Blog Hunter V2: Perisian Pencari Blog Percuma
Tarikh : Monday, March 02 @ 20:55:59 MYT
Topik : Teknologi & ICT


Assalamualaikum WBT.

Pada hari ini, saya ingin memperkenalkan anda sebuah perisian percuma yang diberi nama 'Blog Hunter'.

Blog Hunter ini berfungsi mencari blog-blog yang mempunyai bidang yang
kita sukai
dengan memasukkan kata kunci yang berkaitan.

Blog-blog yang akan dicari oleh perisian ini adalah blog yang tidak menggunakan fungsi "nofollow".

Keistimewaan software ini adalah, kita boleh mengenal pasti isi-isi blog yang mempunyai persamaan dengan bidang blog/website kita, seterusnya menambah pengetahuan dan penguasaan terhadap bidang yang kita pilih.

Kita juga boleh meninggalkan komen di blog yang tersenarai dan ini akan menyebabkan 'backlink' ke blog/website kita menjadi lebih banyak.

Bila back link sudah bertambah, trafik pun akan bertambah dan reputasinya pun akan bertambah. Macam tu lah perkiraannya.

Selain itu, anda juga boleh menjual software ini atau boleh diberikan sebagai bonus atau hadiah, selagi mana fungsi software ini dikekalkan.

Software tersebut boleh dimuatturun secara percuma melalui link di bawah:

www.pelajarjutawan.com/freepackages

Selamat Mencuba.




Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3117