Pas dah terpesong dari pejuangan?
Tarikh : Saturday, March 14 @ 16:42:55 MYT
Topik : Teguran @ Kritikan


Melihat situasi politik semasa amat mengelirukan rakyat. rakyat telah dipermainkan oleh pemimpin yang tidak konsisten dalam perjuangan mereka

Oleh: Ruang Bicara Faisal

Kenapa kau makan tahi Husam ? Tanya seorang ayah kepada anaknya.Maka jawab si anak kembali kepada ayahnya Mahfuz makan tahi ,jadi Husam pun makan samalah (ini hanya semata-mata dialog,tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati) Itulah perumpamaan yang boleh dikatakan kepada PAS pada hari ini.

Semakin hari semakin banyak kesilapan yang dilakukan oleh PAS kemudian dijawab UMNO yang buat dulu,kemudian PAS turut sama buat.



Terbaru hari ini Nik Aziz berkata isu derhaka kepada Raja dimulakan oleh UMNO,dan UMNO menjadi punca segala penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu pada hari ini.Persoalan saya adakah jika UMNO menderhaka kepada Raja,maka PAS pun turut sama ingin menderhaka kerana mengikut UMNO.Jadi apa bezanya UMNO dan PAS disini ? Selama ini PAS menjelajah ke segenap pelusuk desa dan kampung mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO,tetapi hari ini PAS turut sama melakukan ”kesilapan” yang dilakukan oleh UMNO.Adakah PAS cerdik dalam isu ini ?


Saya tidak mahu mengulas peristiwa UMNO dan Raja yang berlaku sebelum tahun 1993,kerana sebahagian kes tersebut berlaku pada masa saya masih belum lahir dan sebahagian pada zaman saya masih kanak-kanak .Saya belum faham lagi tentang apa perkara sebenar yang berlaku.Saya hanya boleh mengulas kes pada tahun 1993 sahaja,kerana pada masa itu saya sudah mula berjinak-jinak dengan politik.


Pepatah melayu ada berkata jangan biarkan diri kita dipatuk ular dua kali di tempat yang sama”.Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS pada hari ini berkata UMNO parti yang mula derhaka kepada Raja-Raja Melayu dengan meragut kuasa Raja pada 1993. Pada hari ini juga kesilapan menderhaka kepada Raja-Raja Melayu sebagai payung agama Islam sedang dilakukan oleh PAS.

Umno sekarang sudah mula bangkit memperbaiki kesilapan-kesilapan lalu setelah dilanda tsunami politik selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu.Kesilapan pertama kita boleh takrifkan sebagai pengajaran,kesilapan kedua, kesedaran dan kesilapan ke tiga UMNO bangkit memperbaiki segala kesilapan lalu.

Dewasa ini kita boleh lihat kesalahan dan kesilapan silam yang dilakukan oleh UMNO sedang diulangi oleh PAS sekarang.Dimana janji-janji PAS untuk memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Sebab itu kita boleh katakan PAS ini sebagai parti yang pembohong sepanjang hayatnya.

Adakah kerana Tan Sri Ghazali Jawi tidak mahu meletak jawatan ,maka si nizar pun tidak perlu meletak jawatan. Tetapi jawatan beliau telah gugur sekarang. Adakah kerana pemimpin UMNO Kelantan membuat satu demontrasi dan memorandum dihantar kepada Sultan Kelantan,maka PAS pun harus turut sama menahan kereta Raja Muda Perak di tengah jalan.Ini satu perkara ”kurang ajar” yang tak pernah dilakukan oleh UMNO.Menderhaka nya UMNO kepada Raja tidak sampai ke tahap itu,”derhaka” UMNO cara terhormat dan bersopan serta mematuhi arahan-arahan pasukan keselamatan.

Berbalik kepada kisah tahun 1993,PAS kena ingat siapa ”jaguh umno” pada masa itu selain Tun Dr Mahathir yang berlawan dengan Raja-Raja.Dimana orang itu sekarang ? Orang itu lah yang sedang dijilat oleh PAS sekarang.Melayu mudah lupa.....

