Parkson Corporation yang gagal
Tarikh : Monday, March 09 @ 09:49:41 MYT
Topik : Aduan @ Laporan


Nama Majikan: Parkson Corporation

 Tuan Editor
Sebelum saya adukan masalah saya pada pihak tuan, saya mahu tuan merujuk akta ini:

Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan yang didapati bersalah atas kesalahan gagal  atau lewat melapor kemalangan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali - Pertubuhan Keselamatan Sosial (hotline: 0342575755 - www.perkeso.gov.my)


Pada 16.05.08 saya mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tidak sampai setengah jam selepas kemalangan, pihak majikan datang ke tempat kejadian, mereka adalah terdiri dari senior store manager, level 6 manager, wakil dari HQ, account executive dan beberapa staf biasa. Ini kerana kemalangan itu berlaku betul2 di hadapan Pavilion.
Apa yang mengecewakan saya. Majikan saya gagal melaporkan kepada PERKESO (borang 21- laporan kemalangan).

Mengapa gagal?

Ini kerana saya sendiri yg hantar pada PERKESO (HQ) pada 10.02.09, tuan kiralah berapa bulan saya tak mendapat faedah PERKESO. Adakah kerana saya seorang kerani, saya dilayan sebegini rupa? untuk pengetahuan tuan, majikan saya menyediakan company insurans hanya untuk executive ke atas sahaja.

Gaji saya hanya dibayar 2 bulan dalam tempoh saya menjalani rawatan dan saya menghadapi masalah kewangan kerana tidak dibayar gaji untuk 6 bulan seterusnya. Majikan saya juga cuai kerana menghilangkan Medical certificate (original copy) saya.
Apa yg saya minta dari pihak editor....

1)Menyiarkan artikel saya ini untuk sebagai pengajaran untuk pihak    majikan seluruh negara, agar mengambil berat pekerja mereka

2)Menyeru Malaysian Retail Association menarik balik anugerah Best Retail Outlet kepada Parkson Pavilion Kuala Lumpur. 

3) Pada mana2 ahli parlimen yg membaca artikel ini, mohon Akta Keselamatan Sosial Pekerja dibahaskan, naikkan kadar kompaun
pertimbangan dari pihak tuan amat saya hargai.


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3311