Pensyarah politeknik (PSMZA) yang biadap
Tarikh : Friday, March 06 @ 20:55:17 MYT
Topik : Aduan @ Laporan


 Perkara ini berlaku pada hari isnin 02/03/09 ...saya bekas pelajar politeknik Psmza tahun 2008 ( belum konvo). kira kira jam 11 pagi saya pergi ke politeknik untuk berurusan dengan bahagian hal ehwal pelajar(hep) untuk membuat surat pengesan pelajar.

kebetulan pada masa itu pegawai hal ehwal pelajar  tiada.saya terus duduk di tempat menunggu,sementara itu kerani yang bertugas pada masa itu memanggil seorang pegawai dari lain (bahagian biasiswa) untuk cuba menyelesaikan masalah saya (kot kot boleh)... tapi...
 



pegawai itu terus memanggil saya masuk ke dalam pejabatnya.Saya terus masuk dan menceritakan masalah saya mengenai urusan pegesahan pelajar.

belum sempat saya habiskan cerita mengenai masalah saya dia (pegawai) terus memotong  cakap saya dan bertindak seperti dia tahu segala galanya.saya diam dan memberi laluan dan saya sambung lagi,tetapi dia seolah olah tidak mahu layan apa yang saya ceritakan.

belum pun habis saya beri penerangan mengenai masalah saya .Tiba tiba dia emosional terus menengking(meninggikan suara) saya dan menghalau saya keluar .pada masa itu saya terkejut  dan terus keluar.

Apa yang saya nak katakan di sini,
adakah seoarang pegawai kerajaan sebuah institusi pendidikan yang mempunyai sijil Iso boleh berkelakuan sedemikian ?
padahal dia bukan pegawai yang bekenaan pon tetapi seolaholah dia lebih tahu,
jadi jangan hairanlah apabila pelajar pon berkelakuan Biadap .

bab kata pepatah seperti ketam mengajar anak berjalan.

Jangan ingat kita nie pegawai boleh buat kat orang lain lebih kurang.


apa yang saya nak beritahu pada pegawai ini ..saya keluar bukan kerana mengalah(kalah)...

ini kisah benar yang terjadi pada saya bukan rekaan.

semoga dijadikan pengajaran dan tauladan...


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3241