Perjuangan (Khas untuk Pak Samad -SN)
Tarikh : Saturday, March 07 @ 22:15:30 MYT
Topik : Penulisan Kreatif


( Sajak ini khas untuk Pak Samad Said, Dato' Hassan Ahmad, Baha Zain dan lain-lain pejuang Bahasa  yang telah berjuang memurtabatkan bahasa ibunda dalam demontrasi anti-PPSMI pada 7 Mach 2009 )

Hari ini ku lihat butiran-butiran air mata mu gugur
disaksikan mega-mega mendung dan titisan hujan
dari Masjid Negara dan menyelusuri Istana Negara
kerana mahu mengadu kepada Payung mahkota
setelah sekian lama anak bangsa
bergelut dengan injakan sang penguasa
meminggirkan bahasa Ibunda.




Hari ini kau mengerti erti sebuah perjuangan
yang tidak selalu merentasi taburan bunga
kerana telapak perjuangan mu kini
menyusuri jalan bertabur onak dan duri
meniti titian yang penuh ranjau.

Barangkali sebelum ini
senjata juang mu hanya pada mata pena
yang menari-nari indah di atas kertas
lalu kau dinobatkan Sasterawan Negara
segala-galanya indah belaka.

Bila kau proklamasi sebagai Sasterawan Rakyat
segalanya bertukar menjadi api
mimpi indah sekali gus diragut
oleh sang penguasa.

Perjuangan itu mahal harganya
kerana ia menuntut darah dan air mata.

Apapun usah diorak langkah mundur
kerana sayup dikejauhan terlihat
cahaya mentari  kejayaan mula menyinar

 
Dirgahayu Pak Samad

Gedebe

Masjid Negara
7/1/09


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3281