Filem Malaysia: Kenapa tidak mengangkat martabat bangsa?
Tarikh : Saturday, March 14 @ 22:47:52 MYT
Topik : Teguran @ Kritikan


Salam perjuangan..

Tulisan kali untuk merehat seketika minda dari kekalutan politik kotor UMNO/BN. Sekiranya ditanya kepada penulis tentang 'filem Malaysia' secara umumya penulis agak kecewa dengan dunia perfileman Malaysia. Bukan sahaja penulis yang berpandangan sedemikian, tetapi pandangan ini sebenarnya telah lama diperdebatkan di media arus perdana.

Fokus penulis tentang perfileman Malaysia bukan menumpukan kepada teknik/kaedah filem dihasilkan, tetapi penulis ingin mengajak para pembaca menilai sejauh mana ‘Filem Malaysia’ telah mengangkat martabat bangsa. Othman Puteh yang juga seorang pengkritik filem Malaysia satu ketika dahulu pernah menyatakan kekecewaan beliau terhadap perfileman Malaysia. Penulis masih ingat kata-kata beliau kerana penulis turut hadir ke forum yang mana beliau sendiri menjadi ahli panel dimajlis tersebut.

Pernah kah pembaca diluar sana melihat filem China, Jepun dan juga Eropah? Filem yang penulis maksudkan adalah filem berunsur ‘Epik’ dan ‘Sejarah’. Nescaya kita pernah melihatnya. Sebagai contoh filem ‘The Last Samurai’, filem 'Fearles' lakonan Jet Lee, filem ‘Trojan’ dan berbagai lagi filem ‘epik’ dan 'sejarah yang berjaya dihasilkan. Entah berapa banyak lagi penulis pun dah ingat, tetapi yang pastinya disebalik filem-filem tersebut sebenarnya adalah penonjolan kepada imej dan kebanggaan sesuatu bangsa di atas sejarah yang mereka miliki.

Namun amat malang bagi Malaysia yang juga kaya dengan nilai sejarah bangsa, tetapi tidak diketengahkan melalui dunia perfileman. Walaupun ada juga cubaan dari dari penerbit untuk menerbitkan filem ‘Epik’ dan 'sejarah' Melayu tetapi masih banyak perlu di perbaiki dan dihalusi agar ianya menjadi rujukan sejarah bangsa Melayu.

Sebagai contoh:-

Filem Hang Tuah

Penulis memberi kredit pada filem jika dilihat dari segi latarbelakang filem. Namun jalan ceritanya tidak menghala kepada pengkisahan kehebatan Kesultanan Melayu Melaka, tetapi lebih kepada dunia percintaan yang akhirnya merendahkan nilai seorang yang bernama Laksamana Hang Tuah.

Filem Paloh

Filem ini menceritakan zaman penjajahan Jepun dan kekejaman komunis serta suvival bangsa Melayu dalam mengharungi antara dua kuasa yang kejam. Penulis memuji filem ini dari sudut jalan ceritanya tetapi amat benci dengan adegen ‘menghairahkan’ yang menghilangkan sifat kesopanan bangsa ketika itu, seolah-olah hubungan tersebut sah untuk dipertontonkan kepada umum.

Filem Let. Adnan

Seperti yang penulis katakan sebelum ini, buku mana lagi yang tidak pernah penulis baca tentang sejarah perjuangan bangsa Melayu. Namun Filem Let.Adnan pada penulis hanya 60% memenuhi ciri kehebatan bangsa Melayu. Pada penulis, kelemahan utama filem ini ialah kelemahan pelakon menghayati watak.

Filem Embun

Filem kehidupan zaman penjajahan Jepun, tetapi apa yang penulis musykil, benarkah ada seorang perempuan yang bernama Embun dan benarkah apa yang berlaku padanya itu adalah pengkisahan semula? Atau mungkin rekaan, yang pada penulis tidak termasuk di dalam kelompok filem ‘sejarah’ kerana tidak ada nilai sejarah pada filem tersebut.

Filem Bukit Kepong

100% penulis ‘respect’ filem ini. Mempunyai nilai sejarah kehebatan bangsa Melayu mempertahankan maruah dan tanah air. Namun filem ini sahaja tidak mampu untuk menggambarkan keseluruhan perjuangan bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Secara ringkas yang penulis huraikan di atas, dapatkah pembaca menilai, adakah filem kita mengangkat martabat bangsa Melayu di persada dunia? Kadangkala filem tersebut lebih menonjolkan kisah percintaan dari kisah perjuangan, yang menyebabkan penulis keliru yang mana sebenarnya ingin dipertontonkan. Sekiranya penulis ingin senaraikan kehebatan perjuangan bangsa Melayu dalam mempertahankan tanah air rasanya terlalu banyak, namun disini penulis cuba untuk menyenarai ringkaskan filem yang sepatutnya diberi perhatian untuk diterbitkan agar ianya menjadi tatapan sejarah anak bangsa.

i) Perjuangan Dato Maharaja Lela

ii) Perjuangan Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah

iii) Kehebatan Gerila Force 136

iv) Perjuangan 7 Daeng bersaudara.

 



Persoalannya, kenapa kehebatan ini tidak ditonjolkan di dalam Filem Malaysia?


-almansur-
http://islamreturn.blogspot.com



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8
http://www.tranungkite.net/v8
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3559