Kerajaan pada masa itu tidak senang hati dengan sikap feudalisme beberapa orang Raja yang tidak menghayati dan menghormati Pindaan Perlembagaan 1983.Tun Dr Mahathir pada masa itu berpendapat jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera maka beliau risau akan berlaku lebih banyak kes tidak elok akan dilakukan oleh Raja-Raja,dan dengan sendiri rasa hormat rakyat kepada istana akan terhakis dan terus hilang.Maka kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk memelihara martabat Raja-Raja Melayu agar terus terpelihara dan sentiasa dihormati.

Kemuncak kepada krisis ini ialah apabila timbul ”kes hoki” di Johor pada 1992.Maaf ! saya tidak dapat ceritakan secara terbuka peristiwa tersebut disini,kerana saya berpendapat tidak molek bagi saya membangkitkan peristiwa yang sudah lepas serta kesilapan tersebut telah pun diperbetulkan dan kerana saya seorang yang menghormati serta menyanjungi intitusi Raja-Raja Melayu.
Sehubungan dengan itu pada 11.Dis.1992,kerajaan telah mengumumkan pindaan perlembagaan bagi menghadkan kekebalan Raja. Antara intipati yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir pada masa itu ialah

Bagi menghindarkan Raja-Raja daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang terhadap mereka. Menghadkan imuniti Raja-Raja di sisi undang-undang

Membenarkan Ahli Parlimen membahaskan isu Raja-Raja secara terbuka di Dewan Rakyat .

ASALKAN tidak mencadangkan penghapusan sistem Raja Tujuannya hanya satu pada waktu itu,iaitu untuk terus memelihara martabat Raja-Raja Melayu.Dengan boleh mendakwa Raja-Raja di mahkamah,atau membahaskan isu mereka di Dewan Rakyat ,maka sudah tentu Raja-Raja akan sentiasa menjaga tingkah laku mereka agar tidak diseret ke mahkamah atau dibahaskan di Dewan Rakyat yang sudah tentu akan mendapat liputan media dan seterusnya memalukan serta menghakis rasa hormat rakyat kepada mereka.Adakah ini yang dikatakan derhaka oleh PAS ?

Tun Dr Mahathir berkata,sebelum ini banyak berlaku insiden yang tidak diingini dilakukan oleh Raja.Beliau berkata ketiga-tiga PM sebelum beliau adalah penasihat kepada Raja-Raja pun pernah menegur Raja-Raja berkali-kali tetapi semua teguran itu tidak berkesan.Maka Tun Dr.Mahathir harus mengambil tindakan drastik bagi terus memelihara Intitusi Raja-Raja agar ianya terus dihormati.Akhirnya Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 dengan majoriti dua per tiga dan ini segera diikuti dengan tindakan Kabinet membuat keputusan menarik balik segala kemudahan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu yang tidak terkandung dalam perlembagaan. Antara kandungan pindaan ini ialah,

Raja-Raja boleh didakwa di bawah undang-undang,tetapi mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Khas. supportLineBreakNewLineYang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Negeri dikehendaki berhenti daripada berfungsi apabila menghadapi tindakan undang-undang dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari,mereka akan diturunkan takhta melainkan diampun.
Pada masa itu juga semua Negeri yang beraja turut sama meminda Perlembagaan Negeri masing –masing sama seperti Kerajaan Persekutuan,kecuali KELANTAN yang tidak memindanya kerana Sultan Kelantan pada masa itu lebih condong ke arah Kerajaan Angkatan Perpaduan Umah (APU) ,gabungan PAS dan S46 yang memerintah Kelantan ketika itu.Kononnya hendak membodek Sultan Kelantan supaya Sultan terus menyebelahi mereka dan memberi keuntungan politik kepada PAS. Pada waktu itu juga hiruk pikuk seluruh Negara pemimpin PAS menjaja cerita , kononnya UMNO menderhaka kepada Raja dengan meminda perlembagaan. Allah maha adil dan maha kaya, nah ! sekarang ambil kau , giliran UMNO pulak menjaja yang PAS menderhaka kepada Raja dalam krisis politik di Perak.

