongan ulama' dan profesional ] PAS telah berjaya membawa pulang kemenangan demi kemenangan malah turut membawa PAS berwajah hebat dan gah di persada politik tanahair .

Cuma kini , setelah PAS berada di mercu kejayaan maka timbullah pertikaian betapa Presiden dan Timbalannya tidak semestinya dikalangan ulama' . Lahirlah kalimah kepimpinan islam , Kepimpinan bertaqwa dan sebagainya bagi menjelaskan bahawa Kepimpinan Ulama' tidak lagi relevan masa kini . Mereka cuba untuk menggantikan konsep kepimpinan ulama' tersebut .

Persoalannya kenapa sekarang timbul pertikaian ini ? kenapa sekarang konsep yang telah diterima pakai sejak sekian lama mahu dipertikai ?

[ Apakah sejarah ulama' sepanjang abad akan berulang dalam parti ini ? Kita tentu masih ingat bagaimana nasib para ulama' yang turun ke medan juang memimpin ummah dan menggerakkan jihad menentang penjajah dan musuh - musuh Allah swt. di seluruh dunia , tetapi akhirnya apabila penjajah berjaya dihalau keluar dari tanahair mereka , maka golongan sekular naik menjadi pemerintah .

Inilah yang berlaku kepada Tengku Dawud Beureueh di Indonesia [ beliau berjaya memimpin dan menggerak para ulama' dan pelajar pondok bangkit menentang penjajah ] , namun setelah berjaya menghalau Belanda , Tengku Dawud Beureueh dipenjara dan Sukarno yang naik memerintah negara sebagai Presiden .

Demikianlah nasib para ulama' di negara - negara lain , [ sekadar menyebut beberapa contoh seperti Omar Mokhtar di Libya , Said Badiuzzaman An Nursi di Turki ] termasuk negara kita . Perjuangan menetang penjajah dimula dan digerakkan oleh para ulama' seperti Tuan Guru Hj. Hassan bin Munas di Pasir Puteh dan Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu yang akhirnya mereka di bunuh dan dibuang daerah , sementara yang mencipta nama untuk memerdekakan negara ialah Tunku Abdul Rahman yang tidak pernah menitis walau setitik darah dibumi bertuah ini .]

Saya bimbang ulama' hanya dijadikan seperti penolak kereta buruk . Sewaktu kereta itu rosak dan tidak mampu dihidupkan enjinnya , maka ulama' dipanggil untuk menolak kereta tersebut agar dapat membantu menghidupkan enjinnya . Malangnya , sebaik sahaja enjin kereta itu hidup dan dapat meneruskan perjalanan , kereta dan pemandunya terus meluncur laju kehadapan tanpa menoleh kepada orang yang bantu menolak kereta tersebut . sebaliknya hanya ditinggalkan asap sahaja buat mereka jauh sekali mahu mendengar ucapan terima kasih .

Apakah setelah ulama' berjaya mengembeling tenaga dan para kadernya sejak sekian lama membangunkan parti [ sehingga berjaya ke tahap ini ] , sekali lagi mereka akan makan asap ? asap hitam pulak tuu .....

Terima Kepimpinan Ulama' ?

Mereka berhujjah bahawa mereka menerima kepimpinan ulama tetapi Presiden dan Timbalan Presiden tidak mesti Ulama' . Sebaliknya kepimpinan ulama' itu dirujuk kepada tertubuhnya Majlis Syura Ulama' . " Lagi pun , mana ada dalam perlembagaan PAS bahawa Presiden dan timbalannya mesti ulama' ! .." begitulah hujjah dikemukakan .

Pertama : Saya teringat hujjah popular yang digunakan oleh Al marhum Ustaz Buniyamin Yaacob apabila berdepan hujjah yang mengatakan , kenapalah PAS beria - ia benar mahu menegakkan negara Islam sedang Negara Islam tidak tercatat di dalam rukun Islam mahupun rukun Iman .

