Jawapan Kepada Dilema Sultan
Tarikh : Thursday, March 12 @ 07:08:13 MYT
Topik : Artikel Pilihan


 Keputusan untuk mengamankan Negeri Perak sekarang terletak dalam tangan Sultan Azlan Shah. Di dalam keadaan biasa Sultan akan dinasihatkan oleh MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Tetapi sekarang Perak bukan dalam keadaan biasa. Di Perak ada 2 orang MB yang mempunyai hujah dan alasan mengatakan mereka masing-masingnya adalah MB. Tetapi MB mana yang boleh mengadap Sultan dan Sultan boleh mengambil nasehatnya untuk membubarkan DUN.


YAB Nizar telah dipecat oleh Sultan tetapi dubuat diluar DUN. Ramai pakar perlembagaan (Undang-Undang Tubuh Negeri Perak) mengatakan pemecatan itu tidak sah. Maka YAB Nizar masih MB dan mendapat sokongan majoriti rakyat Perak.
YAB Dr. Zambry pula telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi MB setelah Sultan pasti pada budibicaranya bahawa Dr. Zambry telah mempunyai sokongan majoriti DUN. Maka Sultan Perak sekarang berada di dalam dilema di mana siapakah yang boleh dijemput datang mengadap untuk menamatkan polemik politik Perak.
Suasana politik di Perak semakin meruncing. Hanya pembubaran DUN sahaja yang dapat mengembalikan keamanan politik di Perak. Kembalikan kepada rakyat Perak untuk menentukan kepada siapa mandat baru perlu diberi. Perak perlukan mandat yang jelas dari rakyat untuk menamatkan suasana kacau di sana.
Malangnya Sultan perlukan nasihat MBnya. Dr. Zambry sedang digantung dari DUN oleh Speaker DUN Sivakumar. Bagaimana dia mampu untuk memanggil sidang DUN jika dia tidak dapat masuk ke DUN? Bagaimana pula Dr Zambry dapat menemui Sultan untuk tujuan itu? Lagipun walaupun boleh, mahukah Dr Zambry mengadap untuk membubarkan DUN. Yakni, menghabiskan riwayatnya sendiri sebagai MB. Jadi kesimpulannya Dr Zambry tidak akan dapat dan tidak akan mahu untuk memebubarkan DUN.
YAB Nizar pula sedang berusaha untuk mengadap Sultan untuk meminta perkenan agar DUN dibubarkan berdasarkan ketetapan yang dicapai di dalam Sidang DUN Tergempar bawah pokok (yang mana sidang itu diputuskan sebagai tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh). Apa 'legal standing' yang YAB Nizar ada. Katalah, Sultan insaf akan keadaan di Perak dan mahukan DUN dibubarkan dan mahu rakyat memberi mandat baru kepada sesiapa yang rakyat suka. Tetapi, bolehkah Sultan membubarkan DUN tanpa nasihat MB?. Menerima YAB Nizar mengadap bermakna Sultan mengiktiraf MB Nizar yang telah dipecatnya. Bagaimana itu mungkin?. Jelas, Sultan Perak sekarang berada dalam dilema.
Cuma satu cara dan ini memerlukan kekuatan dan kebijaksanaan Baginda Tuanku. Sultan perlu memanggil kedua-dua MB YAB Nizar dan Dr Zambry datang mengadap dalam satu mesyuarat tertutup. Dari mesyuarat itu Sultan boleh mengambil keputusan untuk membubarkan DUN kerana baginda telahpun mengambil nasihat dari MB (pastilah salah seorang mereka dalam mesyuarat tertutup itu adalah MB yang sah). Dengan cara ini maruah Sultan terpelihara dan kuasa sebenar dikembalikan kepada rakyat untuk memilih siapa yang patut memerintah Perak.

Wallahua'lam.

Sheikh Sambal
http://barukabordal.blogspot.com/



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3423