Sehingga ke saat ini hanya Kelantan sahaja negeri yang belum meminda Perlembagaan tersebut. Tetapi Kerajaan Kelantan cuba memindanya,kerana pada masa itu mereka mempunyai hubungan yang dingin dengan Istana Kelantan.Jika tidak silap saya pindaan itu cuba dilakukan diantara tahun 1997-2002.(maaf,saya tak ingat dengan tepat,dan tiada rujukan fakta,tapi saya masih ingat kes tersebut,jika ada sahabat yang ada fakta tersebut mohon e mail kepada saya)

Kenapa saya masih ingat kes tersebut ? kerana pada masa tersebut rakyat Kelantan sibuk bercakap ”ha ! pade muko, dulu ore pinda mu tokse pinda,la nih baru serabut nak pinda” (ha ! padan muka,dulu orang pinda,kamu tak nak pinda,sekarang baru kelam-kabut nak pinda).

Tetapi rang undang-undang tersebut tidak berjaya dipinda kerana tidak mendapat perkenan Istana. Ianya diluluskan di DUN Kelantan,tapi Sultan Kelantan tidak tandatangan lagi sehingga sekarang.Saya juga difahamkan di waktu itu kesemua Adun-adun PAS Kelantan dikurung di JKR 10 untuk ”dicuci otak” agar menyokong pindaan tersebut. Pada masa itu Kerajaan PAS Kelantan tidak berpuashati dengan campurtangan Istana berhubung beberapa perkara,termasuk perlantikan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.Sebab itu sampai sekarang perlantikan Pegawai-Pegawai kanan Kerajaan Negeri ,seperti SUK,Pegawai Kewangan Negeri dll masih lagi di bawah kuasa Sultan Kelantan.

Berbalik kepada kisah Pindaan Perlembagaan 1993.Buktinya boleh dilihat dengan jelas daripada 1993 hingga sekarang tidak ada satu kes , yang memalukan berkenaan dengan Raja yang dibawah ke mahkamah atau Dewan Rakyat ,kecuali kes Almarhum bekas Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan lawan Standard Chatered Bank.Itu pun kes sivil,bukannya kes salah guna kuasa atau jenayah. Bermula daripada situlah intitusi Raja terus dihormati hingga kini,kecuali oleh PAS dalam kes Perak baru-baru ini.

Saya tidak nafikan dalam menghadapi kemelut besar seperti ini pada 1993,sudah tentu akan ada kenyataan atau ayat-ayat yang boleh melukakan hati Raja-Raja.Sebagai contoh pada 15.Jan.1993,Naib Presiden Umno pada masa itu ANWAR BIN IBRAHIM telah memberi amaran kepada Raja-Raja Melayu,bahawa Kabinet akan
menimbang untuk mengadakan satu pungutan suara jika Raja-Raja Melayu gagal memberi persetujuan berhubung dengan Pindaaan Perlembagaan tersebut.Disini PAS boleh lihat dengan jelas siapa yang turut sama ”menderhaka” kepada Raja pada masa itu.Harap PAS tidak butakan mata dan hati dengan fakta ini.
Melayu mudah lupa..

Tun Dr.Mahathir akhirnya dapat memastikan rakyat mendapat perlindungan undang-undang daripada sebarang penyalahgunaan kedudukan Raja-Raja dan memberikan makna lebih jelas dan tepat kepada konsep Raja Perlembagaan.Tiga Perdana Menteri yang lalu sebelum Tun Dr.Mahathir telah mencuba tetapi hanya Tun Dr.Mahathir yang dapat menyempurnakannya.Inilah kehebatan seorang yang bernama Mahathir.Adakah apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir ini penderhakaan ? Tidak ! tentu jawabnya tidak,tidak dan tidak.