Benar , tiada disebut mengenai negara Islam dalam rukun Iman dan rukun Islam . Tetapi ia menjadi semangat atau ruh yang mesti diperjuangkan setelah kita menerima rukun Islam dan rukun Iman . Samalah seperti basuh berak kata Al marhum ustaz Buniyamin . Perbuatan basuh berak tidak disebut dalam mana - mana rukun Iman mahupun Islam . Tetapi kenapa kita basuh berak ? atau ada sesiapa yang tidak basuh berak ? semata - mata kerana ia tidak termaktub dalam rukun Iman dan Islam .

Maksud saya , walaupun ketetapan " Presiden dan Timbalannya mesti dikalangan ulama' " tidak termaktub di dalam perlembagaan parti , tetapi semangat dan ruh Kepimpinan Ulama' adalah begitu . Mesti Presiden dan Timbalannya adalah ulama' .

Bagaimana mereka mendakwa bahawa mereka menerima konsep kepimpinan Ulama' tetapi tidak bersetuju Presiden dan Timbalannya dikalangan ulama' ?

Konsep Kepimpinan Ulama' yang mereka faham itu bagaimana ? dimana mereka meletakkan ulama' dalam kepimpinan ini ? Apakah cukup sekadar ulama' berada di saf kepimpinan PAS pusat seperti yang lain ... Jika ini maksudnya , maka tidak perlulah konsep Kepimpinan Ulama' tersebut dipakai dalam parti . Sebab .... tanpa konsep ini pun ulama' memang sedia wujud di dalam saff kepimpinan PAS Pusat .

Tentunya penerimaan konsep Kepimpinan Ulama' meletakkan keistemewaan tersendiri kepada parti di mana ulama' mesti diberi diberi kepercayaan untuk memimpin parti di kerusi tertinggi seperti Presiden dan timbalannya .

Ini tidak pula bermakna parti menafikan sumbangan tenaga pihak lain seperti aktivis parti dan para profesional . Mereka tetap bernilai dan berharga tinggi kepada parti sebagai supporter group kepada kepimpinan ulama' .

Kedua : Kalau kepimpinan Ulama' itu bermaksud Majlis Syura Ulama' , maka ia juga tidak menafsirkan keistemewaan Konsep Kepimpinan Ulama' yang diterima pakai selama ini . kerana .....Majlis Syura Ulama' ditubuhkan berfungsi bukan sebagai satu badan yang mengarah dan memimpin tindakan politik parti . Sebaliknya berfungsi untuk mengawal matlamat dan objektif perjuangan parti agar tidak terseleweng dari landasan syarak dan sekaligus berfungsi sebagai pemutus polisi parti dalam menetapkan misi dan visi parti .

Kalau dirujuk kepada perlembagaan parti Fasal 7 perkara 3 (a) (b) (c) kita dapat memahami bagaimana Kepimpinan Ulama' tidak terhenti dengan penubuhan Majlis Syura Ulama' tetapi mestilah Ulama' memimpin tindakan politik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden .

Kuasa Majlis Syura Ulamak menurut
Perlembagaan PAS pindaan 2001 Fasal 7 3 (a) (b) (c)

(a) Menghurai , menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana - mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya .

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana -mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak - kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan , gerakan dan pentadbiran PAS .

(c) Memelihara , menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli - ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam fasal 75 Perlembagaan ini .

Kenapa Timbalan Presiden juga mesti Ulama'

Timbalan adalah peganti kepada Presiden diwaktu ketiadaannya malah boleh dikatakan Timbalan Presidenlah bakal menggantikan Presiden pada masa yang akan datang secara tradisinya . Justeru itu , mereka yang mahu sampai ke kerusi Presiden juga mestilah ulama' . Saya tidak menyebut siapa ? apa namanya ? tetapi saya menyebut ulama' .

Asal hukum wudhu' tidaklah wajib , tetapi apabila mahu mendirikan solat sedang solat itu hukumnya wajib dan wajib pula bersih dari hadas maka wudhu' menjadi wajib . Teori atau kaedah yang sama boleh dimanafaatkan , Oleh kerana Presiden mesti dikalangan ulama' , sedang timbalannya akan mengambil tempat Presiden dikala ia tiada atau berkeuzuran , maka timbalan Presiden juga mestilah dikalangan ulama' .

