Pemuda UMNO berbogel terjun tingkap
Tarikh : Thursday, March 12 @ 16:23:33 MYT
Topik : Artikel Pilihan


Cerita ni sesuai sangat dengan perangai pemimpin dan Pemuda UMNO - parti laknat yang suka menghasut.

Ceritanya begini:

Dalam sebuah perkampungan melayu, ada seorang penjual ikan dan sayur berbangsa cina bernama Ah Leng. Ah Leng amat disenangi kerana beliau seorang yang peramah dan baik hati. Bila ada penduduk kampung yang tidak berduit, dia tidak akan teragak-agak memberi hutang kepada penduduk terbabit.



Oleh kerana sudah hampir 30 tahun berniaga di kampung tersebut dan bergaul dengan orang2 Islam, maka suatu hari Ah Leng telah mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Niatnya yang suci itu telah mendapat sokongan daripada seluruh penduduk kampung. Dan Ah Leng pun selamatlah diIslamkan oleh imam di kampung tersebut. Nama Islam Ah Leng ialah Muhamad Amin dan penduduk kampung memanggilnya Amin sahaja.

Pada hari Jumaat minggu pertama Amin memeluk Islam, Amin pun pergilah menunaikan solat Jumaat. Amin duduk di sebelah Rahmat iaitu seorang pemuda yang ‘tak boleh pakai’ dalam kampung tersebut. Disebabkan ini minggu yang ketiga maka terpaksalah Rahmat pergi menunaikan solat Jumaat kerana dua minggu yang lepas Rahmat uzur.

Setelah selesai menunaikan solat Jumaat kini tibalah masanya imam membacakan doa. Selepas imam berhenti pada ayat yang pertama, maka semua makmum meng’amin’kan doa tersebut. Selepas sahaja makmun meng’amin’kan doa tersebut lalu si Rammat pun berbisik kepada Amin:

Rahmat: Lu tak dengar ka orang panggil sama lu tadi?
Amin: Ya ka? (berbisik jugak)
Rahmat: Ya la.
Amin: Ooooooooooo……

Imam baca doa lagi dan selepas itu seperti tadi makmum akan meng’amin’kan doa tersebut. Dan Rahmat pun menyiku Amin yang duduk di sebelahnya.

Rahmat: Lu pekak ka Amin? Orang panggil sama lu laaa….
Amin: Ya ka?
Rahmat: Ya la. Lepas ni bila orang cakap ‘amin’ lu mesti jawab.
Amin: Ooooooooooooo….

Dan sebaik sahaja makmum meng’amin’kan doa yang dibacakan oleh imam untuk yang seterusnya maka jawablah si Amin tanpa ragu-ragu dan was-was:

Makmum: “Aminnnnnn…”

Amin: “Amin atak siniiiiiiii….. Luluk belakaaaaaannnggggggggg….” jawab si Amin dengan pelat dan selambanya.

Maka terkejutlah semua makmum akan perbuatan si Amin itu. Semua mata tertumpu kepada Amin. Amin jadi serba salah lalu Amin pun berkata:

Baca seterusnya di S.I.N.I.

.



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3443