PPSMI jahanamkan murid-murid luar bandar dan pedalaman
Tarikh : Sunday, March 08 @ 20:22:45 MYT
Topik : Aduan @ Laporan


 Dasar PPSMI memang menjahanamkan murid2 di sekolah pedalaman dan luar bandar. Saya sebagai guru di pedalaman sabah menyokong sepenuhnya PPSMI di kembalikan kepada Bahasa Melayu.

Saya lihat dasar ini banyak menyusahkan terutama guru-guru dan khususnya kepada murid-murid. Murid-murid makin lama bengung apabila proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.



Makin-lama makin tak faham.Begitu jugak CD interaktif yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran yang tidak dapat digunakan kerana kekangan bekalan elektrik yang bergantung sepenuhnya kepada generator.Bekalan minyak tiada, LCD terbakar kerana elektrik tidak stabil arusnya.

Sya lihat banyak pembaziran berlaku di sini semua barang2 berkaitan elekronik tidak dapat digunakan.Murid2 di pedalaman menjadi mangsa..Oleh itu,hapuskan segera PPSMi agar generasi akan datang tidak menjadi generasi yang teruk.....

Guru pedalaman

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3288