Ulama' yang saya maksudkan

Ulama' yang tinggi ilmunya , beriman , bertaqwa dan beramal dengan ilmunya . Ulama' yang turun ke medan berjuang menegakkan agama Allah swt disamping itu , ulama' ini berkeupayaan menggerakkan jentera dan organisasi . Mengurus gerakkerja dan mengatur pentadbiran parti .
Insyaallah , ulama' seperti ini ramai di dalam parti .

Wajar dan syari'enya ulama' memimpin kerana ilmu dan taqwa yang mereka miliki . [ ertinya ulama' yang tidak bertaqwa atau ulama' as suu' ( jahat ) terkeluar dari perbahasan ini walau ia alim .]

Ulama' ni banyak jenis . baru - baru ni heboh satu Malaysia marahkan sahabat saya ustaz Nik Mohd Abduh menyebut pasal Ulama' Mee Celup . Ada pula seorang mufti segera menyampuk bahawa tiada dalam Islam gelaran Ulama' Mee Celup . [ teringat saya pada seorang kawan saya yang digelar Wan mee Celup ]

Islam melalui al quran dan sunnah nabiNya saw banyak tempat menyebut perihal ulama' yang jahat atau juhala' yang mengaku alim .[ saya tidak sempat membawa dalil naqli - jika perlu saya postkan kemudian insyaallah ]

Ada ulama' bisu , ada ulama' suu' [ jahat ] . Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah menyebut Ulama' Terompah Kayu dan saya selalu guna Ulama' Kuda Kepang . Ertinya ulama' yang berilmu tetapi mudahnya mereka tidak beramal dengan ilmu yang ada pada mereka . Menyembunyikan kebenaran dan menggunakan ilmu hanya kerana kepentingan periuk nasi , yang ini saya kata Ulama' Rice Cooker .

Ustaz Nik Mohd Abduh sebut Ulama' Mee Celup tu untuk menggambarkan mereka yang jahil tetapi mengaku atau berlagak alim , akhirnya banyaklah salah dan silapnya dalam membawa kefahaman kepada ummah . Jika dia memang alim dan tahu Islam maka dia bukan Ulama' Mee Celup ..... usahlah gusar .

 
Artikel Hari Ini

BERSIH seru rakyat berpakaian hitam pada 7 Mei

Elok Semua Pejabat UMNO dibuka Dalam Balai Polis

Jangan jadikan Internet sebagai medium bertelingkah

Rileks Sekejap:Hargai Ia Selagi Ada

Ketua Pemuda DPPN Sabah Lawat Tapak PASTI Baru Kinabatangan, SABAH.

GURU DIPAKSA KERJA SEMASA CUTI UMUM.

Menanti Keputusan UMNO Di Penanti..

Fenomena Pertahankan Nama Baik Babi - Agenda Sulit Musuh Islam

TPM yang berhujah seperti Ketua Pemuda UMNO Cawangan

Mengapa Ir Kahlid Samad dan Husam Musa tiba-tiba memberi komen?

[ Artikel seterusnya.. ]

Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about Artikel Pilihan
· News by TokBatin


Most read story about Artikel Pilihan:

'Najib janji RM50 juta untuk lompat parti'

Nizar yang dikagumi

"Tersalah Pilih Calon BN - Pak Lah Serba Salah!"