Sekali lagi saya ulangi ayat Allah maha adil dan maha kaya.Dulu siang malam PAS berceramah seluruh Negara kononnya UMNO dan BN ”kafir” kerana bergabung dengan MCA,MIC,Gerakan,dll.Sekarang PAS pun turut ”kafir” kerana bergabung dengan DAP serta PKR yang bukan parti Melayu. Dan yang paling ”sedapnya” PAS pun dah jadi parti pelbagai kaum sekarang.Syarat menyertai PAS mesti beragama islam tidak diperlukan lagi,kerana PAS sudah bertukar menjadi ”PAS FOR ALL” .Sekarang orang bukan islam sudah boleh menjadi ahli PAS malah boleh menjadi calon PAS lagi.(di Johor dalam pru 2008).Pas sekarang sudah sebaris dengan DAP,PKR,Gerakan dan PPP.

Dulu PAS sering mendabik dada kononnya BN tidak pandai mentadbir Negara dan Negeri ,kononnya mereka lebih pandai,sekarang lima Negeri dalam tangan mereka.Opssss ,maaf,sudah berkurang satu di Perak (terlupa pula).Tengok apa jadi kepada semua Negeri-Negeri tersebut ? Penuh konstrovesi dan masalah.Kelantan sendiri sudah 18 tahun diperintah oleh PAS. Apa yang boleh dibanggakan di Kelantan 18 tahun.Negeri tak ubah seperti di Negara Kemboja.Jika tiada bantuan Kerajaan Pusat sudah lama Kerajaan tersebut jatuh menyembah bumi.Masalah air pun sampai sekarang tidak dapat diatasi.Setakat buat gimik papan-papan tanda Al-Quran di tepi jalan sahaja.

Satu saja yang saya dapat berikan kepada Kerajaan PAS Kelantan iaitu,ptuiiiiiiiiiii.Hanya ludahan air liur saja yang layak diberikan kepada mereka.

Dulu PAS mengatakan pemimpin BN tidak bermoral,sekarang mereka dan rakan-rakan mereka pun turut sama tidak bermoral,ada kes gambar bogel,ada kes liwat,ada kes anak luar nikah,anak kes tangkap khalwat,ada kes rasuah dan ada kes berkahwin rakyat Kemboja dan bercerai.

Dulu siang malam berceramah mengutuk Kerajaan BN kononnya membenarkan kilang arak dibina di Selangor.Besok sudah genap setahun PAS berkongsi kuasa dengan rakan-rakan mereka di Selangor,tetapi kilang arak masih berdiri megah disana.Adakah kilang arak tersebut perbaharui lesen mereka lima tahun sekali ? Tidak,lesen diperbarui setahun sekali oleh PBT.Tapi kenapa mereka masih sambung lagi lesen kilang arak tersebut ? Tak mungkin daripada 8.Mac.2008 hingga 8.Mac.2009 lesen kilang arak tersebut belum tamat tempoh lagi.

Daripada dulu sehingga sekarang kerja PAS ini hanya menipu sepanjang masa,cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap. Cakap-cakap-cakap,tak bikin-bikin.Lidah segelintir pemimpin dan orang-orang PAS ini adalah ”lidah syaitan”.Sebab itu mereka berceramah selalu bohong dan meraung sekuat hati kerana mulut mereka ”penuh syaitan”.Dalam soal ini orang-orang PAS tak boleh salahkan saya kerana Nik Aziz sendiri mengakui mereka berkawan dengan Syaitan,sebab tu mereka jadi Syaitan.

S
aya tidak tuju kepada semua pemimpin atau orang-orang PAS,tetapi kepada segelintir mereka.Saya juga tidak ”menghina tok guru” (kepercayaan karut) kerana tok guru tetap tok guru ,tetapi orang politik adalah orang politik.Dua perkara yang berbeza.Saya juga hormat kepada ilmu-ilmu agama yang ada pada semua orang,tak kira PAS atau UMNO,tetapi tidak menghormati orang yang menyalahguna ilmu agama untuk kepentingan politik
Beza PAS dan Umno seperti berikut:

PAS MENGGUNAKAN AGAMA DAN BANGSA DEMI KEPENTINGAN POLITIK

UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA.

Tidak perlulah PAS kelentong kononnya perjuangan UMNO adalah perjuangan Kebangsaaan dan perjuangan PAS adalah perjuangan Islam,kerana untuk menguatkan sesebuah agama maka bangsa itu perlu diperkuatkan terlebih dahulu.

