Salam Maulidurrasul s.a.w
Tarikh : Friday, March 06 @ 10:59:48 MYT
Topik : Bicara Agama


Bulan Rabiul Awwal datang lagi, bermakna bulan memperingati peristiwa kelahiran junjungan besar nabi Muhammad saw, rasul pilihan Allah swt untuk ummatnya di atas muka bumi ini.

sesungguhnya nabi Muhammad saw ini adalah hamba Allah yang bergelar manusia akan tetapi baginda bukan calang2 hamba dan bukan calang2 manusia.

Ianya hamba Allah yang bergelar utusan yang membawa rahmat ke seluruh alam, sebagaimana firmanya :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Selain daripada Allah swt ia dipanggil alam, maka setiap yang bergelar alam itu berhajat kepada rahmat Allah swt, tanpa adanya rahmat maka tiadanya alam ini maka setidak2nya alam itu mesti disertai dengan rahmat, sesungguhnya nabi Muhammad saw lah orang yang membawa rahmat itu daripada tuhannya. itu menunjukkan bahawa seluruh alam berhajat kepada nabi Muhammad saw.

Kita semua mengakui seluruh alam berhajat kepada Rasulullah saw dan seluruh alam menyayangi Rasullah saw akantetapi sebahagian dari kalangan manusia yang tidak menyayanginya bahkan membenci dan memusuhi baginda sedangkan mereka berhajat kepadanya. itulah sifat manusia yang mempunyai nafsu, adakalanya mereka menjadi syaitan adakalanya mereka menjadi malaikat.

Syaitan dan malaikat ini sebahagian daripada alam juga,maka mereka juga berhajat kepada rahmat yang dibawa oleh rasulullah saw. tapi yang peliknya, walaupun seluruh alam berhajat kepada Rasulullah saw, kenapa ada juga makhluk yang memusuhinya?? adakah logik kita memusuhi orang yang kita hajatinya?? itu sangat pelik...

Sebenarnya, bagaimana caranya untuk kita mendapatkan nikmat yang dibawa oleh Rasulullah saw?? jawapannya mudah sahaja, iaitu kita mentaati segala perintah dan larangan Allah dan Rasulnya saw iaitu kita berserah diri sebulat2nya maka kita mendapat rahmat yang tersedia itu, sebagaimana sambungan ayat rahmat tadi :
قُلْ إِنَّمَا يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
sekian, wassalam.


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3222