Sombonglah dengan musuh kamu..
Tarikh : Monday, March 02 @ 21:08:54 MYT
Topik : Tazkirah


Kita diajar bahawa dalam Islam, kita mestilah tawaduk kepada sesama Islam tetapi hendaklah tegas kepada musuh Islam. Musuh Islam disini bukan bererti kapir sahaja tetapi juga Islam yang memusuhi Islam itu sendiri. Ada ke?

Munafik tu dia kata dia berugama Islam dan nama dia pun Mohd Islam b Mohd Muslim, tapi munafik berdengung. Pada hakikatnya dia tidak Islam tetapi dia mengaku Islam. Orang macam ni ramai ke di Malaysia. Nak tau lagi? Berlambak-lambak macam durian waktu murah.

Adakah semua kapir pulak kita mesti musuhi dan tegas? Bukan , nahi, nahi... ada kapir yng baik dengan Islam, dia tak memusuhi malah dia menolong Islam , yang ni kita kena tawaduk dan hormati dia. Dia tak Islam bukan kerana dia tak maukan Islam, tapi Allah belum bagi hidayah. Sebab tu pentingnya jaga iman diketika kita telah diberikan hidayah oleh Allah. Bapak saudara Rasulullah sendiri mati dalam kekafiran. Adakah dia musuh Islam? Tidak sekali, tetapi dia banyak membantu Rasulullah dalam mengembangkan Islam. Malah Rasulullah amat sedih apabila bapa saudaranya meninggal dalam kekafiran. Maka Allah mengingatkan Rasulullah bahawa tugas rasul hanya menyeru  manusia ke dalam Islam, Samada mereka manganut Islam atau tidak itu terpulang kepada Allah. Malah ramai sahabat aku yang kapir tapi dari segi pengetahuan Islam , rasanya hebat daripada datok mufti yang sokong pemimpin zalim. Itulah hakikatnya..

Maka hakikatnya , kalau musuh Islam saja, tak kiralah dia nama apa, IC dia agama apa, bangsa apa, kaya ke miskin, comel ke tak, maka kita yang mendaulahkan Islam mestilah bersikap tegas. Jangan kita bagi muka kepada puak-puak ni. Ini diajar oleh ulamak tersohor Imam Abdul Kadir Jelani. Seorang ulamak yang menghasilkan banyak syarahan-syarahan tentang Islam. Salah satu yang popular ialah " Futhubul Ghaib" Kebanyakan puak UMNO bila ustaz buka kitab ni depa mula resah, gelisah sambil dok tengok jam, bilalah ustaz ni nak habis baca "Futhubul Ghaib". Orang munafik itu bila didengarkan bacaan atau syarahan tentang Islam, mereka akan keluh kesah seperti ikan di daratan. Itulah ibaratnya..
 


Imam Abdul Kadir Jelai memang tersohor. Kalau nak ceritakan tentangnya, amatlah banyak sekali. Dan dia terkenal dengan sifat rendah diri dan tawaduk Dia sentiasa mengajar anak muridnya sifat merendah diri. Tetapi pada suatu hari datanglah seorang Yahudi yang memusuhi Islam hendak bersoal-jawab dengannya. Maka imam Abdul Kadir Jelani duduk di atas kerusi manakala dia memerintahkan supaya yahudi itu bersila dibawah. Anak muridnya kehairanan. Lain macam sifat tok guru hari ini. Bila yahudi balik, maka bisinglah anak muridnya bertanyakan kenapa imam bersifat sedmikian. Mana sifat tawaduk dan merendah diri yang selalu diajari?

Jawab Imam Abdul Kadir Jelani " Sesungguhnya kita mestilah menunjukkan sifat sombong dan tinggi diri kepada musuh. Jangan merendah diri dan tawaduk dengan musuh. Biar musuh berasa gerun dengan sifat meninggi diri yang kita tunjukkan. Baru aku tau, rupanya sifat sombong ni perlu kalau berdepan dengan musuh. Dapat satu ilmu yang kita boleh gunakan terhadap puak-puak UMNO. Jadi dari sekarang kita jangan lemah semangat, jangan anggap kita koman, jangan anggap kita lemah malah anggaplah kita di jalan Allah dan kita kuat kerana kita ada pertolongan Allah. Kita anggap puak UMNO semua lemah sebab depa kawan setan. Depa kawan toyol yang selalu sapu duit rakyat. Malah depa lebih teruk daripada toyol sebab toyol sapu seringgit dua, depa sapu berjuta-juta. Oleh itu sentiasalah "ranggi" dengan puak UMNO... yang musuh Islam.

Sebab tu aku selalu kutuk puak UMNO tegar. UMNO ni hang toksah kata apa, payah nak mai hidayah. Puak UMNO ni dah setaraf firaun sebab hati dah hitam. Bila aku tengok depa pakai kereta buruk, aku kata " Hang sokong UMNO pun kereta buruk nooo... aku sokong PAS pun dapat kereta baru " Jadi sombong dan bongkaklah dengan puak musuh Islam seperti UMNO tegar.

Sekian,, sekadar renungan..


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3124