Pemuda UMNO berbogel terjun tingkap

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"Konsep Kepimpinan Ulama'" | Login/Create an Account | 21 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by faizalzainol on Sunday, May 03 @ 21:14:00 MYT
(User Info | Send a Message)
"tiada disebut mengenai negara Islam dalam rukun Iman dan rukun Islam . Tetapi ia menjadi semangat atau ruh yang mesti diperjuangkan setelah kita menerima rukun Islam dan rukun Iman . Samalah seperti basuh berak kata Al marhum ustaz Buniyamin . Perbuatan basuh berak tidak disebut dalam mana - mana rukun Iman mahupun Islam . Tetapi kenapa kita basuh berak ? atau ada sesiapa yang tidak basuh berak ? semata - mata kerana ia tidak termaktub dalam rukun Iman dan Islam."

laaa.. ape kaitan dgn basuh berak pulak ni?... analogi yg lemah tidak perlu dipetik :P .. mohon diulaskan secara profesional :) ape pulak kaitan basuh berak dgn rukun Islam dan Iman? berila contoh yg bernas, logik dan profesional sikit :P



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by hangdebat on Sunday, May 03 @ 21:31:58 MYT
(User Info | Send a Message)
wei mamat kerantong, ker malu nak tulis kerantong, tulis tantawi  boleh bleh ler, kalau ko nak sgt ketua pemuda PAS, ko angkat jer laaa, kalau dah takder dlm perlembangaan PAS ngatakan presiden ataupun timbalan presiden tu mesti taraf ulamak, so per masalahnyer, jgn nak memperlekeh org dari jurusan ilmuan lain lah bro, jgn nak hadkan dan dijadikan issue ler mender2 gini,  atau PAS hanya parti untuk ulamak jer, apsal hang takut nak cakap gitu, atau org2 jurusan ilmuan lain hanyalah layak menjadi pak turut jer dalam PAS,,masa nak undi PRU, PAS for ALL, tp masa nak ngundi dalaman PAS, jawatan PAS hanya utk ulamak dan ustaz jer, 



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by faizalzainol on Sunday, May 03 @ 22:14:38 MYT
(User Info | Send a Message)
PAS (parti Islam semalaysia) bukan PUS (parti ulama' Malaysia).. slogan PAS.. Membangun Bersama Islam.. bukan Membangun Bersama Ulama'....

dengan mensyaratkan Ulama' (berkelulusan agama) sebagai Presiden dan Timbalan Presiden ini menunjukkan PAS tidak terbuka dan tidak demokrasi serta tidak menghormati Perlembagaan PAS sendiri.

Sewajarnya mana-mana pemimpin PAS yang memiliki karisma, potensi dan kelayakan disamping memiliki kefahaman Islam yang mendalam diangkat, bukan semata-mata dari golongan ulama saja.

kalau ingin meletakkan syarat Presiden dan Timbalan Presiden dikalangan ulama saja, saya cadangkan supaya.. Tubuh saja parti baru.. Parti Ulama SeMalaysia (PUS).. letakkan dalam perlembagaan PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, S/U, BENDAHARI semuanya ULAMA..

Cikgu Pa cadangkan supaya Presiden dan Timbalan dipilih dikalangan Ulama' tetapi beliau dulu melawan Ulama' untuk jawapan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar terdahulu. ini menunjukkan satu pendirian yang tidak konsisten dan seolah2 sengaja untuk menafikan "hak" individu tertentu untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.




Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by muryadi on Sunday, May 03 @ 22:15:22 MYT
(User Info | Send a Message)
Kepada ahli2 PAS dimana masing2 berhak memberi pandangan, maka saya juga ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Mustapha Ali, Ustaz Tantawi dan seangkatannya supaya mengekalkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

Biarlah jawatan Presiden dan timbalannya terdiri dari ulamak.

Sekian.



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by passsss on Sunday, May 03 @ 23:38:16 MYT
(User Info | Send a Message)
saya sokong dan akan pastikan undi saya sbg perwakilan nanti utk mempertahankan kepimpinan ulama.
Presiden dan Timbalan mesti ulama. Lebih-lebih lagi calon-calon bukan ulama yg nak lawan Timbalan Presiden nnti amat diragui akhlak dan ilmunya.