Tidak perlulah PAS hendak menjaja cerita kononnya mereka ulama pewaris Nabi dan berpolitik cara Nabi Muhammad.Bohong ! Tak payah nak mencemarkan kesucian Nabi Muhammad dan menggunakan nama baginda untuk kepentingan politik PAS.Saya cabar orang –orang PAS sebut satu nama parti politik zaman Rasulullah.Tiada memang tiada.Jadi PAS tak perlu nak menyamakan taraf poltik mereka mengikut Rasulullah.Baginda tidak berperang sesama islam seperti mana yang dilakukan oleh PAS terhadap UMNO dulu dan sekarang.

Nabi Muhammad tidak berpolitik wahai orang-orang PAS.Baginda berdakwah mengajak seluruh kaum yang menyembah berhala dan api supaya tunduk dan menyembah ALLAH S.W.T.Baginda juga menyebarkan syiar-syiar islam kepada orang-orang jahiliah.Baginda mengajak orang-orang kafir memeluk islam.Tidak seperti PAS yang MENGKAFIRKAN orang – orang yang memang sudah islam tetapi tidak menyokong parti politik mereka.

Ternyata UMNO dan BN lebih baik daripada PAS dan Pakatannya.Tiada apa yang boleh kita banggakan dengan PAS.Jika UMNO sudah bangkit memperbaiki segala kesilapan silam,mengapa kita harus memberi peluang kepada PAS yang sedang mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh UMNO.Tidak tahu berapa puluh tahun lagi barulah PAS hendak bangun memperbaiki kesilapan mereka.Selama ini rakyat memilih PAS dengan harapan PAS tidak melakukan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO kerana PAS sering mendabik dada kononnya mereka lebih baik daripada UMNO.Tapi nampaknya rakyat hampa dengan janji-janji PAS.Semuanya omongan kosong.Ibarat tin yang diketuk dengan besi,bunyi bising bagai nak rak,tapi isi kosong.Itulah perwatakan PAS yang sebenar.Dan segalanya telah terbukti hari ini apabila rakyat tegur kesilapan PAS,maka jawapan bodoh PAS adalah UMNO buat juga.

Samalah seperti dialog yang saya beri seperti pembuka bicara ini di atas.Itulah wajah bodoh PAS.Oleh itu saya seru kepada sahabat semua,marilah kita semua bersatu di bawah panji-panji UMNO dan BN.Sesungguhnya tiada parti lain yang dapat membawa suara kita,hanya UMNO dan BN sahaja.Saya akui ada juga perkara-perkara yang tidak betul di dalam UMNO,dan UMNO cuba untuk berubah,dan kita harus memberi peluang kepada UMNO.

Umno bukannya bodoh seperti PAS yang terus-menerus membuat apa yang rakyat tidak suka seperti yang dibuat oleh UMNO dahulu.Lagi satu tiada pun pemimpin-pemimpin PAS ini yang berkaliber dan mampu membawa Negara kita maju ke depan.Pemimpin-pemimpin PAS hanya pemimpin yang pandai bercakap atau lebih tepat seperti yang saya kata di atas tadi iaitu tin kosong.Seandainya kita diperintah oleh PAS maka negara kita berundur balik 30 tahun ke belakang.Sekarang pun sahabat sekalian boleh melihat dengan jelas kualiti Adun-Adun atau Ahli-Ahli Parlimen PAS dan BN.Kualitinya jauh berbeza.Mana yang lebih ”standard”.? Tepuk dada tanya selera.
Sebagai penutup kepada bicara ini,marilah kita bersama merenung kembali sikap-sikap PAS selama ini.PAS puncanya perpecahan umat islam di bumi Malaysia ini.Di mana ada PAS disitu pasti ada perpecahan masyarakat.Kerja memecah belah manusia ni kerja syaitan sahaja dan PAS pun memang berkawan dengan syaitan.

Sahabat buatlah lah tafsiran sendiri

http://faisalrohban.blogspot.com/2009/03/pas-makan-tahi.html


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau : [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3542