Balu Aktivis PAS Cawangan Shah Alam 2 Kritikal
Tarikh : Wednesday, December 31 @ 23:30:00 MYT
Topik : Darihal Muslimat


Hajjah Rokiah (kanan) semasa sihat sedang berbual dengan YB Dr Dzulkefly Ahmad semasa penyampaian sumbangan Aidilfitri baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua Hajjah Rokiah (balu kepada Arwah Kamal) kini berada di Hospital Kuala Lumpur kerana sedang menjalani rawatan akibat penyakit barah.

Puan Hajjah Rokiah, pengidap barah kini adalah seorang ibu tunggal yang sedang menyara 4 orang anak yang masih kecil dan sedang bersekolah.

Arwah suami beliau, yang juga merupakan seorang aktivis PAS Shah Alam 2, dan pernah menjawat jawatan Bendahari Cawangan telah kembali ke rahmatullah semasa menunaikan haji di Makkah setahun yang lalu.

Menurut wakil Muslimat PAS Puncak Alam yang sempat menziarahi beliau baru-baru ini di Wad Radiologi dan Onkologi, HKL, keadaan beliau amat kritikal dan tutur kata beliau amat lemah.

Sebarang bantuan boleh disalurkan kepada Wakil PAS Shah Alam 2, Puncak Alam, Hj Zainuddin Sharif di talian 013-3331681.

Baca lanjut di Blog PAS Shah Alam 2 di http://www.sa2pas.co.cc


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1002