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by rakyatmalaysia on Sunday, May 03 @ 23:50:34 MYT
(User Info | Send a Message)
Salam, istana dan kerajaan negeri kelantan difitnah di blog ini :

http://www.rajayangzalim.blogspot.com/


Satu blog telah dibina untuk menangkis fitnah yang mahu meruntuhkan kerajaan pakatan rakyat kelantan serta mencemarkan imej istana kelantan. iaitu :


http://www.rakyatkelantan.blogspot.com/ [www.rakyatkelantan.blogspot.com]



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by Sober on Monday, May 04 @ 00:07:28 MYT
(User Info | Send a Message)
aku pn setuju.. Presiden dan Timbalan mesti Ulama..perjuangan lebih terjamin

yg no 3, 4 seratus bule taruk sesapa saja..
aku ni pn terdiri drp golongan professional, bg aku xada masaalah duk no 3 ker 100 ker..asalkan dpt sumbang tenaga membangun bersama Islam..



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by lovekelantan on Monday, May 04 @ 00:22:53 MYT
(User Info | Send a Message)
Betul juga. Tahun 2003 dulu (baru enam tahun lepas -melayu mudah lupa kot), Mustafa Ali lawan Ust Hasan Sukri untuk Timbalan Presiden. Bila masanya Mustafa Ali jadi Sahibul samahah. Tiba-tiba semalam kata mesti Ulama sebagai Timbalan Presiden.
Ustaz Tantawi tak payah le ambil hujah ni. Buat jatuh keliru saja.



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by AladDeen on Monday, May 04 @ 01:11:15 MYT
(User Info | Send a Message)
Aku sokong Ulama. Nabi dah pesan... pengganti para nabi adalah ulama'. Abu bakar, ulama. Umar, ulama. Usman, Ulama. Ali, ulama. Yang penting pemimpin yang MEMBIMBING kita agar tak tergelincir dari jalan diredhoi Allah. Professionals Mukmin kena supprot jugak. TD Mahatihir juga professional, power, tapi....



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by mohdz on Monday, May 04 @ 01:40:53 MYT
(User Info | Send a Message)
Ana juga setuju presiden dan timbalan adalah dari ulama.



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by vitagene on Monday, May 04 @ 03:15:42 MYT
(User Info | Send a Message)
Geng profesional kemaruk sangat nak pegang jawatan beso...depa rasa depa hebat dan handal,depa pandang lekeh kat ulama,depa dok fikir yang depa ni ilmu profesional terer,ilmu agama pon apa kurangnya,amalan,niat,tujuan depa pon sama jer dgn ulama,so aper masalahnya depa kata,berbanding ulama yang cuma tau ilmu agama jer,bab ekonomi,bab pentadbiran dsbnya bukannya ulama reti......hish..meluat sungguh la aku dgn geng-geng ni,kalo profesional yg tak gila jawatan tu tak pa la...



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by Notebook on Monday, May 04 @ 03:21:45 MYT
(User Info | Send a Message)

Salam,

PAS pun nak jadi mcm umno??? dah ada trend label-melabel pulak...

jangan nanti rakyat melihat bahwa pas ni sama jer dgn umno....berebut jawatan sampai pecah parti!!!!!

ustaz keratong ni makin rajin tulis dlm blog semenjak-duamenjak ni???

jangan la masuk bakul angkatr sendiri..org kg kenal siapa kamu....

perangai mcm ni la buat pas makin dijauhi dan bukan islam jadi takut.

totok dan taksub.....

maaf...





Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by ainamirah3397 on Monday, May 04 @ 10:48:42 MYT
(User Info | Send a Message)
SALAM,

ANA SEBENARNYA BUKAN DARI PENGAJIAN AGAMA MALAH KURANG ILMU AGAMANYA BERBANDING KALIAN SEMUA. NAMUN ANA YAKIN DAN MENYOKONG PENUH CADANGAN PRESIDEN DAN TIMBALANNYA ADALAH GOLONGAN ULAMA.

ANA BIMBANG, BIARPUN GOLONGAN PROFESIOANAL ITU MEMILIKI KETAKWAAN YANG TINGGI TANPA MENDALAMI ILMU AGAMANYA PASTI MUNGKIN AKAN BERLAKU PENYALAH TAFSIRAN TENTANG SESUATU PERKARA ITU AMAT TINGGI BERBANDING DENGAN KEPUTUSAN OLEH KUMPULAN ULAMA-ULAMA YANG SENTIASA BERSADARKAN AL-QURAN DAN HADIS YANG BEGITU FASIH DAN TELAH SEBATI DALAM DIRI MEREKA.

JANGANLAH KITA BARU SETAHUN JAGUNG MENIMBA ILMU AGAMA DAH CUBA BERLAGAK ALIM. TAK SALAH KITA SEBAGAIO PENGIKUT SETIA MEMPERJUANGKAN DAN MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA DENGAN HATI YANG ILKHLAS KERANA ALLAH MALAHAN LEBIH MULIA DARI MENGEJAR MENJADI NOMBOR WAHID DALAM PARTI TANPA MENDAPAT APA-APA KEBERKATANNYA.

SERUAN ANA, USAHLAH KITA BEREBUT UNTUK DUDUK DI KERUSI NOMBOR WAHID JIKA KITA TIDAK BERKEMAMPUAN ATAU SEDALAM ILMU. KAIL SEJENGKAL USAHLAH DIDUGA LAUTAN YANG LUAS. BERIKAN SAHAJA KEPADA MEREKA YANG BENAR-BENAR ARIF LAGI BERKEMAMPUAN MENTADBIR PARTI YANG KITA SAYANGI INI. INSYA-ALLAH TUAHAN AKAN MEMBERIKAN YANG LEBIH BAIK KEPADA KALIAN NANTI.......

WASSSALAM.  


ISLAM FIRST





Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by faizalzainol on Monday, May 04 @ 10:50:56 MYT
(User Info | Send a Message)
Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1:*{behavior:url(#ieooui) } /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-ansi-language:#0400; mso-fareast-language:#0400; mso-bidi-language:#0400;}

aku setuju dgn love kelantan...

pendirian tidak konsisten beliau menunjukkan ada udang disebalik batu dalam usaha menafikan "hak" individu tertentu utk dipilih ke posisi tertentu.

bagi saya.. tiada masalah untuk menyerahkan posisi presiden dan timbalan presiden kepada bukan golongan ulama'. Ini dibuktikan oleh Presiden Iran yang jelas bukan dari golongan ulama, begitu juga Presiden Parti Keadilan Sejahtera, Indonesia yang dipimpin oleh Jurutera Profesional Ir. Titaful dan banyak lagi. Kita dalam proses memprofesionalkan ulama' dan mengulama'kan profesional, sewajarnya keadilan diberikan kepada kedua-dua belah pihak berdasarkan karisma, kemampuan dan kelayakan menyeluruh, bukan semata-mata nilai "ulama" dijadikan kayu ukur.




Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by untukku_anakcucuku on Monday, May 04 @ 11:44:36 MYT
(User Info | Send a Message)
Kepimpinan Ulamak perlu dilihat merangkumi dua keadaan iaitu bentuk dan isi. Buat masa ini kedua-dua keadaan tersebut belum wujud dan sebati sepenuhnya dalam setiap batang tubuh seseorang ahli PAS yang ingin dinobatkan sebagai pemimpin nombor 1 dan 2 tertinggi sehingggalah suatu masa nanti, insyaAllah. Hujah ini berdasarkan kepada proses yang ingin mengulamakkan profesional dan memprofesionalkan ulama yang sedang berlaku sekarang. Hingga tika dan saat itu sampai, kekalkan hierarki yang ada, ini yang terbaik untuk masa ini.


Ya, PAS untuk semua, tetapi kepimpinan menuntut kelayakan, kekuatan dan amanah. Dan, tidak semua ahli PAS mempunyai ciri-ciri kepimpinan ulama sempurna dalam bentuk dan isi.



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by DINOBRAVO on Monday, May 04 @ 11:55:58 MYT
(User Info | Send a Message)
Nasib baik Ibrahim Ali tak jadi ahli PAS kalau tidak dia pun nak tanding Jawatan Presiden atau pun Timbalan Presiden PAS.

Apa pun Slogan "Membangun bersama Islam' dan "Bersama kepimpinan Ulama"
adalah begitu sinonim dan harus dikekalkan.



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by khaer27 on Monday, May 04 @ 15:01:24 MYT
(User Info | Send a Message)
Ceramah Datuk Seri Nizar Jamaludin 9 Mei 2009, maklumat lanjut kunjungi:

http://pasfeldaawah.blogspot.com/ [pasfeldaawah.blogspot.com]

http://pasfeldaawah.blogspot.com/ [pasfeldaawah.blogspot.com]

http://pasfeldaawah.blogspot.com/ [pasfeldaawah.blogspot.com]



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by brader_rez on Monday, May 04 @ 15:09:03 MYT
(User Info | Send a Message)
BAgi saya, gabungan antara ulama' dan professional membuatkan PAS lebih cantik dan senang diterima oleh semua ... PAS for All kan?

Baca artikel dari IR Khalid Samad ...

http://www.khalidsamad.com/2009/05/persoalan-kepimpinan-ulama.html

Hadi Awang + Husam Musa = PAS Mantap!!



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by unanjaga on Monday, May 04 @ 15:43:58 MYT
(User Info | Send a Message)
Kekuatan pada setiap perjuangan islam itu bergantung pada kepimpinan ulama yang ada didalam nya,ulama juga bolih kita ibaratkan sebagai nadi pengerak yang mempunyai kekuatan ruh yang memberi infak atau natijah yang cukup besar pada pengikut nya.Dan dalam islam juga telah diperintahkan untuk kita memilih pemimpin yang mempunyai sifat taqwa yang tinggi(ulama yang benar).Olih itu adalah menjadi kewajiban pada kita untuk mengekalkan apa jua pemimpin yang masih lagi berkonsep ulama.InsyAllah perjuangan itu akan tetap berada pada garisan yang masih lagi berpijak pada pertunjuk Allah.



Re: Konsep Kepimpinan Ulama' (Score: 1)
by Doreamon on Monday, May 04 @ 16:47:15 MYT
(User Info | Send a Message)
Ulamak atas, para profesional bawah ulamak...baru ok...


               
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
Runtuh lagi...

Sila Klik
6 Dis - satu lagi tragedi tanah runtuh yang dahsyat telah berlaku di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman [email protected]
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
Pahang daily
Sabahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
Perak Bersatu
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuriís Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo Lo
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
Betul Ka?
Lanh14
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
MalayaDaily
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
Pancak Bicara
Rencana Rakyat
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
DPP Gombak
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
Al Brangi
Beras Melaka
al-Futhuhat
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
Abu Bahsyir Al Muqry
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
Cili Merah
Hati Sufi
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
PAS Kelantan
PAS Kedah
PAS Negeri Sembilan
PAS Penang
PAS Melaka
PAS Selangor
PAS Pahang
PAS Johor
PAS N. Sembilan
PAS Perak
PAS Kedah
PAS Sabah
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
DPP Sarawak
DPP Pahang
DPP Kedah
DPP Penang
DPP Perak
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPPK Bagan Datoh
Pemuda Pengkalan Chepa
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
DPP Gombak
DPP Pertaling Jaya Sel
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
PAS Mengkebang
PAS DUN Jeram
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
PAS Caw. Shah Alam 2
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
AMK Serdang
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
Jabatan Amal 2
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
ApSeReNaPeTe
Keadilan Bayan Baru
Satu Pentafsiran
DPP Temerloh
Pasti Temerloh
Pasti Az-Zahra
N25 Bukit Selambau
Pena Perjuangan
Jangan Beli
Kembara Minda
Blogger Wawasan
Web Panas
Sekondakhati
Sidang Online
Corong Kita
Dr. Zulkifly Ahmad
DPP Kuala Langat
Blog Rantau
Hanafiah Ahmad
Limau Tambun
YB Dr. Nik Mazian
DPP Serdang
PP Sarawak
Mengejar Cahaya
Markaz Ehsan
al-Kerohi
Zul Mamak
sya~reformis
KopiCyber
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
Al-Muttaqin TV
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
[email protected] atau Webmaster : [email protected]

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.